Thursday, May 26, 2011

berita radio

Kerapkali rasa terpeleot saraf cuping frontal bila mendengar bahagian akhir berita radio. Penyampai berita ada menyebut "sumber berita itu tadi dipetik dari Bernama" atau yang seiras dengannya.

*sumber* itu dipetik?

Mengikut Kamus Dewan, 'sumber' bermaksud asal, mula atau punca. Kalau dimasukkan kata seerti sumber dalam ayat tadi, jadilah "punca berita itu tadi dipetik dari Bernama". Errr.....macam ganjil bunyinya. Bernama menyediakan 'berita', atau 'punca berita'? Mesej pentingnya ialah berita itu berasal atau berpunca dari Bernama, kan? Ada masalah pengulangan (redundancy) yang tak perlu lagi mengelirukan di sini.

Bukankan lebih mudah, jelas dan enak kalau disebut 'Sumber berita tadi Bernama'. Kalau ayat itu kurang seksi bunyinya, cuba 'Berita tadi bersumberkan Bernama' atau 'Berita tadi dipetik dari Bernama'.

Kalau tak berkenan jugak dengan pilihan itu, cakap aje, 'kalau tak betul laporan Bernama, maka tak betullah laporan kami tadi' (guna gaya orang sedang asyik mengumpat)

Radio tak de pemberita sendiri, kan?

Wednesday, May 25, 2011

pandai berniaga (tambahan)

Ada jugak peniaga yang sesuka hati (?) mengenakan bayaran kepada orang ramai. Mereka sangat kreatif, manipulatif dan eksploitatif dalam mendefinisikan 'pelanggan'. Orang yang tak berkenaan pun mungkin dikenakan bayaran disebabkan mereka termasuk ( 'ter' = secara tak sengaja) dalam kategori pelanggan.

Sebagai contoh, orang ramai yang menggunakan kolam renang bolehlah dikelaskan sebagai pelanggan. Tak hairanlah kalau mereka dikenakan bayaran untuk menggunakan kolam renang dan kemudahan yang disediakan. Tapi, kalau orang yang sekadar meneman perenang, wajarkah dikenakan bayaran? Nak masuk je...bukan nak berenang atau berendam pun. Untuk apakah bayaran dikenakan kepada 'pelanggan' ini? Apa perkhidmatan yang 'dibeli' oleh peneman-peneman perenang ini?

Asal masuk saja, kena bayar: renang tak renang kami tak nak ambil tahu.

Ya Allah.... begitu 'kejam' price differentiation depa ni. Mungkin ini satu contoh perniagaan yang langsung tidak mengamalkan diskriminasi. Memang adil lagi saksama. Kalau diskriminasi, nanti rugi pulak, ya tak?

Tuesday, May 24, 2011

pandai berniaga

Sejak balik semula ke Malaysia, rasa tak berapa nak senang dengan 'perkembangan' harga barang-barang di pasaran. Harga macam dibubuh yis - montel! Tak tau la 'perkembangan' tu memang disebabkan kenaikan harga bahan mentah, atau kenaikan nafsu peniaga untuk mencopet untung berlebihan.

Sudahlah harga barang mahal, ada pulak peniaga yang mengamalkan 'keep the change'. Bukan pelanggan yang secara sukarela cakap keep the change, tapi penjual yang 'membulatkan' (rounding adjustment) harga yang membawa keuntungan kepada penjual. Katalah anda beli barang yang berharga RM9.98 di pasar raya X. Bila anda membayar di kaunter, anda akan dapati anda terpaksa bayar RM10.00. Jadi, peniaga dah untung 2 sen berbanding harga yang diiklankan. Bukannya dia nak bulatkan jadi RM9.95. Disebabkan duit 1 sen dah tak ada, peniaga buat amalan 'rounding adjustment' yang menguntungkan mereka. Jadi, pembeli dipaksa mengamalkan 'keep the change' bila membeli barang yang ada harga sen-sen tu. Ke mana perginya lebihan 'sen-sen' tu? Badan kebajikan?

Satu lagi kes pandai berniaga juga melibatkan amalan yang menyusahkan pengguna. Kedai yang menjual barang harga ratus-ratus dan ribu-ribu 'menggalakkan' pembeli membuat bayaran secara tunai. Kalau nak beli 3 ulas bawang tu, memang patutlah bayar tunai, tak kan nak keluarkan American Express pulak, kan? Tapi, kalau nak beli tv LED yang harga 4, 5 ribu tu, lebih selamat dan selesa kalau pakai kad kredit atau kad debit. Malangnya, kedai yang tidak menjual bawang ini akan mengenakan caj 'perkhidmatan' sebanyak 5% dari harga jualan bagi pembelian menggunakan kad debit dan kad kredit. Banyak je kedai lain yang menyerap caj kad; tak perlu dibebankan kepada pembeli. Bagi yang suka mengumpul mata ganjaran, pembelian yang bersaiz besar inilah yang dapat membanyakkan mata ganjaran kad kredit masing-masing. Tapi, bila kena bayar secara tunai, melepas peluang untuk dapatkan mata ganjaran. Balik-balik, orang bisnes jugak yang kaut untung.

Pandai sungguh mereka-mereka ini berniaga.

Ate, kita ni bila lagi? I mean, berniaga. Bior kita berniaga cara 'bodoh'; tapi halal dan tidak membebankan rakyat.




Monday, May 23, 2011

larangan













Boleh baca larangan-larangan dalam gambar di atas? Kalau tak boleh, dan kalau nak baca, silalah ke stesen Putra LRT Wangsa Maju. Banyak jugak rasanya larangan-larangan ni. Kalau ada yang jenis 'rebel', mau disanggah semua sekali. Saja je melepak sambil bermain muzik untuk tujuan minta sedekah; sambil tu kunyah gula-gula getah dan lekatkan di badan bas. Itupun tak cukup nak sanggah semua sekali.

Berkesankah tarbiah berbentuk larangan-larangan seperti ini?

Yang menarik (secara peribadi) ialah larangan yang terakhir: lepak. Sepanjang jadi pengguna pengangkutan awam, tak tergamak rasanya nak 'melepak' di stesen LRT Wangsa Maju ni. Kualiti udaranya bukanlah sesuatu yang wajar dikejar. Keselesaan tempat duduknya (errr....ada tempat duduk ke?) tidak menjadi igauan. Tak kebulor pun nak lepak di situ. Malahan, pihak pengurus stesen, pengusaha bas dan LRT patut pastikan pengguna tidak terpaksa 'melepak' di situ: melengung lama-lama menunggu bas tiba.

'Dilarang memaksa pengguna tunggu lama-lama'.