Friday, October 30, 2009

Surau baru















Inilah gambar surau yang baru dibuka di kampus ni. Sebelum ni, prayer room dalam bangunan James France, sekarang di Brockington. Surau baru ni lebih besar dan 'terbuka' berbanding surau sebelum ini. Gambar di atas menunjukkan pintu masuk dan tempat menyangkut baju di sebelah kiri pintu.












Another view of the entrance. Di sebelah kanan, tempat letak kasut. Rasanya, utk solat Jumaat, tak cukup rak utk letak kasut. Kena cari solution lain.

















Ini pulak ruang solat, pandangan ke arah belakang. Dapat dilihat sekatan yang menjadi dinding pemisah jemaah lelaki dan perempuan. Di sebelah kiri dewan ini adalah pintu masuk ke bilik air dan tempat berwuduk. Kalau fikir pasal ergonomik, ruang wuduk ni agak menarik. Boleh buat kajian ergonomik agaknya. Lain surau/masjid, lain design tempat wuduk ni.















Kalau di sini, satu masalah ialah air bersepah2. Kalau tengok permukaan stool ni, terdapat air. Nasib baik permukaan stool ni waterproof. Tak de la menyerap air. So, senang sket nak dikeringkan supaya pengguna tak la kebasahan bila duduk atas stool ni. Untuk membantu mengeringkan kaki dan tangan, disediakan pengering pada dua ketinggian. Mmm...memang ada nampak ciri-ciri user-centred design. Bagus gak. Bagaimana dengan problem dan solutions di surau/masjid yang lain?
Posted by Picasa

membesarkan hantu

Salah satu spesis hantu ialah hantu raya. Besar agaknya hantu ni, macam saiz balai raya. Itu sebab dinamakan raya. Macam jugak la Hari Raya, hari yang dibesarkan oleh orang yang menyambutnya. Dalam sesetengah masyarakat, ada sambutan yang membesarkan hantu. Bukan setakat hantu raya; malah hantu jerangkung, polong, dan lain2 hantu yang belum diberi nama saintifik.




























Lihat saja contoh di atas. Dalam permainan Pet Society dan Farmville, pemain ditawarkan barang2 yang berkaitan dengan sambutan perayaan hantu ini. 'Coins' yang telah diusahakan dalam permainan ini boleh diguna untuk 'membeli' barang2 tersebut untuk kegunaan sendiri atau dihadiahkan kepada pemain lain.

Hari ini bertuah dapat membaca sebuah artikel tentang Halloween di SaifulIslam.com. Kata ustaz Hasrizal, "meraikan Halloween itu melucutkan jati diri Muslim, dan meniru identiti kaum yang mensyirikkan Allah dan meraikan kufur sebagai gurau senda harian."

Bersetuju benar dengan pemikiran beliau itu. Mengapa pulak kita nak turut serta meraikan 'syiar' Halloween dan paganism? Amalan 'trick-or-treat' itu boleh dinisbahkan kepada ibadah yang mana satu? Kias apa yang merasionalkan sambutan membesar-besarkan hantu? Banyakkah faedah kepada amal dan iman dengan menconteng muka dan berpakaian seperti hantu? Mulia sangatkah hantu untuk dibuat perayaan?

Perbuatan mengagung-agungkan hantu atau makhluk halus dalam masyarakat Melayu memang ada. Malah, sebelum terdengar sambutan Halloween, orang Melayu telah lebih dahulu 'berinteraksi' dengan hantu samaada melalui ritual yang bertujuan 'berbaik-baik' dengan hantu supaya hantu tidak mengacau manusia. Ada juga yang berinteraksi dengan hantu untuk mendapatkan nombor ekor. Tak kurang yang 'mengupah' hantu untuk mencuri duit atau mengusahakan sawah ladang. Keakraban Melayu dengan hantu memang telah wujud. Malah, hantu juga dijadikan bahan hiburan dan lawak jenaka. Lihat saja berapa banyak filem dan cerita hantu yang ada di pasaran.

