Thursday, January 18, 2007

Tuesday, January 16, 2007

Bodoh

Masa sekolah dulu, ada dengar ceramah pasal jenis-jenis kebodohan.

Ada orang tahu apa yang dia tahu - nih orang pandai.
Ada orang tahu apa yang dia tak tahu - ni orang yang bijak.
Ada orang tak tahu apa yang dia tahu - orang macam ni tak gunakan potensi diri sepenuhnya.
Ada orang tak tahu apa yang dia tak tahu - yang ni cenderung sangat untuk jadi bodoh sombong. Dah la jahil... tak sedar yang diri dia tu jahil.

Ingat kan ada empat jenis kebodohan jer. Rupa-rupanya, boleh tambah satu lagi kategori. In my life experience so far, ada terjumpa satu golongan; dia tahu yang dia tu tak tahu, tapi dia marah kalau orang lain berusaha untuk tahu perkara-perkara yang dia tak tahu.

Ya Allah.... berasap hati bila berdepan dengan orang macam ni. Kalau dah tahu diri tu kurang ilmu, tambahkanlah dengan merujuk kepada orang yang lebih tahu. Janganlah marah-marah pada orang yang nak menambahkan ilmu.

Bukanlah aku rasa diri ni pandai sangat. Tapi, kalau ko sendiri dah iktiraf ilmu aku ni lebih tinggi, bawaklah dengar-dengar cakap aku. Dan jangan marah kalau aku rujuk pada pakar. Kalau ko tak nak ikut cakap orang yang lebih berilmu, ko nak ikut cakap sapa? Ko nak aku ikut cakap ko? Ko betul-betul sedar ke yang ko tu tak tahu?

Ya Allah... selamatkanlah dan lindungilah aku dan anakku daripada kebodohan orang lain dan daripada kebodohan yang ada pada diri kami.