Thursday, February 27, 2014

Tips berhenti bermain Farmville


Whoaa....cuba tengok berapa banyak coins dalam akaun Farmville: 4.9 juta. Whoaaa.... boleh beli banglo Taman TAR dan ada balance lagi (boleh wat beli Mazda CX5). Itulah hasil bermain Farmville beberapa tahun. Ini pun sebenarnya 'ladang' yang kedua setelah menginggalkan Farmville 1. Hasil berladang di Farmville 2 ni memang lumayan. Mewah sekali angan-angannya.

Masa buat PhD dulu, Farmville jadi teman untuk menghilangkan bosan waktu menulis tesis. Walaupun, perlu diakui, kekadang tu menulis jadi teman untuk menghilangkan bosan waktu bermain Farmville. Nampak tak elemen hasutan syaitan kat situ? Penat lah nak membetulkan cognitive dissonance (akal cakap lain, tangan buat benda lain) bila dah involved dengan Farmville ni.

Bila dah selesai PhD, masih nak main Farmville. Inilah yang dinamakan continuance of committment - rasa sayang nak tinggalkan ladang yang dah diusahakan dengan beribu-ribu clicks. Orang lain mungkin tafsirkan sebagai 'ketagih'. Mana-mana la tu. Apapun, aku sudah berjaya menakluki continuance/ketagihan tu. Alhamdulillah. Sejak awal tahun 2014, aku dah tak main Farmville dah. Rasanya, dah cukup 'hikmat' dan 'faedah' Farmville yang dituai sepanjang tempoh bermain. Hikmah dan faedah yang menyedapkan hati tu tak lagi terasa sedap. Apatah lagi ada benda lain yang lebih sedap. Kalau di Farmville kita kena ramai neighbours utk lebih untung, ada bisnes yg boleh dimajukan melalui konsep yang sama di Facebook. Alang-alang berFacebook, biar masuk duit ke akaun bank. Bukan setakat display kat page Farmville je.

Moral of the story, Farmville ni fantasy. Memang seronok mainnya. Tak dinafikan. Kadang-kala menjadi sebagai tempat menyorok dari masalah yang datang melanda (escapism). Susah sangat nak naik pangkat di dunia kerja, berusaha pulak nak naik pangkat di Farmville. Senang je nak naik level. Pada peringkat awal, dalam sehari boleh dua tiga kali naik level. Di level yang lebih tinggi pun, tak de la ambil masa bertahun-tahun nak naik pangkat. Dan kriteria untuk naik pangkat tu memang jelas....tak de berubah sesuka hati pihak pengurusan.

Secara ringkasnya, ini tips untuk yang nak berhenti main Farmvilee.
1) Buat pengakuan Farmville itu menyeronokkan. (jangan tipu diri sendiri dgn mengatakan FV tak best)
2) Senaraikan sebab-sebab/matlamat bermain FV. lagi jelas sebab2nya, lagi senang nak dihujahkan.
3) Cari aktiviti lain yang boleh mencapai matlamat yang dinyatakan dalam point 2 di atas.
4) Akui bahawa korang menghabiskan sekian banyak jam main FV dan pilih untuk buat aktiviti yang produktif dengan masa tersebut.
5) Tulis kat blog atau FB korang tentang niat nak meninggalkan FV atau kejayaan berhenti bermain.

Ok la. Nak fokus pada proses naik pangkat di dunia nyata pulak. Dah ada cukup duit nanti, nak bukak ladang yang real punya. Nak namakan ladang tu Harrisville. Boleh kan?



No comments: