Wednesday, January 28, 2009

Cari rezeki di UK

Ada juga untungnya belajar. Rezeki orang yang menuntut ilmu tidak terhenti dengan meningkatnya fokus kepada pencarian ilmu. Malahan, mungkin bertambah murah rezeki. Bak kata Ustaz Mazrul, orang yang mencari ilmu di luar negara ibarat menempuh satu perjuangan. Perjuangan yang melibatkan meninggalkan tanah air itu membezakannya daripada orang lain. Sebagai tambahan, dalam Qur'an ada disebut tentang orang yang sanggup berkorban fi sabilillah, meninggalkan kesenangan yang sedia ada. Mudah-mudahan perpindahan sementara ke bumi UK ini diterima sebagai perjuangan fi sabilillah.

Alhamdulillah, rezeki tidak terbantut di bumi UK ini. Ada pintu-pintu rezeki yang terbuka. Bekerja sebagai cleaner tidak pernah terlintas sebelum ini. Di sini pintu rezeki itu terbuka. Di Malaysia, kurang berani menjadi proof-reader professional (yakni berbayar). Di sini, keberanian itu datang. Datang juga keberanian menjual kuih raya. Itu usaha kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. 

Di samping itu, ada juga dapat peluang menjadi pembantu dalam kelas, sebagai 'lab assistant' dan pensyarah jemputan. Kerja-kerja ini lebih lumayan imbuhannya. Tapi, peluang ini jarang2 diperoleh. 

Memanglah, kalau boleh, nak buat kerja yang lebih lumayan hasilnya. Sebagai contoh, teringin nak jadi buat projek consultantcy. Sementara duduk di UK ni, nak tambah pendapatan sebanyak mungkin. Tapi, fokus pada PhD perlu dijaga. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.  

Tuesday, January 27, 2009

Alchemist's Secret

I finished reading Alchemist's Secret (Scott Mariani, 2007, AVON) that I borrowed from the town's library. It is in the same genre as Da Vinci Code (Dan Brown). My impression: another wannabe.

It seems there is a high level of fascination with secrets and conspiracies. Other titles that I've seen included Gaudi's Secret (clues in the La Sagrada Familia?) and Shakespeare's secret. It seems that many of the great European scientists and artists harbour secrets that can change the world. Be it proving that God does not exist, the formula for elixir for life, the Holy Grail, King Solomon's treasure. While the scientists had obvious world-changing contributions, it is their 'secret' contributions that the authors are trying to uncover, or speculate.

A common thing that appear in these kind of books is the Christian Church. More common than not, the Churh is potrayed as the baddie that thwarted scientific, ideologies, and civil progress. All in all, these books are about European civilization with Christianity as the backbone.

What if similar genres, based on Islamic and Malay civilization make it big? Will we see 'The Taming Sari Code'?

Monday, January 26, 2009

Rehat: Bahagian II

Dah masuk waktu asar. Nak rehat dan solat. Tinggal nak tulis satu paragraf tentang 'resilience'. Lepas tu, mungkin nak review sekali lagi sebelum email draf ni kepada penyelia. 

Seperti yang disebut dalam entry yang sebelum ni, nak tulis pasal godaan. Dunia memang banyak menggoda. Lepas solat zuhur tadi, ada godaan baru yang diterima. Sabor je la... kat surau pun kena goda. Dunia, dunia. Yang menggoda tu bukan orang lain, kawan sendiri jugak. Dia cadangkan beli PlayStation. Perrgghh.... tak terlintas itu sebagai penyelesaian kepada masalah yang sedia ada.

Sejak beli tv tahun lepas (December 2008), masih belum merasa tengok DVD. Ada beberapa keping DVD yang telah dibeli menunggu untuk ditonton. TV tak boleh disambung dengan komputer riba. Tak ada kabel penyambungnya. Penyelesaian yang difikirkan ialah membeli DVD player. Jyothi dah sedekah kabel scart. Jadi, kalau beli DVD player, mudah saja nak disambung ke tv. 

Tapi, tetiba je diberi penyelesaian alternatif. Rupa2nya PlayStation pun boleh main DVD filem. Heheh... tak tau la pula. Jahil sikit pasal PlayStation. So, cam ne? Ada 3 penyelesaian: (1) Beli kabel tv-komputer, (2) beli DVD player, atau (3) beli PlayStation. Atau tak perlu buat apa2? Tengok DVD bukannya wajib mahupun sunat, kan?

Dunia, dunia.


Rehat: Bahagian I

"Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja"

Teringat dialog dari Labu Labi. Kesian jugak pada Labu Labi yang berkerja makan gaji di rumah majikan. Alhamdulillah, kerja buat PhD ni jadualnya tak sebegitu ketat. Ada masa sibuk, tapi masih ada masa untuk melayan diri. 

Dari pagi tadi kerja, kerja, kerja. Selesai memegang mop, pegang papan kekunci pulak. Draf artikel untuk jurnal perlu ditokok tambah dan dihantar kepada penyelia menjelang petang. Setakat ini, sudah selesai pembaikan dari 'Introduction' ke 'Methods'. Ada tiga tempat di 'Results and Discussion' dan 'Future Works' yang perlu perhatian. 

Walaupun kerja menulis tak sama berat dengan kerja menuai padi, penatnya tetap terasa. Berhenti kerja untuk solat zuhur tadi memberi sedikit rehat. Kepala yang hampir berasap dapat disejukkan sedikit. Sempat la jugak dapat idea untuk menulis di blog. Di rehat kali kedua nanti, insyaAllah akan menulis pasal godaan.

Friday, January 23, 2009

Ko ingat aku barang Petaling Street?

Masa sakit kepala baru2 ni, teringat kat kawan kat Perak. Dah lebih setahun dia kembali bujang. Hidup sebagai ibu tunggal memang banyak cabaran. Akulah yang kekadang jadi pendengar bila hatinya diguris oleh manusia2 yang tak tahu menjaga adab lisan.

Dia ambil keputusan untuk berpisah bukanlah kerana suka2. Banyak derita yang ditanggungnya. Sepatutnya, bila dah kembali bujang, dia boleh mencari bahagia. Tapi, ada kelompok masyarakat yang masih kuat menconteng stigma 'janda'. 

Dia berpisah bukan untuk mencari jantan lain. I don't think there was a pull factor. Tapi, org anggap (baca 'stereotype') SETIAP janda WAJIB/MAHU/TERDESAK/GATAL nak kawin semula. Perkahwinan yang baru berlalu masih berbekas. Luka di hati masih terasa. Jadi, apabila ada yang mendekati, kesan luka kembali berdenyut. Lalu, keluarlah ayat2 seperti, "saya belum bersedia lagi", "saya tak sesuai untuk awak", "saya tak sanggup jadi isteri nombor dua" dan sebagainya. Maksud ayat2 ini ialah "Tak nak" atau "tak selera dgn awak". Tapi manusia yg tebal dengan stereotype sukar memahami ayat berlapik ini. Mereka tak faham, mengapa seorang janda (yang WAJIB/MAHU/TERDESAK/GATAL nak kawin semula) boleh menolak pelawaan mereka. 

Lalu, keluarlah kata balas seperti, "sombong", "jual mahal", " tak padan dengan (status) janda", atau  "sekarang jual mahal, nanti terkejar2". Wajarkah kata2 ini dilemparkan? Waima mahu melindung ego yang tercalar akibat penolakan, wajarkah? Lain kali, cuba fahami dulu apa hati yang ingin ditanya. Jangan melulu menyorong2kan pipi. Kalau ego terlalu rapuh, jangan letakkan di zon bahaya. Lagipun, yg jadi perhatian tu, memang mahal harganya. Ko ingat dia barang pasar malam Petaling Street? Kalau barang murah mengapa ko datang terhegeh2? Atau ko memang biasa jilat barang murah? Inilah masalahnya kalau terlalu mudah menghulurkan 'penyelesaian' (i.e. berkahwin) tanpa menyelidik apa permasalahannya (apa masalah jadi janda?). Yg bermasaalah tu awak! Masalah utama ialah 'selalu terangsang nafsu' (SETAN). Selesaikan masaalah awak tu dulu. Tak payah nak tunjuk mulia dengan statement, "saya nak bela nasib ibu tunggal".  

Lebih melukakan, ada pulak kata2 tajam yang datang dari golongan wanita sendiri. "Tu la, ada laki ditinggalkan. Sekarang terkejar2 jantan." Hello makcik!!!! Kalau tak tahu latar belakang cerita, jangan memandai buat kenyataan. Orang tak cerita kisah rumahtangga pada awak. Tak perlu. Jangan memandai buat cerita. Kalau nak berfiksyen, baik jadi penulis drama. Menuntut dengan J K Rawlings dulu. Kalau  memang tak tahu hujung pangkal cerita, baik diam je. Jangan biasakan lidah tu bergerak tanpa kompas.  

Sebenarnya, orang yang macam inilah yang membuat ramai wanita rasa tertekan. Wanita amat takut dengan perceraian disebabkan mulut2 tak bertamadun yang gigih mengguris hati ibu2 tunggal. Maka, ramai wanita yang 'rela' hidup bersuamikan pendera. Lebih baik didera seorang lelaki daripada didera masyarakat. Hakikatnya, wanita turut bertanggungjawab menyesakkan hidup wanita lain. Bukan hendak memberi sokongan, malah menghenyak wanita lain. Pasal apa? Rasanya, berbalik pada ego jugak. Perempuan bermulut primitif ini sebenarnya takut kedudukannya tercabar. Risau kalau2 suaminya mengambil janda sebagai isteri kedua. Kan? Kalau tak, mengapa mulut ko celupar tak ingat akhirat? Tak kesian pada kaum sendiri? 

Aduh.. makin sakit kepala dibuatnya.

Thursday, January 22, 2009

Sakit kepala

Hari ni rasa sakit kepala menjelang petang. Mengadap komputer, mengantuk datang menyerang. Sampai berdenyut2 kepala menahan dari tidur. Tak tau la pasal apa asyik ngantuk+sakit kepala ni. Some possible explanations:
1) sebab dah pakai spek semula. Otot antara kening asyik berdenyut je sejak pakai spek ni. Ada efek sistem visual agaknya.
2) sebab selalu tengok tv. Pening sebab tengok tv agaknya.
3) sebab banyak makan. Berat badan dah naik sejak cuti krismas hari tu.
4) sebab ayik jual mahal dan tak de perasaan. Lalalalalalalala.

Wednesday, January 21, 2009

Meneka-neka

This poem is my reaction, response, and understanding of 1001 Rasa and Realiti at KL Traffic.

Padi dalam nyiru
diindang nampak antah 
manusia dalam celaru 
ditelah tidak mudah 

kalau kaca terpalit warna 
dibasuh disapu nampak jernihnya 
kalau manusia memakai rencana 
diteka disiasat tak nampak wajahnya 

Bangkai gajah tak dapat disorok 
datang angin menghantar baunya 
rencana manusia tak selama terperuk 
tiba masa terbongkar segalanya

Tuesday, January 20, 2009

Perbualan tak perlu

The following is a YM conversation from this morning. I’ve changed the name of the person. Obviously, ‘her’ is not her real name. I’ve added my commentary in italics. Otherwise, the conversation has not been modified.

 Hopefully this post offers a glimpse of what goes in my mind when I’m having conversation. In this case, I chatted with an acquaintance. My relationship with her is more a lecturer-(ex-)student (i.e. formal) than friends. With some former students, the relationship has grown beyond student-lecturer. But, with this person, I’ve kept the existing boundries.

her: salam

me: salam

me: kat ofis ke?

her: a'ah

her: kt ofis

her: sir pon kt ofis ke?

me: yes

her: aha..

her: bru msk ek

me: a'ah

her: ooo..

her: sir keje pe kt sne?

[She knows that I’m doing PhD. So, she must be asking about my non-PhD work, right?]

me: kerja cleaner, part-time

her: tpu...!!!

her: ckp la btul2

her: keje pe?

her: nk tau jgk

[How should I respond to this as factually (i.e. without a hint of gedik) as possible?]

me: do youo think i was kidding?

her: cleaner? what do u mean by clener my dear sir?

[ok.. so here goes my description of what a cleaner does]

me: someone who cleans

her: what do you cleaning?

me: just like the makcik cleaning on campus

[is that description still unclear?]

her: then y do you hve ur ofis?

her: i mean y u r working in ofis?

me: kerja cleaner tu kerja part time

me: my full time work is doing PhD. I have an office for my PhD work

her: sy mcm x caye

her: hmm.. tp...

her: sy ni da lah cpat tertipu

her: hmm..

her: sy mmg x caye la

[okkkaaaaay…..how do you actually want me to answer your question? With Aznil Nawawi’s flair? With a Shah Rukh Khan’s playfulness? With sultry words to match that of Cassanova?]

her: sir mesti keje besar2

her: da lah bmw

her: xkn keje cleaner

[I see. So, your schema for someone who drives a BMW does not include a cleaner. That’s fair enough. Please broaden your schema to entertain this possibility. And which part of your schema allows a PhD student to ‘keje besar2?’ Do you know any full-time Malaysian PhD student working as a bank manager, accountant or architect?]

me: apa2 je la

her: xpe lah sir..x nak kongsi sir keje pe...

[Huh? I already told you! But you’re the one who denied my statement]

her: sy sje je nk tau

her: sir  jgn la slh anggap pape ye

[Well, don’t I get to ‘anggap’ something after my factual statements are ignored?]

me: tak hilang bisa ular menyusur akar. I don't feel embarrassed telling people that I actually work as a cleaner.

[There. I’m restating my previous statement. If you still don’t want to believe it, I’m not spending any more effort to convince you.]

me: but, if you want to continue to play hide-and-seek... you go on your own. I'm not playing games

her: sy tnye je...

her: lau btul, ok...

her: ape slh nye sir trng kn..

[‘trng kn’? Was I not clear enough? Or is it the lack of playfulness that’s bothering you?]

her: xyah la mrh sy

her: k lah

her: thank you..

her: mule2 sy respect sir

[there it goes. Macam pernah kubaca je ayat ni. I think I know where it is heading, and where it came from.]

her: ingt kn sir dpt bg nshat yg bergune untk sy

[Oh my! I am extremely sorry to disappoint you. To make up for the disappointment, consider this post as an advice. In addition, was all the thing I said in previous conversations not ‘bergune’? And, to think of it, how does asking about my job would benefit you?]

her: sy mntak maaf la lau sir rse terganggu

[apology accepted]

her: sy mmg tade niat pape

[You’re making it worse. Setiap amalan itu dengan niat. Kalau tak de niat, masa sia-sia sajalah perbualan ni.]

her: cme sy anggap sir sbg org yg berilmu lbh dr sy

her: n boleh tlong ajar sy mcm2

her: tp xpe lah.. mgkn da wat sir slh fhm

her: thanks for everyting

[You’re welcome dear. You’ve given me one more thing to put on my blog.]

 

See also my previous post on what makes my blood boil. This kind of conversation is another thing that makes my blood boil.

Bantai Santai

Knock! Knock!
Who's there?
Luke.
Luke who?
Luke who's talking.

Monday, January 19, 2009

FACTS & QUIRKS

I got tagged last week. Before doing this, I checked on http://dictionary.reference.com for the meaning of FACTS and QUIRKS. A fact is a truth known by actual experience or observation; something known to be true. Meanwhile, a quirk refers to a peculiarity of action, behavior, or personality; mannerism. With these definition in mind, I decided to write in the following way: Facts about me refers to an objective truth, something that other people can observe and verify to be true. Quirks, on the other hand, are subjective truth, that is more fleeting than facts. In other words, quirks are a matter of opinion, whereas facts are, errrr, facts.

 1.THE RULES

  1. List these rules on your blog.
  2. Share 7 facts about yourself on your blog.
  3. Tell 6 unspectacular quirk of yours.
  4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
  5. Link the person who tagged you.
  6. Leave a comment for each blogger.

2. 7 FACTS ABOUT ME

  1. Carrier of XY chromosomes
  2. Have an A+ blood type
  3. My ring finger is longer than my index finger
  4. Certified short-sighted by an optometrist.
  5. I am right handed.
  6. I have two functional legs.
  7. Marwan’s and my name both has two words and 10 letters each.


3. 6 QUIRKS ABOUT ME

  1. I like watching Kyle XY because it relates to biopsychology. I would be a good ‘infotainment’ show for psychology students.
  2. My blood easily boils, especially when I have to entertain stupidity. My body language easily gives away my exasperation. However, I rarely fire verbal bullets to the offender. I tend to keep silent. And sometimes I scribble to let out the anger. Hey, I am also a silent scribller. Hehehe .
  3. I like rings, but I don’t wear a ring on my ring finger, nor on any other fingers. I’ve tried wearing rings, but after a while, I gave up. I’m not as persistent in wearing ring as Frodo is I NOT wearing the ring in Lord of the Ring. Does that ring a bell?
  4. I take pleasure in making plans, seeing long into the future. The planning gives me more pleasure than carrying out the actions.
  5. I don’t like Lefthanded that much. But I do like Nash as a solo artist. However, I only know one song from his solo career.
  6. I have two left legs. My body coordination is bad. I can’t dance gracefully. If somebody videotaped me dancing, I would not have the gut to see the recording. I have as much dancing grace as a stick of celery.

4. TAG TARGETS

None. If anyone wants to voluntarily be tagged, please let me know, and I’ll add the relevant info in number 6.

5. TAGGER: Silent Scribbler

6. COMMENT

Awaiting volunteers in number 4. 

Pintu rezeki

Alhamdulillah, pagi ni satu lagi pintu terbuka. Dalam pukul 9 pagi, ada kawan call untuk tempah khidmat proof-reading. Report yang nak disemak tu lebih kurang 60 muka surat. Harap2 dapat siapkan dalam minggu ni. Nampak gaya, minggu ni memang sibuk. Antara yang perlu perhatian segera minggu ini termasuklah draf artikel jurnal, proposal kajian (ethics), dan conference paper. Waaaa.... lots of writing and reading. Dalam sibuk2 tu, sempat gak baca The Alchemist's Secret (Scott Mariani, 2007). Hopefully I will be very productive and achieve a lot this week. 

