Sunday, March 30, 2014

Sakura: Belajarlah


Yang bertiup itu angin
merenggut kelopak sakura dari kuntumnya
deras dan sejuknya angin
merentap keindahan yang sementara



Sakura tetap berdiri
menyerap kesungguhan matahari
lembut dan panasnya
memercupkan kehijauan daun harapan

Rajuk tidak berakar
angin curiga tidak dibenar mencakar
malah matahari menjadi teman membakar
bukan untuk menongkat langit
tapi memurnikan hidup yang singkat

Belajarlah dari sakura
tidak menyimpan dendam
pada angin yang sesekali merampas indah





Thursday, March 27, 2014

sakura di osaka

Waktu menunggu bilik hotel sedia dimasuki, sempat menulis post ni. Pakai smart phone pun boleh update. Tuan phone je yang kekadang kurang smart; malas dan tak bijak ambil kesempatan dari masa yang terluang.

Mungkin ada benarnya perjalana  ke Osaka ini boleh dianggap satu percutian atau 'reward' setelah bekerja keras. Kertas kerja yang akan dibentangkan pada Ahad nanti bukannya digentel dengan tepung sambil menonton tv waktu malam. Data perlu dikutip dan dianalisa. Hasil analisis perlu diterjemah dan ditafsir mengikut kerangka yang bersesuaian. Kalau tak cukup tulang belakang, memang tak siap kertas kerja ni. Terima kasih kepada Muhamad Karimi yang bertindak sebagai penulis bersama. Tindakannya telah membantu menyiapkan sebuah kertas kerja.

Hakikatnya, ada kerja tambahan yang dijangkakan rentetan persidangan ini nanti. Kajian  tentang kerisauan statistik mahu dikembangkan lagi. Ada bahan yang boleh dipelajari di sini. Mungkin aspek penulisan, atau aspek kaedah kajian. Paling-paling tidak, dapatkan semangat dan motivasi untuk meneruskan  kajian.

Kajian yang dibentangkan nanti memang ingin dikembangkan, terutama dari segi analisis data. Bila berkongsi hasil kajian, biasanya akan terdedah kelemahan. Yang lemah itu mahu dibaiki. Bengkel Structural Equation Modelling telahpun didaftar. Moga nanti dapat ilmu tambahan untuk menulis sebuah lagi makalah.

Dalam bekerja itu, tidak dinafikan akan mengambil masa untuk meninjau-ninjau apa yang cantik di Osaka. Semasa berjalan-jalan di luar hotel tadi, sempat juga merakam sedikit keindahan. Jika kerisauan statistik sukar untuk dihadam, jemput jamah sakura dan flora indah ini.







p/s Text ditulis dengan smart phone. Gambar diupload guna laptop. Gabung dua teknologi untuk satu post.

Wednesday, March 26, 2014

Jambatan Sultan Abdul Jalil

Lokasi: Kuala Kangsar, Perak
Tarikh: 1 Februari 2014
Tajuk: Apa ke hei nya kotor benor tangga jambatan ni?






Ya Allah...buat malu orang Kuale je bila nengok tangga jambatan Sultan Abdul Jalil. Kalau tuanku nampak, merah padam muka tuanku agaknya. Tak padan langsung nama tuanku diletak kat jambatan yang macam dah berbulan-bulan tak dicium penyapu.

Ate... Majlis Daerah ape ke dibuatnya? Idok ke menjenguk-jenguk jambatan ni? Memang le tangga jambatan ni kat kawasan kampung. Ate Majlis Daerah nyuci bahagian kat pekan je ke? Awok pelik benor rasanya sebab daun dah bertepek-tepek kat atas tangga tu. Ada yang dah reput pun. Tak ada tanda penyapu cakar mahupun penyapu regih yang ngokor tangga jambatan ni. Awok bukan nak memfitnah Majlis Daerah. Sebelum ini pun ada pakcik dan makcik awok beritau jambatan tu kotor - dan deme sendiri yang bergotong-royong bersihkan. Nak harapkan orang kampung je ke pejabat Majlis Daerah hoi?

Yang teman tau, jambatan ni satu mercu tanda pekan Kuala. Ramai orang yang melepak di sini. Yang shooting ambil gambar pun ramai. Tambah pulak pengantin baru. Seronok deme dapat ambik gambor atas jambatan. Mengkala jambatan dah kotor macam rumah tinggal Kak Limah (tak balik rumah), sapa pulak yang berselera nak ambil gambar kat situ. Kak Limah sorang je yang berselera gamaknya.

Pada pagi itu, teman bawak le sikit semangat nak nyuci jambatan. Idok le susah sangat nak nyucinya...daun je. Yang ada pelik sikit botol ayor kencing setan. Manusia mana ntah yang dah dihasut iblis yang meletaknya kat kepala tangga. Orang kampung atau orang pekan awok tak tahu. Yang awak tahu, kalau orang yang minum tu orang Islam, awok rasa sedih. Rasa nak bakor je kedai yang jual arak. Husin weh....! Jom kita bakor!!!

Tapi Husin Wilcha idok le nyahut panggilan teman. Yang ada datang anak-anak sendiri dan anak-anak sedara. Dema pun seronok dan bersemangat nak nyuci jambatan. Tahniah le kome. Mudah-mudahan Allah kekalkan hati kome bersih dan suci dan ada rasa benci pada kekotoran. Berbelas-belas trip kereta sorong awok buat untuk buang daun-daun tu. tak dapat bakor kedai arak, awok bakor daun kering je.

Alhamdulillah, gotong-royong anak beranak pada pagi tu dapat membawa perubahan sikit. Keme bukan Majlis Daerah ... guna penyapu sendiri je. Tak de alatan canggih manggih nak cuci sampai tahap dapat pujian Sultan. Dan bukan nak mintak tuanku puji pun. Yang penting, hati awok puas. Mata pun rasa lapang nengok tangga jambatan udoh bersih. Lapang di mata lapang di hati.

Orang Majlis Dearah dijemput melapangkan masa untuk memantau kebersihan jambatan.




Tuesday, March 25, 2014

Teori Konspirasi?

Macam-macam teori yang muncul di alam maya dan kedai kopi tentang kehilangan pesawat MAS MH370. Berita dan maklumat dari saluran rasmi disangkal dan disangsi. Ada yang lebih suka mengunyah teori konspirasi. Mungkin seleranya begitu. 

Dalam kaedah sains, ada prinsip ilmu yang dinamakan parsimoni. Secara ringkasnya, penerangan yang lebih ringkas dan straight forward itu wajar diutamakan berbanding penerangan yang lebih kompleks. Dalam kes MH370, penerangan dari saluran rasmi yang jelas dan straight forward kurang diterima sesetengah orang. Mereka lebih suka penerangan yang membawa mereka ke serata dunia.

Malangnya, ada penerangan atau teori yang digembar-gemburkan (termasuk yang mendapat jumlah 'Like' yang tinggi di Facebook) hanyalah berdasarkan 'sangkaan kosong' (meminjam istilah ustaz Abdullah Bukhari).  Kalau tuan puan didedahkan dengan teori yang pelbagai, cuba semak senarai ringkas di bawah. Selepas itu nilailah samaada 'teori' itu berdasarkan fakta yang sahih atau hanya sangkaan yang kosong.


1)  Sesuatu teori biasanya ada kenyataan yang boleh di'pertikaikan' benar salahnya. Budak-budak sekolah rendah pun sudah didedahkan dengan konsep 'hipotesis'. Sebagai contoh, teori mudah untuk hidupan ialah makhluk ada beberapa keperluan untuk hidup. Satu hipotesis yang boleh dibuat ialah 'Tikus (salah satu jenis makhluk) akan mati jika tidak mendapat oksigen (salah satu keperluan hidup). Hipotesis ini boleh diuji melalui eksperimen (cuba check buku sains anak masing-masing). Jika hasil kajian menyokong hipotesis, kita makin yakin dengan teori. Banyak lagi hipotesis yang boleh diuji. Kebaikan dan kebergunaan sesuatu teori boleh dinilai dari hipotesis yang boleh dihasilkan. 

Teori konspirasi bagaimana?  
Wujudkah hipotesis untuk diuji? Boleh diuji benar atau salahnya hipotesis itu? Ataupun bila didatangkan bukti yang menyangkal hipotesis, bukti itu dikatakan sebagai satu lagi 'bukti' untuk mengekalkan pegangan kepada teori. 

2) apakah fakta yang diguna untuk membina teori itu? Beratus-ratus fakta yang dikutip dari sumber online itukah faktanya? Di mana fakta/data yang dihasilkan sendiri? Kalau fakta online yang dihimpun, di mana hujung di mana pangkal? Apa yg jadi sebab dan apa yang jadi akibat? Yang kelihatan berlaku secara berhampiran tidak semestinya berlaku mengikut hukum sebab-akibat.

3) di mana hasil kajian sendiri? Adakah kebanyakan (atau semua) points dlm teori itu diolah semula dari sumber sekunder. Tiada kajian sendiri. Kalau ada pun, maklumat peribadi dari sang teoris itu perlu diimani sebagai benar, tanpa boleh disahkan pihak lain, apatah lagi orang awam. Sang teoris ini menuduh pihak tertentu merahsiakan maklumat berdasarkan maklumat yang dia sendiri 'terpaksa' rahsiakan. Bukankah ini konspirasi sang teoris itu sendiri?

4) hipotesis tidak ada, kalau ada pun tidak boleh diuji. Prediction yang jelas juga tidak ada. Hanya memberi klu atau gambaran yang kabur. Apa-apapun yang bakal berlaku di masa depan akan dikatakan satu lagi sokongan kepada mana-mana aspek dalam teorinya. Hatta kejadian yang jelas menyangkal teori itu akan digunakan sebagai bukti sokongan. Teori ini mahu diterima sebagai haq.


Berhentilah daripada bertindak dengan panduan sangkaan kosong. Dalam sangkaan itu mungkin terdapat dosa. "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; (49:12)." 

Elakkan daripada 'Like' dan 'Share' dosa. 

Senda Selasa


Sunday, March 23, 2014

pendidikan pengguna

Tak pernah pun masuk A Famosa Resort Melaka. Rezeki yang Allah tetapkan rupanya-rupanya ada jugak melibatkan A Famosa. Semalam dapat bermalam di sini dengan keluarga atas jemputan PERTIWI. Terima kasih bebanyak ya PERTIWI. Kali kedua dijemput untuk program Seminar Kepenggunaan tajaan KPDNKK.

Seronok dengan kehadiran orang Alor Gajah yang kebanyakannya ahli Women Institute. Jumlah kehadiran lebih banyak dari yang dijangkakan. Hebatlah orang Alor Gajah ni. Semangat! Dari segi penglibatan dalam seminar pun hebat juga. Ada peserta yang pengucapannya lebih hebat dan bersemangat dari penceramah sendiri. Tabik kat akak ni.

Yang paling best, tetamu VIP yang menutup majlis turut berkongsi tiga azam pengguna.  Ceritanya, masa nak menutup ceramah, awok minta semua peserta tulis tiga azam perubahan. VIP pun tulis jugak. Dan dia bacakan apa yg dia tulis.
1) saya nak kurangkan makan nasi
2) saya nak beli barang yang 'perlu' yang berkualiti dan murah
3) saya nak pujuk suami saya kurangkan merokok.

Harap-harapnya ada ramai peserta yang mahu dan mampu melakukan perubahan untuk memperbaiki budaya pengguna. Macam-macam perkara buruk atau tak betul untuk kita ubah. Banyak sangat pembaziran yang kita lakukan selaku pengguna. Tiada masa yang lebih sesuai untuk berubah daripada masa sekarang. Jom berubah!

Saturday, March 22, 2014

tesis sarjana

Best betul minggu ni. Ada beberapa hasil yang dapat dituai setelah lama berusaha. Salah satunya ialah disertasi sarjana pelajar seliaan, Norshuhada. Alhamdulillah, kerjanya sudah siap, tinggal menunggu titah rasmi dari senat universiti sebelum dia bergelar sarjana.

Bukan sekejap nak siapkan pengajian sarjana. Banyak peluh dan airmata yang tumpah. Kalau nak kerja senang, buat goreng pisang. Atau beli je sijil dari universiti yang sudi menjual (kalau ada duit banyak le). Mungkin dengan jual pisang goreng (eh..tadi kata goreng pisang? Yang mana satu ni?) boleh jadi kaya raya  dan mampu nak beli sijil. Nanti boleh pakai gelaran Dr Pisang.

Melalut dah ni. Hakikatnya, nak buat disertasi atau tesis memang cenderung untuk melalut. Jarang orang dapat buat tesia dengan fokus yang tajam dari awal. Biasalah kalau tersasar sana sini. Dan bila tesis versi kulit keras dibandingkan dengan draf proposal yang pertama, tak hairan kalau nampak berbeza macam pisang goreng dan pengat pisang. Janji pisang. Pisang lagi.

Apapun, tahniah kepada Shuhada. I am proud of you for being the first one among your batch to defend your proposal and submit your dissertation. Mudah2an lepas ni ada artikel jurnal yang boleh diterbitkan berdasarkan kerja sarjana ni. Lepas ni dia nak buat PhD pulak. All the best for future studies.

Ok la. Lapar pulak rasanya. Menulis peoagi sebelum sarapan. Nak gi dapur nak tengok apa yang boleh dimakan. Agak2nya, ada buah ..... err..jambu tak? Hahhaha.

Thursday, March 20, 2014

Fahamkan bahasa

The people of the Press are indeed pressing
confirmation bias is dripping from their mouth like venom
they stand to accuse, to bring people down
hurting another people is just a natural consequence
in their quest for an answer they have prepared

Membuat tuduhan biarlah dengan fakta yang sahih. Bukan fakta yang diada-adakan. 
Memberi gambaran ada angin menggoyangkan pokok. Sekilas menyorokkan tangan yang membuat pokok bergerak. 
Kasihan mereka yang terpaksa melayan tuduhan. 
Mahu fokus usaha di koridor yang lebih sahih, terpaksa mengalih fokus ke koridor yang dicanangkan dan digembar-gemburkan. 
Merugikan masa.

Wednesday, March 19, 2014

Oh Bulan 2: Doa

Sudah dua malam berturut-turut tengok bulan penuh. Cantiknya. Subhanallah.

Jadikanlah kami seperti bulan
yang mampu memantulkan nur kebenaranMu
menerangkan bumi dengan sinar akhlak
dan menjadi yang ditunggu kehadirannya
mempesona dengan cahaya dariMu

Jadikanlah kami seperti bulan
gagah dan tidak gentar
berdiri ditengah-tengah luas kegelapan sendirian
dan berterusan menghantar cahaya
walau jatuh ke laman yang kelam

Hiaslah kami dengan sahabat
yang membantu kami mencari arah
menetapkan kiblat kepadaMu
sepertimana Kau menghias bulan
dengan bintang-bintang

Oh bulan 1: Lagu statistik


Bulan purnama malam semalam datang bersama ilham. Lirik lagu 'Dan Sebenarnya' telah berjaya digubah semula dan didedikasikan untuk students yang akan ambil exam statistik malam ini.  Enjoy..... jgn stress berlebihan bila study.


Oh bulan
Enggan meneman diriku lagi
Pabila formula kutulis di pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kucuba study statistik

*Adakah perasaan sasau ini sebenarnya risau
Yang lahir sebelum examku
Dan sebenarnya kumengharapkan
formula disebalik paper
Kan ada untuk membantuku

Ku gagap bila buat kira-kira
Ku enggan melihat kawanku kira laju
Ku akui cemburu bila kawan dah sudah kerja
Dan aku masih mengadap buku

(Ulang*)

Pabila kumerenung papernya
Kurebah jatuh ke meja
Di saat ku kena hantar paper
Seperti ku berlawan dengan Kraken

p/s relaks brader rileks. 

Tuesday, March 18, 2014

Akaun Persinggahan Sementara


Cayalah KWSP. Baru semalam apply, hari ni duit dah masuk bank. Duit apa tu? Duit akaun 2.

Beberapa bulan yang lepas, awok beli rumah - rumah yang siap sebelum awok lahir lagi. Bukan rumah baru la kiranya. Dah ada tanad-tanda penuaan, macam awok juga. alkisahnya, rumah ni dibeli dari tuan rumah yang dah pindah ke rumah yang lebih besor dan cantik. 

Nak beli rumah yang dah berumur dan tak berapa besor ni, belanjanya idak le kecik. Besor jugak. Korek la sana sini nak cukupkan beli rumah. Dah nak masuk umur 40, belum ada rumah 'atas tanah' lagi. Yang ada, sebiji apartment yang tergantung antara bumbung dan lantai orang. Alhamdulillah, cukup juga la nak buat bayar deposit, lawyer, etc.

Masa nak beli tu, dan bila dah dapat dokumen S&P, ingat nak keluarkan duit dari akaun 2 KWSP. masa beli rumah pertama dulu, memang guna duit dari akaun 2 tu untuk bayar deposit dan segala mak nenek perbelanjaan. Bila dah penat2 isi borang dan siapkan dokumen, tiba di kaunter...soalan yang petugas tu tanya ialah, 'rumah encik yang pertama dulu tu dah jual ke belum?' Pulak! Apa kaitannya dengan rumah pertama? Rupa2nya, kena jual dulu rumah yang pertama tu kalau nak keluarkan duit dari akaun 2. So, tak de le merasa nak dapat duit segedebuk sekaligus untuk settlekan bayaran pembelian rumah. Petugas tu cakap lagi, kalau nak keluarkan duit untuk kurangkan pinjaman rumah pertama tu boleh la. Aiyooo...lari bajet sebab tak dapat keluarkan duit.

Agak-agak dah suram, dan kebakaran hati dah padam sepenuhnya, pergi gatalkan tangan mengisi borang pengeluaran untuk mengurangkan pinjaman perumahan untuk rumah kedua. Sekeping borang je yang kena isi. Tapi kena ada penyata loan dari bank. yang tu kena bayar RM20 ya. Manager bank kata semua bank kenakan charge tu. Maknanya, semua pelanggan pinjaman bank terkena la ya. 

Bila dah ada dokumen tu, pergi la ke KWSP cawangan Wangsa Melawati. Dulu branch ni kat Setapak...depan Festival City. Sekarang ni dah pindah ke tempat yang lebih selesa (dari segi ruang parking).  Kebetulan pagi tu sistem nombor giliran tak online. Guna sistem manual je. Bila nama dipanggil, berjalan la dengan penuh konfiden dan harapan ke kaunter. Bila tiba kat situ, cik adik yang jaga kaunter tu tanya soalan yang sama jugak. "Rumah pertama tu dah jual ke belum?" Aiyooo.... rasa nak tepuk dahi pulak. Nasib baik la cik adik tu pandai jaga emosi pelanggan. Dia senyum je. Dan cakap dengan penuh sabar. Pelanggan je yang rasa tak sabar sebab frust.

Salah satu kepandaian melayan pelanggan ialah memberi alternatif. Dan awok dah diberi alternatif oleh cik adik tu. Dia kata, nak keluarkan duit untuk bayaran ansuran boleh la. "Yang tu macam mana pulak". Dia terangkan, option yang tu, KWSP tak bayar sekaligus - akan masukkan bulan2 ke akaun bank ahli. Jumlah pembayaran bulanan ialah mengikut jumlah ansuran pinjaman. Jumlah pembayaran terhad kepada jumlah dalam akaun 2 semasa permohonan dibuat. So, kalau ada RM20,000 dan installment loan RM1,000, maka KWSP akan bayar kepada ahli 20 kali (hampir dua tahun). Dah abis 20 bulan tu, kalau ada lagi duit dalam akaun 2, boleh buat pengeluaran sekali lagi.

Itulah highlight hari ni sebenarnya. KWSP dah masukkan duit dalam akaun bank. Dan duit tu dah selamat masuk akaun pinjaman. Huhuhuh..... akaun simpananku hanyalah persinggahan sementara.



Senda Selasa


Friday, March 14, 2014

Menanti yang tak pasti

Hari Jumaat.

Hari keenam kehilangan MH370. Banyak yang telah berlaku dalam tempoh 6 hari itu. Berpuluh-puuh kapal laut dan kapal udara menyikat laut China Selatan dan Selat Melaka serta Teluk Andaman. Rakyat pelbagai negara bersengkang mata untuk bersama-sama dalam operasi mencari dan menyelamat. Di darat, ramai petugas bekerja keras untuk menguruskan logistik dan siasatan. Pegawai, penguasa dan menteri turut berpeluh mencari jawapan dan menenangkan keadaan, terutama bagi ahli keluarga dan rakan yang mengharapkan kepulangan yang tersayang dari MH370.

Sepanjang enam hari ini juga macam-macam yang timbul dan dijumpai di media sosial. Pelbagai teori, hipotesis, dan tanggapan liar membenih dan meliar. Cerita, kisah, hikayat, dan fitnah terbit dari hujung jari lebih pantas dari fakta yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Kepincangan kerajaan dan syarikat penerbangan dijaja dari satu dinding FB ke dinding FB. Sindiran, cemuhan dan makian beranatai-rantai di mulut Tweeter. Alhamdulillah, doa-doa dan kata-kata positif serta harapan tidak kurang suburnya. Moga ada antara doa tersebut yang segera makbul.

Imej, photo dan gambar berlumba-lumba disebarkan. Ada yang berjaya menjadi ikon yang menyimpulkan rasa kesedihan dan harapan yang masih disimpan. Wajah yang dibasahi air mata terpampang di berita paling hadapan. Pesawat dan peta ditayang merata-rata. Gambar dari lipatan sejarah pun dimunculkan kembali hingga mengundang keliru atara penemuan dan persejarahan.

Bersusun-susun orang yang ingin berikhtiar; yang serius dan mengikut tertib pastinya terbit gusar disebalik ketengan yang cuba diketengahkan. Dihujankan dengan soalan dan tuduhan, nampak masih mampu berdiri atas kaki yang tetap. Yang bertanya laparkan maklumat. Yang mampu diberi setakat ini adalah hidangan ketidakpastian. Belum ada yang konklusif dan definitif.

Ada pula yang lebih mencalar daripada menggilap: mengundang ketawa terbahak-bahak di sebalik amarah yang meluap. Akidah dipertaruh atas nama ikhtiar.Muncul gambaran yang mempersenda agama. Lalu timbullah gambar yang bertujuan bersenda dan mempersenda. Parodi di atas parodi.

Jika dilihat sebagai ujian, kehilangan ini menguji yang berada di atas daratan yang kukuh. Kehilangan pesawat telah mendedahkan siapa yang sabar dan siapa yang tersasar. Kehilangan ini menemukan kita dengan pemilik otak bebal dan akhlak cabul. Kehilangan ini juga menemukan kita dengan si penangguk di air keruh. Kita bertemu dengan prejudis, stereotaip, dan pendirian yang ada dalam diri kita sendiri.

Mudah-mudahan kehilangan yang diselubungi ketidakpastian ini akan mempertemukan kita semula kepada Allah SWT, dalam perasaan merendah diri mengakui Dia yang Maha Berkuasa. Masukkanlah kami dalam golongan hambaMu yang dipertemukan di syurga, ya Allah.

Sunday, March 09, 2014

buat poster dengan photoscape


Ni hasil kedua selepas installed Photoscape jap tadi. Mulanya, agak cuak gak...sebab tengok user interface macam intimidating. Dah macam photoshop pulak. Tapi, godek sikit-sikit, dapat jugak la buat poster yang simple.

Nasihat untuk yang nak download Photoscape, prosesnya agak mengelirukan. Berapa kali ntah kena tekan butang 'download'. Sepatutnya boleh lebih straightforward. Options masa nak install jugak kena diperhatikan betul2. Jangan main tekan 'OK' je. Sebab ada beberapa software lain yang installer tu suggests utk install. So, jangan terkejut kalau lepas install photoscape, ada beberapa program lain pun turut muncul kat komputer korang.

Gambar kat atas tu hasil kedua. Dah mentioned tadi kan? Mana hasil yang pertama? oooo... yang pertama tu akan muncul bulan depan, dalam ruangan Senda Selasa. So, tunggu hari Selasa kedua bulan depan ya.

Jom kita minum kopi.

Saturday, March 08, 2014

Resepi ESP Merah Jambu

Kita mulakan dengan bahan-bahannya.



Bawang merah, bawang putih dan biji ketumbar ni adalah bahan-bahan yang tak diperlukan dalam resepi ni. So, kita ketepikan je dulu. Lain hari baru nak buat rendang.  Untuk Resepi Merah Jambu ni, bahan2nya sikit je: dua scoop ESP Shaklee, dan beberapa sudu sirap merah mengikut sedap lidah.



Masukkan sirap dan ESP dalam bekas goncang, lepas tu tunjukkan kat side-kick yang sedang menolong korang kat dapur tu. Side-kick ni merangkap QC yang nak pastikan korang tak mencemarkan ESP dengan bahan-bahan yang tak sepatutnya seperti bawang merah dan bawang putih. Side-kick yang ada ni tak boleh diberi kepercayaa untuk menolong, so ayahnya la yang kena masukkan air (jangan air panas pulak ... habis musnah punah zat dalam ESP tu nanti) dan goncang campuran. (jangan lupa tutup dulu bekas tu, baru boleh goncang macam bancuh susu botol untuk anak. Senang sket ESP nak larut. Kalau tak...berketul2 jadinya).


Tengok side-kick ni.....belum sempat goncang dia nak rasa dah. Ishhh....tak sabor-sabor.



Ta da.....untuk tambahkan nikmat untuk lidah dan tekak, boleh letak dua tiga ketul ais kiub. Ais bentuk piramid, trapezoid, atau beruang kutub pun boleh juga. Janji sejuk.

video

Siap ada bunyi 'aaah' lagi tu. Dapat seal of approval daripada QC.

So, jemput cuba resepi ESP Merah Jambu. Yang merah tu sirap, yang jambu tu korang la ...minum ESP boleh makin cantik kulit. Kalau nak dapatkan ESP, contact pak alang kat 0132408451 (sms, whatsapp, telegram)

Friday, March 07, 2014

Berita tak serius

Seorang murid darjah 2 telah membuat sidang akhbar utk beritahu dia bukan punca sorang murid perempuan tak cukup makan. Murid lelaki yang selalu share makanan dengan murid tu dah tak berkenan nak layan dia. Budak lelaki tu nak layan murid darjah dua yang lagi muda tu. 

"Bukan saya yang mintak makanan murid lelaki tu. Dia yang beri," katanya kepada wartawan. Murid lelaki tu pun beriya2 defend buah hati baru dia. 

Wartawan pun gigih la masukkan berita budak darjah 2 kat surat khabar. Jadi bahan berita utama pulak. Berita radio pun ada update pasal kisah budak darjah 2 ni. 

Lepas tu heboh pulak pasal isu minta maaf. Ntah sapa kena minta maaf kat sapa. Ada yang kata tak perlu mintak maaf. Atau tak kisah kalau orang tu tak minta maaf? Maaf laaaaaaa.........



Ulasan Berita

1) Berita tak serius macam ni patut ada channel sendiri. Jangan masukkan sekali dengan channel yang siarkan berita serius. Buat menyemak ruang berita je. Orang yang nak cari berita serius terbaca berita tak serius. Ibarat lalat yang menghurung makanan. Orang nak menjamah makanan, tapi si lalat ni mengacau dan mengganggu perhatian. 

2) For 15 minutes of fame, some people are willing to air their dirty laundry to reporters.

3) Orang yang terdedah kepada berita tak serius ni ada 4 golongan. Satu, dia boleh abaikan berita dan tak ambil pusing dah. Stop. Period. 

Golongan kedua, dia jadi fascinated dengan lalat. Dia pi ikut lalat ni sebab nak cari lalat-lalat lain. Seronok bila dapat tengok lalat. Korek sana korek sini untuk dapatkan gosip yang lebih panas dan lebih hangat. Kalau dia tak jumpa, dia pulak start reka-reka cerita. Memulakan fantasi lalat dan share dengan orang lain. 

Golongan ketiga ialah orang yang ada reaksi negatif. Depa tk suka berita macam ni. Dan depa tak suka bila orang lain komen sana sini pasal berita tu. Depa tak suka bila orang attack atau layan lalat macam orang golongan kedua. 

Golongan keempat ialah orang yang ada pendapat peribadi pasal initipati cerita. Dia bukan nak komen sangat pasal individu khusus dalam berita tu. Tapi, dia lebih suka ambil kisah cerita yang boleh dijadikan teladan. Ataupun membuat pemerhatian sejauhmana kes khusus ni boleh disamaratakan dengan kes-kes lain yang tak dapat perhatian tokeh berita. Kata mudahnya, 'apa kaitan berita ni dengan aku dan orang-orang sekeliling aku?'

Sapa nak jadi golongan kelima? Golongan ni akan attack kilang yang menyebarkan lalat. Beri warning yang sesedap akal untuk mengurangkan pengeluaran lalat. Baik penerbit, editor mahupun penyampainya. Cakap kat depa kita tak suka diganggu dengan lalat. 

Sapa dah buat, sila angkat tangan dan kongsikan kisah korang. 

P/S Poster movie tu diinspirasikan kisah perempuan hilang kucing.

Wednesday, March 05, 2014

Segarkan diri dengan ESP

Hari ni hari kelima bulan 3. Esok hari keenam. Apa pulak istimewa nombor 6 ni? Jangan pesongkan minda pasal angka 6 tiga kali. Kalau tengok gambar ka bawah ni, angka 6 tu istimewa sebab dengan 6 kita boleh dapat 1 percuma.



Yess...... promosi Shaklee pada bulan Mac ni ialah ESP. Bukan extra sensory perception tau. Yang ni lebih senang nak dibuktikan keberkesanannya dan kesahihannya. Ramai dah yang terkesan dengan ESP. Ramai yang happy dan senyum bila dapat merasa sendiri kesedapan dan kehebatan ESP. Kalau tak percaya, jom baca kisah-kisah kat bawah ni.


Kisah 1

First time saya tengok perut ibu mengandung yang berakar. Huii tetiba seram. Kebetulan masa checkup naura, ada jugak seorang ibu muda mengandung tengah check. So ternampak lah perut beliau yang penuh stretch mark. Ye saya belum pernah tengok strech mark depan2 mata sebab dua kali mengandung saya tak de dapat stretch mark *yang ni tukang urut masa pantang pun puji wow!*

Nak je saya tanya takde sapu minyak pape ke? Pemakanan macam mana? Tapi tak sempat nak beramah mesra hehe. Oppss saya bukan nak mengejek ke apa tapi PENTING ibu mengandung menjaganya sebab setahu saya makan masa jugak nak hilang kan?

So macam mana tak nak bagi ada stretch mark? Stretch mark berlaku disebabkan kulit mengalami peregangan dan keanjalan kulit tidak memadai menangani peregangan yang terjadi. Itu pentingnya VITAMIN C & PROTEIN ketika hamil.

Pengalaman hamil saya memang mengamalkan SR VITA C & ESP. Alhamdulillah stretch mark tak de

Kisah 2


Ada masalah period tidak datang selama 1 tahun lebih selepas melahirkan anak pertama.. Admin cadangkan supplement Shaklee dan beliau consume dengan ESP +GLA Complex..

Atas izin Allah beliau period semula setelah hampir ambil botol yg kedua.. dan sekarang ni beliau disahkan mengandung (memang merancang untuk mengandung lagi)

Kisah 3


Saje2 nk share testimoni sendiri  4 bln pertama konsisten GLA & vit E. Sekarang hny ambil ESP & Vit C. Sejak ambik vit c + ESP perubahan sgt2 ketara dan cepat - kulit muka lembut, jerawat pasir kian menghilang, tumit kaki tak pecah. Yg penting, kene sabar. Insya'allah hasilnya manis.

Kisah 4

Saya ambil ESP, Vit C, Omega, Bcomplex. Berpantang saya tambah alfalfa dan vitalea. Alhamdulillah bermula dari awal pregnant sampai dah sarat saya masih mampu bjalan kaki ke pejabat, lebih kurang 10 min je, tapi dah sarat jadi 20 min, bonceng motor ke KK bla check up (husbnd keje shift), orang tegur cergas mcm tak pregnant, alhamdulillah. Oh ye berat naik dgn stabil smpai 20kg, masa tu memang risau kalau tak dapat berat asal nanti. HB sy turun bla masuk kandungan 7 bulan, sy amik vit c, naik balik cantik je blik. Then after delivered, teruskan set berpantang, susu alhamdulillah meriah smpai sekarang, luka sembuh cepat, org dtg ziarah masa dalam 20 hari, tegur nampak sihat xmcm dlm pantang dah. Paling best ada mak cik tu cakap dah mcm anak dara blik! Lepas pantang berat dah turun ke 50 kg, anak 3 bulan dah tggal 47kg, mungkin sb BF, berat cpt turun. Alhamdulillah semua dgn izin Allah.

Kisah 5


em nak share jgak testimoni, asyik baca testi org lain sampai lupa nk share pengalaman sendiri..em, sy stat mkn shaklee thun lps, rasa +-stahun lbh dhla, start mkn dulu pon sbb bgkak susu smpai kena g klinik sbb sakit sgt xtertahan, doc bg antibiotik kna habeskan,pastu dh ok tp susu plak la drop sgt2, pam dpt 1oz je sedih sgt2...anak plak slalu lapar, time tu dia baru 5bln..so try la godek2 lam tenet jumpa la shaklee, beli trial pack menyusu, alhamdulillah pastu mmg xde dh bgkak susu, b4 consume tu mmg byk kali bgkak smpai demam2 pon ade..smpai skg mmg xkna dh bgkak susu..yg paling bestnya sy ni mmg ade mslh sembelit dari zaman budak lg..smggu xmembuang pon ade, pas mkn shaklee mmg hari2 membuang, mmg magic lah..haha...dulu kdg2 kna bli ubat smbelit kat farmasi kalau dh lama sgt xmembuang, now hari2 xde mslh dh, mmg suka sgt2 la...mulanya beli sbb utk tmbah susu je, tp byk dpt kebaikan lain, so sy pon topup lg bli esp, vit e, osteo...esp mmg mabeles, minum kenyang jer smpai kdg2 lupa nk mkn, tp kna mkn gak sbb sy still bf kan...xkesampaian lg hajat nk diet...hehe..suami pon minum esp time puasa hari tu xpnah miss, dia ckp segar jer spanjang hari xdelah letih ke ape time buat keje...osteo tu pon sy bg suami mkn, dulu jrg2 jer dia mkn, skang ni everyday dh mkn, sbb katanya segar bila bgun pg+kurang dh sakit blakang dia...sy bli plak mealshake bg anak mkn cmpur lam nestum dia time breakfast..dia kdg2 ade mslah sembelit juga, then bila consume mealshake hari2 dh membuang xde masalah, bab2 mkn nmpak la skit dia mkn lbh dr dulu...alhamdulillah...lps BF dlm 6bln lg ingat nk ty set kurus la plak.


Tips Minum ESP

Best kan? Ramai yang dapat hasil positif setelah guna ESP. So, macam mana depa dapat hasilnya? Daripada pembacaan, ada beberapa tips yang boleh dikongsikan.

1) Minum secara konsisten. Jangan cepat putus asa. Kita ni dah bertahun2 dedahkan badan pada pencemaran (termasuklah pencemaran makanan merapu). Takkan dalam sehari dua dah harap nak nampak kesan. Beri masa kepada ESP untuk berkesan.

2) Jaga pemakanan. Kalau telan satu tin ESP pun...tapi makanan tak berjaga macam lembu lepas kandang, susah le nak dapat kesan yang diingini. Kita makan ikut suka, ESP tak dapat menunjukkan kesan yang terbaik. Asik nak kena counter bahan2 buruk yang kita masukkan dalam badan (cth: lemak berlebihan, bahan berkolesterol tinggi, asap rokok). ESP asik main defense je...bila masa dia nak main offence dan score goal, ya tak?

3) Jaga juga la aktiviti fizikal. Jangan dok harap makanan yang power macam ESP ni boleh mengempiskan perut kalau nak beralih satu tingkat pun nak guna lif. Manja bebenor. Gunalah tangga, biar banyak menapak. Lagi bagus, menapak dengan rentak yang lebih laju (i.e. jogging) atau buat aktiviti fizikal lain yang sesuai. Barulah ESP boleh lebih laju berkesannya.

4) Banyakkan doa kepada Allah. ESP hanya asbab. Keberkesanannya perlu diminta dari Allah SWT. Api yang sifatnya membakar pun jadi sejuk bila Allah perintahkan dia jadi sejuk. Jangan sombong dengan Allah disebabkan kita dah ada makanan yang mujarab. Allah jualah yang menjadikannya mujarab. So, sebelum minum tu, baca bismillah, selawat dan doa yang sesuai. Kalau nak guna ESP untuk tambahkan susu badan, doalah agar Allah tambahkan susu badan. Yang lelaki jangan gatal nak baca doa tu pulak. 

5) Untuk konsisten, boleh dipelbagaikan cara minum. Kalau asik campur ESP dengan air kosong, mungkin jadi jemu. Cuba campurkan dengan susu. Saya sendiri guna susu tepung - marvellous. Rasa nak jilat shaker utk dapatkan titisan terakhir. Ada yang campurkan dengan jus buah seperti strawberi. Blend strawberi dan campurkan ESP. PErggh.... terangkat blender (kalau korang angkat la, kan?). Kalau cakap pasal buah, memang macam2 buah korang boleh guna. Jangan guna buah dadu sudah. 

Cukup la lima ni dulu. Kalau nak lebih lagi, sila beli 6 tin serentak dari kedai Pak Alang ni. :-) Korang larat lagi ke nak baca ni? Kalau larat, meh kita tengok pulak apa kebendanya ESP ni sebenarnya. Kita jenguk apa yang buat ESP ni special sangat.

Apa itu ESP?


Dari segi namanya, ESP ni bermaksud Energised Soy Protein. Protin kacang soya la ni. Bukan hampas kacang soya ya. Dalam satu hidangan ESP, ada 14 gram protin soya. Pasal apa kita nak ambil protin soya? Sebab protin soya ni, berbanding protin dari daging, susu, dan telur, protin soya tidak datang bersama dengan lemak yang tinggi, dan ia jugak tak de laktosa (sejenis gula) dan kolesterol.  So, bila makan ESP, kita ambil yang baik saja iaitu protin soya yang mengandungi 9 jenis asid amino yang badan kita perlukan untuk hasilkan protin. Errrk... protin hasilkan protin? Ya la...badan kita kena buat protin sendiri. Kita bukan pokok soya. Cumanya, kita boleh gunakan protin dari soya untuk hasilkan protin dalam badan kita. Hasilkan protin ya... bukan lemak.

ESP ni jugak ada vitamin B, dan kalsium (separuh daripada keperluan harian). So, ada zat tambahan yang kita dapat kalau minum ESP. Yang menariknya, ESP ni tak la pulak menambah benda yang tak perlu ataupun berbahaya kat kita. Satu ciri menariknya ialah ia mempunyai Glycemic Index yang rendah (bawah 55). Maksudnya, ESP sesuai untuk orang yang tak nak gula berlebihan (especially yang ada diabetes). 

Cara pemprosesan ESP ni jugak dah dikaji dan diperhalusi oleh syarikat Shaklee. Dia bukan hancurkan kacang soya kat belakang rumah pakai blender yang korang guna nak blend cili kering tu. Shaklee proses  kacang soya yang tidak dimodify genetiknya (non-GMO soy) menggunakan suhu rendah supaya khasiatnya tak hilang (especially isoflavones). Alkohol juga tak digunakan semasa proses, guna air bersih je (sesetengah protin soya di'bersih'kan dengan campuran alkohol). Kaedah penghasilan ESP ni terkawal. Maklumlah, Shaklee mementingkan kebersihan dan kawalan mutu produk. Berjuta-juta dia belanjakan untuk pastikan hasil produk adalah yang terbaik. Punyalah canggih prosesnya, dalam satu tin ESP tu, sebenarya ada khasiat dari 25kg soya!!! Dari seguni tinggal setin. Hanya yang terbaik untuk kita minum. 

Of course, kalau korang nak serat dari soya, ambillah soya yang belum hancur (contoh, tempe). Tapi, kalau nak khasiat yang terfokus, sila minum ESP. InsyaAllah, ada manfaatnya untuk korang. Dan ada juga mangaat kepada alam sekitar sebab Shaklee syarikat yang menjaga alam sekitar. Dah menang awards dan recognition utk usaha pemuliharaan alam sekitar. So, sambil korang minum ESP untuk diri sendiri, korang juga menjaga alam. 

Tahniah la sebab korang dah berjaya baca sampai paragraph terakhir ni (kecuali yang skip bahagian tengah dan terus ke paragraf ni). Sebagai ganjaran, apa kata korang hantar mesej kat 0132408451 untuk order satu tin untuk diri korang. Nak beri ganjaran 6 tin pun boleh. Dapat free 1 tin dan tahan untuk setahun.  Tahniah!!!


Tuesday, March 04, 2014

Senda Selasa

photo credit: bucket.imustbuild.com

Exam di Universiti

Sekarang ni baru separuh masa pertama untuk semester ni. Belum masuk minggu mid-semester exam pun lagi. Tapi dah kena la fikir soalan2 untuk mid-sem dan juga final exam. Elok siapkan awal2, walaupun mungkin ada students yang study lewat2. Memang bila cakap pasal exam ni, macam2 cerita yang ada. Boleh buat slot Hot Chat radio Hot FM. :-)


Caller: Hello Kak Fara. Saya nak cerita pasal pengalaman saya ambil final exam.

Fara: Adik ni masih belajar lagi ke?

Caller: Ya. Saya masih belajar kat unversiti. Kisah ni berlaku dua tahun lepas. Pada semester tu saya kena ambil exam untuk subjek psikologi. Bersemangat study siang malam. Sambil study sambil dengar radio. 

Fara: Kelass....

Caller: Anyway, saya study dengan sorang kawan. Kami buat study group. Buat revision sama2. Buat soalan latihan sama2. 

Fara: Kalau study berdua ...tu namanya berduet dik.

Caller: Hahaha... ada2 je kak Fara ni. Tapi, saya memang study dengan kawan ni. Nak dijadikan cerita, satu hari tu, lepas study, kami jumpa sorang kawan sekelas. Dia pun ambil subjek psikologi tu jugak. Dia tanya kami, "awat hangpa tak mai final exam?". Saya pun terkejut la. "Exam esok kan?" Dia kata, "dak aiihh. Baru ja lepaih exam ni. Hangpa tak check exam slip ka?" Saya dan kawan berduet ...eh ..kawan study group tu....cemas la. Terus cari exam slip. BIla tengok balik, memang tarikh exam tu tarikh hari tu. 

Fara: Laaaaaaa....  adik dah missed exam la ya.

Caller: Betul kak. Kami tak tau la macam mana boleh salah tengok tarikh. Dua-dua dah tengok tarikh kat exam slip tu. Boleh pulak dua-dua orang salah baca. 

Fara: Abis tu... korang buat apa?

Caller: Apa lagi ... kami buat tebalkan muka je la pergi mengadap Head of Department Psychology [nota: Head of Department adalah orang yang mengarang dialog ni. hehe] Mengaku je la yang kami dah tersalah tengok tarikh. Kami minta la kot2 boleh dapat ambil exam tu jugak. Kami cuba explain dan mengaku salah kami.

Fara: Dia terima tak?

Caller: Dia dengar je. Lepas tu dia masukkan kisah kami ni dalam blog dia. Boleh ke gitu kak Fara?

Fara: Hahahah....kesian akak dengar cerita adik ni. Errr ... boleh akak tau apa address blog Head of Department awak tu?

Tuutt...tuut...tuuut
(Sampai la ni Fara tak jenguk blog HOD)

===========

Okay...kisah di atas banyak tambah ajinomoto. Jangan percaya sebagai fakta. Tapi, bab students dua orang yang missed exam pasal salah tarikh tu, memang betul2 berlaku. Dan fakta lain yang juga benar ialah keadaan dewan exam yang buat penjaga exam rasa nak menangis. Ni nak suruh budak2 ambil exam, atau repair perabot? Sapa la yang letakkan kerusi meja dalam dewan ni? Rasanya sesetengah kerusi meja tu layak masuk tapak pelupusan sampah je. Hopefully keadaan buruk macam ni tak berulang lagi. Pada exam last semester, ada banyak kerusi baru yang diguna.  

Selamat mengambil peperiksaan. Check tarikh exam betul2 ya.


Dah koyak rabak span. Sampai nampak 'tulang belikat' kerusi ni.

Yang ni lagi horror. Kerusi tak berkepala. Tinggal batang tengkuk je. Tajam pulak tu. Kalau budak injured sebab guna kerusi ni, sapa yang nak jawab?

Dah la kerusi tak selesa, kena dok tepi tingkap pulak. Cahaya matahari pagi masuk direct kot tingkap. Silau dan panas. Tak de langsir. Tutup pakai kertas manila je. Itupun tak semua kertas tu melekat kat tingkap.