Wednesday, July 23, 2014

Misteri nombor 17














Masa mula berkenalan:
L: Awak asal dari mana?
P: Saya dari Selangor. Awak?
L: Saya pun selangor jugak. Sama la kita. Awak ada whatsapp?
P: ada (sambil keluarkan phone)
L: Eh..awak pakai Samsung juga? 
P: A'ah. Hehehe. Sama la kita. Awak dah makan? Saya tetiba rasa lapar. 
L: Saya pun. Jom saya belanja makan KFC. Itu favorite food saya. 
P: Laa... banyaknya persamaan kita. Saya pun suka Kfc.. tiap2 minggu makan.
L. Jommmm!

Bila nak break:
L: Saya tak nak teruskan lagi hububgan ini. Saya tak serasi dengan awak.
P: Mengapa baru sekarang rasa tak serasi? Apa buktinya kita tak serasi?
L: Memang kita dua2 berasal dari Selangor. Tapi awak dari Sungai Buloh, saya dari Sungai Besi. Besi dan buloh tak ngam.
Memang kita dua2 pakai Samsung. Tapi awak pakai S5, saya pakai Note 3. Itu tanda kita tak sekufu.
Lagi satu, memang kita suka kfc. Tapi, tiap kali makan awak order snack plate. Saya pulak hanya makan zinger burger. Macam mana nak serasi kalau selera tak sama?
P: saya setuju 100% hujah awak. Jom break.

*****************

Kalau kita cuba mencari persamaan, kemungkinan besar kita akan nampak persamaan. Begitu juga sebaliknya.

Kalau kita cuba mencari corak (pattern), kemungkinan beaar kita akan nampak corak yang dicari. Walaupun hakikatnya corak itu mungki hanya wujud dalam minda kita sahaja. Ahli psikologi mungkin kata ini adalah selective attention (hanya melihat maklumat yang ingin diterima) dan confirmation bias (hanya menafsir maklumat yang mengesahkan pendirian, dan tidak cuba untuk membuat pembuktian sebaliknya)

p/s Ada 17 star kat atas tu kan?

Thursday, July 17, 2014

Kuliah dhuha


Al Habib Ali Zainal Abidin Hamid

Kuliah dhuha di masjid taman TAR, Selasa 15hb Jun 2014, bersamaan 17 Ramadhan. Huraian ayat 253 surah al-baqarah

Allah memuliakan sebahagian Rasul berbanding yang lain dengan skala tugasan yg diamanahkan: menyampaikan wahyu kepada keluarga sahaja, kaumnya sahaja, manusia sahaja, atau zamannya sahaja

Allah tidak membezakan para Rasul dari segi intipati risalah  agama akidah

Nabi Isa a.s. dilebihkan dengan nikmat mukjizat yg lebih banyak. Dalam Quran, biasanya Nabi Isa disebut sebagai putra kepada Maryam (nabi2 lain tidak disebutkan bin). Kisah kelahirannya juga diceritakan panjang lebar. ( i.e. Nabi Isa manusia biasa..bukan Tuhan)

 "If Allah had so willed, succeeding generations would not have fought (kill)among each other, after clear (Signs) had come to them, but they (chose) to wrangle (berselisihan). Kalau Allah mahu, nescaya tidak ada pergaduhan/pembunuhan, tapi mereka berselisih (lalu berlakulah pembunuhan). Ayat ini menunjukkan perselisihan ialah punca perbunuhan

Monday, July 14, 2014

Menulis paper psikologi dengan SEM

Dua minggu lamanya bergelut dengan data. Patut nak siapkan hari Jumaat lepas. Tapi tunggu jugak sebab ada analisis lain yang nak dibuat. Rupa-rupanya, tempoh bertenang tu membuahkan hasil yang sangat lumayan.

Nah... bagi yang tahu dan faham structural equation modeling tentu boleh faham kenapa angka .916 tu dimerahkan. Nope... itu bukan angka emas. Bahkan, kalau bukan .916 pun tak apa. Yang penting, lebih daripada .9. Lega adalah satu understatement tentang perasaan bila tengok AMOS paparkan angka tu.

Lalu, pada hari ini dalam sejarah, siaplah sudah satu paper psikologi yang menggunakan analisis SEM. Paper tu akan dibentangkan di IPRC 2014. Maka belajarlah daripada sejarah:

1. Banyakkan bersabar bila guna AMOS. Sabar. Jangan melatah. Jangan mencarut.
2. Biasakan berdebat dengan nombor yang dikeluarkan oleh SPSS dan AMOS. Jangan takut untuk 'melawan'. Walaupun ada nombor yang tak memuaskan hati, kena guna juga commonsense dan intuition.
3. Pastikan kerja secara sistematik. Catatkan apa yang patut. Nanti senang nak backtrack. Kalau tak...nanti tak ingat apa yang dah dibuat, dan apa yang belum dibuat. Main AMOS ni bukan macam main masak2 megi. Steps agak rumit dan kena ingat betul2.
4. Nama file berikan secara teratur...jangan hentam kromo je nak letak Neymar ke..Luis Suarez ke. Susun elok-elok ikut apa yang nak buat dengan file tu. Kalau letak 'model 1' dan 'model 2', nanti lupa apakebendanya yang letak dalam model tu. Elok letakkan nama yang lebih deskriptif seperti 'structural model SAS delete Item7" dan "measurement model SAS 5 factor step 1". Nasib la AMOS tak menjerit kalau letak nama panjang2.
5. Jangan cepat putus asa. Sila lihat point 1. 

bad interview experience

When was the last time I was interviewed? It was for the part time job at Loughborough. It was an informal non-event that was completed rather summarily. The same adjective, however, cannot be applied to an interview that I went through in February last year. For that matter, 'went through' is not a good descriptor either; felt like i got stuck somewhere.

Lakonan semula. ini bukan gambar tahun lepas

The interview was an unexpected one in more ways than one. I received a letter, out of the blue, from the Kulliyyah, that I was nominated for the Best Teacher Award at the University level. I did not realise that I was even considered. The award is something that I aspire to, but it is more of a fantasy than a close reality. So, I was nicely surprised when i was asked to attend the interview for the BETA nominees.

I was told to bring a teaching portfolio - if portfolio is a good word to represent what the panel wanted. Somehow, I managed to prepare the portfolio on the last day before the long CNY holiday. Karimi was there to help with the documentation. On the day of the interview itself, I did a final touch on a course file. Luckily, I had only one course file to prepare. It was a heavy one - physically. psychologically speaking, it was not light either.

I was the first to be interviewed, and was the first to arrive. The interview was supposed to start at 9.30am. I was hoping the interview would run on time as I had a training at Ara Damansara (Subang) right after the interview. So, I was more than a little apprehensive when the interview did not start at 9.30. Would I arrive at Ara Damansara on time for my training slot? Did I choose the right neck tie for the interview? Am I overdressed?

A heady cocktail of question weighed down on me during the wait. And the questions that I got from the interviewers pulled me down even more. Somehow, i felt that I was not able to answer the questions clearly and persuasively. Was I defensive? Was I evading the questions? Did I look unashamedly eager?

What upset me was I left the interview room feeling as if I had to justify my nomination. I appreciate the fact the the interviewers themselves were not adequately prepared for the interview session. Perhaps they were just as upset that they were not able to be sufficiently fair to the nominees. The interview was in a way, a non-event. It could have been a better event. An event that would leave the interviewers and the interviewees  feeling dignified.

Sunday, July 13, 2014

Makan vitamin membahayakan kesihatan?

betul ke vitamin dan suplement boleh membahayakan kesihatan? Makanan biasa kita dah cukup semua zat dan khasiat kan? Kalau rajin, cuba baca artikel kat link tu; ia bincangkan bagaimana vitamin hanyalah suatu perniagaan dan kita tak perlu sebarang vitamin. Ada beberapa points menarik dalam artikel ni.



http://www.theatlantic.com/health/archive/2013/07/the-vitamin-myth-why-we-think-we-need-supplements/277947/

Menarik kan? Menarik, tapi tak semestinya betul atau tepat. You can evaluate yourself. Tergugatkah keyakinan untuk mula/kekal makan vitamin? Atau buat pekak telinga dan terus melahap vitamin? Atau terus bangga dengan pendirian anti-vitamin selama ini? Whatever your decision, you can weigh the evidence. Tak usah membuta tuli dalam menyokong atau membangkang. Perbuatan ikut-ikutan (taqlid) tak elok.

Artikel seperti itu agak licik. Dah macam iklan pulak.  Paling tak tahan, di hujung artikel tu ada sindiran:

"his wife was dead of stomach cancer. In 1994, Linus Pauling died of prostate cancer."

Ayat penutup yang agak poetik ni, seolah-olah merumuskan bahawan Linus dan isterinya mati sebab makan vitamin. Agak-agak, falasi jenis apa ni? Untuk menghasilkan artikel MAJALAH, sesuailah gaya penulisan macam tu. untuk dijadikan sandaran kepada keputusan nak makan vitamin atau tidak, saya pilih untuk melihat pembuktian yang lebih daripada sekadar sindiran dan insinuation. Kalau makan satu jenis vitamin macam makan nasi, memang le tak elok. Ada unsur melampau2 di situ. Apa jenis makanan pun tak leh melampau.  Itu pun nak dibesar-besarkan ke?

Kalau baca komen-komen untuk artikel tu, ada banyak pihak yang menyokong dan membangkang tulisan Dr Offit. So, kesimpulan mudahnya, 'the issue is not resolved once and for all'. Masih ada ruang untuk berbincang lagi.

Saturday, July 12, 2014

kecerdasan emosi perspektif Islam



Ni satu lagi slides yang pernah guna untuk ceramah. Kalau tengok tarikh kat slides, dah hampir dua tahun. Tajuk EI ni memang seronok diceramahkan. Tambah pulak dengan aktiviti. Kalau peserta ceramah aktif dan bersemangat, memang sagat menarik jadinya.

Kalau nak buat training pasal EI, boleh la jemput I.
:-)

Friday, July 11, 2014

Academic Literature Review Workshop




Selesai membentang di Academic Literature Review Workshop di SLEU pagi ni. Walaupun tak de refreshments, participants nampak kekal bersemangat dan participative. Memang tajuk ni agak berat dari segi tuntutan fokus dan minat; tapi bila dah jadi wajib untuk tesis dan research, kena gagahkan jugak diri untuk meneruskannya.

Di akhir workshop, ada participant yang nak contact details. Alang-alang beri details, berikan slides sekali. First time kot upload slides kat blog. Tak tau cam ne nak buat...mintak tolong kat encik Google. Jawapan yang mudah ialah upload presentation kat slideshare.net dulu. Then embed code kat blog post. dah jadi.....

Selamat membuat literature review.

p/s ada dua orang participants dari Palestin. Mereka sedang berjuang di sini. Doakan juga keselamatan dan kemenangan saudara-saudara mereka di sana.

Alat bantuan pembentangan

Panjang tak nama alat ni? Tak tau la sebetul-betulnya apa nama thingamajig ni dalam bahasa Melayu. Kalau dlm BI, boleh panggil remote clicker. Apapun namanya, inilah teman yang baik dalam membuat pembentangan yang melibatkan PowerPoint.

Tarikh belinya dah tak ingat, rasanya tahun lepas. Waktu tu ada siri pembentangan (Critical Thinking and Problem Solving) dengan staf Sime Darby Medical Centre. Rasa berbaloi kalau ada clicker sendiri. Maka, beli la satu sebagai pelaburan. Setakat ni, pelaburan tu berbaloi. Dah banyak kali guna. Dalam kelas pun boleh pakai. Very de convenient one lah. Tak de la kena 'rantai' ke laptop bila membuat pembentangan. dan memang aku ni jenis yang suka berjalan2 waktu mengajar/membentang. So, sesuai sangat la guna benda ni.

Pagi ni, clicker ni akan digunakan lagi untuk Academic Literature Review workshop. Thank you Allah for providing me with an efficient and reliable device to ease my work.

Sunday, July 06, 2014

Soalan melemahkan semangat berniaga

Bila kelihatan membawa 'syiar' Shaklee ... bila update blog dan FB dengan promosi Shaklee ... 
seakan terdengar suara yang berkata
"Amboi...dah ada PhD pun nak buat kerja MLM ni ke?"
"Hang tu kerja di Universiti. Tak cukup duit sangat ke yg nak buat bisnes kat luar?"
"Woi...jadi lecturer mana boleh berniaga sambilan."

"Tak malu ke students tengok segala promo Shaklee ko kat FB"

Maka jawapan-jawapan yang dapat menenang dan meneguhkan hati ialah:

"Sebab ada PhD la kena berniaga. Apa guna belajar tinggi-tinggi kalau perniagaan yang risiko rendah ni pun tak berani nak buat? Apa guna ilmu macam2 tu kalau tak diguna untuk melaksanakan salah satu sunnah Nabi?"
"Kalau korang disedekahkan RM500 oleh pakcik Bustamam Nasir (jangan tanya samaada orang ni wujud atau tak), korang ambil ke tak? Tak cukup lagi ke duit yang dah sedia ada? Aku nak buat bisnes untuk tambah income. Tak best la kedudukan kewangan statik. Ada pertambahan income tiap2 tahun. Aku nak maju. Lagipun, ramai orang disekeliling kita yang boleh mendapat manfaat kalau kita ada duit lebih. Kalau tak nak guna untuk diri sendiri, boleh gunakan untuk diri orang lain."
"Lecturer boleh ada kerja sambilan. Memang digalakkan jadi konsultan. Aku pilih nak jadi konsultan dengan Shaklee di samping buat konsultasi psikologi. Pada aku, lebih baik berniaga sambilan dan kekal produktif dalam kerja utama (markah penilaian tahunan aku setakat ni cukup je, alhamdulillah), berbanding orang yang banyak cakap tapi kerja utama pun tak dapat nak selesaikan."
"Aku lagi malu kalau aku tak cuba 'hidupkan' apa yang aku ajar kat students. Lagipun, apa yang nak dimalukan. Patutkah aku malu berniaga? Aku lagi malu kalau tak mampu nak berderma untuk aktiviti student. Kalau income dah RM100,000 sebulan, nak belikan komputer untuk makmal komputer pun boleh. Rasa 'malu' tu sementara je...sementara nak keluar dari zon selesa. Bila dah berjaya, perniagaan itulah yang boleh buat orang lain rasa bangga (wow! dapat komputer flat screen di makmal!)"

sampah atas kerusi


Ada kerusi letak sampah. Elok la tu. Lagi hebat dari kisah penumpang erl.

1. Sampah tempatnya dalam bakul sampah. Dan kerusi untuk orang duduk. Kalau guna selain dari fungsi yang utamanya, dah jatuh kategori tidak berlaku adil.

2. Bila ramai lagi manusia masih berdiri kerana tak cukup kerusi, sangatlah janggal bila ada kerusi yang digunakan untuk menghimpunkan sampah. banyak sangat sampah dalam otak kot?

3. Di mana tong sampah? Nak dialihkan sampah pun tak tau ke mana.

Duduklah kau di situ wahai sampah.

Mengapa saya berniaga

Saiful Nang tulis yang ni di wall Facebook dia. Agak panjang. Tapi berbaloi baca.  Baca sampai habis ya.

Hari ini wife tak sempat masak. Kami pergi kawasan kedai ada gerai makan. Ada seorang peniaga indonesia menjual nasi lemak. Saya pernah berbual dengan beliau yang datang setelah suami dapat IC merah. Beliau belajar buat nasi lemak dan masakan-masakan melayu. Kini beliau sudah mampu menggaji 2 orang pekerja. Beliau berniaga dari jam 6 petang hingga 1 pagi. Pendapatan bersih sekitar RM1000-2000 sehari.
Saya juga pernah beli lemang raya di Subang Jaya. Penjualnya Bangladesh dan saya tanyakan mereka "Bangla pun pandai buat lemang?" Mereka jawab..."ini boss Melayu punya".
Saya kurang percaya dan setelah dikorek mereka mengaku itu projek ekonomi yang mereka kongsi-kongsi. Juga belajar cara buat lemang dan rendang dari orang Melayu dan menjualnya. Mereka bergilir jaga kedai kerana mereka ada shift kerja antara kerja di tapak pembinaan dan menjual lemang. 300-500 batang lemang boleh dijual sehari dengan harga sekitar rm10-15 sebatang. Rendang pula dikira secara berasingan.
Setelah saya berbaik dengan mereka, saya dapatlah korek yang mereka berniaga dengan menyewa permit orang Melayu dan mereka akan lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan IC merah. Kemudian sekeluarga mereka akan turut ditaja.
Mereka ini semua sangat rajin berusaha. Saya hormati kegigihan mereka. Tidak memilih kerja dan tidak malu berniaga.
Boleh jadi, 1 hari nanti, Orang Melayu akan digaji dek Indon dan Bangla yang hari ini bekerja sebagai kuli kang meminjam permit orang kita.
Hari ini, kita jadi "Tuan Rumah" yang pandai sangat bicara tentang "ketuanan" sedangkan syarikat yang kita kerja juga tuannya ialah "orang datang". Lagi sedih, kita masih malas lagi berusaha dan sering nak salahkan orang lain.
Sama sahaja kita dengan atuk-atuk kita dulu yang melepak di warung minum teh hirup dari ceper berjam-jam sambil tengok gusti dan bersorak serta memaki hamun ahli-ahli gusti di kaca tv. Bezanya, kita tidak menonton gusti tetapi "wayang-wayang politik" yang tak habis-habis. "Orang Datang" tak kisah semua itu dan terus berusaha. Mereka masih hidup senang walaupun mereka tak kenalpun nama Perdana Menteri Malaysia.
Bukan untuk jadi rasis tapi nak bangunkan Tuan Rumah yang "koma" lama. Semasa kita tersedar nanti, semuanya milik kita sudah hilang. Bangunlah...
Situasi realiti pahit
SAIFUL NANG

Sebab itulah saya mahu berniaga dengan menjadi Independent Distributor Shaklee. 
Sesiapa yang dah lama jaga dari koma, tapi masih tak tahu nak buat, bolehlah join this big business. Produk dah tersedia. Tak perlu buat research and development sendiri. memang berkualiti tinggi dann halal. Tinggal kena buat marketing. (takkan lah semua nak datang bergolek ke poket, kan?) Itu pun dah ramai orang berjaya dalam Shaklee Malaysia yang sudi nak kongsi pengalaman sehingga berjaya.Depa memang suka kalau dapat bina usahawan yang berjaya. Tak pernah lagi rasanya jumpa leader yang mempunyai matlamat "Nak pastikan anak-anak (downline) dapat bonus cukup makan je". My own upline tempek jelas2 kat FB dia, impian dia ialah SEMUA anak-anak dalam group dia dapat income RM100,000 ke atas.
Kalau rasa tak konfiden dengan skill masak nasi lemak atau lemang, moh kita berniaga produk Shaklee. 

Tuesday, July 01, 2014

Promosi Vivix 2014

Wah wah wah..... promo Vivix datang lagi. bestnya...bestnya....

Cepat-cepat order weh.




M S Garden Hotel Kuantan

Rezeki yang datang bukan semuanya dijangka. kekadang dapat rezeki terpijak kan? Durian runtuh kata orang. Minggu lepas, durian runtuh berlaku dalam bentuk penginapan semalam di Hotel M S Garden di Kuantan. Hajat di hati memang ada nak ke Kuantan. Tapi plan ke sana sempena persidangan antarabangsa Jururawat anjuran IIUM di bulan Oktober nanti. Dengan tak disangka-sangka, bulan June (hampir 4 bulan lebih awal), dapat jemputan untuk ke Kuantan sebagai penceramah.

Jemputan tu datangnya daripada Kuliah Farmasi UIAM Kuantan. Mulanya, dah pass kat kawan, tapi dia tak dapat penuhi jemputan. Maka, gagahkan dan beranikan juga diri untuk deliver tajuk 'Development of Islamic Personality' dan 'Importance of Knowledge and its Spiritual and Ethical Significance'. Rasa macam ahli falsafah pulak bila diminta bercakap tentang tajuk tu, lebih2 lagi tajuk yang kedua. Apapun, terima kasih kepada pihak penganjur. It was a pleasure sharing what I know with you all. 

Sebagai ole-ole dari Kuantan, ada beberapa gambar bilik hotel. It has to be the biggest standard hotel room that I've seen. It can fit three of the same room that I occupied in Osaka. Tak de la semewah mana. Tapi, ruang yang generous itulah durian runtuhnya.