Friday, February 28, 2014

International Postgraduate Research Colloquium

Iklan untuk IPRC. Lai ...lai.... jom join ramai-ramai.


Call for paper: 11th IPRC 2014 is still open for submission of abstract. Calling postgraduate students and their supervisor from Malaysia and all over the world to join us for a gathering in a conducive environment to present your research works and ideas. Deadline for abstract submission is 30th March 2013. For more information, please visit the website: https://sites.google.com/site/iprc2014/


Boleh tulis pasal macam-macam topik. Nak tulis pasal psikologi perkembangan kanak-kanak boleh. Nak tulis pasal psikologi perkembangan orang dewasa pun boleh. Nak tulis pasal makanan sebagai faktor pengembangan pinggan orang dewasa pun boleh. Apa-apa yang berkaitan dengan psikologi, pendidikan, pelancongan dan hospitaliti, silakan hantar abstrak.


papan kekunci

Agaknya, Doraemon ada papan kekunci ajaib tak? Teringin rasanya nak memiliki papan kekunci yang ada kekunci istimewa untuk bantu buat kerja.

kunci Esc: untuk melepaskan diri dari meeting yang boring.
kunci Ctrl: untuk mengawal tahap kemarahan bila ada orang yang menyusahkan kerja anda.
kunci Insert: untuk memasukkan makanan dan minuman ke dalam badan anda ketika sedang sangat sibuk dan sangat lapar.
kunci F1: untuk memecut dan mencilok dengan selamat waktu nak balik kampung
kunci Home: untuk menghantar anda balik ke rumah secara teleportation.


(updated post)

Thursday, February 27, 2014

Statistics anxiety and psychology students

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Satu KPI tahun ni dah tercapai. Penat lelah bekerja tahun lepas (iyea la tu... macam la berpeluh bergantang-gantang, kan?) dibalas dengan penerbitan artikel kat jurnal pada awal tahun ni. Yeay. Boleh buat kerja menulis lagi untuk capai KPI tahun depan pulak.

Bukan senang nak menulis untuk journal. Tempoh dari mula menulis hingga ke terbitnya artikel tu agak lama. In some cases, bertahun. Sebab nak siapkan manuskrip tu satu hal. Nak revise manuskrip mengikut feedback dari reviewers satu lagi hal. Ada yang bertambah uban sebab nak siapkan satu artikel.

So, memang Alhamdulillah banyak kali sebab satu artikel dapat diterbitkan tahun ni. Paper ni dah dibentangkan kat IPRC pada tahun 2013. Kemudian, modify bagi cantik lagi, then dihantar ke editor jurnal. Seronok jugak buat paper ni, sebab kajiannya berdasarkan kelas yang diajar. Selain apa yang ditulis dalam artikel ni, ada banyak lagi contoh tingkahlaku students yang 'takut' statistik.

InsyaAllah, akan ada satu lagi artikel dengan topik yang sama. Abstrak paper tu dah diterima untuk pembentangan di Asian Conference of Psychology di Osaka (27 Mac - sebulan lagi! huhuh...tak sabar nak fly ke Jepun). Paper penuhnya sudah siap, cuma rasa nak polish lagi supaya lebih mantap. InsyaAllah paper tu akan masuk conference proceedings. Untuk rezeki lebih, minta-minta paper tu terpilih untuk dimasukkan dalam jurnal oleh pihak penganjur.

Setelah berpenat-lelah, kita serahkan keputusannya kepada Allah swt. Perkenankanlah, Ya Allah.


Testimoni Vivix

Penangan Vivix memanglah hebat
duit diguna tersangat berbaloi
sesudu sehari dah cukup sukat
badan tak lesu mudanya amboi

Ada yang nak beli pantun ni? Silakan. Pantun ni dibuat berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang  lain. Memang tipu la kalau pada mulanya terasa 'berat' nak berpisah dengan duit untuk beli Vivix. Tapi, bila dah rasa sendiri kehebatannya, tak sabar-sabar nak beli baru bila dah habiskan sebotol. 


Kat bawah ni ada kisah2 dan pengalaman orang yang dah mencuba Vivix. Pengalaman ni diambil dari group pengguna Shaklee. 


Testimoni 1

 Abah dikesan kencing manis pada awal tahun 2013 hari tu, dengan kadar bacaan yang agak tinggi, 17 atau 18 mcm tu. kemudian bacaan xpernah turun2. bermacam jenis ubat dan supplement cuba, tapi bacaan makin teruk sehingga tidak dapat dibaca, dalam masa yang sama, berat badan turun mendadak sehingga seluar saiz 42 pada asalnya tinggal saiz 34, bayangkan memang turun byk sangat. makan tak lalu, sentiasa letih dan penglihatan menjadi kembang, hingga terpaksa buat cermin mata baru, dan abah dh tak berani nak bawak kereta jauh2 waktu malam..sepanjang bulan puasa hari tu memang kami adik beradik semua susah hati tgk keadaan abah, kalau hari xkerja memang abah melepek saja xlarat, bibir pecah, makan xlalu. kemudian bulan lepas saya berikan VIVIX untuk abah cuba, saya cuma suruh abah ambil sekali satu sudu teh setiap kali sebelum tidur, konsisten hampir 2minggu, alhamdulillah. Hari ni abah p klinik untuk check bacaan dan keputusan bacaan 5.4, alhamdulillah normal.. bersyukur sgt2 Allah makbulkan doa kami semua untuk melihat abah sihat macam dulu..sekarang ni abah dh berselera makan, kerja pun dh xletih macam sebelum ni, abah kerja 3 shift, pagi, petang dan malam. memang abah rasa bertenaga sangat sekarang, muka pun dh nampak merah, penglihatan pun dah semakin ok..alhamdulillah

Testimoni 2
 Hampir nk habiskan satu botol vivix sy gunakan. itu pun share dengan suami.Kulit sebelum ni nampak kusam dan tona kulit tak sekata. After ambil vivix kulit nampak lebih bersih. Alhamdulillah dengan izinNya sy serasi dengan vivix.

Testimoni 3
Tak sampai sebulan penggunaan Vivix Shaklee , cume seari 1sudu teh setiap pagi.. kesihatan atok saya semakin baik.. untuk pengetahuan semua.. atok saya ada sakit tua,,jadi badan lemah, sakit-sakit dll lepas minum Vivix Shaklee, atok cakap dia rasa badan bertenaga sangat. emak saya sendiri cakap badan ngan muka atok da nampak merah..tak pucat macam selalu...

Testimoni 4
Salam.. nak share pengalaman ibu mertua sy... mggu lepas hubby sy ade hadiahkan vivix untuk ibu mertua sy. ibu mertua sy ni ada kencing manis, darah tinggi, sakit lutut n asma. So ibu mertua sy start mkn vivix ari ahad. Ari kamis mlm dia ade g kenduri dan mkn segala makanan yg manis2 kt situ. esk pg dia test gula dan dia TERKEJUT!!! coz gula dia xnaik cuma 6.2 klw sebelum ni dia xbleh langsung mkn benda manis esk pasti gula dia tinggi... pagi sabtu terus dia call kami cerita pasal kesihatan dia.. sy n hubby gembira n syukur sgt bila dgr berita atas perubahan yg mendadak tu. Alhamdulillah

Testimoni 5 

Mmmm...segan dan agak malu bila ibu kita seorang perokok tegar kan...mak saya memang perokok tegar dari usia belasan tahun lagi...bukannya rokok daun..tapi rokok Dunhill... Dulu memang rasa segan dengan kawan2...dengan keluarga bakal suami..tapi tu la...bila kita nasihat...orang tua ni bukannya nak dengar...keraplah mak sakit perut yang teruk,mungkin sebab organ dalaman dia dah x berapa elok kot sebab sekarang umo dia dah 63tahun...tapi alhamdulillah...awal minggu lepas saya poskan VIVIX kat mak saya...tup tup mak call saya..jeng..jeng..jeng...dia kata ubat apa yang saya bagi dia minum tu??? saya tanya kenapa? Dia kata rokok terasa PAHIT MACAM HEMPEDU!!.dia langsung xleh hisap rokok tu....saya kata itula ubat yang saya cari selama ni untuk dia...alhamdulillah...dah seminggu dia x beli dan x sentuh langsung rokok...dia cakap selera makan dia pun makin bertambah...ramai dah yang tegur cakap dia nampak berisi..alhamdulillah,syukur pada allah..akhirnya saya jumpa supplement yang betul2 sesuai untuk ibu saya...xpela kuar duit banyak sikit pu..IBU KITA SEORANG JE...selagi dia masih ada memang nak tengok dia sihat...


So...dah nampak tak kehebatan Vivix? meh la beli Vivix (tak payah beli pantun). Hantar mesej 'Nak vivix sebotol' kat 0132408451

Tips berhenti bermain Farmville


Whoaa....cuba tengok berapa banyak coins dalam akaun Farmville: 4.9 juta. Whoaaa.... boleh beli banglo Taman TAR dan ada balance lagi (boleh wat beli Mazda CX5). Itulah hasil bermain Farmville beberapa tahun. Ini pun sebenarnya 'ladang' yang kedua setelah menginggalkan Farmville 1. Hasil berladang di Farmville 2 ni memang lumayan. Mewah sekali angan-angannya.

Masa buat PhD dulu, Farmville jadi teman untuk menghilangkan bosan waktu menulis tesis. Walaupun, perlu diakui, kekadang tu menulis jadi teman untuk menghilangkan bosan waktu bermain Farmville. Nampak tak elemen hasutan syaitan kat situ? Penat lah nak membetulkan cognitive dissonance (akal cakap lain, tangan buat benda lain) bila dah involved dengan Farmville ni.

Bila dah selesai PhD, masih nak main Farmville. Inilah yang dinamakan continuance of committment - rasa sayang nak tinggalkan ladang yang dah diusahakan dengan beribu-ribu clicks. Orang lain mungkin tafsirkan sebagai 'ketagih'. Mana-mana la tu. Apapun, aku sudah berjaya menakluki continuance/ketagihan tu. Alhamdulillah. Sejak awal tahun 2014, aku dah tak main Farmville dah. Rasanya, dah cukup 'hikmat' dan 'faedah' Farmville yang dituai sepanjang tempoh bermain. Hikmah dan faedah yang menyedapkan hati tu tak lagi terasa sedap. Apatah lagi ada benda lain yang lebih sedap. Kalau di Farmville kita kena ramai neighbours utk lebih untung, ada bisnes yg boleh dimajukan melalui konsep yang sama di Facebook. Alang-alang berFacebook, biar masuk duit ke akaun bank. Bukan setakat display kat page Farmville je.

Moral of the story, Farmville ni fantasy. Memang seronok mainnya. Tak dinafikan. Kadang-kala menjadi sebagai tempat menyorok dari masalah yang datang melanda (escapism). Susah sangat nak naik pangkat di dunia kerja, berusaha pulak nak naik pangkat di Farmville. Senang je nak naik level. Pada peringkat awal, dalam sehari boleh dua tiga kali naik level. Di level yang lebih tinggi pun, tak de la ambil masa bertahun-tahun nak naik pangkat. Dan kriteria untuk naik pangkat tu memang jelas....tak de berubah sesuka hati pihak pengurusan.

Secara ringkasnya, ini tips untuk yang nak berhenti main Farmvilee.
1) Buat pengakuan Farmville itu menyeronokkan. (jangan tipu diri sendiri dgn mengatakan FV tak best)
2) Senaraikan sebab-sebab/matlamat bermain FV. lagi jelas sebab2nya, lagi senang nak dihujahkan.
3) Cari aktiviti lain yang boleh mencapai matlamat yang dinyatakan dalam point 2 di atas.
4) Akui bahawa korang menghabiskan sekian banyak jam main FV dan pilih untuk buat aktiviti yang produktif dengan masa tersebut.
5) Tulis kat blog atau FB korang tentang niat nak meninggalkan FV atau kejayaan berhenti bermain.

