Thursday, January 28, 2010

Jalan PhD

Ada orang kata, kalau buat PhD ni, 'kerja kena jalan'. Maksud ungkapan ni, antaranya, ialah mesti meneruskan kerja-kerja berkaitan PhD. Di samping itu, perlu juga untuk berjalan-jalan supaya otak tak tepu dengan pekerjaan. Malah, mungkin saja berjalan-jalan itu menyerupai kerja PhD - dan penyelidikan secara umumnya. Mari lihat proses-proses sepunya bagi kedua-duanya.

Katakanlah hendak ke Istanbul. Untuk betul-betul dapat menikmati dan menjiwai lawatan tersebut, perlulah diketahui serba sedikit tentang Istanbul; sejarahnya, tempat-tempat menarik, kewajaran melawat tempat-tempat tertentu, cuaca, dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Ini menyerupai proses membuat tinjauan kesusasteraan (literature review).

Setelah diputuskan untuk melawat Istanbul, perlu pula memikirkan logistiknya. Perlu dicari kaedah yang terbaik untuk ke sana. Terbang? Memandu? Tinggal di hotel atau hostel? Berapa banyak perbelanjaan yang perlu disediakan? Berapa tempoh tinggal? Ada back up plan atau tidak? Jika diperincikan jawapan kepada soalan-soalan ini, terhasillah satu kertas cadangan (proposal).

Seterusnya, bila berada di Istanbul, masa perlu diisi dengan aktiviti menikmati pemandangan dan menimba pengalaman. Sebahagian orang mungkin suka menulis puisi atau catatan di tempat yang menarik hati. Kebanyakan orang lebih suka mengutip kenangan dengan bergambar. Tak kurang juga yang membeli cendera mata untuk dibawa pulang. Lebih istimewa jika dapat menambah kenalan di kalangan orang tempatan. Catatan, gambar, cendera mata, dan kenalan semuanya bolehlah diibaratkan sebagai data.

Bila balik ke rumah, aktiviti seterusnya ialah melihat kembali hasil perjalanan. bagi yang rajin mengguna Photoshop, gambar-gambar yang diambil disunting terlebih dahulu. Mungkin juga gambar itu dikelompokkan mengikut tema tertentu. Biasanya, ada catatan yang menghuraikan gambar tersebut. Dari sinilah dapat dilihat siapa yang kerap enter frame, apa objek yang kerap diambil, dan apa imej yang tidak sempat dirakam. Aktiviti mengolah gambar-gambar menyerupai aktiviti menganalisis data.

Setelah dianalisis, gambar-gambar tadi boleh menjadi asas kepada perbincangan sesama kawan, atau dengan diri sendiri. Biasanya, perbincangan ini melibatkan penilaian terhadap hasil lawatan. Berbaloikah berbelanja ke Istanbul? Sejauh mana kebenaran fakta-fakta dan pendapat yang dijumpa dalam literature review? Bertambahkah pengalaman hidup hasil lawatan tersebut? Sesuaikah kaedah yang diguna sepanjang lawatan? Kekurangan yang ada dalam percutian itu akan disebut. Mungkin juga akan ada saranan untuk lawatan-lawatan yang berikutnya. Perbincangan seperti ini biasanya menjadi penutup kepada sesebuah kajian.

Bagi pengguna Facebook, MySpace, Fotopages, blog, dan yang seumpamanya, tentu tidak sabar untuk berkongsi kenangan dengan rakan-rakan. Sebaik saja ada waktu yang terluang, gambar-gambar akan dimuatnaik ke Facebook etc. Aktiviti perkongsian ini bolehlah dianggap sebagai usaha untuk penerbitan. Bolehlah rakan-rakan menyemak gambar, memberi komen, dan memanjangkan perbincangan. Hasil lawatan yang diterbitkan ini akan menjadi sebahagian daripada literature untuk mereka yang masih belum melawat Istanbul.

Dalam catatan ini, hanya proses-proses utama yang dibandingkan. Tidak dinafikan, memang banyak perbezaan yang boleh dibuat antara PhD dan berjalan-jalan. Namun, yang ingin dicadangkan di sini ialah kepentingan bersistematik dalam melakukan sesuatu usaha. Jika hendak menyelesaikan PhD, perlu patuh kepada kaedah-kaedahnya. Kalau hendak berjalan dengan selamat, jimat, dan bermanfaat, maka kaedah yang sistematik lebih sesuai digunapakai. Mungkin ada perjalanan yang lebih seronok dibuat secara spontan. Tapi, jika perjalanan dirancang rapi terlebih dahulu, maka lebih banyak manfaat yang boleh diraih.

Cukupkan persiapan, jauh perjalanan, luas pemandangan, kongsikan pengalaman.



