Friday, August 28, 2009

mencari tiang gol

Alangkah pelik jika berada di lapangan terbang dengan tiket kosong - tiada nombor penerbangan, tiada masa berlepas, tiada destinasi. Akan mundar mandirlah di balai besar, sekadar memerhatikan orang lain bergerak ke balai berlepas menuju pintu yang akan membawa mereka ke destinasi yang dicita. Berapa lama kita sanggup berlegar-legar di situ? Tidak lama, kan?

Namun, tidaklah pulak luar biasa kita bertemu manusia yang berlegar-legar tanpa tujuan yang pasti dalam hidup. Mereka ingin menuju satu tempat yang bernama 'berjaya', 'baik', atau 'hidup aman'. Namun, tidak pula mereka tahu di benua manakah tempat itu sebenarnya. banyak pelusuk dunia ini yang boleh dilabel 'berjaya', 'baik' atau 'hidup aman'. Yang mana satu ingin dituju? Mereka berusaha, mengeluarkan peluh, memerah otak - tapi akhirnya rasa kosong atau kecewa. Destinasi impian masih belum jelas di depan mata.

Maka eloklah mengambil masa untuk betul-betul merenung ke dalam diri; berbincang dengan rakan yang betul-betul mampu mendengar. Yang dinamakan 'berjaya' itu, bagaimana sebenarnya. Adakah 'berjaya' itu di puncak gunung? Atau di lembah yang permai? Atau di padang pasir?
'Baik' itu apa rupanya? Ada seekar kebun? 100 haiwan ternakan? Sebatang sungai?

Muhasabah seperti ini mungkin menambah keliru. Namun, jika dibiarkan hidup dalam kabur, akn terus meraba-raba. Usaha yang tidak terfokus, mudah saja membebankan emosi, fizikal dan intelektual. Tindakan-tindakan yang perlu diambil akan goyah tanpa asas pertimbangan yang jelas.

Jika ingin sampai di satu tempat bernama 'bahagia', takrifkanlah daerah itu. Jelaskan pada diri sendiri apakah ciri-ciri yang kita ingin ada dalam daerah itu. Sebagai contoh, di daerah itu, kita bebas dari belenggu hutang. Jika 'bebas hutang' menjadi takrif bahagia, mudahlah untuk membuat keputusan-keputusan yang berkaitan. Jika hendak berumah, tak kisahlah rumah sebesar mana, yang penting tidak berhutang. Jika hendak berkereta, tak kisahlah kalau berkereta terpakai, asalkan boleh dibeli tunai.

Pastikan kita mampu, secara realistik, mencapainya. Kita mampu menyediakan kaedah pengangkutan, ada masa, dan ada kesabaran untuk sampai ke daerah itu. Usah bermimpi menjadi warga gua, jika kita phobia terhadap gelap dan kelawar. Usah berangan duduk di ladang membela 100 ekor unta, jika seekor kambing pun kita tidak pernah jaga sebelum ini, bahkan, menyembelih ayam pun kita takut. Realistik, bukan idealistik.

Selamat mencari tiang gol masing-masing.

Wednesday, August 26, 2009

Tiba-tiba Terasa

Berlembut hati mencari tenang
kembali tunduk mencari redha

Tersingkap hijab agaknya
tiba-tiba
untuk membuka kemungkinan
melengahkan penafian
yang selama ini sepantas refleks

Baru terasa penatnya
lama menggenggam kemas-kemas
sebuah pendirian keras
hingga ketara kesegaran
bila kendur otot kedegilan

Sesekali mengalah
terasa gagah

Sesekali mengaku lemah
terasa berhemah

Tuesday, August 25, 2009

shaddap yang berkesan

"Ngapa dia tu? Diam je? Tadi elok je bercakap."
Bila tertanya-tanya mengapa orang diam, elok juga bertanya kepada diri sendiri: "Aku suruh dia shut up ke?"

Interpersonal communication ada hukum hakamnya sendiri. Kalau berdialog dengan komputer, kita guna ikon, menu, dan papan kekunci untuk menyampaikan mesej. Kalau kita tersalah tekan kekunci, mungkin komputer akan membantah dengan ungkapan "Syntax error!" atau "Fatal error!". 'Pandai' jugak la komputer memberi maklumbalas kalau dia tak 'faham' apa yang kita cakapkan. Hanya komputer yang rosak sahaja yang akan diam membisu (i.e. hang) tanpa memberi apa2 feedback. Kalau dah hang, baik tekan ctrl+alt+del aje.

Berbeza dengan manusia, kadang2 kita tak dapat banyak feedback lisan atau bertulis. Tetiba je kawan kita hang. Kawan tu bukannya boleh kita reboot macam komputer. (Nak tekan tang mana?) Bila berlaku keadaan macam ni, elok jugak kita muhasabah kalau2 kita dah 'terberi' command yg kawan kita tu tak boleh compute.

Untuk menggalakkan orang bercakap, ahli kaunselor boleh gunakan banyak teknik seperti paraphrasing, reflecting, attentive listening, tidak menyampuk percakapan, mengekalkan eye contact dan sebagainya. Kalau apa yang kita amalkan sebenarnya bertentangan dengan teknik2 tu, maka janganlah kita pura-pura terkejut bila orang jadi diam macam ketam, senyap macam karipap. Antara sebab orang akan diam ialah kerana kita telah menyuruhnya diam, samaada kita sedar atau tidak.

Bila dia bercakap pasal nak buat kuih raya, kita sibuk war-warkan kemahiran kita buat kek raya. Kawan tu nak berkongsi perancangannya. Kita pulak bukak topik kemahiran hidup. Seolah-olah kita tidak berminat dengan idea dia. Terus kita pancung topik perbualan dia. Manalah dia tak senyap.

Bila dia kelihatan 'mendung', kita suruh dia bercakap. Alahai....kita kan insan yang concern tentang perkembangan kawan-kawan. Tapi, bila dia keluarkan dialog "aku rasa sedih la" ... terus je kita keluarkan statement penutup, "ala...bulan posa ni tak yah sedih2 la. Tak macho la. Don't worry, be happy". Terus ke kesimpulan, kan? Tak de perbincangan dan analisis. Dah la kita yang suruh dia bukak mulut. Bila dia bukak mulut, kita cepat2 tutupkan pulak. Bila masa dia nak bercakap? Manalah dia tak senyap.

Bila kita ada buat silap, dia ringankan lidah untuk menegur. Mungkin dia guna ayat penyata (tegur direct) atau ayat berkias (tegur berlapik, sindir, perli, sarcasm). Rajin jugak le dia berkata2 untuk menyuarakan apa yang tak kena di matanya. Tapi, bila dia buat macam tu, kita tarik muka, bidas tanpa hirau hukum logik, melenting tak ingat akhirat. Langsung tak nak consider point yang dia utarakan. Kita serang guna senjata perasaan. Logik dalam teguran tu kita kesampingkan. Secara efektifnya, kita menyampaikan mesej yang kita tak suka dia berkata2: I don't like your thoughts. Manalah dia tak senyap.

Manalah dia tak senyap. Kita telah menggunakan shaddap yang sangat berkesan.

Monday, August 24, 2009

Sekali membuka mata...

Macam2 yang boleh diperhatikan pada kawan2. Masing2 ada cerita, samaada cerita yang telus, direka-reka, atau dibuat-buat. Antara nak dengar atau tidak, melihat atau tidak, pilihan yang lebih ekonomikal ialah untuk tidak mendengar dan tidak melihat. Jimat masa, emosi, kesabaran, dan barangkali kurang dosa. Memilih untuk pejam dan pekakkan telinga menyumbang secara langsung kepada simplicity kehidupan. Selamat dari information overload. Bebas dari longgokan masalah. Senang hidup. Tapi, benarkah?

Mungkin soalan ini boleh dijawab dengan membezakan antara 'ambil peduli' dan 'ambil tahu'. Kedua-duanya melibatkan penerimaan maklumat. Namun, ada faktor pembeza yang sangat penting iaitu NIAT. Ambil peduli berdasarkan niat untuk menolong; samaada menolong orang lain atau diri sendiri. Kalau ada kawan yang bermuka muram (sedangkan hari sebelumnya ceria laksana 100 matahari), maka wajar bertanya2 untuk mengenalpasti masalah. Kalau diberi ruang, bolehlah sama2 mencari penyelesaian. Kalau tidak, cukuplah sekadar menjadi pendengar, atau pengambil peduli.

Ambil tahu pula lebih kepada memuaskan 'need for information'. Sebab musabab timbul keperluan tersebut berbagai-bagai. Tapi, secara umumnya, ia lebih kepada memenuhi keperluan peribadi. Berbeza dengan ambil peduli, matlamat pencarian maklumat ialah individu lain, bukannya diri sendiri. Ada spesis 'internet bergerak' yang mengumpul maklumat untuk meningkatkan 'knowledge power'. Adanya kuasa ilmu ini membolehkan dia memimpin orang lain. Kalau niatnya sinister, dia mungkin lebih berminat untuk menguasai, memanipulasi atau memperkotak-katik orang lain.

Dengan maklumat yang ada padanya, dia mudah mengatur rencana. Macam dalam telenovela Pinoy, watak antagonis pandai berhelah untuk mencapai cita-citanya. Biasanya, watak antagonis ialah perempuan yang kena reject dengan lelaki. Kalau si perempuan itu nak kan jugak lelaki tu, akan dikumpulnya maklumat buruk tentang saingannya. Maklumat itu akan diguna untuk menjatuhan mana2 saingannya dan memenangi lelaki idamannya. Keji.

Ada juga klon Mami Jarum yang mengumpul maklumat supaya ada bahan untuk dia berborak. Maklumat ibarat rempah ratus yang wajib ditabur dalam sesi mesyuarat tingkap. Lagi pedas maklumat tu, lagi la seronok berborak. Cerita hidup orang lain jadi bahan perencah untuk menyedapkan selera sendiri. Busuk.

Berbalik kepada pengambil peduli, keji dan busuk tidak sesuai dilabelkan kepada mereka. Mereka merisik maklumat untuk membantu orang lain, bukannya untuk kepentingan diri sendiri. Ada kalanya, maklumat yang dikumpul relevan secara langsung kepada diri sendiri. Berbalik kepada contoh telenovela Pinoy tadi, lelaki yg menjadi target perlu mengumpul maklumat tentang perempuan yang terkejar2kannya. Kalau dah mula perasan sifat gedik perempuan tu, ada baiknya dia mengumpul evidence dan information. Maklumat ini berguna untuk melindungi dirinya daripada fitnah, helah atau salah sangka yang ditimbulkan oleh perempuan itu. Kalau dibiarkan begitu saja, fitnah, helah dan salah sangka akan menjadi misteri yang menyelubungi hidup lelaki tu. Bila lagi nak ambil pengajaran daripada tv, kan?

Walaupun menjadi buta dan pekak boleh mengurangkan kerumitan dalam hidup, ada kalanya perlu juga membuka mata dan telinga. Sekali sekala membuka mata, akan terungkai misteri misterina.

Istilah halus lagi berlapik

Di penghujung 2004 dulu, satu peristiwa penting berlaku. Rentetan dari peristiwa itu, sebahagian besar kehidupan berubah. Emosi, sosial, fizikal, kewangan, dan psikologi. Melepaskan peranan sebagai suami membawa perubahan-perubahan yang ketara. Antaranya ialah perubahan identiti.

Sebelum itu, kalau orang bertanya, "Dah kawin?", jawapannya terlalu mudah. Hatta soalan itu ditanya oleh perempuan yang masih single, jawapan "sudah" mudah saja keluar dari mulut. Namun, untuk membawa identiti baru, perbendaharaan kata baru perlu digunakan. Mungkin perit perpisahan masih terasa, sukar bagi lidah dan hati mengucapkan 'dah bercerai' atau 'divorced'. Bukanlah perkataan itu kotor. Bukan juga obscene. Tapi, tak sampai dek hati nak mengucapkannya. Terasa berat di lidah. Mungkin kerana ungkapan yang pendek itu terlalu berkesan di hati.