Ok la. Nak fokus pada proses naik pangkat di dunia nyata pulak. Dah ada cukup duit nanti, nak bukak ladang yang real punya. Nak namakan ladang tu Harrisville. Boleh kan?



Kisah pelajar statistik

Ya Allah. What is happening to the students? Benda yang senang pun jadi susah.

Yang berikut ni adalah kisah benar yang diolah semula sesedap rasa. Alkisah ada seorang student yang datang ke pejabat untuk bertanya soalan statistik. Dia dah buat dua soalan, tapi dia tak faham pasal apa jawan yang dia dapat tak sama dengan jawapan yang diberi dalam buku. Memang jawapan dia berbeza. Yang satu tu berbeza sikit, yang satu lagi tu berbeza banyak.

Bila ditengok jawapan yang dia tulis, dah dapat kesan kesalahan dalam pengiraannya. 1.5 kuasa dua ditulisnya sebagai 2.5. Tak tau la macam mana dia buat silap kira tu. Rasanya dia pakai calculator. Boleh salah jugak. So, suruh dia guna calculator cap Canon yang simple ni - bukan scientific calculator cap Casio yang banyak butang dan tulisan tu. Simple je dik oii.

Apparently, calculator Canon tu tidak simple mimple bagi student ni. Bila disuruh jumlahkan lima angka, dia komplen, "How do I do this? I don't know how to do it. This calculator is confusing". Mula-mula rasa terperanjat, 'apa yang dia tak faham ni? tak faham arahan yang aku beri ke?'

Bila ditanya semula, baru jelas dia tak tau macam mana nak campurkan angka guna kalkulator tu. BOleh pulak dia tanya, "is it this key?" sambil merujuk kepada butang yang ada simbol %+-. Rasa nak tepuk dahi dia je. Nasib baik dia perempuan. Batal air sembahyang kalau tepuk dahi dia.

Bila dah faham apa masalahnya, suruh dia cari butang yang paling besar. Itu pun dia tergagau-gagau nak cari. dua tiga kali beri arahan, "the BIGGEST button!" Dia macam dah nak give up dan nak guna smartphone dia yang besau tu. Insist jugak suruh dia cari butang yang paling besar kat kalkulator tu. Akhirnya, setelah beberapa saat yang mencabar kesabaran berlalu, dia jumpa jugak.

"Owh...!"

Berat betul masalah pelajar statistik ni. Kesian pun ada. Geram pun ada. Kalau nak guna kalkulator untuk operasi tambah pun dah confused, macam mana nak kira z score, t statistic, ANOVA, dan bahan-bahan advanced yg lain. Inilah agakya manifestasi kerisauan statistik (statistics anxiety). Tahap kerisauan tinggi sangat sampai deria penglihatan pun jadi slow nak tangkap maklumat visual (i.e. kalkulator pun dah tak nampak).





Wednesday, February 19, 2014

Mengajar statistik

Semester ni mengajar statistik untuk dua sections; ada 102 orang students.

Untuk pastikan students buat latihan dan kerja statistik, kali ni ambil approach penggunaan buku latihan. Mula-mula sekali, suruh students tulis matlamat dan sasaran untuk semester ni. Ada yang tulis dengan jelas, ada yang tulis secara umum je.

Dah masuk minggu ketiga, ada bahan2 yang diberi untuk dicatat dalam buku latihan. Students juga sepatutnya buat sendiri soalan latihan di buku teks. Melihatkan jumlah kerja yang dihasilkan, nampak dah taburan markah untuk students ni nanti. Ada yang rajin, dan dah buat banyak latihan. Dijangkakan mereka ni dapat buat soalan2 yang akan diberi dalam kuiz dan exam. InsyaAllah depa boleh skor gred tinggi.

Yang buat ala kadar je tu, kalau nak mengelak dari kena repeat, elok la melipatgandakan usaha. Cakap sampai berbuih mulut pun tak guna kalau diri sendiri tak nak berusaha. Patutnya, tak payah nak check buku latihan depa pun. Dah besar panjang. boleh buat sendiri. Tapi, berdasarkan pengalaman mengajar statistik ni, memang kena pantau closely. Ada yang 'hanyut' kalau tak diberi perhatian. Dan ada yang merelakan dirinya hanyut. Yang 'sedih'nya, semester berikutnya depa akan mudik semula ke hulu, memulakan perjalanan baru, dan hanyut sekali lagi. (bilangan kes macam ni sikit je ... istilah statistik nya, outlier). NOnetheless, one failure is too many for me.

Untuk yang ambil statistik semester ni, buat betul2, ok!

Friday, February 14, 2014

mesin jus buah

http://www.ebay.com.my/itm/OSCAR-NEO-VitalMax-1000-Juicer-Slow-Cold-Press-BURGUNDY-/261275223411?pt=AU_SmallKitchenAppliances&hash=item3cd5378573&_uhb=1

Perghh..... meleleh. Sungguh sexy mesin ni, tambah pulak warna merah. Confirm meleleh.

Sekali tengok macam mesin drill. Tapi inilah slow juicer. Korang mesti biasa dengan juicer yang bunyi macam blender kan? Yang tu kategori fast juicer. Satu keburukannya ialah jus buah2an akan hilang khasiat menerusi proses oxidation (sengn cerita...'berkarat') sebab pemotongan dan kelajuan yang dikenakan terhadap buah. Hilang segalam vitaminnya ...berterabur sana sini sebab kena putar laju sangat. Macam rugi je beli buah dan sayur mahal2....lepas tu buang khasiat yang badan perlukan.

Untuk kekalkan vitamin dan khasiat lain dalam jus buah2an, elok guna slow juicer. Kalau rasa tangan tu kuat, boleh perah sendiri je. (dah pernah try perah jus lobak merah?). Kalau tak de Popeye kat rumah, kita beli la juicer ni. Serius...bila tengok gambar juicer ni, rasa macam terus nak beli. Tambahan pulak dulu pernah tengok live demo slow juicer kat KL Convention Centre masa Baby Expo.

Terkagum tengok hampas yang dihasilkan. Bukan kagum dengan kehampasannya....tapi dengan kekeringannya. Sah la banyak jus yang dah diperah dan boleh diminum. Kalau korang guna fast juicer, mesti hampas tu basah lagi kan? Rasa macam boleh perah lagi. Rugi la. Sebatang carrot boleh produce lebih banyak juice kalau guna slow juicer ni.

Lagi satu, buih2 pun tak banyak. Kalau buat juice epal guna mesin kat rumah tu, mesti penuh buih tebal kat dalam gelas. Yang suka minum buih ok la. Tapi kekadang rasa geli nak telan buih tu. Kalau cappucino lain la.. buih susu. Buih buah2an ni boleh buat orang rasa turned off daripada minum jus buah yang segar.

So...kesimpulannya, ini dah jadi matlamat baru untuk tahun ni: Pada tahun ni saya memiliki sebuah slow juicer dan menggunakannya setiap hari bila berada di rumah. Yihhaaa.

Thursday, February 13, 2014

Pantau bahasa



Bengkel kereta di Wangsa Melawati ni boleh diberi tabik. Bukan sebab kecemerlangan servis kereta. Tuan blog tak pernah hantar kereta ke sini pun. Dan tak tau sapa-sapa yang pernah hantar kereta di sini. Tuan bengkel pun tak diketahui sapa. 

Jadi, apa yang istimewanya bengkel ni? Meh zoom in pada iklannya.















Lepas ni tak boleh guna istilah 'balancing' dan 'alignment' dengan alasan tak tahu istilahnya dalam bahasa Melayu. Orang bengkel ni dah ajar dah. Dia letak istilah Melayu di atas bahasa Inggeris. Bukan sekadar hormat, malah dapat mengajar. Tabik la! Tahniah kepada Bengkel HKS..

Lepas ni, bila korang pergi bengkel, cakap kat taukeh bengkel yang korang nak buat pengimbangan atau penjajaran. Kalau dia tak faham, suruh dia belajar dari taukeh HKS.

Tuesday, February 11, 2014

Makanan kesihatan kucing

Ada kawan-kawan dan sedara mara yang suka bela kucing. Bukan takat kucing kampung, tapi kucing bandar, kucing hutan, dan kucing dari ceruk mana ntah. Macam-macam rupa kucing ada. Yang bulu lebat, bulu tebal (err..bukan sama ke tebal dengan lebat?), bertompok, berbelang. Yang nampak macam harimau pun ada.

Awok pun suka jugak dengan kucing. Tapi tak suka dengan bau yang ditinggalkan. Rumah pun saiz beberapa kangkang kucing je...tak sesuai untuk kebajikan kucing-kucing itu dan juga kebajikan hidung manusia. Semalam gi kedai haiwan peliharaan sepupu belah wife: Raniaz Pet. Kat facebook pun ada kedai dia ni. Kagum tengok macam-macam kucing yang ada kat kedai dia. Dan ada macam2 makanan untuk kucing. Yang kering, yang berbiji, yang basah, yang serbuk. Kalau pergi kat kedai ni, memang ada makanan untuk kesihatan dan kelaparan kucing kome.

Yang paling best ialah ada vitamin utk kucing. Huhuhu.... kucing pun makan vitamin. Kalau tengok gambar kat atas ni, ada produk 'vitamin and minerals'. Setahu awok, vitamin = 'vitalised mineral'. Jadi, mineral tambahan dalam produk tu agaknya non-vitalised mineral. Apapun, cer tengok harga vitamin tu. Bukan RM3.90 ya. Sila darab dengan 10. Berbaloi la dengan harga kucing yang beratus-ratus dan beribu-ribu tu. Dan kalau sanggup belanja banyak tu untuk kucing-kucing, apalah salahnya belanja yang lebih kurang sama untuk diri sendiri. Diri kita ni jauh lebih mahal dari kucing. Kucing hilang boleh diganti. Kalau jantung rosak, mana nak cari spare part? Jadi, belailah diri sendiri dengan makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan. Jaga badan elok-elok.

Kalau nak senarai makanan yang bagus untuk diri sendiri yang brand Shaklee, awok boleh tolong kaborkan.

Saturday, February 08, 2014

Pengalaman mengajar psikologi

Student: I want to major in Psychology
Me: Why?
Student: Because I like psychology
Me: Why is your Introduction to Psychology grade worse than other introductory courses?
Student: ..........


The above dialog is unfortunately quite common. Being the Head of Department, I've came across students wanting to major in psychology even though their academic performance is below the expected standards. And, unfortunately, the students are not able to offer convincing answers when asked about what made them want to major in psychology.

These cases lead me into making these conclusions. (1) Liking does not directly translates into performance. We may say we like or love or even passionate about something. But, somehow, our emotional energy are not transferred into physical energy in the form of actions. Clearly, emotions and actions are two separate things. While we love exercising, we may not actually spend 30 minutes everyday to break sweats.
Students have to be aware that their liking of psychology may not be enough to ensure that they will graduate with a psychology degree. They need to find other sources of motivation to do well. As a teacher of statistics, I know some students struggled with the course; and the course is compulsory for all psychology majors. 'Liking' alone will not help you to get through statistics. In fact, I believe students who managed to get into psychology program developed quite the opposite emotion once they are in the program.

"I did not realize that I have to do statistics!"
 "I thought I don't have to study the brain, cells, and chemistry"
"This is much more work than I expected!"


(2) Find another reason to support your request to major in psychology. This is important for students to sustain their academic performance. The same can be said for doing business. You may feel extremely motivated when learning about a business and the successful people, but your spirit waned when you face problems and hardships. This is why I find it difficult to allow students to join the psychology program when they don't seem to have a solid reason for doing so. And this bring us to the third conclusion.


(3) We are prone to do something without a clearly defined purpose and goals.

A: Lets go to Pulau Pinang this weekend.
B: Why?
A: No reason. Saja-saja.

Ok...I understand this kind of non-reasoning if you're a care-free teenagers without much responsibilities and lots of money to burn. If you're a fully grown adult, you have to appreciate the importance of having niyyah (intention) for doing things. Otherwise, you'd not be able to claim the benefits of the actions. Performing ruku' and sujud does not results in hasanah if you don't perform the rukun niat first.

To avoid the trap of a goal-less (or intention-less) actions, we have to force ourselves to make explicit goal statements. I've forced my students to do it for this semesters. And some of them made a good list of goals. May Allah help them to achieve their goals.















Friday, February 07, 2014

Cuaca sejuk Kuala Krai

Sejuk bebenor ya? Katanya suhu sampai awal 20an celcius kat sana. Kat Tumpat pun sejuk tahap 21 darjah celcius pada waktu pagi. Memang mencabar bagi budak2 darjah 1 untuk ke sekolah. Untuk mak bapak pun mencabar jugak sebab terpaksa melawan kesejukan ekstra masa bangun pagi.

Mengikut ramalan ahli kaji cuaca merangkap bidan kampung, kadar kelahiran bayi pada hujung tahun ni dijangka meningkat mendadak di Kuala Krai dan kawasan-kawasan yang sama sejuk dengannya. Tak tau la apa kaitan cuaca sejuk dengan kelahiran bayi, kan....kan?

Bagi yang memang nak menambah anak, atau pun yang sedang menunggu kelahiran anak baru, Shaklee dah bermurah hati nak bantu korang deliver baby yang sihat, dan juga bantu korang sendiri rasa lebih sihat dan cergas sepanjang kehamilan. Ada tiga set yang boleh dicadangkan mengikut usia kandungan. Ketiga-tiganya ada Vita-lea...multivitamin yang 'macam-macam ada'. Multivitamin ni ada zat besi jugak. Biasa la...waktu pregnant ni kena produce banyak darah. Zat besi tu boleh bantu banyakkan sel darah merah. Tak de la kena makan hati atau kerang banyak2. Lain la kalau korang memang suka lahap hati dan kerang, kan?

Wife tuan blog, masa dia pregnant dulu pernah mengalami cramp. Doktor kata itu sebab kurang calcium. Janin serap banyak kalsium dari badan mak dia. Besar tu la pengorbanan seorang perempuan yang mengandung, kan? Kalsium dalam badan pun beri kat baby.  

Kalau rasa nak lebih konfiden, sila bawak botol vitamin Shaklee ni jumpa doktor masa check up. Most likely, doktor tak akan larang makan vitamin dan supplement ni. Poket masing2 pun mungkin tak melarang, sebab produk Shaklee ni murah je (berbaloi dengan kualitinya). Gaun girl kat Parkson jauhhhhhhh lebih mahal dari harag vitamin ni. So, jom beli dan makan vitamin. Mudah2an dapat girl atau boy yang sihat. 



Thursday, February 06, 2014

Pagi di Kuala Lumpur


Pagi ni buat tugas supir ke KLCC pulak. Area kat KL ni antara yang terasa damai. Tengah2 KL, tapi tak terlalu sesak. Dan ada beberapa batang jalan yang memang terasa sunyi. Yang tak sunyi adalah projek pembinaan yang masih berterusan.

Kat belah kiri tu, Troika yang dah siap. Masa dalam pembinaan dulu, nampak macam gah. Kagum dengan skala pembinaan, dan skala harganya. Juta-juta masa tu.   Sekarang ni dah berlambak rumah yang harga berjuta-juta kat area KLCC. So, dah kurang sikit faktor 'wow' nya.

Dan dulu nampak gah sebab dia je sebatang kat situ. Sekarang ni kena tengok betul2 baru nampak jelas. Dah banyak enau yang melepaskan pucuk masing2 di area KLCC. Yang kat kanan dia tu masih dalam pembinaan. Tak tau la apa nama bangunannya. Nampak macam kepala transformer je puncaknya. Tak jauh dari situ, Hotel Four Seasons pun dalam proses nak dinaikkan. Sebelah kanan kereta ni, beberapa menara binaan company Naza pun sedang meriah dengan buruh binaan. Makin hingarlah skyline KL dengan bangunan tinggi.

Angan-angan nak duduk di Troika belum tercapai. Tinggi sangat angan-angan. Hahaha