Cara nak jadi cantik

Perempuan mahupun lelaki patut jaga paras rupa. Bentuk fizikal yang ditetapkan oleh genetik tidak dapat nak diubah, melainkan melalui pembedahan plastik. Tapi akhirnya rupa anda akan jadi plastik juga. Jadi, lebih baik jaga keelokan paras rupa secara semulajadi.

1. Buat rawatan luaran


Yang dipandang orang ialah kulit luaran. Dengan pencemaran udara, dan juga aktiviti biasa sehari-hari, maam-macam kotoran dan bahan cemar yang boleh melekat di kulit. Jadi, kenalah buat rawatan kulit secara luaran untuk bersihkannya daripada kekotoran. Tiap-tiap hari kena cuci. Ada macam-macam produk pembersih harian yang boleh dipakai. Daripada jenis sabun, gel, buih, dan susu. Pakailah mana yang sesuai.

Untuk kesan yang lebih baik, buatlah scrubbing seminggu sekali atau dua kali. Ini untuk buang sel-sel kulit yang dah mati. Jangan pulak terlampau rajin buat scrubbing tiap-tiap kali mandi: nanti sel kulit tak sempat nak hidup dah mati.

Kalau berduit banyak, boleh la pergi buat facial di kedai. Kalau nak jimat, encik-encik sumai sila belajar buat facial di rumah; paling-paling tidak cuba buat masker untuk isteri.

2. Buat rawatan dalaman


Orang kata, kecantikan sejati datangnya dari dalam. Apa yang ada di dalam itu akan terserlah di luar. Maksudnya di sini, badan kena elok dari dalam, barulah nampak cantik di luar. Kalau badan ada banyak toksin, hormon pun tak seimbang, dan nutrisi pun tak cukup, macam mana nak nampak elok?
Jadi sila buat 3 perkara ni:

a. detoks


Buang racun-racun dalam badan. sesetengah racun ni masuk dalam badan melalui makanan. Kalau dah makanan tu sendiri dihasilkan menggunakan racun (cth: sayur yang disembur racun serangga), tak hairanlah badan kita ni jadi tempat simpan racun. Sesetengah makanan pulak, walaupun asalnya tak beracun, tapi boleh menghasilkan racun apabila ia melalui proses penghadaman. Radikal bebas adalah satu lebihan proses penghadaman yang berbahaya kalau dibiarkan berkumpul banyak dalam badan. Walaupun badan kita boleh menyingkirkan racun secara semulajadi, proses penuaan dan kerosakan sistem perkumuhan boleh menyebabkan toksin tidak disingkirkan secara optimum. Jadi, kita boleh cuba buang racun mengguna kaedah seperti bekam dan foot patch. Toksin boleh dikeluarkan secara langsung melalui darah atau melalui lapisan kulit. Kaedah urutan pulak boleh menggalakkan toksin dikeluarkan melalui air kencing atau peluh. Kaedah pemakanan pulak menggunakan khasiat semulajadi dalam makanan untuk mempercepat pembuangan toksin atau melancarkan sistem perkumuhan. Makanan berserat tinggi boleh mencuci usus dengan 'menggaru' permukaan dalam usus yang diselaputi bahan bertoksin dan berbahaya seperti mendapan kolesterol.

b. stabilkan hormon. 


Banyak punca yang boleh menjejaskan penghasilan dan peredaran hormon dalam badan. Stres, pencemaran persekitaran, penyakit, dan gangguan  emosi boleh membuat kilang hormon huru-hara. Bahan yang penting untuk badan boleh jadi berbahaya bila dihasilkan dalam kuantiti yang lebih daripada biasa. Kalau terkurang pun bahaya juga. Mengubah gaya hidup boleh mengembalikan kestabilan hormon. Menjaga pemakanan juga boleh membantu. Bukan setakat 'berpuasa' daripada makanan yang berbahaya, tapi juga 'berbuka' dengan makanan yang sihat lagi menyihatkan.

c. Cukupkan khasiat. 

Badan kita memang boleh menghasilkan bahan-bahan seperti kolagen yang membantu kulit kelihatan cantik. Tapi, badan bukanlah kilang yang sempurna. Ia juga perlu input dari luaran. Apa yang kita masukkan dalam badan? Kalau inginkan hasil yang baik, maka kita kenalah masukkan input yang baik juga. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Air pun kena dicukupkan untuk memudahkan penghantaran khasiat dan vitamin ke seluruh badan.

3. Tingkatkan kekuatan dalaman


Faktor psikologi dan spiritual pun penting juga. Kalau badan sihat, tapi minda serabut, maka keserabutan itu boleh nampak di wajah. Begitu juga kalau hubungan dengan Allah tak elok; 'nur' akan pudar daripada wajah. Walaupun secara objektifnya kita cantik, tapi kurang menarik di pandangan orang. Maka, jagalah kesejahteraan diri. Dekatkan diri dengan fikiran dan orang yang positif. Elakkan terlalu banyak tenaga negatif daripada masuk ke dalam diri. Hubungan dengan Allah perlu dijaga supaya Allah redha dengan kita.

Bila dalaman kuat, badan pun senang dijaga, insyaAllah.

Selamat menjaga kecantikan.

Comments