Thursday, July 30, 2009

Impact Factor

Human Performance - 1.921
Ergonomics - 1.604
Human Factors - 1.113
Emergency Medicine Journal - 0.869

KPI sebagai lecturer

Baru-baru ni terima email dari Head of Department di UIA berkenaan KPI. Sebagai pensyarah Gred 51/52 (insyaAllah, dapat naik ke tahap tu bila ada Dr nanti), berikut adalah KPI yang perlu dipenuhi.

Teaching:

  • 12 Credit Hours for per semester
  • Supervision 1 Student (As Main Supervisor) / per calendar year
  • At least 80% Teaching Effectiveness Rating for two (2) consecutive semesters for UG / PG Courses

Banyak jugak rasanya teaching workload tu. Biasanya, setiap kursus ada 3 jam kredit. Untuk mencapai 12 jam kredit, kenalah mengajar 4 subjek. Maknanya, perlu menguasai beberapa subjek supaya pengajaran tidak membebankan. Bagus kalau dapat mengajar 1 subjek postgrad. Untuk kerja supervision pula, banyak bergantung kepada pelajar dan minat masing2. Kena advertise bidang penyelidikan kepada pelajar postgrad untuk menarik minat mereka. Ada yang minat nak buat research ergonomik?

Research:

Research grant: RM10 K (Arts-based)
Publication: 1 book/ 1 article in citation-indexed journal / 1 book chapter per year
At least 1 international / national conference per year

KPI research lebih mencabar berbanding teaching. Biasanya, workload teaching akan diberi oleh Department. Markah TER sahaja yang perlu dijaga supaya tidak jatuh di bawah 80%. Untuk research pula, perlu banyak inisiatif sendiri. Tapi, kalau ada struktur dan dasar yang kukuh, tidak sukar untuk mencapai KPI. Banyak geran penyelidikan yang boleh dipohon dalam bidang kesihatan. Menghadiri persidangan juga tidak sukar. Sebagai pembentang memang boleh. Cuma kena pastikan kertas kerja siap mengikut deadline. Publication memang mencabar. Untuk menerbitkan artikel dalam citation-indexed journal memang mengambil masa. Jadi, perancangan yang rapi perlu diikuti untuk memastikan ada satu artikel yang diterbitkan setiap tahun.

KPI penerbitan dan persidangan berkait rapat. Kertas kerja persidangan boleh dinaik taraf menjadi artikel jurnal. Perlulah berjaya menarik pelajar postgrad untuk menjadi supervisee. Bila menjadi supervisor, mudahlah untuk menghasilkan penulisan.

Professional services

Member in consultancy projects at the University level
Committee position at the University level

Yang dua ni ok je. Tapi, kenalah pandai2 memasarkan perkhidmatan. Jadi AJK peringkat Department tu memang tak boleh elak. Peringkat Universiti....itu belum pasti. Nak menjadi consultant juga satu hal yang sukar ditembusi di peringkat awal. Tak tentu ada projek yang sesuai. Jadi, untuk mencapai KPI ni, kena ada usaha mencari projek untuk diri sendiri. usah mengharap belas ehsan Universiti.

Bila jadi supervisor nanti

1) Di awal perkenalan dengan pelajar, kenalpasti visinya. Kalau belum ada visi, bina bersama. Kongsikan juga visi awak sebagai SV.
2) Simpan rekod pertemuan dengan pelajar. Yang utama adalah (a) isi perbincangan (b) keputusan yang diambil (c) senarai tindakan (d) perancangan susulan
3) Sesekali, ambil peranan sebagai pendengar. Kalau pelajar enggan melakukan disclosure, pastikan dia ada support system yang sesuai.
4) Sesekali, belanjalah pelajar makan. Jangan kedekut nak berbelanja makan, bukannya luak banyak mana pun.
5) Kenalpasti sempadan dalam perhubungan. Mungkin ada yang selesa meluaskan skop hubungan. Ada yang berkehendak strictly professional. Yang penting hubungan tidak mengaburkan visi.

Semangkuk Laksa

Pernah kita bersama
makan semangkuk laksa
menghirup segelas cendul
di bawah redup pohon hujan-hujan

kita sama-sama menahan
pedas membuat kita kepanasan
lalu meneguk cendul
sebagai penawar

kawan
bayang pohon hujan-hujan
melintas di mataku sebelum tidur
mengingatkan aku
pada pedas realiti
asam garam menjerih peluh
mencari rezeki di kota ini

kawan
teduh pohon hujan-hujan
membawa sejuk padaku
seperti tenangnya
menghapuskan lapar pada persahabatanmu

di rantau yang jauh ini
aku lapar dan dahaga
mencari semangkuk laksa dan segelas cendul
dan mengharap kembali merasai
rencah hidup yang meriah
dan manisnya ketenangan
di sisimu

Monday, July 27, 2009

Picnic di Corsington


Hari Sabtu; hari yang dinanti2 sejak hari Jumaat. Dengan sokongan dan rancangan yang baik dari kawan-kawan, berlangsunglah acara picnic di Corsington Water di Derbyshire. Cantik tempatnya.
Sebaik sampai, kami memenuhkan meja picnic dengan makanan masing-masing. Menu pagi tu termasuklah nasi lemak, bihun goreng, keropok, lepat pisang, dan beberapa jajan yang terlebih dari cukup untuk 10 orang.
Lepas sarapan, kami pergi berjalan ke tepi tasik/empangan. Cantik juga tempatnya. Ada beberapa kemudahan untuk pengunjung seperti mainan untuk kanak2. Untuk mak dan bapak budak ni, ada water sports. Kami memilih untuk bersampan. Satu sampan boleh muat 5 orang, Bayarannya GBP10 untuk setengah jam berdayung.
Merasa la jugak berdayung setelah sekian lama tak pegang dayung. Nampak sangat kurang kepakaran mendayung....berpusing2 sampan dibuatnya. Kerjasama dengan Afizan menampakkan hasil yang agak baik. Berjaya juga mengawal sampan dan kembali ke 'pelabuhan' di penghujung tempoh sewaan.
Selepas berdayung, perut lapar semula. Apa lagi...makanan masih banyak; belasah cukup2. Solat zuhur disempurnakan di atas padang. Rasa selesa saja solat di tempat awam. Terasa kebebasan beragama di bumi UK ni. Di Malaysia pun ada orang kurang selesa nak menzahirkan keIslaman mereka. Bila bertudung, solat, atau 'buat baik', ada la pulak orang yang kutuk, tegur, perli atau membisakan sinis. Lebih mudah nak jadi Islam di negara bukan Islam.
Lepas rehat-rehat, kami mencari aktiviti fizikal semula. Acara berbasikal dibincangkan, tetapi tidak dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Permainan yang memang dah ada dalam kepala diluahkan. Fara bermurah hati untuk meminjamkan kasut (brand Clarks tu!) untuk permainan tuju kasut.
Lamanya dah tak main tuju kasut. Menuju kasut tu agak mudah. Yang mendatangkan lelah ialah berlari dan mengejar. Semput dibuatnya. Termengah2 apabila selesai setiap pusingan permainan. Tapi, yang pentingnya, terasa seronok dan puas. Jadi budak2 sekejap. Dalam perjalanan balik ke rumah, penat mengatasi kecelikan mata. Tido tak sedar apa....properly tired. Bahkan, sampai saat menulis entry ini, badan masih sakit2. Tangan rasa bengkak dek berdayung. Betis rasa sengal2 sebab berlari. Hahahha....baru la betul2 enjoy weekend.

Friday, July 24, 2009

Jangan memuncung

Hidang bara biar berlapik
jangan sampai terpercik bahang
kalau gajah yang bertempik
mengapa kancil hendak ditendang

Suara gajah gegar gempita
mengapa kancil mahu digoncang
pendapat diberi tidak dipinta
cerca dihambur tidak diundang

Elok subur rumput di padang
mengapa baja ditabur melulu
kalau mata senget memandang
kain yang kemin dikata berbulu

Pisau terhunus tajam menikam
air lembut meresap masuk
tidak bertubi datang menerkam
kata yang benar halus menusuk



Wednesday, July 22, 2009

Hantar barang





















Pagi ni ayah antar barang2 ke kampung. Ada lima kotak barang yang dinaikkan ke kontena En Najib, pensyarah UUM yang akan balik ke Malaysia tak lama lagi. Kontena tu akan sampai ke Jitra dalam tempoh sebulan lebih kurang. Mungkin Pak Teh yang akan ambil barang tu di Jitra nanti. Harap2 Pak Teh dah ada lesen driving masa tu.

Dalam kotak2 tu, ada macam-macam barang. Ada mainan dan buku untuk Marwan. Baju pun ada, tapi ayah tak sure baju tu muat untuk Marwan atau tak. Kalau tak muat, nanti kita gi shopping - cari baju dan seluar untuk Marwan.

Dinner during NDM9 Conference

Masa NDM9 hari tu, organiser belanja makan kat restoran italian, Strada, di South Bank, London. Order risotto seafood (risotto frutti del mare, or something like that). Sedap gak. Terasa pedasnya, walaupun cili tak kelihatan sangat. Orang lain sibuk ambil gambar 'normal'. Ayah pulak sibuk nak ambil gambar tak normal. Depa pelik tengok ayah ambil gambar reflection kat cermin. Gambar yang satu lagi tu pulak emphasise cahaya petang yang sangat menyilau.


Monday, July 20, 2009

Mandi Bunga

"Apa nak jadi, apa dah jadi, sampai sekarang tak kawin lagi"
Suara Tan Sri SM Salim menusuk hati Jemain di petang itu. Senja yang kian menghampiri seolah-olah menambahkan pedas perli soalan SM Salim. 'Bukannya tak ada usaha, tapi jodoh belum ada', itulah jawapan yang seringkali diguna apabila mendapat soalan cepu emas dari saudara maranya. Mak bapak Jemain pun dah banyak tolong berusaha mencarikan isteri untuk Jemain.

"Kau dah cari bunga yang emak cakap semalam? Ingat, malam ni mak nak bawak kau pergi mandi bunga." Pertanyaan tersebut mengejutkan Jemain dari khayalan waktu senja. Tergamam seketika sebelum bingkas bangun. Satu bunga pun belum ada. Terkocoh-kocoh Jemain mencari idea untuk mengumpul 7 jenis bunga. "Nak ke pekan...kedai bunga sudah tutup" katanya pada diri sendiri.
Bergerak ke luar rumah, Jemain terpandang bunga berwarna merah yang sedang mekar. "Yes!!!" Satu demi satu idea datang. Dalam tempoh dua puluh minit, 6 jenis bunga terkumpul di atas meja makan.

"Mak! Cuba mak tengok bunga ni! Satu je lagi tak cukup."

Mak Jemain melenggok-lenggok berjalan ke dapur sambil membetulkan sanggul. Matanya terpaku pada bunga-bunga yang tersusun di atas meja makan.

"Astaghafirullah.........................." 'Padanlah tak kawin-kawin lagi', kata mak Jemain dalam hati. Matanya kabur bergenang air. Antara menahan sedih dan ketawa, dia duduk dan menyentuh satu-persatu bunga yang Jemain kumpulkan: bunga kantan, bunga kobis, brokoli, bunga lawang, bunga cengkih, dan bunga labu. 'Nak buat mandi atau nak buat sup?' tempelak mak Jemain dalam hati.

"Tak cukup satu lagi, kan? Apa kata yang ketujuh tu, kau ambil bunga bank?" Ujar mak Jemain sambil berlalu dari dapur.

Laser terlebih aktif

Hati digegar suara gempita
mengapa kancil mahu digoncang
pendapat diberi tidak dipinta
cerca dihambur tidak diundang

Ini alkisah orang yang lidahnya terlebih aktif. Kununnya, dia suka berterus-terang. Tak suka simpan-simpan, atau cakap belakang. Jadi, apa yang terbuku di hati, disalurkan saja ke telinga orang lain secara sukarela. Kesukaan dan kerelaan orang yang mendengar menjadi perkara yang tidak penting.

Jikalau pun hendak berlaku jujur dan telus, perlulah juga dijaga halus dan mulus. Keelokan peribadi sendiri perlu dipagarkan. Kemuliaan maruah orang lain perlu dipertahankan. Laser yang terpancar dari mulut perlulah terbit dari maklumat yang benar dan relevan. Jangan sampai kejujuran dan ketelusan merasionalkan kekasaran dan kepalsuan. Ingatlah peringatkan yang ditegaskan dalam surah Al-Asr. Kalau hendak berpesan-pesan, kena penuhi syarat 'benar' dan 'sabar'. Kalau tidak, dalam kerugianlah.

Siasat dulu apa yang benar dan apa yang tidak. Jangan lepaskan lafaz cerca secara melulu jika sasaran belum difahami. Mungkin dia kelihatan melakukan sesuatu yang jelik. Tapi yang jelik itu tidak semestinya batil. Bahkan yang kelihatan jelik itu sebenarnya molek. Mungkin saya pandangan mata laser yang menyebakkan jelik itu kelihatan terang. Betulkan mata dan pandangan!

Sabar perlu menjadi paksi dalam adab berpesan-pesan. Jangan pinggirkan sabar di tumit emosi - takut-takut suara emosi menjerat diri. Lebih teruk lagi, yang benar dan yang palsu bercampur aduk dalam kawah emosi. Apabila dihunus pedang amarah, fakta mungkin saja bertukar menjadi fitnah. Akhirnya, yang berpesan akan busuk berpalit batil dek asyik bergelumang emosi.Kan rugi? Banyak masa akan terbuang dek laser yang 'tidak sabar' dan 'tidak benar'.

Kalau hendak untung, pilihlah kata-kata yang benar dan sampaikanlah dengan beralaskan sabar.

Friday, July 17, 2009

Protokol 'Add friends' di FaceBook

Soalan: kalau ditolak, nanti kata sombong. nak diterima, tak tau siapa. Apa protokol utk add friends?

Berikut jawapan yang diterima dari kawan2 dan respon kepada jawapan tersebut..

===================================================================

Mungkin message die dan tanya kalau dia pernah bercakap dengan kita... Mungkin kita tahu die sape tapi lupa...

Ya Allah…jadi satu kerja pulak nak mesej org tu balik. Lain la kalau memang ada terasa macam kenal-tapi-lupa. Kalau tak kenal langsung? Memang la motivasi rendah untuk antar mesej. Kalau nak menggatal tu boleh je bermesej2. Kalau tak terasa gatal? Tak de seru nak menggaru.

Tengok mutual fren.

Idea yang bagus. Memang ada pernah buat macam tu. Tapi, kekadang tu, mutual friends pun tak kenal jugak. Cam ne?

tiada gambar? tiada nama? kenapa mesti awak saja yg kena tahu protokol?? semua kena tahulah..urang mcm tu bikin suspen saja..kalau [saya] tulak truss..padan muka urang tu!!

Hahaha…. I like your answer. Betul tu. Gambar tak de. Nama pun pelik2. Seolah2 dapat salam dari orang invisible. Cam ne nak jawab? Tak tahu nak jawab kepada siapa.

huh...aku kalau tak kenal aku click ignore je..

Ini cadangan yang boleh diamalkan. Kalau dia tak puas hati, dia boleh antar mesej kat kita, kan?

yup, me too. And u don't hv to add ur [PhD supervisor]. Hehe. Dah 6 bln ignore ;p

Betulx3. Bahaya kalau masukkan supervisor dalam list. Nanti banyak maklumat tak perlu sampai kat dia.

bak orang tua "kata berkawan biar seribu, bercinta biar seorang" klick jer lah...

Betul jugak. Cumanya, dalam banyak2 ‘anonymous’ yang dah kena approve tu, idak pulak le deme nak memperkenalkan diri. Senyap sunyi je.

hahaha depands on u sir... If kenal xpe or ex student ke... Tp kalu takat add saje2 nk friends list sampai beribu baik xyah... Semak kt page jah...

Setuju 100%!!! Yang penting kualiti, bukan kuantiti. Kalau ada seribu kawan…tapi tak de sorang pun yg sudi nak bertanya kabar, baik berkawan dengan teddy bear je.

================================================================

Cadangan:

1) Kalau confirm orang yang nak di'add' tu kenal kita (best friend, geng naik basikal, jiran sebelah rumah, ustazah ngajar ja'ama), add lah macam biasa.

2) Kalau orang tu tak tentu kenal kita, berilah salam. Ayat2 berikut boleh digunakan untuk memperkenalkan diri:

a) Awak ingat saya tak? Kita pernah berjumpa di Persidangan Ketua-Ketua Kampung pada tahun lepas.

b) Hari tu awak beri saya business card masa berjumpa di Pasar Malam Taman Melawati. Ingat tak?

c) Pak Ngah, ini Lela - anak Usu Timah yang duduk di Kampung Jerlun tu. Masa saya kecik dulu, mak cakap Pak Ngah pernah beri saya hadiah sebab dapat nombor 1 dalam periksa. Sekarang saya dah masuk UPN. Terima kasih Pak Ngah.

d) Encik...ingat lagi tak kat saya? Saya pernah ambil paper Encik (Sejarah Tamadun India) masa di UiTM Shah Alam. Saya student yang selalu makan maruku dalam kelas.

e) Eh awak...awak kenal Fasha ya? Fasha tu kawan kita. Tak tau pulak dia ada kawan yang hensem macam awak ni. Boleh berkenalan? Nama saya Lisda. Tapi awak boleh panggil saya Nisda. Kalau dah berkenalan rapat nanti, awak boleh panggil saya Risda. See u later hensem.

f) Ustaz, tahniah atas kemenangan di pilihanraya kecil baru2 ini. Saya mohon Ustaz dapat addsaya sebagai kawan supaya dapat mengikuti perkembangan Ustaz selepas bergelar YB ini.


Rasanya, cukuplah contoh2 itu setakat ini. Gunakanlah mana2 yang sesuai.

Thursday, July 16, 2009

kala 'bz'

kala bz ini
neuron bagaikan bertindak rawak
hingga kerja jadi lawak
yang serius tidak menjadi

yang dikatakan bz
bagaikan tidak cukup neuron
hingga terasa macam moron
sebab bz tidak berisi

bz tak habis-habis
neurons menghantar isyarat palsu
badan cepat jadi lesu
kerja bertimbun tidak menipis

kala bz bertandang
sebenarnya sibuk membina alasan
mengelak memainkan peranan
melayan fantasi melayang-layang

=====

buat kerja weh!!!!

Monday, July 13, 2009

Photo Achievement: Used to Promote Sheffield



I'm very happy that one photo of mine was selected by the publisher of Schmap Guide. It was a photo that I took at Yorkshire Sculpture Park. I'm glad that the publisher appreciate my photo. Bestnyerrrrrrrr!

Saturday, July 11, 2009

Thursday, July 09, 2009

Diskusi Jiwa Suci

"Bagaimana nak membersihkan jiwa? Kadang-kadang rasa kosong, dan tak tenteram."

Begitu lebih kurang soalan yang diterima. Rasa berat juga nak menjawabnya. Dalam dada, tiada jawapan ringkas yang tersedia. Setelah agak lama 'mengeram' idea, barulah mendapat keyakinan untuk mencatatkan jawapan tersebut.

Kalau nak cakap pasal 'jiwa', memang panjang ceritanya. Ruang yang 'bisu' ini boleh menyentuh beberapa perkara saja. Bila sebut 'jiwa kotor' dan cara 'membersihkan jiwa', dua2 perkara tu adalah perkara yg tak nampak. Tak tau di mana dan sepekat mana kotornya; tak seperti daki yang ada di badan atau arang yg ada di periuk. Jadi, lebih mudah untuk berbicara tentang kesan kekotoran tu. Apa yg dimaksudkan dengan 'jiwa kotor'?

Mengikut pertanyaan yang diajukan, isu-isu yang dibangkitkan adalah rasa tak tenang, tak 'sempurna' dan tak 'cukup'. Untuk menangani masalah 'jiwa' secara langsung, memang agak sukar. Kalau nak membersihkan jantung, pakar bedah boleh membelah dada dan memegang jantung tersebut. Untuk membersihkan jiwa, siapakah pakar yang boleh menyentuh jiwa itu secara langsung? Jadi, insan yang kurang kepakaran ini hanya mampu fokus kepada kesan2nya yg ketara dan nampak di pandangan mata. Mudah-mudahan usaha ini mampu mengesankan jiwa.

Secara umumnya, dalam perkembangan manusia - dari zaman bayi, kanak2, remaja, dewasa, tua - memang kita akan melalui tempoh2 yg mendatangkan cabaran2 yg berbeza. Di peringkat remaja, sebagai contoh, memang selalu berlaku pencarian identiti diri. Di peringkat lain, manusia mencari pengertian hidup. Perlu diakui, 'masalah2' ini selalu berlaku. Memang normal. Jadi, tidak hairanlah kalau kita merasai kekurangan dalam hidup. Terasa ada kekosongan yang belum terisi. Hakikatnya, manusia tidak sempurna. Maka akan ada ruang yang kosong. Itu adalah kekosongan yang normal.

Kekosongan yang tidak normal pula, seperti mana iman, mungkin dipengaruhi faktor dalaman dan luaran. Sebagai muslim, kita percaya jiwa akan hidup seiring dengan iman. Makin kuat iman, makin suburlah jiwa - hingga menjadi jiwa yang suci lagi tenang. Jadi, untuk menghidupkan jiwa, kita kena berusaha meningkatkan iman. Cara2 meningkatkan iman termasuklah menambahkan ilmu dan amal. Memandangkan terdapat perbezaan individu, kaedah2 menambah ilmu dan amal perlu di'customize'kan; tengok mana kaedah yang paling sesuai dgn diri sendiri.

Persekitaran boleh mempengaruhi jiwa kita. Sebab itulah kita kena berusaha untuk meletakkan diri dalam persekitaran yg baik (bi'ah hasanah). Persekitaran dengan dipenuhi orang yg berilmu, soleh/solehah, dan berfikiran positif boleh meneguhkan jiwa kita. Sebaliknya, mungkin ada benda yg kita suka dalam persekitaran, tapi kurang memberi manfaat kepada jiwa. Jadi, kita kena periksa persekitaran: apa dan siapa yang dekat dengan kita?

Secara peribadi, membaca artikel di blog SaifulIslam.com berkesan dalam melembutkan hati dan mendatangkan tenang. Artikel ilmiah berpaksi tarbiah seperti yang banyak kedapatan di blog itu amat berkesan. Orang lain mungkin pula lebih serasi dengan tulisan Dr MAZA. Ada pula yang lebih mudah faham agama hasil mendengar ceramah Ustaz Ismail Kamus. Terpulang kepada saluran hidayah masing-masing.

Pada dimensi amal pula, terasa ketara kesan dari solat berjemaah, khususnya di masjid. Suasana di masjid itu terasa lunak dan manis. Lembut hati untuk tunduk kepadaNya. Tidak hairan. Perkataan masjid itu sendiri membawa maksud, antara lain, tempat untuk sujud. Bukan sekadar jasad, tapi hati juga lentur untuk sujud. Orang lain mungkin meningkat imannya jika berkongsi kefahaman tentang Islam. Mereka suka bercakap tentang agama untuk meningkatkan iman diri sendiri. Ada juga yang suka melakukan kerja-kerja sukarela: menziarah pesakit-pesakit di hospital, meluangkan masa dengan anak-anak yatim, mengajar di kelas tuisyen secara percuma, dan lain-lain. Terpulang kepada kemampuan dan kecenderungan masing-masing.

Kesimpulan untuk catatan ini: rasa tenteram datang dari Allah. Kita boleh berusaha untuk dapatkan rasa tenteram itu. Pastikan usaha kita selari dengan apa yg Allah perintahkan kepada kita. Moga Allah memberkati usaha kita. Cukup sekadar itu untuk kali ini. Wallahu'alam.

p/s Jika ada yang ingin mengukuhkan catatan ini dengan ayat Quran atau Hadith, amatlah dialu-alukan. Mungkin boleh dikembangkan lagi catatan ini supaya lebih bermanfaat dan lebih berkesan di jiwa.

Wednesday, July 08, 2009

Kayuh mengayuh

Akhirnya, dicekau jugak kenderaan dua roda nih. Dah lama plan nak beli. Coya sana, coya sini... ada nampak yang berkenan. Tapi tak de stok pulak. Sudahnya, beli yang ada depan mata je. Warnanya merah menyala: racing red. Tapi, idok le nak dibawa berlumba.

Setakat nak meningkatkan tahap kecergasan badan je. Sejak pindah rumah ari tu, rasa letih je. Badan nak kena servis ni. Kena naikkan balik 'fuel consumption'.

Basikal tu brand Dawes. Sekali dengar, macam 'doors'. Pintu pun pintu la... janji boleh mengayuh. Yang seronoknya, basikal tu ringan. Mudah je nak mengayuh. Cumanya, tak ada suspension - shock absorber tak mandang. Sengaja pilih yang macam tu, sebab nak ngayuh atas jalan je. Bukannya nak bawak melasak kat Ulu Tembeling. Dapat yang cenggini pun ok dah. Itu pun kopak jugak poket.

Ikut kata tokey kedai, model yang dibeli ni model tahun 2008. Itu unit yang terakhir. Kiranya, dia nak menghabiskan stok. Tu pasal harga dia murah sket dari harga kat kedai lain. Tengok kat internet, dalam GBP40 lebih mahal di kedai lain. Lepas tu, dia tukarkan tayar: dari tayar lasak ke tayar jalanraya, kurang berbunga2 dan ada lapisan kevlar untuk mengurangkan risiko pancit. Kunci pun dia bagi free. Alhamdulillah.

Ate....larat ke nak berkayuh?

Plannya, nak berkayuh keliling kampus dulu. Bila dah confiden..dan cuaca elok, nak berkayuh jauh secara berperingkat2: 5km, 10km, 15km, 20km ........dan seterusnya. Harap2, sebelum musim sejuk nanti, dah cukup fit untuk berkayuh 40km sekali harung. Huhuhu....boleh sampai ke Nottingham tu.