Thursday, February 27, 2014

Kisah pelajar statistik

Ya Allah. What is happening to the students? Benda yang senang pun jadi susah.

Yang berikut ni adalah kisah benar yang diolah semula sesedap rasa. Alkisah ada seorang student yang datang ke pejabat untuk bertanya soalan statistik. Dia dah buat dua soalan, tapi dia tak faham pasal apa jawan yang dia dapat tak sama dengan jawapan yang diberi dalam buku. Memang jawapan dia berbeza. Yang satu tu berbeza sikit, yang satu lagi tu berbeza banyak.

Bila ditengok jawapan yang dia tulis, dah dapat kesan kesalahan dalam pengiraannya. 1.5 kuasa dua ditulisnya sebagai 2.5. Tak tau la macam mana dia buat silap kira tu. Rasanya dia pakai calculator. Boleh salah jugak. So, suruh dia guna calculator cap Canon yang simple ni - bukan scientific calculator cap Casio yang banyak butang dan tulisan tu. Simple je dik oii.

Apparently, calculator Canon tu tidak simple mimple bagi student ni. Bila disuruh jumlahkan lima angka, dia komplen, "How do I do this? I don't know how to do it. This calculator is confusing". Mula-mula rasa terperanjat, 'apa yang dia tak faham ni? tak faham arahan yang aku beri ke?'

Bila ditanya semula, baru jelas dia tak tau macam mana nak campurkan angka guna kalkulator tu. BOleh pulak dia tanya, "is it this key?" sambil merujuk kepada butang yang ada simbol %+-. Rasa nak tepuk dahi dia je. Nasib baik dia perempuan. Batal air sembahyang kalau tepuk dahi dia.

Bila dah faham apa masalahnya, suruh dia cari butang yang paling besar. Itu pun dia tergagau-gagau nak cari. dua tiga kali beri arahan, "the BIGGEST button!" Dia macam dah nak give up dan nak guna smartphone dia yang besau tu. Insist jugak suruh dia cari butang yang paling besar kat kalkulator tu. Akhirnya, setelah beberapa saat yang mencabar kesabaran berlalu, dia jumpa jugak.

"Owh...!"

Berat betul masalah pelajar statistik ni. Kesian pun ada. Geram pun ada. Kalau nak guna kalkulator untuk operasi tambah pun dah confused, macam mana nak kira z score, t statistic, ANOVA, dan bahan-bahan advanced yg lain. Inilah agakya manifestasi kerisauan statistik (statistics anxiety). Tahap kerisauan tinggi sangat sampai deria penglihatan pun jadi slow nak tangkap maklumat visual (i.e. kalkulator pun dah tak nampak).





2 comments:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

Kalau sempoa lagi senang rasanya, hahaha

Harris Shah Abd Hamid said...

sempoa ada label nombor tak? lagi penin. hahah