Jadi, untuk menjawab soalan dari orang yang tak tahu apa2 (dan tak bersalah apa2), keluarlah jawapan seperti, "Yes, I WAS married". Penekanan diberi kepada past tense dalam ayat berkenaan. Namun, ada yang tidak menangkap atau tidak faham penekanan tersebut. Mungkin kerana dalam bahasa Melayu, 'sudah kahwin' bermaksud 'is (still) married'.

Pilihan kedua ialah istilah 'pernah berkahwin'. Nampaknya, istilah ini lebih mudah difahami. Walaupun 'sudah' dan 'pernah' adalah kata kerja lampau (bukan terlampau), tapi 'pernah' lebih berjaya menyampaikan maksud.

Kalau di pihak perempuan pula, ada yang mungkin selesa menggunakan istilah 'Mak Jan'. Sebagai kata tunggal, 'Janda' mungkin terasa kasar dan menghiris. Maka dilembutkan perkataan itu dengan tambahan Mak dan pengurangan satu suku kata.

Kalau sedang mood cheeky atau bergurau, mahu juga rasanya menggunakan satu istilah lain. Kalau lelaki yang bujang di usia yang lanjut, digelar bujang terlajak. Maka, bagi lelaki yang bujang setelah pernah berkahwin, maka bolehlah mengambil gelar 'bujang gostan'. Dah ambil gear reverse, sekarang ni gear dalam posisi parking. Hahaha.

Wednesday, August 12, 2009

Tunggu ikhlas tiba

"Isu bertudung dan pemakaian semuanya perlu datang dari hati yang ikhlas dan tulus. Saya tidak mahu melakukannya semata-mata untuk memuaskan hati pihak yang mahu saya berbuat demikian hanya kerana saya sudah menunaikan haji." (sumber: Utusan Malaysia Online, 12 Ogos 2009).

Dialog di atas dilaporkan oleh wartawan yang bertanya kepada seorang selebriti wanita yang telah menunaikan haji. Sekali dengar, jawapannya memang 'berdiplomasi' dan 'lembut'. Lembutkah? Atau cakaran tajam?

Saban hari Jumaat, jemaah solat diingatkan oleh khatib untuk bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa. Adapun taqwa itu boleh dicapai dengan melakukan apa yang Allah suruh, dan menginggalkan apa yang Allah larang. Menutup aurat termasuk dalam perkara yang disuruh. Bukan ulama Islam sahaja, kebanyakan ulama agama lain pun suka kepada amalan menutup aurat. Apakah perlu tunggu ikhlas berakar dalam dada untuk melangkah lebih dekat kepada taqwa?

"Irfan, tahun ni umur Irfan dah cukup 9 tahun. Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Kali ni Irfan cuba berpuasa penuh, ok?" Begitu makcik Katijah memujuk anaknya untuk mula berpuasa.
"Mak, Irfan tahu puasa tu wajib. Tapi, hati Irfan ni belum ikhlas lagi. Bila ikhlas nanti baru Irfan berpuasa. Ok tak mak?"
Agak-agak.....cili apa yang makcik Katijah nak guna untuk cilikan mulut Irfan?

Kalau terang-terang tak nak turut perintah Allah, tak payah la beri alasan 'hati belum ikhlas'. Jawapan 'berdiplomasi ini sebenarnya adalah cakaran yang amat tajam pada pemikiran manusia yang bersungguh-sungguh cuba hidup secara Islam. Memang betul, kita TIDAK patut melakukan amalan hanya kerana desakan masyarakat. Kita beramal hanya kerana Allah. namun, Allah tidak menetapkan ikhlas sebagai pra-syarat untuk beramal kepadaNya. ingat tak syarat-syarat wajib puasa? Ada 'iklhas' dalam senarai syarat2 wajib puasa? Syarat2 wajib haji? Pergi haji hari tu, dah tertonggok ikhlas dalam hati?

Kalau masih lagi nak berlengah-lengah dalam menunaikan kewajipan, dan masih lagi bersuka-suka melanggar larangan, jawab saja: iman saya masih lemah.

Tuesday, August 11, 2009

Mandi Bunga - 2

Ada yang berusaha cari jodoh dengan mandi bunga. Agaknya, khasiat bunga2 tu dapat menambahkan kekuatan pheromone. Mungkin juga kesan bunga2 tu berbeza mengikut jenis bungan yang digunakan. Maka, kalau mandi bunga......

.....kantan, dapat tokeh laksa
.....kelapa, dapat tokeh santan
.....raya, dapat orang patriotik
.....jambu, dapat yang comel lote
.....jagung, dapat yang rambut panjang/banyak bulu
.....manggis, dapat yang manis dan bersih hati
.....keledek, dapat yang rajin (diam-diam ubi)
.....kacang panjang, dapat yang kurus kering

Kesimpulannya, sesuaikan daya tarikan dengan orang yang ingin ditarik.

SMART Ramadhan

Bulan beralih bulan, Ramadhan menyusul lagi. Tibalah sekali lagi peluang untuk memperoleh taqwa, seperti yang terkandung dalam ayat 183 surah al-Baqarah. Bolehlah dikatakan taqwa merupakan satu target yang perlu dicapai sepanjang melalui Ramadhan. Mengikut literature psikologi, target boleh dicapai dengan berkesan jika memenuhi beberapa syarat.

Untuk mempersediakan diri dan menyambut Ramadhan yang mulia, eloklah kita memperincikan target untuk diri sendiri. Satu kaedah yang boleh diguna terangkum dalam SMART.

Specific - senaraikan matlamat yang jelas dan khusus bergantung kepada kemampuan diri sendiri dan pencapaian yang lepas. Eloklah diambil nasihat untuk memperbaiki amalan dari tahun ke tahun, bulan ke bulan, hari ke hari. Tak cukup dengan meletakkan "nak jadi lebih baik". Perlu diperincikan "baik" itu dengan menyenaraikan aktiviti seperti membaca, solat, sedekah, dan lain-lain.

Measureable - Memanglah taqwa tidak dapat diukur dengan pembaris ataupun dacing. Yang boleh diukur adalah amalan zahir. Jika tahun lepas dapat "membaca 200 muka surat tafsir al-Quran", tahun ni bolehlah letakkan matlamat "membaca 400 muka surat tafsir al-quran". Jadi, mudah untuk mengukur sejauhmana matlamat ini tercapai.

Attainable - berbalik kepada point 'mengukur baju di badan sendiri', perlulah membuat hisab pencapaian sebelum ini. Kalau tahun lepas dapat solat tarawih 8 rakaat untuk 15 hari je, tak perlulah terlalu ambitious untuk tunaikan 20 rakaat tarawih sepanjang bulan. Takut tak tercapai, matlamat mudah terbarai, semangat cepat berkecai.

Relevant - matlamat yang tak berkaitan dengan taqwa, tak perlulah disenaraikan. "Menyertai perhimpunan membantah ISA" kurang berkaitan dengan amalan Ramadhan. "Berbuka puasa di lima hotel berlainan" pun tidak banyak menyumbang secara langsung kepada peningkatan taqwa.

Time-bound - kita ada tempoh sebulan je untuk mencapai matlamat ni. Pastikan matlamat2 tu boleh dilaksanakan dalam tempoh sebulan. Jangan melalut dengan membuat perancangan 1000 bulan, walaupun laylat-ulqadar memang jadi impian.

Selamat beramal. Moga makin bertambah taqwa, makin dekat denganNya.

Peningkatan dari segi kuantiti diharap dapat menzahirkan peningkatan kualiti taqwa.


Thursday, August 06, 2009

a ray of sunshine

Alhamdulillah. I received a ray of sunshine in an otherwise semi-gloomy days during the past week. My MS Outlook opened up and reveal the following:

Dear Harris

Anniversary Conference 13-15 April 2010

On behalf of the selection committee, who carried out the blind reviewing of your submission, I am pleased to inform you that your proposed Paper, W0428 has been accepted for presentation at the above Conference.

YEAYYYYYYY