Halloween mungkin merupakan ujian baru terhadap sensitiviti Melayu Muslim dalam hubungan mereka dengan Allah s.w.t. Di saat amalan-berkaitan-hantu makin pudar di kalangan Melayu, datang pula amalan Halloween menyerang. Jika ritual dahulu kala penuh misteri dan jampi serapah, Halloween pula datang dengan pakej yang lebih santai dan menarik. Hantu 'dipasarkan' dengan nilai komersil. Lihatlah berapa gigih syarikat seperti Tesco, Sainsbury, dan Asda mengiklankan Halloween. Hantu pelesit, pocong dan toyol mungkin kurang komersil. Tapi, Halloween yang berhantu lebih mudah menembusi pasaran. Product positioning ini mungkin boleh menjelaskan betapa Halloween makin meresap dalam jiwa orang Malaysia. Betapa pandainya pemasar-pemasar ini menjual idea mereka.

Kitakah pelanggannya?


Monday, October 26, 2009

perubahan musim


Hari Sabtu lepas, jam dipusingkan kembali ke puluk 12 pada pukul 1 pagi. Maknanya, ada sejam 'extra' pada hari tu. Musim berubah, begitu juga waktu solat. Lihat jadual di atas, nampak beza ketara waktu solat di sini. Kul 11.49 dah masuk zuhur. Yang 'best', kul 4.50 dah masuk maghrib. Sesapa yang belum qada puasa, atau berminat puasa sunat, boleh la ambil kesempatan dari pendeknya siang. Waktu entry ni ditulis, tinggal 2 jam je lagi utk berbuka. Silalah berpuasa rajin2.

Friday, October 23, 2009

data collection

Alhamdulillah, hari ni dapat selesaikan interview dgn sorang ECP. En berkenaan amatlah bekerjasama. Dia mahu meneruskan kerjasama dengan menawarkan kedudukan sebagai teman shift. Mungkin bulan depan akan ikut dia naik kereta ambulan. Ya, KERETA, bukan van. Orang yang bekerja sebagai ECP diberi kereta untuk merawat pesakit secara bersendirian.

Interview tadi dah direkod secara digital. Sapatutnya, balik dari interview tu, kena siapkan 2 paper yang nak dihantar esok. Tapi sekali lagi mengalami blank+malas+fobia tengok paper. Arrrrrrgghhhhhhh..... mai kopi sechawen! Sapa nak tolong buat kopi, please!!!

Tuesday, October 20, 2009

Meniup awan kelabu

Gunung tinggi hendak ditawan
naikkan semangat gendang dipalu
kalau bulan dilindung awan
panggillah angin meniup lalu

halwa disimpan di atas para
letak sebelah jeruk maman
tanya rakan tanya saudara
minta kata jadi pedoman

bukan rencana bukan berita
suara rasa yang dibisikkan
fatwa hati telah diminta
moga Allah beri perkenan

Monday, October 12, 2009

seberapa banyak....

Sebanyak manapun high score dan medals kat Bejewellled ...
Sebanyak manapun paw points kat Pet Society ...
seberapa banyak coins dan level kat Farmville ...

... semua tu tak boleh dilaporkan kat progress report PhD. Tak menyumbang kepada pengisian tesis. Tak membantu viva langsung.

Ada faham?
Apa tindakan?

penantian satu penyiksaan
















Memang tersiksa rasanya. Menunggu surat ibarat menanti bulan jatuh ke riba. Terlalu mengharap. Terlalu tinggi impian. Hampir saban hari mencari surat yang berstem dan beralamat sendiri. Tapi tidak jugak kunjung tiba.

Ampeh.

Hari ni, satu penantian sudah berakhir. Satu temujanji telahpun ditempah. Hari Rabu nanti, akan berlangsunglah satu sesi interview merangkap data collection rasmi untuk PhD. Yeay!!!!!

Dan untuk yang seterusnya, terus menanti.

