Friday, February 14, 2014

mesin jus buah

http://www.ebay.com.my/itm/OSCAR-NEO-VitalMax-1000-Juicer-Slow-Cold-Press-BURGUNDY-/261275223411?pt=AU_SmallKitchenAppliances&hash=item3cd5378573&_uhb=1

Perghh..... meleleh. Sungguh sexy mesin ni, tambah pulak warna merah. Confirm meleleh.

Sekali tengok macam mesin drill. Tapi inilah slow juicer. Korang mesti biasa dengan juicer yang bunyi macam blender kan? Yang tu kategori fast juicer. Satu keburukannya ialah jus buah2an akan hilang khasiat menerusi proses oxidation (sengn cerita...'berkarat') sebab pemotongan dan kelajuan yang dikenakan terhadap buah. Hilang segalam vitaminnya ...berterabur sana sini sebab kena putar laju sangat. Macam rugi je beli buah dan sayur mahal2....lepas tu buang khasiat yang badan perlukan.

Untuk kekalkan vitamin dan khasiat lain dalam jus buah2an, elok guna slow juicer. Kalau rasa tangan tu kuat, boleh perah sendiri je. (dah pernah try perah jus lobak merah?). Kalau tak de Popeye kat rumah, kita beli la juicer ni. Serius...bila tengok gambar juicer ni, rasa macam terus nak beli. Tambahan pulak dulu pernah tengok live demo slow juicer kat KL Convention Centre masa Baby Expo.

Terkagum tengok hampas yang dihasilkan. Bukan kagum dengan kehampasannya....tapi dengan kekeringannya. Sah la banyak jus yang dah diperah dan boleh diminum. Kalau korang guna fast juicer, mesti hampas tu basah lagi kan? Rasa macam boleh perah lagi. Rugi la. Sebatang carrot boleh produce lebih banyak juice kalau guna slow juicer ni.

Lagi satu, buih2 pun tak banyak. Kalau buat juice epal guna mesin kat rumah tu, mesti penuh buih tebal kat dalam gelas. Yang suka minum buih ok la. Tapi kekadang rasa geli nak telan buih tu. Kalau cappucino lain la.. buih susu. Buih buah2an ni boleh buat orang rasa turned off daripada minum jus buah yang segar.

So...kesimpulannya, ini dah jadi matlamat baru untuk tahun ni: Pada tahun ni saya memiliki sebuah slow juicer dan menggunakannya setiap hari bila berada di rumah. Yihhaaa.

No comments: