Wednesday, March 16, 2011

Sengaja Londeh

Sengaja Londeh

Ada lebih dari berpada
untuk lindung mana yang patut
bukan tak cukup bidang
tapi tak cukup tutup

Dari jauh tubuhnya
boleh nampak hitam putih
kerana sarungnya londeh

Kain beratkah
ditarik graviti
atau digayut seni

Tiada isu tak cukup
ada menunjuk-nunjuk
sengaja melondeh-londeh
malu sudah terlucut

Monday, March 14, 2011

Lagi bahasa suratkhabar

Sila baca petikan berikut:

FILEM Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) merupakan filem tempatan yang paling mahal kos penerbitannya iaitu mencecah RM8 juta dan ketiga termahal selepas Puteri Gunung Ledang(RM20 juta) dan Hanyut (RM11 juta). (Utusan Malaysia Online, 4 Mac 2011)


Soalan.

1) Apakah filem tempatan yang paling mahal kos penerbitannya?

A) Hikayat Merong Mahawangsa
B) Puteri Gunung Ledang
C) Hanyut
D) Hikayat Utusan Malaysia

2) Antara berikut, manakah kenyataan yang BENAR?

A) RM8 juta lebih banyak daripada RM20 juta.
B) Puteri Gunung Ledang pernah Hanyut dalam Hikayat Merong Mahawangsa.
C) HMM dianggap mahal kerana diarah oleh Yusry KRU.
D) Saya tidak faham petikan yang diberikan.

Thursday, March 10, 2011

akhirnya




Yang ni ditubuhkan pada 1949






Yang ni pulak pada tahun Malaysia merdeka.






Orang ergonomik Singapura mula berpersatuan pada 1986.









Di Indonesia, pada 1988.









Orang Thailand pulak pada 2001.

Pada tahun 2011 barulah tertubuh dengan rasminya sebuah persatuan ergonomik di Malaysia. Namanya Human Factors &Ergonomics Society Malaysia (HFEM).

Logonya?
Siapa nak beri sumbangan?

Wednesday, March 09, 2011

e-filing

Dah masuk kali ke-4 rasanya gunakan e-filing untuk menaksir cukai pendapatan. Makin lama, rasa makin mudah dan selesa guna e-filing.

Kepada yang menghadapi masalah bayar saman di hujung deadline, jadikahlah ia motivasi untuk buat e-filing sebelum deadline. Macam bayar zakat fitrah jugak.....biasa-biasakanlah bayar di awal Ramadhan.... bukannya di pagi raya baru terkecoh-kecoh nak bayar. Dah makin mudah nak berzakat. Shopping yang dah jadi 'rukun' raya bagi sesetengah orang boleh je dibuat sebelum Syawal. Sementara shopping tu, carilah amil untuk bayar zakat.

Tunaikan tanggungjawab sebelum dipotong oleh pedang masa.