Sehelai Sirih

















(ini bukan gambar sirih)

Ibarat sirih pulang ke gagang
gagang itu siapa punya
repair kereta mahalnya bangang
sampai rasa nyesal bertanya

Dalam kelas belajar janjang
aritmetik pertama geometrik kedua
hayat kereta bukanlah panjang
sampai masa kan kojol jua

Pagi-pagi pakai tengkolok
hendak mengundi di Manik Urai
kereta yang rosak sudahpun elok
kusut di kepala belum terurai

Punat bukan sebarang punat
punat diimport dari dari Nauru
kereta lelah tuannya penat
baik mencari kereta yang baru

Bola baling si bola lisut
buah mangga di hujung julai
daripada menanggung kusut
cari yang lurus untuk dibelai

lets makan sirih..............


Friday, October 09, 2009

senang hati




Ingat lagi masa kecik2 dulu? Senang betui nak bagi budak2 ketawa. Macam dalam video nih, mencarik kertas pun boleh jadi bahan ketawa untuk senang hati. Perhatikan juga, bukan setakat baby tu yg ketawa sampai terguling2, orang dewasa tu pun ketawa beriya-iya. Ketawa hilangkan stress. Ketawa senang hati.

Bila dah remaja dan makin dewasa, makin susah nak dihiburkan sampai gelak terbahak-bahak. Mana mau gelak takat main carik2 kertas. Kalau dah kena mood mendung, kena la cari cara2 yg kreatif, memenatkan, dan mahal untuk menepis mendung. Kalau dengan baby nih, tak payah keluar modal yang banyak untuk menghiburkan - suratkhabar lama pun jadi.

Kalau dengan orang besar, nak hiburkan dengan apa? Ada yang gemar berkaraoke. Ada pula yang gemar menonton - wayang, show, bola. Mana2 yang membangangkan diri tu, cuba berhibur dengan cara mabuk2 arak atau khayal2 dadah. Ingat le balik zaman baby dulu...dengan keras surat khabar pun kita boleh dapat natural high. Tak yah le bazir duit, masa, dan kesihatan diri untuk high.

Kalau nak bagi orang perempuan senang hati, berilah bunga. Ataupun barang kemas. Tapi, kalau takat barang kemas Zhulian tu.... tak cukup senang hati rasanya (bukan nak smash sapa2 ni aaa). Kena la menjenguk pakcik Habib atau apek Poh Kong untuk melebarkan senyum dan mengembangkan hati. Baby Ethan tu, tak yah dapat barang mahal2...dgn suratkhabar pun dah happy habis.

Of course, ada juga orang dewasa yang mudah dihiburkan, tak banyak songel, dan tak banyak berkira. Kalau dapat sama2 duduk santai atas padang sambil tengok awan berarak....itu dah cukup membahagiakan. Kadangkala, yang penting bukanlah APA yang ada disekeliling, tetapi SIAPA yang ada di sisi. Macam Ethan dan lelaki (bapaknya?) dalam video tu lah: boleh berbahagia kalau berkongsi masa bersama2. Walau bermodal kertas surat khabar, bahagia itu mudah dicipta.

Balik kampung

















Kalau kata nak balik kampung, inilah peta kampungnya. En Google dapat tunjukkan peta jalan dan peta muka bumi yang details. Tapi, gambar peta satelit tak jelas, tak cukup zoom. Kanta pembesarnya tak cukup power.

Dulu, kalau naik bas dari Ipoh, akan lalu Jalan Besar Utara Selatan (federal road). Sekarang ni, lalu ikut Lebuh Raya Utara Selatan, keluar di tol KK dan masuk pekan ikut Jalan Taiping. Dulu, nak ke Kampung Kandang Hilir tu, kena nyeberang sungai Perak naik sampan kajang atau bot. Sekarang ni ada Jambatan Sultan Abdul Jalil.

Dah terbayang2 laluan nak balik kampung....

Thursday, October 08, 2009

Apa yang kau hantar?

I got the following off a blog (nama blog dirahsiakan) that advertises gubahan hantaran perkahwinan. Notice something foul about this advert?

Pakej Hantaran Utk 9 Hantaran
Pakej Termasuk Bunga Dip, Sewa Bekas, Rama-Rama Dan Perhiasan Sampingan Lain Seperti Reban Dan Lain-Lain

Sapa pulak yang nak hantar reban tu? Tema kenduri kawin tu 'ayam den lapeh' ke?

Moral of the story: semak ejaan betul-betul sebelum meletakkan iklan.

Wednesday, October 07, 2009

kisah kunci














Dalam tempoh tak sampai sebulan, dah dua insiden besar melibatkan kunci yang berlaku. Yang pertama, pintu rumah. Di waktu bilangan tetamu mencapai jumlah tertinggi, pintu rumah buat hal pulak. Kesian dengan tetamu yang terpaksa menuggu lama di luar rumah. Dah la memang sejak 'azali' pintu tu payah untuk dibuka dan dikunci. Hari tu, dia langsung tak mahu dibuka.

Jenuh la memulas anak kunci ke kiri dan ke kanan. Handle pintu ditarik ke atas dan ke bawah. Sebagai ikhtiar, tingkap dapur dipanjat untuk masuk ke dalam. Tima kasih kepada En Nik Spiderman. Usahasama kita berjaya menarik perhatian polis untuk datang beramah mesra. Tuan rumah pun akhirnya datang untuk menyelesaikan masalah kunci tanpa melibatkan kos £.





















Semalam, kereta pulak buat hal. Fob remote control tak berfungsi pulak. Jenuh ditekan butang2 yang ada kat fob tu. Tak jugak terbukak pintu. Bila pakai anak kunci, kereta meraung bising. Nak ditempeleng sampai diam, tak sampai hati. Dan tak sampai kekuatan tangan pun nak menempelengnya. Mekanik jemputan, En Shahid, pun tak dapat menyelesaikan puzzle yang dibentangkan oleh kereta dan fob itu. betul2 mencabar problem-solving technique.

Sambil2 buat kerja di pejabat, harap2nya akan 'masak' lah sebuah idea yang boleh diguna untuk menyelesaikan masalah ni. Tak kan sampai nak kena tunda masuk workshop kot? Alahai. Ke, nak panggil Ramlah Ram? Dia tu pakar bidang kunci hati, bukan kunci kereta. So, nak panggil sapa ni? Kalau panggil mekanik professional, sedialah melayangkan beberapa keping potret Queen. Aku jual jugak kereta ni karang.

Nilai Maaf

Yang lemah akan kalah dalam marah, karam dalam lautan dendam. Nafas tersangkut pada duri-duri sejarah hingga memeritkan langkah. Dendam menjadi rantai yang mengikat diri pada lembaran silam hingga kurang kemampuan untuk membuka pintu baru. Binalah gagah diri dengan memadamkan dendam. Lepaskan nafas, bebaskan kaki, lapangkan hati. Maaf itu lebih gagah.

Dari kemaafan, timbul senyuman. Barangkali bukan keseronokan tidak terhingga. Tapi puas dapat menumpaskan buas nafsu. Dapat juga melihat mercup kembali kuntum bunga yang pernah diramas. Laluan masing-masing menjadi lapang dan bebas duri. Maaf itu lebih indah.

Tuesday, October 06, 2009

Hamba Bertanya

Sagu bukan sebarang sagu
sagu tersusun di atas papan
tunggu bukan sebarang tunggu
tunggu berisi dengan harapan

tikar hamba mengkuang layu
bukan baldu bercadar intan
bukan memujuk bukan merayu
seaada diri yang ditaruhkan

bukan baldu bercadar intan
kain terpakai dibentang juga
seaada diri yang ditaruhkan
meniti jalan untuk ke syurga

kain terpakai dibentang juga
bentang pula di tepi laman
meniti jalan untuk ke syurga
sudikah Tuan jadi peneman