Nota penghargaan kepada Hafiz yang membantu mengembangkan idea untuk penulisan ini.

semalam ulang tahun kelahiran

Ooopsss... diri sendiri pun lupa. Semalam dah bertambah umur. 'Semalam' tu merujuk kepada 11 Safar, bukan 26 Januari. Apa salahnya mengingat dua tarikh kelahiran. Boleh sambut birhday dua kali, ya tak? iyo la tu. Tak de bersambut pun. Terlupa.

Thank you Allah for creating me.
Thank you emak for giving birth to me.
Thank you abah for raising me.

In fact, the thanks are understated. There were more sacrifices and nikmah provided for me than I can count. May Allah bless all those who have helped me along the way till this day.

Wednesday, January 27, 2010

Antologi

Masa menziarah blog kenkawan dan sedara-mara, terbit semula satu impian yang lama dah tersimpan. Catatan adinda Rai tentang Hadiah Sastera Perdana 18 mengipas bara semangat untuk terus menulis karya yang layak dikelompokkan sebagai sastera.

Masa di Kanada dulu, menjelang umur 20 tahun, ada dapat dikumpulkan sajak2 yang ditulis; cetak dan binding sendiri. Sekadar untuk merekodkan apa yang telah ditulis di sana sini. Koleksi tu diberi tajuk Sehingga Dekad Kedua. Sekarang ni dah berada di pertengahan dekad ketiga. Dah makin banyak sajak yang ditulis. Di blog ini saja ada 86 posts yang berlabel 'poem'. Ada sajak serius, santai, lepas geram. Ada pantun dan syair. Rasanya, kalau disaring, cukup untuk mengisi sebuah antologi. Bolehlah dipilih puisi yang berpaksi pada tema yang sama. Tajuknya? Mungkin satu tajuk yang berkaitan dengan nama blog ini sendiri. Agaknya, hendak ke DBP menerbitkan antologi ni?

Paling tidak, hajat mengumpulkan sajak2 dalam satu koleksi perlu ditunaikan. Publish dalam bentuk pdf pun ok la. Yang penting, ada dokumentasi supaya hasil penulisan ini boleh diwariskan secara lebih sempurna untuk Marwan.

A lonely job

Doing a PhD is a lonely job.

On the first front, you are expected to do something new that no one had ever done before. To meet this requirement, the best bet is to do something that is very different from what other people had done. Very likely, you'll be the only one doing this kind of research. For example, lots of researchers had done studies about situation awareness among pilot, nuclear plant control room, and other similar control rooms. No published research had reported situation awareness among paramedics. And that's what I'm doing at the moment. I'm at a distance from other situation awareness researchers. The intellectual loneliness can be a problem when trying to solve a problem specific to my own research.

On the second front, it can get socially lonely. The lab, for example, is not a socially active place as a library or a shopping mall. It is very quiet most of the time. And because the researchers are not tied to a 9-to-5 work time, they come and go at their own time. Before and after Christmas time, even the whole department was quiet. The social isolation can be a problem when one craves social attention that it is sometimes necessary to go out of the workplace and socialise elsewhere.

This is not saying that the whole process of doing PhD is a lonely journey. There are opportunities to expand one's horizon, occasionally. That is why some researchers get excited upon hearing news about conferences, symposium, seminar and so on. These are the venues where the social and intellectual isolation can be left behind. Meeting like-minded researchers can go a long way to make connections, spawn new ideas, and solve problems. The feeling of relatedness is like a vaccination for the loneliness bug that visits from time to time.

Now I feel less lonely.

Friday, January 22, 2010

something in the air















Since the beginning of the week, there's a subtle change in the air. Snow had melted. The temperature had taken a turn for the better. And yet, the change can be fully explained by the snow and temperature.

This morning, on the way to the office, generous amount of sunlight was a welcome sight. And then it became clear: spring is coming! I can almost feel the sweetness of spring air on my tongue. There's a certain merriment dancing to a longing rhythm; ready to welcome spring after. I know, it is only January. But, I'm already waiting to see the first balde of crocus.

Wednesday, January 20, 2010

dua darjah





















Selepas 5 tahun di Kanada, dapatlah sekeping ijazah ni. Tak pergi pun majlis pengurniaan darjah yang pertama ni. Tak de tulis pun bidang pengkhususan (major - Psychology; minor - economics). Yang penting dah dapat. Boleh guna untuk mohon kerja.





















Bila tengok balik transcript ni, teringat masa belajar dulu. Best jugak belajar di Guelph. Fleksibel; boleh amik summer semester untuk kurangkan credit hours di fall dan winter semester yang berikutnya. Boleh score; kebanyakan kursus yg diajar jelas cara pemarkahannya. Kalau buat apa yg disuruh dalam course outline, insyaAllah boleh score. Tak de la banyak kerenah, tukar itu tukar ini, dan urusan pentadbirannya juga cekap. Alhamdulillah, merasa la 6 kali tersenarai di Dean's Honors List. Rasa bangga gak - budak kampung dapat kepujian kat negara omputih. Nanti Marwan usaha dan jadi lebih cemerlang dari ayah, ok?




