Meeting in Lincoln

On Friday morning, I drove to Lincoln. Patrick came along for the meeting with Anne & Niro to discuss my research proposal. The journey itself wasn't much to write about. The scenary was not as spectacular as the scenary from Lboro to Swindon. It felt 'fatigued'. The lack of vegetation in the farm areas perhaps contributes to the lack of energy in the scenary.

The meeting, on the other hand, managed to sapped some of my energy. The outcome of that meeting is more work for me. I have to reconsider some of my data collection sessions. The main concern was resources that EMAS is willing to allocate for the project. The less that I demand from them, the better.

One statement that haunts me is "we have to make sure that the data collection is designed to answer the research question". It is as if my current research design is flawed. Is that what I should take from the meeting? Hrmmmpgghhhh. Even as I'm writing this, my energy in seeping away. So, better stop now, and do some work to address it directly.

Driving theory test

Alhamdulillah. I passed the theory test that I took on Saturday. Murad, who took the test with me, passed too. I did well on the multiple choice questions, getting 47 out of 50. However, the mark percentage on the hazard perception test was lower. Nonetheless, I am happy that I've passed. The next thing to do is prepare for the practical test.

Ooo...and I have one tag from Aisha to write. Sabor yea...

Simple dish












Sometimes, a simple one-plate dish is enough to make my day. One day, I had a supper with spicy lamb, boiled potatoes, raw carrots, and sauteed string beans and mushrooms. I imagined myself eating at a restaurant, like Futures where HEPSU had Christmas lunch. In fact, the supper that I prepared was inspired by the menu at Futures.

Sunday, January 18, 2009

Cari Rezeki

Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Hidup di kampung, memang kena banyak berusaha untuk dapatkan duit. Masa kecik2 dulu, bukan semua yang ayah nak boleh dapat. Kekadang, ayah buat kerja kampung untuk tolong tok & opah.

Antara kerja yang ayah pernah buat ialah jual buah pinang. Bukan setakat jual. Kena mula dari kutip buah pinang. Kekadang tu, siap kait lagi. Kalau pokok tinggi, jenuh la menjolok tandan pinang. Bila tengok buah pinang yang jingga menyala, terbayang duit. Timbul rasa seronok mengutip pinang.

Bila dah kutip, bawak balik ke rumah dan belah. Kerja belah pinang ni bukan straight forward. Kekadang buah pinang tu tergelincir, especially pinang yang dah terlebih masak. Sabutnya berair dan licin. So, sesetengah pinang tu tak berapa elok belahannya. Pinang yang sedang2 elok masak, biasanya lebih mudah dibelah. Tapi, itupun tak berapa elok. tak tahulah dari mana datang perumpamaan bagai pinang dibelah dua. Tak nampak di mana eloknya pinang yang dah dibelah dua.

Selesai membelah, pinang tu disusun, biasanya atas kepingan zink, untuk dikeringkan. Kalau cuaca bagus, seharian sudah cukup untuk mengeringkan pinang. Sabut akan kecut dan memudahkan pinang dikopek keluar dari tempurungnya. Biasanya, kerja mengopek ni guna screw driver. Punya la kreatif. Dah penat mengumpul, membelah dan mengopek, akhirnya pinang sedia untuk dijual. Harga jual tak lah setinggi mana. Biasanya di antara Rm1 dan Rm2 sekilo. Cuma pernah sekali harga naik mencanak sampai Rm5 sekilo. 

Selain pinang, pernah juga ayah usahakan asam gelugur (asam keping). Ada sepokok asam di kampung Pauh. Biasanya ayah kutip buah asam dengan opah dan tok. Asam keping ni lagi challenging. Jenuh nak menghiris. Kalau pinang, dibelah dua je. Gelugur kena hiris nipis2. Sampai kecut jari main buah gelugur. Yang bestnya, harga asam lebih tinggi. Dan sebahagiannya akan diguna di dapur. Asam yg 'buruk' (dah lemau) akan dikeringkan dan diguna untuk basuh ikan. 

Masa kecik2 dulu, merasa la juga tolong tok & opah cari rezeki guna tenaga empat kerat. Ayah tak dapat nak beri pengalaman tu pada Marwan. Cara ayah cari rezeki berbeza. Ayah pernah bawak Marwan ikut ayah sampaikan kuliah, ceramah dan kendalikan kursus. Itu cara ayah dapat duit. Mungkin tak jadi memori nostalgik. Yang penting, you've helped me along the way.   

Friday, January 16, 2009

New Blog

I came across another platform for blogging. I'm quite open to a new experience, so I thought of giving it a shot. It seems that Wordpress might be more versatile and powerful than blogspot. Dunno really. But I noticed one weakness: it's dashboard is less user-friendly than blogspot.

However, I'm willing to let give it a try, considering the personal-professional clash in maintaining two work-related blogs on blogspot. So, I'll keep Intangible Inheritance on blogspot. And I'm in the process of moving+merging SA Scholarly & Ergo+Psych to Ergopsych.

Conference in Miami?

This morning, during HEPSU meeting, Sue surprised me with an annoucement of a conference in Miami. This international conference will be held in Miami, Florida in 2010. Sue reminded everyone that the PhD students are expected to present a paper at at least one international conference.

InsyaAllah, I will write a paper for that conference. I'm really hoping that I would be able to go to this conference, especially to the Human Factors and Ergonomics in Healtcare stream. If not that, then the Cross-cultural Decision Making stream. 

The deadline for the abstract is 1 Nov 2009. I should have some publishable data by then. So, I'm have ample time to prepare for it. 

Thursday, January 15, 2009

I can see clearly now




















































In light of the incoming driving test, I needed a pair of glasses. Towards the end of 2008, I looked at a few shops to get some ideas. On the first Friday in 2009, after Jumaah prayer, I went to town for an eye test. I got a D&A voucher for a free eye test. Thanks to Riduwan who gave it to me. The eye test would normally cost GBP27.50. Riduwan helped me to save quite a lot by using that voucher.
Fortunately, I was able to fill in a slot that was left vacant by a cancellation. I was tested by an optimetrist. He made me nervous, as if I was undergoing a medical check up. There was even an eye pressure test. He used a machine that puffed compressed air on my eyeball.
Alhamdulillah, the eye test went smoothly. I had healthy eyes. But I do noeed to wear glasses due to short-sightedness and astigmatism. My prescription reads as follow.
Right eye: -1.00 (sph), +1.25(cyl), 175 (Axis)
Left eye: -1.50 (sph), +1.50 (cyl), 170 (Axis)
It is a good thing to keep a record of the prescription. In case I need a new pair of glasses, I can order at the shop or online without having to do another eye test. I can also check if my prescription changes as I get older.
Unfortunately, I did not order a pair of glasses from D&A. Their frames are very expensive. The one that I liked cost GBP100. And that's just the frame. The lenses would rack up another GBP90. Way too expansive for me. Especially when I know SpecSaver have a 2-for-1 offer.
So, I went to SpecSaver to order two pairs of spec. They cost me GBP85. However, on the pair with thinner arms, I had the lens treated with anti-glare layer. The layer reduced GBP30 from my bank account. But, I'm happy with my new pairs of glasses.

Wednesday, January 14, 2009

Conference Presentation

Alhamdulillah, this morning I got a confirmation on the acceptance of my paper for an International Conference on Naturalistic Decision Making. I submitted my paper for the doctoral consortium.I did not expect to present the paper at the conference. However, in the notification email, I was instructed to present the paper orally. Optionally, I can present a poster.

So, I'll be making my way to Covent Garden in London on the 23rd of June 2009. I was actually hoping to go to Beijing with a paper. But it seems my rizq is in London. Well, it seems I'll be saving money then. Travelling to London should be cheaper than to Beijing. I need to book my ticket early then. Hopefully, I can get a return trip by train that is under GBP20.  And... ermm.. where should I stay? Malaysian Hall?

Free stuff




















You can live frugal in the UK. You need to be less picky and icky about using second hand stuff. But you sure can save a lot by picking up free stuff that people advertise through mediums like Yahoo FreeCycle group.

I managed to get the tv stand, which is in very good condition, a few days after I bought the tv. No, the tv was not free. Jyothi answered an ad on FC. I replied to the same ad. But it was Jhothi who got it. He knew I wanted a tv stand, so that's why he asked for it. He wanted me to have it. That's very kind of him. So, he and I went to pick up the tv stand. Good thing that it fitted in my car.

Good deeds may get rewarded swiftly. Not long after helping me secure a tv stand, Jyothi got a free tv. He was happy to get that tv after looking around for quite some time. All that he needed to do was donate 10 pound to a charity. He got a 28 inch Sony. SONY!!! For 10 pound! 28 inch! And the tv is working fine.

I hope the spirit of recycling and reusing will catch on like wildfire in Malaysia. We can all try lessen the demand on the natural resources. At the same time, we can increase the growth of our generosity and compassion for other people. Ermmm... what can I give away for free on FC?

I hope the

Tuesday, January 13, 2009

Marwan going to school














This is another milestone of your development that I've missed. I wish it was me who takes you to school on day 1.
I hope you enjoy schooling, and benefits from it greatly. Go at it tiger!

Saturday, January 10, 2009

Bantai Santai

Had a santai brainwave just now, partly inspired by Geo Challange. So, here are some riddles.

Dalam banyak-banyak tempat di dunia.... 

... bandar apa yang paling boring?
... negara apa yang penduduknya rajin berkenal-kenalan?
... negara apa yang paling mesra alam?
... negara apa yang hampir-hampir menjadi sebuah pulau?
... tapak bersejarah apa yang paling disukai oleh Pokemon kesayangan Ash?












Jawapan: 
Busan, Korea
Panama
Greenland
Palau
Machu Picchu

Friday, January 09, 2009

Pandangan-pandangan tentang rokok

Ada banyak sebab tabiat merokok MESTI dihentikan, atau sekurang-kurangnya dikurangkan. Sebab-sebab yang disenaraikan berikut ditujukan kepada saudara seIslam. Banyak sudut pandangan yang menyerlahkan keburukan merokok.

1) Pandangan agama: merokok haram, atau seringan-ringannya, makruh. Ada fatwa pengharaman merokok. Mampukah dan rajinkan bermujtahid untuk mengeluarkan fatwa yang bertentangan?

2) Pandangan sains perubatan: merokok dikaitkan dengan pelbagai penyakit. Banyak kajian yang menunjukkan perkaitan tabiat merokok dan penyakit. Malahan, tak keterlaluan jika merokok dikatakan sebagai penyebab bagi penyakit tersebut. Rasanya, kajian-kajian yang ditaja oleh syarikat tembakau saja yang menyerlahkan kebaikan klinikal rokok.

3) Pandangan peribadi: rokok tu pahit dan berbau busuk. Bau rokok dalam tandas lagi la busuk. Kebusukannya berintensiti tinggi.

4) Pandangan psikologi pengguna: Membeli rokok boleh dikategorikan perlakuan pembelian ketagihan, yakni pembelian yang tak perlu. Dalam kata lain, membeli rokok tidak dapat diwajarkan sebagai perlakuan normal. 

5) Pandangan kebersihan persekitaran: Banyak puntung rokok yang bertebaran di kawasan awam. Sesetengah perokok melihat seluruh muka bumi ni seolah-olah bekas abu rokok. Ini tabiat kotor yang perlu dihentikan.

6) Pandangan persaudaraan Islam: keuntungan syarikat tembakau mengalir ke tangan Zionis. Seolah-olah setiap rokok yang dinyalakan menyumbang kepada terbakarnya tanah Palestine. Sebatang rokok yang dihisap, asapnya timbul di Palestine. Merah bara rokok, merah lagi darah warga Palestine yang disimbahkan Zionis. Setiap puntung rokok yang ditenyehkan ke bekas abu, atau dipijak ke tanah sepertilah askar Zionis menginjak kepala rakyat Palestine, dan meludah muka seluruh warga Muslim di dunia. 

7) Pandangan hati: tepuk dada tanya iman.

Yang aku malas

Adoiiii... malas betul nak basuh baju kat sini. Bukannya kena basuh tangan pun. Masuk mesin je. Yang jadi malasnya, mesin basuh dan pengering pakaian tu ada kat luar rumah. Ada dalam bangsal kecik di belakang rumah. Musim sejuk macam ni, punya la malas nak keluar masuk berulang alik ke bangsal tu. Timbunan kain yang makin tinggi menyakitkan mata tiap kali masuk bilik. Kan best kalau ada mesin basuh dalam rumah. Kan best kalau ada mesin pengering dalam rumah. Lagi best kalau ada orang yang rajin tolong basuhkan. Wakakaka. 

Agaknya, bab basuh membasuh ni tak berapa menggembirakan. Di dapur pun kekadang main pejam mata je bila nampak pinggan kotor. Padahal, suka je main air. Kalau dapat membasuh kat sungai, sebesen besar pinggan mangkuk pun larat nak dibasuh. Saiz sinki yang kiut miut tu agaknya yang membuat malas membasuh. Air paip yang samaada terlalu sejuk atau terlalu panas pun membantutkan selera membasuh. 

Kesimpulannya, pandai cari alasan, kan? 

Thursday, January 08, 2009

Allah di dalam Bible

Akhbar The Herald di Malaysia menggunakan perkataan 'Allah' di dalam Bible untuk merujuk kepada Tuhan. Akhbar ini dihalang meneruskan penggunaan perkataan 'Allah' oleh Kementerian Dalam Negeri. Pihak penerbit, dan para penyokong - termasuklah di MalaysiaToday - menghujah dan mencerca larangan yang dikenakan KDN. Pihak penerbit dilaporkan berkata bahawa perkataan 'Allah' digunakan dalam akhbar Herald kerana perkataan itu terkandung dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pihak yang mencerca pula 'menghujahkan' bahawa perkataan 'Allah' itu adalah dari bahasa Arab, dan UMNO tidak berhak menghadkan penggunaannya. 

Sebagai saintis, saya skeptikal dengan hujah yang diberi. Ada kelonggaran dalam hujah-hujah tersebut. Perlu dicari, dan dijelaskan, apakah Bible versi Arab menggunakan perkataan 'Allah' atau tidak. Di Bible versi mana lagi terkandung perkataan itu? Apakah perkataan yang diguna bagi membawa maksud 'Tuhan' dalam Bible versi Mandarin, Hindi, Tagalog, Thai, Swahili, dan lain-lain? 

Hujah oleh si pencerca seolah-olah melemahkan lagi alasan yang diberi penerbit Herald. Jika 'Allah' ialah perkataan Arab, mengapa ia digunakan dalam Bible versi Bahasa MELAYU?

Sebagai ergonomis dan pengajar psikologi pengguna, saya sinikal dengan sikap penerbit Herald. Penggunaan perkataan Allah kelihatan satu rekayasa berpusatkan pengguna (user-centred design). Sebagai saintis, saya melihat setiap istilah atau perkataan perlu diguna secara tepat dan jelas. Di kalangan Melayu, Allah sinonim dengan Tuhan. Maka, mudahlah untuk menghuraikan konsep ketuhanan Kristian kepada orang Melayu dengan menggunakan Allah. 

Di kalangan Tionghua, Tamil, Hokkien, dan lain-lain bukan Melayu di Malaysia, sinonimkah 'Allah' dengan Tuhan? Adakah Bible di kalangan mereka terkandung perkataan Allah? 

I'm sceptical and cynical, and want to search for some answers. 

Tuesday, January 06, 2009

Some unearthed treasures

Got these pics a while back from Wanie aka Lord Voldermort. (Wanie, pics taken by Ibrahim, right?) These are pics from Peace Psychology Seminar in 2007 held at IIUM. Thank you to all volunteers for this programme. Peace to all! 














No, I'm not in this pic.
 













I wasn't in the pic above because I was busy interviewing Rohaizu. Not. Sapa la yang pandai ambil gambar berdua-duaan ni. 














The reward for all the hard work: a dinner at Restoran Melayu, Jalan Conlay. Ali, thanks a lot for all your help.

Perkahwinan Sepupu

Dalam tempoh setahun lebih meninggalkan tanahair, banyak yg berlaku. Antara majlis yang tak dapat disertai termasuklah perkahwinan sepupu. Setakat ni, kalau kiraannya betul, dah tiga orang sepupu berkahwin. Sorang dah bertunang, dan rasanya ramai yang di fasa 'biarlah rahsia'.

Tak dapat hadir, dapat tengok gambar pun jadilah. Gambar2 ihsan Mak Tam.















Ni di majlis pernikahan Pijey. Ada 8 orang sepupu dalam gambar ni. Next in line to get married, yg duduk paling kanan tu agaknya.















Nak tunjuk gambar pengantin perempuan. 

 














Ini pulak majlis perkahwinan Na di Ketior. Na graduan UPSI, dah dapat posting. Selamat mengajar ya cikgu.

Monday, January 05, 2009

Cuti yang panjang

Hari ni masuk pejabat semula. Dah terasa lama tak bekerja. Sejak Krismas, duduk melengong menghabiskan cuti. Bershopping. Layan siaran tv. Internet. Sampai rasa letih. Rehat sampai letih.

Lain kali, pandai-pandai la cari kerja. Macam-macam yang boleh dibuat untuk mengguna waktu cuti.

1) Banyakkan ibadah sunat. Baca Qur'an dan tafsirannya, hafal ayat2 Qur'an, solat sunat, dll. Tak de ruginya menambah amal soleh.
2) Buat painting. Canvas kat rumah ada beberapa keping, masih putih bersih. Ada yang belum tanggal plastiknya pun. So, bila lagi nak painting?
3) Belajar masak benda baru. Baru-baru ni termengidam donut. Mungkin terkasima (err.. this is an over-statement) dengan Krispy Cream yang dibeli di Harrods hari tu. Resepi dah dicetak, ragi dah ada. Tinggal nak buat je. Rajin2 la mencuba sesuatu yang baru.
4) Buat back up untuk komputer: PC kat ofis dan laptop. Susun balik semua fail yang ada dalam folders; dah bertarabur tu. Optimumkan komputer anda.
5) Buat plan untuk blog. Di 2009 ni, saingi tahap produktiviti 2008. Kalau boleh, biar jumlah post sama dengan jumlah hari dalam 2009. That means I owe myself 4 posts. That's why I need a plan. How about drawing a mind map? I always manage to think about posts when I'm not in front of the compouter. I should commit these ideas onto paper so that I can transfer them to the blog successfully. Be more industrious, ok?