Cari Rezeki

Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek. Hidup di kampung, memang kena banyak berusaha untuk dapatkan duit. Masa kecik2 dulu, bukan semua yang ayah nak boleh dapat. Kekadang, ayah buat kerja kampung untuk tolong tok & opah.

Antara kerja yang ayah pernah buat ialah jual buah pinang. Bukan setakat jual. Kena mula dari kutip buah pinang. Kekadang tu, siap kait lagi. Kalau pokok tinggi, jenuh la menjolok tandan pinang. Bila tengok buah pinang yang jingga menyala, terbayang duit. Timbul rasa seronok mengutip pinang.

Bila dah kutip, bawak balik ke rumah dan belah. Kerja belah pinang ni bukan straight forward. Kekadang buah pinang tu tergelincir, especially pinang yang dah terlebih masak. Sabutnya berair dan licin. So, sesetengah pinang tu tak berapa elok belahannya. Pinang yang sedang2 elok masak, biasanya lebih mudah dibelah. Tapi, itupun tak berapa elok. tak tahulah dari mana datang perumpamaan bagai pinang dibelah dua. Tak nampak di mana eloknya pinang yang dah dibelah dua.

Selesai membelah, pinang tu disusun, biasanya atas kepingan zink, untuk dikeringkan. Kalau cuaca bagus, seharian sudah cukup untuk mengeringkan pinang. Sabut akan kecut dan memudahkan pinang dikopek keluar dari tempurungnya. Biasanya, kerja mengopek ni guna screw driver. Punya la kreatif. Dah penat mengumpul, membelah dan mengopek, akhirnya pinang sedia untuk dijual. Harga jual tak lah setinggi mana. Biasanya di antara Rm1 dan Rm2 sekilo. Cuma pernah sekali harga naik mencanak sampai Rm5 sekilo. 

Selain pinang, pernah juga ayah usahakan asam gelugur (asam keping). Ada sepokok asam di kampung Pauh. Biasanya ayah kutip buah asam dengan opah dan tok. Asam keping ni lagi challenging. Jenuh nak menghiris. Kalau pinang, dibelah dua je. Gelugur kena hiris nipis2. Sampai kecut jari main buah gelugur. Yang bestnya, harga asam lebih tinggi. Dan sebahagiannya akan diguna di dapur. Asam yg 'buruk' (dah lemau) akan dikeringkan dan diguna untuk basuh ikan. 

Masa kecik2 dulu, merasa la juga tolong tok & opah cari rezeki guna tenaga empat kerat. Ayah tak dapat nak beri pengalaman tu pada Marwan. Cara ayah cari rezeki berbeza. Ayah pernah bawak Marwan ikut ayah sampaikan kuliah, ceramah dan kendalikan kursus. Itu cara ayah dapat duit. Mungkin tak jadi memori nostalgik. Yang penting, you've helped me along the way.   

Comments

nao said…
Zaman sudah berubah kan..... Muga dihalalkan&dimurahkan rezki olehNya.
Memang rasa banyak berubah. Yg tak berubah ialah keperluan untuk berusaha.
Telipuk Kuala said…
Yalah...kadang-kadang rasa macam nak share pengalaman hidup dulu dengan anak-anak tapi dah tak dapat nak kisahkan macamana sebab zaman sangat-sangat berbeza. Kita cakap 'susah' pun dia buat kerut dahi jer...
Unknown said…
hmm...kisah hidup ni mengingatkan sy pada filem "the pursuit of happiness"..sgt2 menyentuh perasaan..walaupun tak sama...effort tu hampir sama la..