Darjah yang ni diterima dari U of London. Tempat belajar yang sebenarnya U College London. Tak de ditulis dalam darjah ni, sebab UCL tu adalah 'anak' kepada U of London. Lagi sempoi design dia kan? Tak de kerawang, tak de garisan, tak de border, etc. Tak pe la, design simple pun, tapi nama U of London tu yg buat dia ni mahal. Dan, tak terbayangkan untuk dapat masters of science, sebab darjah pertama dalam bidang arts. Rezeki. Alhamdulillah. So, kiranya, budak sains la ni, eh?



train'ed'















Haa.... monorel dah nak sampai tu.














Beratur dulu sebelum naik ya. Ramai jugak orang kat stesen ni.
















Dapat gak duduk dekat cockpit monorel. Nampak tak encik driver tu? Walaupun berhadang cermin kabur, nampak jugak la serba sedikit pergerakan dalam cockpit.

Yang paling best, masa dapat masuk cockpit STAR-LRT. Selamba je encik driver tu jemput masuk. Entah bila lagi nak dapat peluang cam tu. Marwan pun dah makin besar. Kita gi buat research pasal train la, eh? Boleh buat etnografik study dan masuk dalam train sesuka hati. :-)

Tuesday, January 19, 2010

I want an SB-600















with 'accidental' additional flash


















with built-in flash only

Nak external flash, please.

Friday, January 08, 2010

Dah lari, tapi kena kejor jugak

Ih ih ih.....dasat sungguh rasa musim sejuk kali ni. Udoh le banyak salji, suhu pun bawah beku. Sampai mesin basuh kat rumah sewa tu tak berjalan; ate, ayornya dah beku dalam paip. Alamat ngangkut kain baju ke tempat dobi le jawabnya.

Masa nak sambung PhD dulu, bukannya tak de cadangan cari tempat di Kanada. Ada. Tapi, bila pikior pase musim sejuk kat sana, rasa tak sanggup. Rasanya, macam separuh tahun berbungkusnya. Mana nak tahan. Itu yang pilih UK nih. Sebab dah ada pengalaman masa buat masters dulu. Winter nya idok la sejuk sangat. Snow pun tak mandang.

Alih2, winter beku ni dah dapat ngejor. Adussss....berbungkus le lagi jawabnya. Sejak balik ke sini ari tu, idok la dapat merasa suam matahari. Cuma, lepas semayang Jumaat tadi ada terasa suam2 ujung kuku. Jadi le. Esok2, suam sampai pangkal kuku pulak yea.

Tuesday, January 05, 2010

Conference in Miami

Alhamdulillah. Takbir!!!

Now I have to make sure I meet the 1 March deadline for the full paper. I pray that the full paper will be ready, and the logistics (air ticket, accomodation, visa, etc) will be arranged well before the departure date.

====================================================================================

AHFE 2010: www.ahfe2010.org
TRACK: International Conference on Human Factors and Ergonomics in Healthcare
SESSION CHAIR: J. Jacko, USA
SESSION TITLE: Human Interface & Healthcare IT

Dear H. Hamid,

We are very pleased to let you know your paper with co-author titled "Using goal directed task analysis to identify situation awareness requirements of advanced paramedics" to be presented at the 3rd International Conference on Applied Human Factors and Ergonomics (AHFE), and to be held July 17-20, 2010, at the InterContinental Hotel in Miami, Florida, USA, is accepted. Your presentation is scheduled for the invited track referenced above.

Wishes

I don't have a new year wish for me. Rather, I have a new life wish.
I wish that my life would feel more complete. I also wish for more patience, wisdom, and maturity so that I can be a better person to myself and to others.

Monday, January 04, 2010

kembali

Kembali?

It feels more like 'pergi semula'. Kembali would describe the journey to Kampung Kandang Hilir. The trip to Loughborough was another 'pergi semula'. After spending slightly over 2 weeks in Malaysia, the cold atmosphere of the UK embraced my arrival.

Upon setting foot on UK land, the contrasts start to manifest themselves. It is difficult to shoo them away. After warming up under the tropical sun, the bone-penetrating Arctic wind felt very cold. The gloomy sky seemed much darker against the blue sunny sky in Malaysia.

After two days at my flat, another contrast emerged. It felt very quiet. The sounds of laughter, rooster crowing, roaring motorcycles, or even any evidence of the presence of another human being was absent. It was quiet. And it felt quiet. The cold Arctic wind had frozen the sounds that warmed me up these past few weeks.

I'm looking forward to the trip to 'kembali'.