Rehat: Bahagian I

"Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja"

Teringat dialog dari Labu Labi. Kesian jugak pada Labu Labi yang berkerja makan gaji di rumah majikan. Alhamdulillah, kerja buat PhD ni jadualnya tak sebegitu ketat. Ada masa sibuk, tapi masih ada masa untuk melayan diri. 

Dari pagi tadi kerja, kerja, kerja. Selesai memegang mop, pegang papan kekunci pulak. Draf artikel untuk jurnal perlu ditokok tambah dan dihantar kepada penyelia menjelang petang. Setakat ini, sudah selesai pembaikan dari 'Introduction' ke 'Methods'. Ada tiga tempat di 'Results and Discussion' dan 'Future Works' yang perlu perhatian. 

Walaupun kerja menulis tak sama berat dengan kerja menuai padi, penatnya tetap terasa. Berhenti kerja untuk solat zuhur tadi memberi sedikit rehat. Kepala yang hampir berasap dapat disejukkan sedikit. Sempat la jugak dapat idea untuk menulis di blog. Di rehat kali kedua nanti, insyaAllah akan menulis pasal godaan.

Comments

Unknown said…
sir memang suka tengok filem p.ramlee, kan? sir suka guna part drp filem2 p.ramlee sbg contoh kat kelas dulu, sampai kalau tgk iklan slot Bintang Lagenda kat tv, saya dan kawan2 akan kata- "ha, ni citer inche'!" :p

kerja byk gak ni, cuti 3 hari untuk CNY pun tak serupa cuti, nasib laa...
Yes, I do. I can learn a lot from the films. They also lend easily to be examples in class. That's why I love them.