Tuesday, September 29, 2009

Jangan Pandu Laju

Note to self: jangan masuk gear 3 sebelum barrier tol diangkat. Nanti tak pepasal kereta rosak. Kereta rosak boleh direpair. Tapi, kalau barrier rosak.... kena saman dengan PLUS. Mampu? Duit tol pun ntah2 tak clear lagi. Tangki minyak penuh tak? Cukup stamina untuk keseluruhan perjalanan? Aparraa...contain yourself.

Bila barrier dah diangkat, baru la start buat CBA ke, SWOT ke, fact-finding mission ke. Hormatilah lebuhraya itu, bersopan santun semasa memandu, ingatlah orang yang tersayang. Lebuhraya tu ada pihak pengurusannya, syarikat sendirian berhad. Perhatikan had-hadnya. Karang tak pepasal kena luku dengan CEO. Jangan main redah je. Kereta tu, diri sendiri jugak yang pandu. Bukannya CEOmu yang pandu guna remote controller. Satellite navigation pun tak de. Kalau betul-betul gentleman, bersabarlah menunggu di pondok tol. Jangan jump barrier, jangan jump queue. Tunggu barrier terangkat dengan sendirinya.




bukan menghancurkan

Kala memberanikan diri menjengah laut
kaki keperitan di gigit pasir
dan dada sempit dihimpit deru angin
sesekali menjulang nafas ke puncak ombak
dan lerai menjadi buih rindu

Bila kembali ke daratan dengan bau garam
butir-butir pasir cicir jadi kenangan
makin meninggalkan rentak ombak
yang melindung karang-karang yang berahsia
selamat dibalut malu

Di tanganku sekuntum karang
di hatiku sejambang doa
tiada karang hancur di lautan
lemas dalam rahsianya



Monday, September 28, 2009

Sambut durian

Alhamdulillah.....sebiji durian dah dapat disambut dengan elok. Manis betul isinya. Conference paper untuk Ergonomic Society Annual Conference baru je dihantar. Dan, yg membuat bertambah happy, conference manager, Sue, confirm 'perlantikan' sebagai ahli sekretariat. Ini bermakna, ayah akan hadir ke konferen tahunan ini buat kali ketiga berturut2 secara percuma. Yang istimewanya, kali ini, insyaAllah ayah akan membentang. Nanti nak ambil gambar banyak-banyak.

legaaaaaaaa!!!! gembiraaaaaaaa!!!

Perhaps my morning was made all that sweeter by receiving emails from mak tam with your pictures and video clips. Grow well Marwan. Jaga makan minum.... bagi badan besar lagi.

Friday, September 25, 2009

Horror story

Roller coaster betul la hari ni. Geram+sedih+terkilan. Dekat nak abis office hour, termendung dek A Gritos de Esperanza. Siap cari lirik dan terjemahan. Beriya-iya nak memahami dan menjadikan lagu tu 'milik' sendiri. Sambil melakukan 'indegenization', sambil berchatting jarak jauh tentang hal yang sama.

Bila balik rumah, tengok tetamu dah menunggu di luar rumah. Laaaa....pintu rosak rupanya. Kunci buat hal. Terpaksa cuba-cuba sendiri...panjat sana sini, sampai polis datang rumah. Entah sapa la yang rajin report kat polis. Telefon tuan rumah, tiga kali call tak angkat. Last-last, si Walid, anak tuan rumah, datang membantu.

Dalam setegah jam dia repair pintu tu. Ada part yang dah patah dalam kunci tu. Patah jugalah hati nak beraya di Burton. Grrrrr....

Thursday, September 24, 2009

Laungan Harapan



A Gritos De Esperanza

A pensar de que la luna no brille mañana
me dará igual sólo verte reír

es lo que me hace feliz.
mi alma...

Y es verdad que una mirada distinta
o algún gesto más frío se clava
en mi pecho,
daga del desconcierto
pero amor ahí está la magia.

Ahora que te veo niña
ya te hecho de menos,
no imagino mis heridas
si algún día te vas lejos.

Querría por esto...
Que si preguntan por mi,
no les digas donde fuí,
que tu alma sea fuerte
y cuando mires hacia el frente,
no recuerdes todo lo que no te dí.

Y es que quedan tantas cosas
por contarte y que me cuentes
tantos ratos y pasiones por vivir,
a tu lado, oh mi vida...
a tu lado...

Y ojalá que nuestros ojos si brillen mañana,
y que tu voz siga pidiéndome a gritos amor,
a gritos de esperanza.

Ahora que te tengo
no pienso perder el tiempo,
ni perderme por mi absurdo ego
ni un solo momento,
se esfuma, el miedo

Si preguntan por mi,
no les digas donde fuí,
que tu alma sea fuerte
y cuando mires hacia el frente
no recuerdes todo lo que no te dí.

Que tu luz brille por siempre
por que tu te lo mereces
y perdona si algun día pretendí,
que no fueras tu misma.

Y si preguntan por ti
sólo diré que te vi
en mis sueños una noche
y sólo sueños desde entonces
para verme cada día junto a ti.

Y es que quedan tantas cosas
por contarte y que me cuentes,
tantos ratos y pasiones por vivir,
a tu lado, oh mi vida...
a tu lado.


Cries of hope

Despite the fact that the moon won't shine tomorrow
I don't care,only seeing you smile
Is what makes me happy,my soul...

And it's true that a different look
Or a colder gesture stab
At my chest,a dagger of confusion
But my love,this is where the magic is

Now that I see you, girl
I already miss you
I can't imagine my wounds
If one day you went away

Because of that,I want...
That if they ask about me
Don't tell them where I went
May your soul be strong
And when you look forward
Don't remember all the things I never gave you.

And there remain so many things
For me to tell you and for you to tell me
So many moments and passions yet to live
By your side,oh my life...
By your side...

And if only our eyes would shine tomorrow
And that your voice continues to ask me with cries,love
With cries of hope

Now that I have you
I don't intend to waste any time
Or lose myself because of my absurd ego
Not for one moment
The fear vanishes

If they ask about me,
Don't tell them where I went
May your soul be strong
And when you look forward
Don't remember all the things I never gave you

May your light shine forever
Because you deserve it
And forgive me if some day I expected
You to not be like yourself

And if they ask for you
I'll only tell them I saw you
In my dreams the other night
And since then I only dream
To see myself with you every day.

And there remain so many things
For me to tell you and for you to tell me
So many moments and passions yet to live
By your side,oh my life...
By your side...

source: http://lyricstranslate.com/en/gritos-de-esperanza-cries-hope.html

Sayang,
laungan harapan ini tidak pudar
apa pun bahasa laungan ini
harapannya tetap sama
moga laungan ini sampai ke hatimu
walaupun bulan tidak timbul lagi



Sparks

They are just tiny
sparks from out of nowhere
let them jolt your fingers
for a bit

If you ignore them
they will soon fade and die
and with them gone
are the chances to feel warm

If you hurry them
they may turn passionately wild
and burn your hand
so you can't douse them then

They are just tiny sparks
bring them near a caring candle
to light up your night
keep you warm and light

I feel them too
sparks off my fingers
spreading into knowing smiles
with sweet aroma for miles and miles

poyo sepoyo poyonya

(nyanyikan seperti lagu Rindu Serindu Rindunya)

kuberikan sindiran
kuhuraikan alasan
biar faham hatimu
setelah kena fire selalu

rasa hendak kuluku
kepala mu itu
di dalam kelas aku
di kala engkau sedap beradu

mengapa kau ganggu syarahanku ini
di kala projector memancar cahaya
mengapa kau dengkur di saat begini
di kala kawanmu menyalin notaku

kalau memang sangap sangat
balik tidur layan penat
tak malu ke pada teman
pada semua

poyo … poyo sepoyo poyonya
engkau suka buat dunno oh oh
laser …laser selaser lasernya
tapi engkau buat tuli

malu..tak malu malu ke
kat meja meleleh air liur basi
marah semarah marahnya
namun apa daya engkau tak reti

kuberikan sindiran
kuhuraikan alasan
biar faham hatimu
aku jemu

Tuesday, September 22, 2009

Santan Berlada





Antara siri komedi yang menarik di zaman kecik2 dulu ialah Santan Berlada. Ada orang Kota Lama Kanan dalam siri tu. Mungkin itu yang membuatkan siri itu extra menarik. Di raya ketiga ni, rasa kurang nak layan lagu raya. Teringat pada Santan Berlada, dicari video lagu.

Lagu ni diletakkan di blog ni bukanlah sebagai 'permintaan secara halus'. Tertarik sebenarnya kepada isu yang dilantunkan dalam lagu ni. Kerap kali berfikir untuk diri sendiri, dan untuk orang lain pasal perkahwinan - memulakan, mengakhirkan, atau menyambung semula. Kadang2, isu ini jadi berbelit-belit hingga tak tahu mana hujung mana punca.

Untuk mengurangkan kekusutan, ingin rasanya mengguna kaedah atau rangka fikir untuk berfikir pasal kahwin. Setakat ini, yang jelas difikiran ialah kaedah yang menggunakan asas2 hukum. Individu perlu mencari bukti untuk menilai apakah hukum baginya melangsungkan atau menamatkan perkahwinan. Bagi yang belum berkahwin dan bekerjaya, terlalu senang untuk orang lain mempertikaikan kebujangannya. Seolah-olah individu tersebut WAJIB atau SUNAT berkahwin. Mungkin kita terlepas pandang pada spektrum hukum yang selain itu. Untuk orang tertentu, perkahwinan adalah HARAM, atau MAKRUH. Hanya individu itu yang tahu bukti dan alasan untuk sampai kepada salah satu hukum tersebut. Dan hukum tersebutlah yang utama untuk dijadikan asas kepada membuat keputusan. Dalam kata lain, hukumlah diri sendiri untuk menetapkan matlamat i.e. berkahwin atau pun tidak.

Jika hukum mengatakan anda harus berkahwin, langkah seterusnya ialah menilai kemampuan diri. Walaupun sudah berkemahuan, tapi mungkin tidak ada kemampuan. Jika berkahwin yang wajib itu tidak dapat dilaksanakan, maka ada plan strategik lain (cth: berpuasa) yang perlu diimplementasikan. Mungkin analisis SWOT boleh digunakan untuk menilai kebarangkalian mencapai matlamat tersebut. Atau mungkin juga ada kaedah lain yang sistematik untuk menilai kemampuan diri.

Status bujang tua bukanlah alasan kukuh untuk berkahwin. Berkahwin kerana teruja melihat orang lain berkahwin juga bukanlah alasan yang selamat. 'Desperation' datang dan pergi. Mugnkin di kala bulan mengambang, rasa 'desperate' itu akan tiba.

Sekali lagi, perincikan matlamat. Nak apa sebenarnya? Mudah-mudahan perkahwinan itu satu manifestasi taqwa ke arah mencapai kerehaanNya, bukan sekadar pemuas matlamat cetek jangka pendek.

Friday, September 18, 2009

Gedebuk!

Ini bukan jatuh secara rawak macam durian. Jatuhnya memang dah dirancang. Tapi, nafsu malas mengaburkan mata, seolah-olah yang masa terhenti kala usai perancangan. Weh....tak leh tipu masa. Maka, di hujung bulan ini, akan bergedebuklah beberapa durian besar. Kalau masih berselimut malas, durian tu akan menikam kaki.

Yang pertama: Chapter 1,2,3,4,5 untuk thesis
Yang kedua: Second year (progress) report
Yang ketiga: paper untuk jurnal (in progress).

Durian yang ketiga ni dah beberapa kali menggelek kaki. Tak sedar-sedar diri jugak. Sadis ke apa?
Agaknya, bila dah tertimpa durian, barulah merasa nikmat isinya yang sedap tu. (cheh.... gitu ke nak imbangkan cognitive dissonance?)

Wednesday, September 16, 2009

I surrender



Kununnya nak miliki kecerdasan muzikal. Gigih mencari gitar di car boot. Dapat gitar terpakai bertali nilon. Greng, greng. Tidak juga menjadi lagu. Hanya bunyi tali, berselirat; baris melodi entah di mana. Lagu Anak Itik Tok Wi pun tak mampu. Akhhirnya, gitar tersandar mengumpul debu. Makin kabur dari pandangan. Sakit jari menekan tali tak sesakit hati digagalkan kecerdasan muzikal. Memang kurang kemahiran dan bakat. Ajaran cikgu muzik tak melekat. Bukan tiada kecenderungan ke arah itu. Mungkin tiada asas dan sokongan untuk maju. Maka, biarlah gitar itu di situ. Mengumpul debu.

woody steel


This is the perfume that I bought last week. It was on a special offer - buy something and this can be yours for GBP7.99. For a 100ml bottle, it was, for me, a good price. Eventhough I have never heard of the brand name (Yujinsteel - a Japanese name?), the smell was enough to convince me to buy it.
Compared to other perfumes that I've bought before, this one has a strong woody aroma. I'm not sure it would be everyone's cup of tea. It is good enough for me. Since I can't find something good for myself for Raya, this one just about covers it. Ok la. Something to make me smell nice on Eid. A woody Eid this year.

After watching Kite Runner

The above nasyid is beautiful. Being put in a proper context, it has the potential of being even more beautiful. One such context is Kite Runner, a movie based on Khalid Hosseini's novel. I have been looking forward to wat it. A long time. After tarawih last night, I prepared myself to be emotionally exposed to the movie. I said 'exposed' due to the review that I read on SaifulIslam.com and the synopsis of the novel.

And, it was a strong emotional assault indeed. I found my chest tightened. Sadness and anger boiled, creating a high pressure system. It was not the kind of sadness that demands one to cry. Rather, the pressure system build up slowly, seething through out the movie. There were many scenes feeding the sadnes. Hassan's loyalty did much to create such sadness as exemplified in scenes like the moment Hassan squashed a pomegranate on his own face, and admitting stealing Amir's watch even though he did not stole it. The anger came from watching Assef's brutality, both as a teen and an adult. No, make it his blatant hipocracy. Brutality was just a way of underscoring his hipocracy. Geram betul!!!!!!!

The movie did not end up in an explosion of a happy-ending punctuated by fire works. Rather, the high pressure system eventually led to a gradual release. Hassan found his courage to stand up for himself, and Sohrab. And he did try to take the opportunity to do good again. For Sohrab, he would run one thousand times over. The kite flyer became the kite runner. And the transformation makes my heart soar, along with the kites in the sky. That alone is enough to make it worthwhile watching the movie. Alhamdulillah.

Retaknya mukim damai

Di permastautinan ini
kita membina mukim damai

tapi

relung yang terhampar
diberi nama sayang
sedang di dadanya
bertaburan cinta

sesekali bertiup bayu
yang enak dinamakan rindu
sedang di gelombangnya
bilah-bilah celaru

mengapa

menganyam rasa menjadi tikar selesa
terselit selingkuh di bucu sepi
akhirnya menjadi api
menyesakkan nafas sendiri

leher damai terdedah
menunggu ditetak bilah kekusutan
menjadi korban atas nama cinta
sedang ilusi menjerat nyawa

Menunggu Iftar

barlari-lari atas permatang
di tali air memancing puyu
jenuh menunggu datangnya petang
perut berlagu keroncong mendayu
sawah padi luar terhampar
elok berjalan jangan tersandung
sup ekor pengubat lapar
membuka selera di hari mendung

padi menguning jangan diredah
terpijak duri kaki terluka
bubur lambuk terbayang sudah
pelengkap juadah waktu berbuka

setangkai padi bunganya lebat
ditiup angin di waktu petang
lapar perut senang diubat
lapar di hati bilakah kenyang

Monday, September 14, 2009

coya punya coya

Hari Sabtu lepas adalah hari shopping. Kununnya nak shopping baju raya. Ada Ramadhan Festival di Lester. Tahun lepas, dengarnya meriah sungguh Festival tu. Ada banyak pilihan yang elok2 di situ.

Malangnya, tahun ni tak semeriah khabar tahun lepas. Exhibition lebih gah dari penjualan, rasanya. Macam gerai pameran di PWTC le pulak. Barang2 utk lelaki sangat sedikit berbanding barang2 utk perempuan. Takkan nak pakai pashmina raya pulak? Sudahnya, tak beli apa2 di situ. Jubah yang diharapkan ada, tak nampak di mata. Ada yg berkenanpun, tidak berkenan di akaun bank. Sampai GBP51 utk sepasang jubah. Tak mampu den.

Selesai di situ, mencoya di St George's Square pulak. Masuk kedai Next's Clearance. Sekali lagi, nafsu membeli tidak terangsang. Tak de menda yang nak di clear kan di situ. Pulang dengan tangan kosong. Tangan ku jugak yg clear.

Dari situ, bergerak ke High Cross. Banyak berjalan hari tu. High Cross ni shopping mall yg terbaru di Lester. Gedung John Lewis di situ memang cantik dan memukau sesiapa yg memandang. Tapi, barang siapa yg tidak cukup wang, terpukau mata dan mulut aje la. Tangan tidak jugak terpukau untuk membeli barang2 di situ. Harganya high macam nama mall nya jugak. So, jalan2 ke tempat lain, termasuklah butik Zara (yg dua tingkat tu), Debenhems (nak tengok baju Rocha John Rocha). Tapi, sudahnya, membeli barang di Perfume Point. Ada special offer hari tu, so beli la perfume yg kuat bau kayu.



Tu la baju raya tahun ni. Bukan beli di mall, square atau festival. Tapi di car boot sale semalam. Dapat rezeki di second hand market akhirnya. Nak beli barang brand new, tak mampu. Yang second hand pun kira ok la juga. Yg coklat tu Guide London. First time nak beli baju berbunga2 macam ni. Yg oren dan hijau tu, Zara. Still ada jodoh dengan Zara rupanya. Zara, oh Zara. Ko nak aku slim sebelum raya ke? Tak sempat eh...tinggal a few days je lagi. Sempit pun sempitlah, yg penting Zara. Hahahah.

Ilmu+skill baru







Antara rezeki Ramadhan kali ini ialah kemahiran dan pengetahuan baru. Untuk berbuka puasa di rumah father-to-be Datuk Mosan, buat pertama kalinya mencuba masak apam balik, atau nama inggerisnya, 'go home pancake'.
Resepi diceduk dari mesra.net dan diubah mengikut bahan2 yg ada (dan tiada) di rumah. Hasilnya? Lihatlah apam yang bertingkat2 tu. Rasanya tak la sama macam apam balik yg org biasa jual tu. Tapi, boleh jugak lah diterima sebagai juadah berbuka perantau. Yg best, boleh buat versi deluxe: lebih kacang dan lebih jagung. Siapa yg makan versi deluxe tu eh? Burrrpp...kenyang.

Monday, September 07, 2009

menyemak SMART

Sudah masuk separuh masa kedua Ramadhan. Sebelum masuk 10 malam terakhir, semaklah kembali pencapaian matlamat.
Mana2 yang tercicir, kutiplah.
Mana2 yang terlajak, letakkan penanda aras yang lebih tinggi.

Hisablah kemampuan diri untuk mencapai matlamat2 yg ditetapkan. Kalau perlu, carilah sokongan dan pertolongan. Letakkan diri dalam bi'ah hasanah untuk memurnikan lagi diri ke arah pencapaian matlamat. Moga nanti menggenggam piala taqwa di akhir garisan.

Takbir!

Friday, September 04, 2009

ekposisi pantun tradisi

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

Pembayang pantun ni macam sesuai pulak untuk mengupas kepentingan penetapan matlamat (goal setting). Katakanlah, Deraman ada bot laju. Dan dia juga ada minyak yang mencukupi, walaupun minyak baru naik harga. Dengan bot yang dia ada tu, dia nak berjalan2 ke Pulau Pandan. Kununnya nak buat aktiviti kembara lasak di sana. Dia pun carilah kawan untuk sama2 naik bot. Cari punya cari, dia jumpa Bedul. Sanggup nak kongsi duit minyak, kata Bedul, asalkan dapat sampai ke Pulau Pandan.

Di tengah-tengah perjalanan, Bedul dan Deraman bersembang panjang. Al-maklum... pulau tu jauh ke tengah. Ada banyak masa untuk bersembang. Dalam sembang-sembang tu, Deraman cakap la pasal perancangannya nak snorkeling, jungle tracking, dan berakit. Bedul terpinga-pinga. Dia tak jangka Deraman nak buat aktiviti macam tu. Dia sebenarnya lebih berminat nak mengutip akar kayu.
"Tak boleh" Deraman kata. "Pulau tu ada larangan. Jabatan Taman Laut tak bagi sapa-sapa ambil tanaman kat pulau. Kalau nak akar kayu, kena pergi Gunung Daik".

Aisey! Bedul tepuk dahi. Dah silap planning rupanya. Salah naik kenderaan. Salah pilih kawan berjalan.

Moral of the story: tetapkan matlamat secara jelas sebelum bertindak supaya tidak membazir masa dan tenaga.

"Ate....mike nak ikut teman naik bot ni jugak ke?" tanya Deraman. Tetiba je Deraman jadi orang Perak.
"Teman idok suka gi nyelam, main ayor laut. Teman gemor cuaca sejuk macam kat gunung. Lagipun teman menang ndak kan bebenor akar kayu tu." jawab Bedul.
"Alaa....choba le dulu. Mana tau kot mike gemor pulak nanti. Mike boleh pinjam Speedo teman ni."
"Udoh pernah teman choba. Tak maunya. Tak serasi kulit teman dengan ayor laut."
Hati Deraman jadi gatal digeletek statement Bedul. 'Kekwat sungguh', katanya dalam hati. Lalu, dicekupnya air laut menggunakan tapak tangan, dan disimbahnya kat Bedul. Terus Bedul menjerit.
"I'm melting...I'm melting," persis the Wicked Witch of the East. Idok le betul2 cayor. Tapi habis badannya tumbuh bintik merah2. Sian dia. Gelabah Deraman dibuatnya. Batu dia tahu, Bedul bukan kekwat, tapi memang alah dengan air laut.
"Mike antor teman balik ke darat!"
Dengan rasa bersalah, Deraman patah balik ke darat. Minyak dalam tangki pun dah susut separuh. Terpaksalah top-up di jeti nanti.

Moral of the story: Kalau discover ada perbezaan matlamat, eloklah nilaikan semula usaha masing2. Mungkin boleh cuba mengharmonikan matlamat, atau biar saja kedua-dua pihak mengambil laluan masing-masing. Pilih destinasi sendiri, dan jangan ada benci.