Thursday, February 06, 2014

Pagi di Kuala Lumpur


Pagi ni buat tugas supir ke KLCC pulak. Area kat KL ni antara yang terasa damai. Tengah2 KL, tapi tak terlalu sesak. Dan ada beberapa batang jalan yang memang terasa sunyi. Yang tak sunyi adalah projek pembinaan yang masih berterusan.

Kat belah kiri tu, Troika yang dah siap. Masa dalam pembinaan dulu, nampak macam gah. Kagum dengan skala pembinaan, dan skala harganya. Juta-juta masa tu.   Sekarang ni dah berlambak rumah yang harga berjuta-juta kat area KLCC. So, dah kurang sikit faktor 'wow' nya.

Dan dulu nampak gah sebab dia je sebatang kat situ. Sekarang ni kena tengok betul2 baru nampak jelas. Dah banyak enau yang melepaskan pucuk masing2 di area KLCC. Yang kat kanan dia tu masih dalam pembinaan. Tak tau la apa nama bangunannya. Nampak macam kepala transformer je puncaknya. Tak jauh dari situ, Hotel Four Seasons pun dalam proses nak dinaikkan. Sebelah kanan kereta ni, beberapa menara binaan company Naza pun sedang meriah dengan buruh binaan. Makin hingarlah skyline KL dengan bangunan tinggi.

Angan-angan nak duduk di Troika belum tercapai. Tinggi sangat angan-angan. Hahaha

No comments: