Tuesday, December 21, 2010

brain freeze

You know how you'd get a brain freeze when you're drinking something icy cold? It hurts.
Now imagine getting a brain freeze when you're breathing! It is not gulping water that makes your brain freeze...it is air.

It has been very cold the past few days here. This morning sees the continuation of freezing fog. The trees, with their nude branches, are covered in white dusts. Quite beautiful, and yet menacing at the same time; the effects being heightened by the presence of low-lying fog.

Today is winter solstice - the shortest day of the year. So, tomorrow, the day will grow increasingly longer. This morning also witnessed a lunar eclipse. But I wasn't fortunate enough to see it with my own eyes. The moon was low in the western horizon, and the sky was not all that clear. However, I did managed to see a very bright star in the eastern horizon. Was it Venus?

Wednesday, December 15, 2010

Maluuuuu

Syariah judge gets 19 years’ jail

Malu dengar kes ni. Ada beberapa sebab.

Defenden ni lelaki. Buat malu kaum je.
Kes ni melibatkan nama Ipoh, Perak. Rosak nama Perak, tanah tumpah darah.
Defenden bekerja di Mahkamah Syariah. Buruk nama mahkamah. Lebih malang, memburukkan nama 'syariah'.
Defenden ni seorang hakim. Malu bila pelaksana undang-undang didapati bersalah melanggar undang-undang.
Lagi satu malu, sebab defenden ni orang Islam. Hakim yang mengadilinya tu orang bukan Islam (or...at least her name doesn't suggest that she is a muslimah). Tak dapat bayangkan apa ada dalam fikiran hakim tu tentang defenden. Dia melihat defenden sebagai seorang lelaki, seorang rakyat, seorang (bekas) hakim, atau seorang muslim?

Thursday, December 09, 2010

Biometric card

Alhamdulillah... satu lagi penantian telah berakhir. Dah dapat balik passport dari Home Office. Dan dapat Biometric Residence Permit - macam IC - untuk foreigners yang duduk kat UK. Visa telah dipanjangkan ke January 2012. Sempat nak boxing day tahun 2011 kalau cam tu. (sempat ke nak kumpul duit? hahahah).

Penantian jawapan dari KPT juga telah berakhir. Alhamdulillah, dah lulus permohonan untuk sambung penajaan hingga bulan 3 tahun depan. Errr... tak sampai 4 bulan je lagi tu.

Menanti untuk siapkan PhD pulak.

Thursday, December 02, 2010

Monday, November 29, 2010

Proton Inspira

Cayalah Proton. Or... cayalah peminat-peminat Proton. Tahulah jugak ada sambutan baik untuk Inspira, tapi tak sangka Proton Inspira menjadi salah satu carian popular di Google. Ramai agaknya yang teringin atau tak puas tengok gambar Inspira.

Errrr....mungkinkah akan membeli Inspira bila dah selesai PhD nanti?





Sunday, November 28, 2010

wish list

erm.... ni wish list untuk diri sendiri; bukan sebagai isyarat kepada orang lain untuk memberi. Tapi nak mengingatkan diri sendiri untuk memenuhi hajat di hati. Sementara masih duduk di UK ni, teringin nak makan makanan yang susah nak cari di Malaysia.

1) artichoke. makan dengan pasta, atau sebagai salad. tak pernah makan sayur ni. Sekali tengok macam kudup bunga.
2) celeriac. dalam rancangan MasterChef UK, ada sorang peserta buat mash celeriac (instead of mash potato). Judge kata sedap. Boleh la try.
3) fennel. pun tak pernah makan gak. Mengikut kata chef kat tv, rasanya macam bunga lawang. Sayur rasa macam bunga lawang? Ok la kot. boleh buat goreng atau masak sup.
4) passion fruit. yg ni pernah makan. Tapi hari tu minum air passion fruit (buah ghairah?) kat kedai Zaytoun, kelas beb. Rasa nak cuba buat sendiri. Kalau makan cam tu je, masam sampai terangkat kening.
5) ermm... kalau ikutkan, panjang lagi list ni. tapi terpaksa berdiri di dunia realiti. Ada makanan yang dihajat, tapi mahal sangat. Kalau tetiba masuk duit bertimbun-timbun kat akaun bank, boleh la cuba merasa fresh (i.e. not frozen) scallop, monk fish tail, tuna steak, john dory, truffle, dan beberapa sea food eksotik kat sini.

Saturday, November 27, 2010

Pantun Musim Sejuk

kena hujan basah kuyup
sekadar basah bukan berbisa
biar sejuk angin bertiup
semangat kerja panas terasa

pokok tetap tegak berdiri
walau habis daun berguguran
kerja mencapai matlamat diri
bukannya musim jadi sempadan

bunga menghilang bukan merajuk
menunggu hari kembang bergaya
di waktu panas atau pun sejuk
pintu terbuka untuk berjaya

Friday, November 26, 2010

Gaji

Gaji .... boleh menjadi sumber rezeki. boleh juga menjadi sumber iri hati, dan lebih teruk lagi hasad dengki. Ada yang buat perbandingan; gaji pensyarah yang ada PhD lebih rendah dari gaji guru sekolah. Penat-penat belajar, gaji tak mencapai tahap guru. Anak murid yang tak henti-henti belajar sampai PhD, bila sambung bekerja, gajinya tak boleh potong gaji guru yang mengajarnya dulu (andai guru itu masih lagi mengajar).

Gaji... di Malaysia mungkin tak besar mana. Cukuplah untuk hidup, bayar zakat, berkorban setiap tahun, pergi haji dan umrah. Cukup untuk urusan hidup sebagai muslim, insyaAllah. Kalau nak gaji lagi besar, cuba kat negara lain. Di Brunei, mungkin boleh dapat 3 kali ganda gaji. Di Emirates pun mungkin lebih kurang begitu. Di Hong Kong, boleh dapat RM250,000 sebulan. (ya...sebulan). Tapi sewa rumah aje dah RM40,000. Harga ikan bilis mau tiga empat ratus RM sekilo (spekulasi semata-mata). Kalau nak besar angka, boleh cari guna kompas dunia. Kalau nak dapat makna, guna kompas akhirat.

Gaji... memang tak cukup-cukup, kalau berbelanja tak cukup hari. Orang yang berjimat cermat menghitung hari bekerja. Orang yang joli gaji menghitung hari untuk dapat gaji lagi.

Fakta: 2 Alam dapat 51 juta

Mengikut kajian yang dilakukan pada 25 November 2010, filem 2 Alam telah mendapat 51,700,00. Ya, 51 juta!!! Angka ini lebih daripada sasaran yang diletakkan oleh penerbit filem berkenaan.

Kalau tak caya, tengok bukti ni. 2 Alam berjaya menghasilkan 51 juta hits kat Google search.


Thursday, November 25, 2010

Pandangan Nenek Moyang

Jika mereka melihat kita sekarang
fahamkah?

siapa yang memegang cangkul
siapa yang memegang senduk

Pantang larang yang diturunkan
pada menyusun kata
pada menjaga periuk belanga
kelihatankah?

Jika nenek moyang boleh bersuara
apa agaknya kata mereka
menyesalkah pada kekurangan yang mengurung mereka
atau
bersesalkah pada kelebihan yang menimpa kita


Wednesday, November 24, 2010

6 bungkus

yang diidamkan
6 bungkus otot
bersusun simetrikal
landskap abdominal

hari-hari bukan mengukir otot
tapi menambah bungkus-bungkus
nasi lemak
teh tarik
roti canai
darab dua
jadi enam bungkus
bersusun horizontal
dan digayut graviti

yang diidamkan
terbungkus

Tuesday, November 23, 2010

bangau dan kambing

Kisah bangau dan kambing saling menjamu makan satu kisah yang menarik untuk dikupas. Untuk kanak-kanak, kisah ini mungkin hanya satu hiburan. Bagi orang dewasa, banyak pengajaran dan dan butiran kebijaksanaan yang boleh dikutip dari kisah ini.

Cerita pendeknya, kambing mengajak bangau makan di rumah. Dia menghidang makanan di dalam bekas yang cetek. Terpatuk-patuk si bangau cuba mendapatkan makanan. Paruhnya yang panjang dan tabiatnya yang menyudu menyukarkan dia makan dari bekas yang cetek. Pulanglah dia ke rumah dengan perut yang lapar.

Selang beberapa hari, bangau pula menjemput kambing datang ke rumah. Untuk membalas hospitaliti encik kambing, bangau menghidangkan makanan dalam geluk yang tinggi dan tirus. Tidak jadi masalah kepada bangau untuk memasukkan paruhnya yang panjang dan runcing ke dalam geluk. Kambing pula yang terkial-kial cuba memasukkan muncungnya ke dalam geluk sehingga habis basah janggutnya. Kambing kelaparan di rumah bangau.

Satu pengajaran dari kisah ini ialah pentingnya mengambilkira pengguna dalam menyediakan sesuatu untuk pengguna tersebut. Prinsip ini merupakan prinsip asas dalam bidang ergonomik: rekayasa berpusatkan pengguna (user-centred design). Salah satu falasi yang sering dilakukan oleh para designer ialah "jika aku boleh guna barang ini, orang lain pasti boleh guna". Kenyataan ini hanya boleh menjadi benar jika 'orang lain' tak lebih daripada klon designer itu sendiri. Sesuatu software mungkin 'makes sense' kepada penulis yang telah meluangkan banyak masa untuk menyiapkannya. Tetapi para pengguna mungkin terkial-kial cuba mencari hujung pangkal pada software berkenaan. Penggunaan akronim dan kata arahan mungkin sangat lazim kepada penulis, tapi sangat janggal di minda pengguna.

Kisah bangau dan kambing ini memang sangat sesuai diguna untuk memperkenalkan dan membincangkan idea user-centred design. Begitu juga dengan kehidupan seharian. Bak kata orang dulu-dulu: ukur baju di badan sendiri. Itu kalau nak buat baju untuk diri sendiri. Kalau nak buat baju untuk orang lain, kenalah ukur di badan orang berkenaan. Tak kenalah kalau nak ukur di badan sendiri juga.

Perihal memasak pun begitu juga. Kalau nak masak untuk orang, jangan fikir apa yang kena dengan selera diri sendiri sahaja. Kenalah ambil tahu apa yang orang suka masak. Macam dalam rancangan 'Come Dine With Me' di UK ni, kadang-kadang tuan rumah pilih resepi yang dia tahu atau senang untuk dibuat: mereka seolah-olah lupa mereka menjemput tetamu datang untuk menikmati makan malam. Kalau dah tahu tetamu tak suka ikan salmon, janganlah harap tetamu berkenaan untuk puas hati dengan main course ikan salmon.

Dalam rancangan CDWM itu, tuan rumah bertanding untuk merebut hadiah. Di kehidupan harian, kita tidaklah pula ditawarkan hadiah £1000 kalau masak sedap-sedap. Bak kata Ustaz Kazim, penat memasak seorang isteri itu akan hilang jika dimakan habis oleh anak-anak dan suami. Ganjaran memasak itu kita harapkan dari Allah s.w.t. Kalau kita saja yang suka doriyaki cicah wasabi, janganlah itu saja yang dihidang tiap-tiap kali orang datang. Orang lain nak makan apa? Kalau kita cuba nak memenangi hati tetamu atau ahli keluarga, kita masaklah apa yang dia suka. Kalau tak tahu apa yang dia suka, tanya. Biasanya orang tak lokek nak beritahu apa makanan yang dia suka. Boleh tahu punya.

Kalau dah tahu apa yang orang suka, tapi buat-buat tak tahu dan tak pernah buat apa yang orang suka, jangan buat-buat terperanjat bila orang cakap kita tak pandai ambil hati.

Kalau dah tahu orang tak suka doriyaki cecah wasabi, jangan pulak kecil hati kalau orang tak sentuh doriyaki tu.

Jangan jadi macam kambing dan bangau.


Thursday, November 18, 2010

hantar ke sekolah

Kalau masih duduk di Borrowdale Way, mungkin hanya berjalan kaki atau berbasikal untuk menghantar Marwan ke sekolah. Dari rumah baru ni, sekolah agak jauh untuk aktiviti yang lebih sihat itu.

Ditubuhkan pada 1968, sekolah ini ada lebih kurang 400 orang murid. Salah seorang ECP yang ditemui pernah bersekolah di situ - dia antara murid terawal. Holywell Primary School dikatakan antara sekolah terbaik di Loughborough. Bila menjawab soalan 'Marwan sekolah di mana?@, rata-rata respon yang diterima berbunyi lebih kurang 'that's a good school'.

Bila menghantar dan mengambil Marwan di sekolah, terasa jauh beza suasana dengan sekolah-sekolah di Malaysia. Mungkin ini sekolah kampung. Tapi, setakat ini, tak ada nampak bas sekolah atau van sekolah di perkarangan sekolah. Tak ada kanak-kanak berpusu-pusu keluar dari bas untuk masuk sekolah. Tak ada pakcik-pakcik menunggu dalam van untuk ambil pelajar yang keluar dari sekolah.

Ramai ibubapa atau penjaga yang menghantar sendiri anak-anak ke sekolah. Murid-murid Year 4 pun ramai yang dihantar sampai ke pintu kelas oleh ibubapa masing-masing. Suasana pagi di perkarangan sekolah meriah dengan kehadiran ibu bapa. Di Malaysia, rasanya kawasan dalam pagar sekolah hanya meriah sebegitu waktu hari Anugerah dan hari Sukan.

Yang pasti, rasa lebih selamat bila melihat sendiri Marwan masuk ke kelas. Tapi selama mana boleh begitu. Perlu secara beransur-ansur menguatkan tali kepercayaan. Biar ada risau. Biar ada sebak.

Satu hari Marwan akan terbang sendiri.




Tuesday, November 16, 2010

Hari Raya

Hari ini hari raya korban. Orang di Malaysia lewat sehari menyambut kedatangan hari ni. Tarikh raya di England sama dengan tarikh raya di Mekah. Hari raya korban, atau aidil adha. Di England, hari ini juga dikenali sebagai hari Tuesday.

Tak ada cuti. Sekolah buka seperti biasa. Cuma masa hantar Marwan pagi tadi, nampak agak lengang. Mungkin ramai pelajar muslim yang mengambil cuti. Tapi Marwan ke sekolah seperti biasa. Tidak juga ke mana nak pergi pagi ni. Petang nanti baru nak berkumpul dengan uncles and aunties yang bekerja seperti biasa hari ini.

Friday, November 12, 2010

biometric

Hari Selasa lepas Marwan bersekolah separuh hari je. Pukul 12pm dah keluar - sebab ikut ayah dan ummi gi Derby. Niat ke Derby ialah bertemujanji dengan staf di Identity and Passport Services. Temujanji yang ditempah secara dalam talian itu sebahagian daripada proses nak melanjutkan tempoh visa.

Temujanji pukul 2pm. Disuruh tiba 30 minit lebih awal. Pusing punya pusing - SatNav tak leh harap & ada kerja pembaikan jalan - sudahnya parking agak jauh dari ofis. Pusing punya pusing lagi...baru jumpa ofis. Waktu sampai, ofis masih tutup sempena waktu makan tengahhari. Pukul 1.30 baru bukak balik. Tak ramai yang beratur di luar ofis - semua dah ada temujanji masing-masing agaknya; tiada pelanggan jalan masuk (?) (walk-in).

Petugas di kaunter tu sangatlah ramah dan mesra. Proses ambil cap jari dan ambil gambar tak lah lama sangat. Tima kasih encik petugas kaunter. Harap-harap pekerja yang memproses permohonan kami di Sheffield sebaik petugas kaunter. Dan harap-harap proses yang seterusnya tidaklah terlalu lama.


Thursday, November 04, 2010

kerusi

Satu kerusi 'dirampas'. Satu lagi kerusi 'dipertahankan'.

Kerusi tu untuk dirampas ke?
Kerusi tu untuk dipertahankan ke?

Ih ih.... ini pemilihan atau peperangan? Ada banyak 'harta rampasan perang' untuk diagaih-agihkan selepas ini?

Merampas dan mempertahan adalah katakerja si 'perebut' kerusi. Bagi para pemilih, katakerjanya mungkin mempercaya atau memberi (amanah). Tak perlu rampas kepercayaan mereka. Tak perlu dipertahankan pemberian.

Balas kepercayaan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Pulangkan bakti sebagai pulangan amanah yang diberi.

Tapi, beritanya dilaporkan sebagai perkara perebutan. Ganas. Yang 'menang' adalah si perebut kerusi. Hasrat dan kemenangan para pemilih kurang komersil untuk tajuk utama akhbar. Atau mungkin kurang perbatuan politik.

Kerusi punya pasal.

Wednesday, November 03, 2010

siang pendek

Dah masuk musim sejuk. Ya. Walaupun tak de salji bertimbun-timbun macam di Kanada dulu, dah terasa suasana musim sejuk di sini. Di samping cuaca yang mendung, berangin dan sejuk, tanda-tanda lain juga makin jelas menunjukkan musim sejuk dah tiba. Iklan berkaitan Krismas dah mula nampak - sesiapa yang nak menempah restoran untuk makan besar, kena la buat cepat-cepat.

Satu lagi tanda ialah pendeknya siang. Terbit matahari berlaku selepas pukul 8 (sebelum daylight saving time berkuatkuasa). Sekarang ni, waktu magrib pukul 4.30, lebih kurang. Waktu zuhur pula hanya ada 2 jam; pukul 2 dah masuk waktu asar. Tak boleh leka...kalau tak, terbabas solat zuhur.

Malam cepat berlabuh. Mata pun cepat mengantuk. Apa lagi...labuhkan badan atas katil.

Zzzzzzzz

filem dan manusia

(1)

Seniman Bujang Lapok


Isteri: Jikalau kanda nak mengusir dinda dari sini ke mana la yang dinda nak menumpang diri, kanda?

Suami: Aaah! Aku tak peduli apa yang akan terjadi pada diri kau. kalau kau tak mau keluar, aku akan pancung leher kau

Isteri: Sampai hati kanda nak memancung dinda. sampai hati kanda?

Suami: Sampai hati? kau juga sampai hati membuat aku begitu. kau kan tahu kesukaan aku belacan? kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan!!! Sekarang aku akan pancung leher kau


(2)

Harian Metro, 2 November 2010

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.

Monday, November 01, 2010

terasakah merentasinya?

Sesuatu yang ditunggu telahpun tiba, dan berlalu masa untuknya. Namun, apa yang dijangka hadir bersama tidak pula menjelma. Merentasi garis pencapaian itu, tidak terasa puasnya. Di mana gembiranya. Bila datang leganya?

Mungkin kerana ada lagi kerja yang menunggu setelah melalui garis itu. Kumpulan semangat yang dibawa merentasi garisan itu masih ada - bekal untuk menuju ke satu lagi garis pencapaian. Tidak terasa ingin menyambut dan meraikan apa-apa lagi. Ada banyak langkah yang mesti diambil. Dan selepas itu, ada lagi garis pencapaian baru yang perlu dilukis.

Mungkin tidak melompat-lompat setelah merentasi garis itu. Cukup dengan syukur sepanjang jalan.

Thursday, October 28, 2010

Makin hampir

Pagi ni sepatutnya bekerja di luar - mengikut ECP. Tapi, disebabkan pincang talian komunikasi, temujanji yang dirancang melalui email tidak dapat ditunaikan. Tiada janji yang telah ditulis, dan hanya bertemu tanpa dapat mencapai matlamat kerja. Maka baliklah ke rumah sebelum sempat Marwan pergi ke sekolah.

Kalau diikutkan, temu-tanpa-janji itu merupakan 'bonus'. Sasaran peserta kajian telahpun dicapai. Perbincangan dengan penyelia telah menguatkan fakta berkenaan. Penghujung bulan ini telah ditetapkan sebagai garisan penamat untuk proses mengumpul data. Seperti yang pernah ditulis sebelum ini, kadang-kadang matlamt yang bertulis itu menzahir seperti dibuat-buat. Sabtu ini, hari kedua terakhir Oktober, ada satu lagu temujanji yang mahu dipenuhi: mencari bonus yang dimalapkan pagi tadi.

Yang ingin ditemui Sabtu nanti telah sukarela mengirimkan email untuk mengesahkan pertemuan. Baik sungguh perilaku dia. Makin mudah kerja kalau ramai peserta kajian seperti dia. Mudah-mudahan ini petanda kepada penyudahan yang baik bagi proses pengumpulan data; dan juga penyudahan yang baik bagi program PhD ini secara keseluruhannya.

Lepas ini, analisis dan menulis!

Wednesday, October 27, 2010

Pasca Pendedahan

Kita tulis nama dia
ada dia menyahut?
namanya dipanggil di pentas global

Kita tulis tentang mungkarnya kelaku dia
ada dia kisah?
agendanya seni semasa jalinan budaya

Kita tulis desak dia memohon maaf
ada dia baca?
telinganya kalis seru

Berbuih-buih aksara
jadi gelora di talian
belum menjadi ombak
di kakinya

Apa dia baca?

Iqra'
sudah?
entah


Tuesday, October 26, 2010

Festival Simpan Kain

Ada kain lebih, simpan dalam almari

Sengaja-sengaja tunjuk dada
biar ustaz-ustaz urut dada

Sengaja pakai belah-belah
baru gah membeli belah

Sengaja tunjuk-tunjuk
biar banyak mata sangkut

Ada ihsan, sidai tepi sejadah

Sunday, October 24, 2010

pindah rumah

Mulanya berpijak di tanah Loughborough, bilik tumpangan sementara menjadi tempat merehatkan badan. Ingatan tentang rumah di Grace Dieu Rd menjadi akrab dengan alunan lagu Seribu Tahun (Imran Ajmain). Pada masa itu, terasa bagai seribu tahun lagi untuk pulang ke tanah air. Telah beribu langkah meninggalkan semua yang dekat di hati.

Dari Grace Dieu Rd, pindah pula ke William St yang dekat dengan pusat pekan. Tinggal di rumah besar bersama 4 orang penyewa dari Libya, Sudan, dan Botswana. Rumah besar, bilik besar, dapur besar. Tapi tak puas makan. Tak puas memasak. Sebelum tamat kontrak sewa rumah, ada juga cuba mencari tempat lain untuk membawa diri. Tapi tertunggu juga hingga tamat kontrak.

Pindahlah ke Borrowdale Way, alamat yang sukar dicari dengan SatNav. Penghantar makanan pun tercari-cari jalan yang tersorok ini. Duduk di tingkat bawah, terasa lebih sempurna proses-proses kehidupan. Mungkin kerana dah pernah duduk di rumah sendiri, terasa lebih selesa hidup begini. Tapi, ruang penyimpanan barang agak terhad. Bila ada peluang, pindah pula ke tingkat atas di blok rumah yang sama. Bersambung lagi hidup di Borrowdale Way. Dan terasa lebih meriah, alhamdulillah.

Kalau ikutkan hati, malas nak berpindah lagi. Tapi kontrak sewa rumah tamat, dan keluarga bertambah besar. Hendak cari rumah yang boleh disewa untuk tempoh jangka pendek. Dapat sebuah rumah dua tingkat, jauh sikit daripada Universiti. Tapi lebih mendekatkan kepada kehidupan berkeluarga. Leighton Ave; mudah-mudahan menjadi alamat terkini, dan terakhir, untuk menyempurnakan PhD.

Friday, October 22, 2010

menghitung

Terasa bagai nampak cahaya dihujung terowong yang gelap.

Matlamat asal, 5, telah pun dicapai. Hendak mendapatkan yang ini, terpaksa mengeret kaki ke sana sini.

Matlamat lebih baik, 10, pun telah dicapai. Hendak mendapatkan yang ini, terpaksa menebalkan muka menjaja idea.

Menuju ke penghujung Oktober, ada 3 lagi yang ingin dicapai untuk mengangkat matlamat ke tempat yang lebih bermakna dan lebih berguna. Hendak menyempurnakan yang ini, perlu mengukuhkan motivasi, pandang persada indah yang boleh dipahat dengan penambahan matlamat ini.

Vamos!

Thursday, October 21, 2010

Padam

telah habis dikikis
segala sisa masa dan rasa

hingga tidak teringatkan lagi
putus semua tali ke hati

bukan sekadar kelam
tapi telah padam

(inspired by short poems at puisipantaspendek)

Wednesday, October 20, 2010

masa ikut ECP

Dah terasa macam banyak kali naik kereta ECP. Kereta depa ni biasanya jenis station wagon. Takat ni dah naik Volvo, Vauxhall, dan BMW. Boleh tahan laju jugak la depa bawak kalau dipanggil untuk kes kecemasan. Pasang lampu biru dan siren.

Rasanya, siren tu punya la kuat. Siap ada lampu lip lap lip lap. Tapi kekadang pemandu kenderaan di hadapan buat macam tak tahu je. Tak nampak dan tak dengar atau buat-buat tak dengar. Macam menarik gak untuk dijadikan topik kajian: "Tindakbalas pemandu terhadap kehadiran kenderaan bantuan kecemasan". Ada yang memperlahankan kenderaan. Ada yang nampak gabra. Ada yang memberhentikan kenderaan. Ada juga yang sempat kena sumpah seranah ECP kerana tindakbalas yang tidak sesuai hingga melambatkan pergerakan kenderaan ECP.

Bila dengar siren atau nampak lampu kenderaan kecemasan, eloklah BERSEDIA memberi ruang dan keutamaan kepada kenderaan tersebut. Jangan bila kereta tu dah betul2 di belakang, baru nak cari tempat untuk berhenti atau mengelak.

Kalau nak berhenti, carilah tempat yang sesuai supaya depa dapat lalu dengan selamat. Jangan berhenti di selekoh, apatah lagi di selekoh yang ada double-line di tengah2 jalan. Ambulan tak boleh nak memotong kalau depa tak nampak jalan di hadapan. Berhenti di selekoh hanya akan melambatkan ambulan.

Satu lagi, berhenti dekat dengan pembahagi jalan. Pastikan jalan di hadapan tidak ada halangan seperti pembahagi jalan, traffic island, tiang lampu, dan sebagainya. Sediakan ruang yang cukup supaya ambulan dapat celus, kata orang Kuala. Kalau jalan tu sempit, pemandu kenderaan dari hadapan juga perlu memainkan peranan. Berhentilah juga supaya ambulan dapat memandu lalu dengan selamat.

Kalau dalam keadaan traffic jam macam di KL? Mike buatlah kajian yea... boleh bina pasukan kajilidik dengan MIROS dan IHSR.

Tuesday, October 19, 2010

Cobden ke Holywell

Dah tamat tempoh pengajian Marwan di Cobden. Cikgu-cikgu di Cobden beri feedback positif pasal perkembangan penguasaan bahasa Inggeris. Memang perasan ada perubahan yg mendadak. Sejak Marwan pergi ke Holywell untuk tempoh percubaan dua hari, penggunaan bahasa Inggeris di rumah boleh dikatakan naik dari 30% ke 60%.

Minggu ni cuti pertengahan penggal. Minggu depan kembali ke sekolah. Nanti pergi ke Holywell secara tetap; tak lagi ke kelas peralihan di Cobden. Agaknya, lepas ni angka 60 tu boleh menghampiri 90%. Ambil slang sini ... balik Malaysia nanti boleh cakap bunyi orang puteh..bukan bunyi orang Melayu yang cakap orang puteh.

Tuesday, October 05, 2010

tembakau&sirih: liputan media

Minggu lepas (selepas tersiarnya sajak Tembakau & Sirih di Berita Minggu), ada satu rancangan tv waktu pagi mengenai kebersihan dan kekotoran di sekitar UK. Satu kes yang diselongkar oleh pengendali program tersebut ialah tabiat meludah air sirih & tembakau.

Tinjauan dibuat di kawasan majlis perbandaran Brent (dekat dengan Wembley di London). Kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan untuk membuang sisa-sisa ludah yang mengotorkan harta awam: kaki lima, pondok bas, dinding bangunan, tiang lampu - semuanya jadi mangsa. Pekerja mengguna jet air untuk membuang kotoran.

Kos pembersihan dianggarkan £20,000 setahun. Itu baru kat Brent; belum masuk kawasan2 lain lagi. Majlis perbandaran terpaksa menjalankan kempen anti ludah. Sesiapa yang didapati meludah akan didenda sehingga £80.

Itulah hakikat untuk sebuah negara penjajah. Setelah penat menjarah hasil mahsul negara orang, kena cuci ludah keturunan yang dijajah. What goes around, comes around. Itu baru pembalasan di dunia. Pembalasan yang 'trivial' dan berskala kecil. Tunggu.

Monday, September 27, 2010

Tembakau dan Sirih

Sajak yang ditulis pada 15 September 2010 dengan tajuk Tembakau dan Sirih telah diterbitkan di ruangan Sanggar Kreatif Berita Minggu pada 26 September 2010. Alhamdulillah. Ini sajak ketiga yang terbit sejak bergelar pelajar PhD.


Kekerapan berjalan-jalan di Leicester telah mencambahkan idea untuk menulis sajak ini. Agak lama juga benih ini tersimpan. Ketika otak berserabut menulis manuskrip untuk jurnal dan juga bab 1 tesis, benih itu terpanggil keluar. Duduk mengadap PC, akhirnya berjaya menzahirkan idea. Sebelum menyambung kerja penulisan akademik, sajak itu dihantar melalui email.


Alhamdulillah. Masih ada rasa teruja bila tahu sajak itu diterbitkan. Terima kasih kepada yang memberitahu. Terima kasih kepada yang memberi galakan. Terima kasih kepada yang mengirimkan gambar muka surat 21 sisipan BM2.


Friday, September 17, 2010

Saya Tidak Simpan Duit

National Geogossip

17 September 2010

KUALA LUMPUR: "Saya langsung tidak pernah menerima apa-apa duit dari lelaki itu. Usahkan RM1,111.11, RM1.11 pun saya tak pernah terima. Saya tak sorokkan duit dia." Demikian penafian CT terhadap kenyataan seorang pelakon dan penyanyi yang tersiar di dada akhbar semalam.

Menurut pemilik nama penuh Cacing Tanah ini, dia amat terkejut apabila pelakon berkenaan membuat kenyataan akan menuntut wang dari bekas suaminya hingga ke lubang cacing. Dia tidak menyangka dirinya akan terbabit dalam pertikaian antara pelakon tersebut dan bekas suaminya.

"Saya menasihatkan pelakon tersebut agar lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan kepada pihak media. Jika dia ada bukti penglibatan saya di dalam hal ini, sila kemukakan. Kalau tidak ada, lebih baik diam sahaja. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah jika perlu" katanya lagi.

Dengan nada kesal, CT menambah, "Mengapa kediaman saya yang nak dijadikan mangsa. Lebih baik simpan wang tersebut di bank. Kepada lelaki berkenaan, jangan sesekali berniat menyorokkan duit di lubang cacing. Awas! Saya komposkan duit anda nanti," demikian amaran dari CT yang semakin kepanasan.

Thursday, September 16, 2010

lesen tv

"There will be no increase to the TV licence fee in 2011 after the BBC Trust offered to freeze it at £145.50 for the next two years."

That's the line in a news article published on the BBC website on 16 September 2010. Did you get the figure right? Yes...it is over one hundred pounds for a tv license that is valid for a year. That's about
RM800. Almost a month's salary for many blue collar workers in Malaysia.

And to imagine the kind of stuff the BBC put on tv and radio from the fee paying public. Some are downright obscene. Some are pretty violent. And they also pay a lot of money (millions of pounds) to employ celebrities who enrich the tv viewers' sin account with their outrageous antics.

Undoubtedly, there are also good programmes produced by the BBC. I've followed a Radio 4 show 'Just A Minute' regularly. The show is usually full of wits, humour (mostly clean), and amazing verbal performances. I can't imagine myself talking on a topic for one whole minute without deviation, hesitation, and repetition. If my performance on the research interviews were the standard, I'd be challenged for hesitation within the first 5 seconds of opening my mouth. I won't survive long on that programme.

Other good show includes 'educational' documentary. They usually present information in a coherent and interesting manner. But you do have to educate yourself on how best to make use of the information. Programmes about British Muslim in the UK, astronomy, Darwin, the history of Britain, and so on are informative. But, these must be viewed under the guidance of someone wiser: WG (wise guidance) sort of programme. Mind you, some Parents are not wise enough to give guidance to children who watch tv.

So, is it worth £145? Yes, paying £145 is better than risking a fine of £1,000 for watching tv without a valid license. Yes, some of the programmes are worth their production value. No, my cash should not have been used to produce despicable programme.

I'm ambivalent. Can we totally free ourselves from tv programmes?

Having fast internet connection seems to offer an answer. Now there are many free content on the internet to replace tv programmes. TV shows are made available online. And you can skip (partly) the advertisements as well. To watch the programme better, you can hook up the PC or laptop to the tv set. Ehem. But then you're still liable to pay the tv license, even though you're merely using it as a screen, rather than a terrestrial signal receiver. Ultra wide PC screen? Or may be I should find a projector at less than £145.

Wednesday, September 15, 2010

mana yang patut

kereta dah sampai masa untuk tukar minyak enjin
pergi la hantar ke bengkel

telefon dah tak berapa boleh nak pakai
pergi la baiki di kedai

seluar dah terkoyak-koyak
cepat-cepat la jahitkan

komputer tu dah mula meragam
sila lah beri perhatian

dah makin panjang senarai
banyak benda yang kena betulkan
letak balik atas landasan

sebelum itu
betulkan dulu kepala
yang menetapkan mana yang patut

Thursday, September 09, 2010

SHR

Bakar lemang di tepi kota
anyam ketupat di hujung jeti
walau lambang tidak di mata
semangat Syawal tetap di hati

nampak bulan di langit desa
nampak juga di langit kota
doa padaNya diampunkan dosa
sesama insan maaf dipinta

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Wednesday, September 08, 2010

Performance Review

Di hujung bulan Ramadhan ini, moleklah kiranya kita melakukan performance review.

Matlamat besar untuk yang ingin mengambil nikmat Ramadhan ialah taqwa. Kita sendiri mungkin tidak dapat melihat meningkat atau menyusutnya taqwa: Allah yang lebih tahu. Namun, kita dapat menilai diri sendiri dengan memerhatikan indeks taqwa secara umum (membuat apa yang Allah suruh, dan meninggalkan apa yang Allah larang). Indeks taqwa ini boleh diperincikan dengan menulis KPI dan (SMART) goals bagi diri sendiri, dengan mengambil kira perkembangan dan tahap jihad setiap insan berbeza-beza.

Maka, menjelang atau setelah berakhirnya Ramadhan, eloklah kita menilai performance kita sepanjang Ramadhan. Tercapaikah KPI dan goals masing-masing? Dapat bertarawikh secara berjemaah 20 kali? Dapat membaca 10 juzuk tafsir Quran? Berapa kali dengar lagu lagha di siang hari? Luluskah kita? Atau sekadar cukup makan? Atau kena repeat?

Lebih penting daripada bertanya tercapai atau tidak, kena juga bertanya mengapa pencapaiannya begitu. Penelitian sebegini penting untuk menulis KPI dan goals untuk Ramadhan depan. Ya, di hujung Ramadhan ini molek juga kita mula merancang agenda taqwa tahun hadapan. Analisis opportunities, threats, strengths and weaknesess boleh diguna untuk memastikan pencapaian kita di Ramadhan akan datang lebih baik daripada tahun ini. Kalau dapat solat tarawih berjemaah 20 kali disebabkan ada kawan dan transport ke masjid, maka pastikan dua faktor ini wujud untuk mengulang (dan memperbaiki) pencapaian tahun ini. Jika didapati pembacaan tafsir lebih lancar dalam bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu, maka di tahun hadapan bacalah tafsir dalam BI seawal hari pertama Ramadhan.

Tidak ada orang lain yang menilai kita dengan baik. Tidak ada first reviewer, dan tidak ada second reviewer. Kita perlu menilai diri sendiri dengan tujuan memperbaiki diri sendiri sebelum dijemput berjumpa Hakim yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, September 07, 2010

Lagu Raya yang ingin kudengari

Musafir Terpaksa di Aidilfitri

Kisah orang yang tersangkut di KL kerana lambat beli tiket untuk balik kampung. Penyanyi terpaksa menyambut raya dengan pekerja halal/haram dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, dan Myanmar di KLCC.

Rintihan Syawal

Kisah seorang bapa yang sedih kerana perbelanjaan untuk persiapan raya telah melampaui bajet. Rintihannya tidak diendahkan oleh keluarga dengan alasan ‘perbelanjaan ini tidak membebankan papa’.

Riang di Pagi Raya

Lagu ini menceritakan kegembiraan seorang hamba Allah yang telah berjaya mencapai berat badan ideal di pagi raya. Dia berkongsi kegembiraannya atas kejayaannya berpuasa penuh dan mengurangkan pembaziran makanan di waktu berbuka.

Salah tu Rahim

Lagu genre komedi ini menceritakan seorang lelaki yang jarang balik kampung. Kepulangannya ke kampung untuk mengeratkan silaturrahim tidak terlaksana kerana asik tersilap orang. Paling malang bila dia secara tak sengaja mengumpat pasal awek lama di depan suaminya.

Tiada Raya Bagiku

Lagu ini dicipta khas untuk mereka yang terpaksa bertugas di hari raya seperti polis, doktor, jururawat, penjaga pondok tol, dan dj radio. Lagu ini menceritakan pentingnya ada pihak yang tidak beraya untuk menjamin perayaan boleh disambut dengan meriah. Lagu ini juga digunakan sebagai tanda protes oleh dj radio yang dibatalkan cuti rayanya.

Joget Juadah Raya

Irama rancak dalam lagi ini sesuai dengan mesej yang ingin disampaikan. Lagu ini menggalakkan pendengar memantau makanan yang diambil sepanjang tempoh perayaan dan juga melakukan aktiviti fizikal yang ringan seperti berjoget. Lagu ini juga dikenali sebagai Joget Jaga Kalori.

Maaf @ Facebook

Lagu genre indie ini adalah satu pemerhatian social (social observation) tentang penggunaan Facebook sebagai medium menyambut hari raya. Penulis lagu mendapat ilham menulis lagu ini pada tahun lepas setelah kecewa kerana tidak mendapat walau sekeping kad raya.

Thursday, September 02, 2010

karangan: kamera saya

Saya ada sebuah kamera. Kamera itu berjenama Nikon. Saya beli kamera itu dua tahun yang lepas. Saya beli di sebuah kedai fotografi di pekan Loughborough.

Saya pernah guna kamera di beberapa tempat di England, Wales, dan Barcelona. Saya ambil gambar pemandangan, bunga, orang, dan macam-macam lagi. Saya suka ambil gambar.

Sekarang kamera saya mula meragam. Kadang-kadang saya tidak boleh ambil gambar menggunakan kamera itu. Saya rasa, komputer pada kamera itu sudah bengong. Bila saya tekan butang untuk ambil gambar, tidak ada bunyi klik. Ada juga terjadi, kamera itu klik terlalu lama sehingga gambar yang diambil jadi cerah secerah-cerahnya. Maka, hati saya pun jadi sedih.

Saya berharap kamera saya masih boleh dipakai. Sementara kamera itu boleh mengambil gambar, saya hendak mengambil gambar. Janganlah komputer kamera itu bengong sebengong-benonggnya. Sebab duit saya tidaklah banyak sebanyak-banyaknya untuk membeli kamera baru. Sekianlah saja karangann saya yang bertajuk Kamera Saya.

Friday, August 27, 2010

ada apa pada waris?

"Someday, all this will be yours", mungkin begitu kata seorang jutawan, hartawan, (dan pastinya bukan seorang perawan) kepada anaknya dikala dia menunjukkan bangunan2, kilang2, factory2, dan jajah takluk empayar perniagaannya. Ke mana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi (kecuali bagi Warren Buffet yang bakal menyerahkan hartanya kepada badan kebajikan). Penat2 membangunkan empayar, tak kan nak diserahkan kepada orang yang tiada pertalian darah?

Mewariskan harta memang perkara normal, kata penulis wasiat.
Mewariskan genetic materials memang hukum evolution, kata Darwin.

Dapatkah waris2 itu nanti menggunakan genetic materials dan physical materials sebaik2nya? Dalam generasi ini, kita dapat lihat heirs to the throne (literally and figuratively) yang berpotensi melingkupkan empayar yang mereka akan terima. Berapa ramai bakal pewaris yang hidup senang lenang, tak reti (i.e. tak kisah) nak bekerja sebab dah biasa hidup senang lenang (unless you're anak Warren Buffet, you know you'll not get much). Berapa ramai pewaris takhta yang hidupnya mengeksploit harta mak bapak, dan tidak melakukan penambahan terhadap harta.

Yang dipaparkan dalam filem 3 Abdul, sebanyak manapun harta yang diwarisi (4 juta pound sterling sorang!), jika tiada kebijaksanaan dalam menguruskan harta, semuanya boleh lenyap sekelip mata. Mungkin hanya kerana hilang upaya mengawal marah. Dah kena lelong. Di zaman kita ni, ramai juga yang hilang harta kerana hilang upaya mengawal ghairah nak cepat kaya. Lebur harta simpanan kepada pengurus skim piramid, penyangak dan gagak matawang.

Gara-gara tiada paksi hidup, empayar sebesar manapun boleh runtuh.

Nabi Ibrahim a.s.. dan Ismail a.s. pernah berdoa.

"Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; [2:128]

Mereka tidak berdoa untuk mendapat hak menjadi AJK Pengurusan Kaabah secara turun temurun. Mendapat keturunan yang tunduk kepada Allah itu lebih penting.

Sekali lagi, Nabi Ibrahim berdoa:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. [14:40]

Bersembahyang itu sebahagian dari tanda tunduknya seorang hamba kepada Penciptanya. Ini contoh doa yang baik dari seorang bapa kepada anak cucunya.

Secara umumnya pula, antara ciri orang-orang yang diredhai Allah diterangkan dalam ayat ini.

"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. [25:74]

Yang utama didoakan bukanlah kekayaan harta benda. Menjadi juara dalam bab taqwa jauh lebih penting daripada menjadi juara Akademi Fantasia mahupun juara Olmpik acara bina-dan-tunjuk badan. Setakat cantik luaran (sejuk mata memandang) tidak cukup. Ada rumah besar, anak2 yang berkelulusan tinggi, gigi tersusun cantik selepas mengguna braces, bercuti di Disney World bersama2. Yang cantik di mata itu belum cukup cantik kalau tak diserikan dengan taqwa. Kecantikan luaran untuk santapan dunia. Kecantikan taqwa untuk keselamatan dan hasanah di akhirat.

Iman (penyerahan diri kepada Allah), amal (cth: solat), dan taqwa lebih utama dari empayar dunia. Iman, amal dan taqwa itulah yang dapat menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat. Orang yang beriman dan bertaqwa mempunyai 'garis panduan' yang jelas dan kukuh untuk menguruskan kekayaan. Iman dan taqwa juga dapat memotivasikan sesorang untuk menambahkan yang ada, bukan sekadar menghabiskan beras.

Iman tidak dapat diwariskan; berdoalah agar waris-waris dapat memperolehnya.

Terjemahan ayat Quran dipetik dari http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

Wednesday, August 25, 2010

pantun bulan posa

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan engkau makan
bulan puasa kau buat tak tahu

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
waktu siang memang la lapar
tapi idok le membawa mati

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
makan berbuka sampai termengah
alamat perut sangkut di meja

buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
bulan posa bulan belajar
kawal selera kawallah makan

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
kuih raya senang nak cari
jangan dimakan di waktu siang

dari mana hendak ke mana
tinggi lalang dari padi
tadah tangan nak duit raya
dah besar panjang sedor le diri

Sunday, August 22, 2010

when neurons went on strike

When things are not going to the way you want them to do. Sitting, in a stand off with the PC, hoping it would complete the job for you. I'd rather do something else.

















Fortunately, the following questions, especially the first one, do not apply to me.

















But the question highlighted in blue below is very relevant. Just show how many people have actually tried to get answers to that questions. So, there's plenty of people in the same boat. What's your answer?

Wednesday, August 11, 2010

refleksi khutbah Jumaat















Kita lahir di dunia.















Kita terikat dengan masa yang beredar.















Kita dirancangkan untuk mengikuti alam persekolahan. Diajar untuk bercita-cita. Berazam untuk berjaya.















Kita merancang kehidupan untuk diri sendiri. Mengejar habuan dunia untuk hidup di sini. Lagi dan lagi.















Banyak agenda yang diletak dalam kehidupan. Banyak yang kita impikan. Banyak yang dikejar.














Tapi kita mesti ingat. Masa akan terus berlalu. Tapi kita tidak selamanya bergerak dengan masa. Kita akan tiba di sempadan hidup. Dan tinggallah impian sebagai impian yang tak kesampaian.

Selalu-selalulah mengingati mati.

Sunday, August 08, 2010

Jokes dalam kereta

On the way balik ke Lboro setelah seharian di Peak District, satu bentuk hiburan dibangkitkan untuk mengatasi kelesuan semasa memandu. Marwan mencadangkan bermain teka-teki. Ada beberapa teka-teki yang boleh diletakkan di sini.

Soalan.

1. Kereta apa yang rodanya di atas?
2. Jam apa yang boleh dipakai ramai-ramai?
3. Marwan likes to watch Naughty Naughties Pet. But what kind of pet, when you put in a car and go for a ride, will disappear?


Jawapan.
1. Kereta kabel
2. Jamban
3. Petrol

Friday, August 06, 2010

mohon Visa UK

Ada perkara yang tidak diberitahu di website agensi pengurusan permohonan visa UK. Kalau nak apply visa, ingatlah perkara2 berikut.

1. Salinan dokumen TIDAk perlu disahkan jika dokumen asal ada diserahkan sekali.
2. Salinan dokumen perlu disahkan oleh PEGUAM jika dokumen asal tidak diserahkan.
3. Dokumen perlu diterjemahkan ke bahasa orang puteh oleh agen2 yang bertauliah sahaja. Walaupun borang tersebut borang dwi-bahasa, mungkin borang tersebut diisikan dengan entri berbahasa Melayu sahaja. Jadi, perlulah borang tersebut diterjemahkan juga.

Berkaitan perkara 3, tertarik sangat sebenarnya nak menyenaraikan beberapa assumptions yang mungkin ada di pihak yang memproses permohonan.

1. We couldn't care less to learn bahasa Melayu.
2. We don't have any access whatsoever to anyone who understand BM.
3. We can't be bothered to hire staff who understand BM.

tips tulis manuskrip untuk jurnal

Bila berdepan dengan masalah, baru nampak perkara2 yang boleh dibuat untuk mengelakkan masalah tu daripada berulang. Berikut antara perkara2 yang sesuai diamalkan dalam menulis manuskrip untuk jurnal.

1. Buat satu folder khas di PC/memory stick/hard drive untuk simpan semua fail yang berkaitan dengan manuskrip. Memang akan ada banyak fail yang akan bersarang di folder ini. Amalkan menyimpan setiap draf yang telah dibuat. Jangan lokek ruang simpanan PC untuk mengumpulkan draf manuskrip. Setiap kali buat perubahan kepada manuskrip, simpan ia sebagai fail yang berasingan.

Pasti ada banyak perubahan yang akan berlaku kepada manuskrip tu. Perubahan tu boleh datang dari diri sendiri, dari penulis bersama, dari penilai tak rasmi, editor, dan juga pewasit.
Jangan rasa pelik kalau folder tu ada sampai berbelas2 draf. Simpan semuanya. Harap2nya, di satu masa akan ada fail yang 'menetas' dan terbang ke meja editor dan diterima untuk diterbitkan.

2. Bila mencetak draf, pastikan ada tarikh cetakan dan juga nombor versi draf tersebut. Simpan setiap cetakan, terutama yang telah diconteng dengan komen2, nota, dan catatan-catatan lain. Nombor versi draf penting untuk memastikan penulis dapat mengesan perkembangan manuskrip. Lebih daripada itu, ia juga dapat memastikan penulis sedar versi mana yang sebenarnya paling baru (terutama jika soft copy tidak dapat dikesan).

3. Bermurah hatilah dalam merujuk kepada artikel yang diterbitkan dalam jurnal yang hendak diajukan manuskrip itu. Bila ada orang merujuk (citing) artikel, 'impact factor' jurnal akan bertambah baik. Jadi, berbuat baiklah kepada jurnal berkenaan dengan merujuk artikel yang sedia ada. Amalan ini juga boleh meyakinkan anda (dan editor) bahawa manuskrip anda sesuai untuk diterbitkan dalam jurnal berkenaan.

Itulah antara beberapa perkara yang dipelajari dan dialami setakat ini.

Wednesday, July 21, 2010

Aku Lain-Lain Perkara

Di celah-celah kertas-kertas cadanganmu
mungkin tercatat hasrat dan impianku
maka itu kau tekun menelitinya
satu persatu

Kertas laporan yang kau tulis
dengan penuh fokus dan gigih
mungkinkah ada imbasan suaraku
atau surihan nafasku?

Adakah kau mencari aku
dalam timbunan fail mejamu
kerana di situ ada piawaian carakerja
prosedur menghargai aku?

Sekali-sekala lihatlah aku
di antara helaian minit mesyuaratmu
ada saja namaku dicatat
untuk lain-lain perkara

Di manakah hendak kuletak diri ini
bila tidak lagi
menjadi agenda utamamu

Tuesday, July 20, 2010

wasn't meant to be

Hari ini hari Selasa. Inilah hari yang sepatutnya menjadi hari pembentangan kertas kerja di Miami. Tapi, disebabkan tidak mendapat visa USA, tidaklah dapat membentangkan sendiri kertas kerja tersebut. Telah diwakilkan kepada rakan sepejabat untuk membentangkannya.

Apa pun, yang penting, dah bertambah satu lagi penerbitan untuk projek PhD ni. Alhamdulillah.

Friday, July 02, 2010

teka teki

Dalam banyak-banyak bas, bas apa yang susah nak kering bila dah basuh?



Basah

Monday, June 28, 2010

Sehari Satu Pengetahuan

Hari Jumaat:

Kalau nak keluarkan duit tunai, boeh guna ATM. Kalau nak keluarkan want tunai melebihi had ATM, kena pergi ke kaunter. Kalau nak keluarkan duit di kaunter, kena pakai chequebook. Tulis cheque untuk diri sendiri.

Hari Ahad:
Kalau pakai baju kuning, mudah jadi tarikan. Di tapak car boot sale, lalat-lalat kecil sungguh tertarik dengan warna kuning sehingga tak tertepis-tepis. Maka 'terpaksalah' beli baju lain yang bukan berwarna kuning. Nasib aik kat carboot, dan bukannya gedung Dolce&Gabbana.

Barulah pakcik tau!

Wednesday, June 23, 2010

Exclusive?

"It is not immediately known if Khalid would buy his wife a new car to go with the "exclusive" registration number plate although she has a car." (source: NST online)

=============================

Amendanya yang exclusive tu? KCT 1 = eksklusif?

Weh... plet nombor AY 4646 dan SAA 4803 B pun eksklusif jugak. Bila sebuah kereta Kancil didaftarkan dengan nombor tu, kenderaan lain tidak boleh (excluded) menggunakan nombor tu. Tak de orang lain kat Malaysia yang boleh pakai nombor tu. Memang sistem pendaftaran kenderaan di Malaysia mewujudkan nombor2 yang eksklusif.

Nasib baik la wartawan yang tulis ayat tu ada letak quotation marks di luar perkataan exclusive. Mungkinkah exclusive bermaksud mewah? Mengapa tidak dinyatakan sebagai PRICEY atau EXPENSIVE?

Kalau nak menghuraikan beg tangan jenama LV, mungkin sesuai menggunakan adjektif exclusive. Orang yang tak cukup kaya memang terkeluar (excluded) daripada realiti membeli bag tangan yang berpuluh2 ribu ringgit harganya. Walaupun ada beratus-ratus bag tangan berkenaan di Bukit Bintang, orang yang tak cukup duit tak kan mampu membelinya. Usahkan membeli, entah2 nak masuk kedai tu pun rasa segan. kewujudan kedai tu sendiri mewujudkan suasana yang menghalang kemasukan sesetengah orang. Jadi, pemilikan beg tangan tersebut bersifat exclusive (yakni meminggirkan orang2 yang tak cukup duit).

Di Afrika Selatan, suatu masa dahulu, pernah juga wujud tandas yang eksklusif. Tandas tertentu hanya boleh dimasuki oleh orang berkulit putih. Orang berkulit hitam tak boleh masuk. Tandas eksklusif ini wujud dari sistem aperteid. Ini eksklusif yang racist.

Perlukah dibanggakan sesuatu yang eksklusif?

Friday, June 11, 2010

Bergantung

bila nak balik?
bergantung

bila nak terbang?
bila tumbuh sayap

dah dapat lesen terbang?
belum

masih bergantung
terpaksa
bukan terhegeh-hegeh menagih
dibuat bagai pengemis
duit diambil mulut dikuncikan

megahlah kamu menjajah
dan kini mengurung diri dalam penjara bernama sekuriti
kerana takut duri yang timbul
dari lipatan sejarah menjarah
kau sebenarnya makin parah
pooorah!

judi, berjudi, dan perjudian

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini meminta mereka yang membuat pelbagai dakwaan berhubung pemberian lesen pertaruhan bola sepak agar tampil menyumbang idea untuk mencegah isu perjudian haram. (MStar Online - mstar.com.my).

Teman ni idok le ada pasukan penyelidik, pencari maklumat, dan pembuat dasar. Tapi, ada le dua tiga kerat idea untuk Pak Menteri.

1) Pecat semua ahli kabinet yang diketahui gemar berjudi. Deme tu pemimpin: kalau kepalanya dah busuk, badannya pun mudah busuk. Idok le teman nak ngatakan ada hubungan causal antara tabiat berjudi pemimpin dan tabiat berjudi rakyat. Tapi, kalau Pak Menteri-pak Menteri bersih-judi, lagi la kuat political will dan kesungguhan untuk menghapuskan perjudian (tak kira la yang 'haram' atau 'halal') dalam negara. Dalam kata lain, buangkan segala vested interest dalam aktiviti mahupun penganjuran judi di kalangan pembuat keputusan dan penguatkuasa undang2.

2) Banyak kelab dan persatuan sekolah yang boleh menyumbang untuk mengurangkan minat berjudi di kalangan 'budak-budak' luar sekolah. Kelab Pengguna, Pengakap, Pandu Puteri, ataupun mana2 persatuan yang masih kekurangan aktiviti, boleh buat aktiviti 'Penyelidikan Tabiat Berjudi" dengan melakukan pemerhatian secara langsung di kedai 4Nombor Ekor, Sports Toto, dan lain2 rumah perjudian. Digalakkan murid2 sekolah secara berkumpulan duduk di depan kedai judi dan membuat catatan tentang siapa yang mengunjungi rumah perjudian. Mungkin boleh buat bancian jantina, bangsa, dan lain2 maklumat demografik. Kalau mereka lebih berani, buat interview dengan pembeli2 nombor 'ramalan' tu. Mungkin ada yang membeli bagi pihak orang 'melayu'. Kalau dapat kes macam tu, sila terjah ke akar umbinya: interview orang melayu tersebut. Salah satu soalan yang nak dicadangkan, "Tak reti2 nak tobat ke?" Kalau 'budak-budak luar sekolah' ni tak reti2 nak segan dengan budak sekolah, tak tau le. Memang dah jadi penjudi tegar la tu.

3) Apa kata kalau Pak Menteri mengepalai solat dan doa hajat untuk kurangkan 'isu' perjudian haram. Lebih elok lagi kalau Pak Menteri berdoa agar aktiviti perjudian haram berjurangan; bukan sekadar nak kurangkan ISUnya saja.

Monday, May 10, 2010

menyusukan kera

"Kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kelaparan."

Sekali pandang, memang terasa pelik dengan kelakuan manusia yang kelihatan mengutamakan kera di hutan daripada anak di rumah. Pelajaran Bahasa Melayu di sekolah cukup untuk menjelaskan maksud apa yang kelihatan di mata kasar. Namun, untuk mentafsir (atau explain) apa yang dilihat (observed), lebih banyak maklumat yang perlu dikutip. Sudut pandangan yang berbeza perlu dikutip sebelum meluluskan satu resolusi mengutuk orang yang menyusukan kera.

Kalau di tanya kepada yang menyusukan kera itu, mungkin dia fed-up dengan anak yang asyik berjalan-jalan, tak melekat di rumah. Sibuk mencari candu dengan kawan-kawan di luar rumah. Bila badan sudah lesu dengan candu, barulah terketar-ketar balik mencari susu di rumah. Waktu susu penuh dan melimpah di rumah, tak ingat rupa tangga rumah sendiri. Jadi, apalah salahnya susu itu diberikan kepada kera, daripada dibazirkan begitu saja.

Kera yang di hutan itu pula mungkin berkata, "bukan aku yang meminta, dah orang beri sedekah, terima aje lah". Kalau dihalang perjalanan penderma susu itu, mungkin marah sang kera kerana menyekat rezekinya. Bukan salah dia. Tak ada kaitan rezeki yang dia terima dengan nasib yang menimpa anak manusia itu di rumah. Mungkin juga si kera yang seekor itu pandai berterima kasih sehingga tidak lokek penderma itu meneruskan amal jariahnya.

Adat hidup di rimba, kera-kera lain di hutan mungkin pula berasa cemburu. "Mengapa kera seekor ni yang dapat susu? Kami yang lain ni tak layak ke? Sampai hati." Mudahlah timbul rajuk di kalangan kera-kera yang tidak mendapat layanan istimewa dari penderma susu ini. Tak mustahil ada kera yang cuba membuat tipu daya supaya kera yang telah kenyang itu tidak lagi mendapat susu. Paling-paling tidak, mereka akan mengumpat sesama sendiri - "kera seekor itu tukang ampu!" Ataupun, merajuk dengan penderma susu. Perlu ke penderma susu tu nak ambil kisah?

Kera yang merajuk dengan penderma susu ni, mungkin merasakan diri mereka lebih layak disusukan. 'Layak' itu mungkin dinisbahkan kepada susur galur sejarah ("kami lebih dulu mewujudkan hubungan dengan penderma susu"), geografi ("tempat tinggal kami lebih dekat dengannya"), sosial ("kami yang lebih kerap bertandang ke rumah pakcik tu"). Faktor 'perasan' pun boleh dimasukkan dalam senarai. Kera-kera itu perasan mereka lebih 'dekat', lalu lebih 'layak'. Itulah sebabnya mereka kecil hati bila susu tidak sampai ke riba mereka.

Salah si penderma susu mungkin kerana tidak perasan kera-kera yang lebih 'layak' itu. Kera yang seekor itu juga yang dinampaknya; pilih bulukah? Mungkin di sini sesuai untuk melangkah setapak kembali ke belakang - kera perlu dibandingkan sesama kera, tak sama anak sendiri. Perlukah timbul perbalahan sesama kera sedangkan yang lebih utama dipertikaikan adalah hak antara anak dan kera? Adakah kera-kera yang cemburu itu merasakan diri mereka sepatutnya diangkat lebih tinggi dari seekor kera ke tahap seorang anak?

Seperti kera-kera di rimba, jiran-jiran pakcik atau makcik penderma susu itupun mudah juga terjebak dalam sesi pengumpatan bermai-ramai. "Wah....mentang-mentang banyak susu, kera pun disusukannya!" Ewah....sedap mulut mereka mengumpat; lupa busuk bau belacan di mulut sendiri, mereka lincah mengumpat macam kera kena belacan. Mereka tidak kuasa pula mengambil tahu mengapa susu diagihkan ke hutan. Yang penting, mereka cuba melindung rasa terkilan kerana tidak dapat susu; dan anak-anak mereka kurus tidak cukup vitamin dan kalsium.

Kalau nampak kera di hutan disusukan, janganlah cepat menghukum penderma susu. Cubalah untuk memahami mengapa itu jalan yang dipilih. Jangan sampai melaksanakan hukuman berdasarkan bukti yang sekecil sekangkang kera.

Monday, May 03, 2010

best tak?

"Best ke duduk kat UK?"

Itu soalan yg biasa ditanya. Jawapan biasanya pulak "ada yg best, ada yg tak best".

Memang lagi best duduk kat Malaysia. Tapi, di mana-mana pun, sebenarnya ada yang best dan tak best. Kalau nak difikir perkara2 besar, ada advantages study di UK ni. On top of that, hidup di perantauan ni banyak memberi peluang utk mematangkan diri. Tapi, kalau nak dihitung perkara2 kecil, ada yang kurang best duduk di UK ni.

1) makanan cepat sejuk. Kalau makan laksa...sebelum sempat habis kuahnya, dah jadi sejuk, terutama pada musim sejuk. Air teh dan kopi pun macam tu. Tak leh nak sembang lama2 masa minum teh. Kena make sure teh diminum sebelum hilang panasnya.

2) aktiviti luar banyak dipengaruhi cuaca. On some days, cuaca berubah2 dalam tempoh sehari. Sekejap mendung, sekejap panas. Macam pagi ni: mendung, panas, hujan batu, panas, hujan .....dan belum masuk waktu asar lagi ni. So, kalau nak keluar, memang kena selalu update laporan cuaca.

3) tak dengar azan. Nak bina masjid pun payah, apatah lagi nak laungkan azan secara public. Suasana hidup di Malaysia memang tak terasa bila tak dengar azan setiap hari. So, ramai kenkawan di sini yang pasang perisian azan dan waktu solat di komputer atau hand phone masing2.

Perkara2 kecik yg best di sini pulak macam mana? Datang le sini utk merasa sendiri apa yang best.

Sunday, May 02, 2010

literary happiness

It was supposed to be a birthday present for myself. I sent a poem to the Berita Minggu a week before my birthday. The birthday arrived, but the present did not make an appearance. I have all but forget (and gave up hope) on that poem.

However, today, I was pleasantly surprised with a delayed present. That makes my day. Alhamdulillah.

Saturday, May 01, 2010

i must be crazy

"I must be crazy to do this"

The events leading towards me saying that sentence started with me driving to Birmingham in the fading light of Friday. My friend (Zul, a Malaysian) and his house mate (a Slovak) are leaving Birmingham soon. A last visit was in order before they move.

Zul invited me to join a farewell dinner organised by his office mates. His colleague picked us up and drove us to Nandos restaurant at Star City. I was happy to be part of the celebration. The banter during dinner was great. I did not contribute much to the back-and-forth verbal exchanges, but I can see why Zul was happy working in Birmingham. During dinner, somebody made a suggestion, perhaps jokingly, of taking the fun fair rides outside the restaurant. In my heart, I was saying, "no way, jose."

But the jokes turned into reality. The guys were serious about taking the rides, only two of which are still opened. We even got to enter for free, considering it was past 10pm and only visitors were sparse. Dreading what would happen, I took a good look at the two rides: Tango and Reverse Bungee. Which would be more agreeable to my full stomach? The Tango spins and swings for much longer than the tumbling action of the reverse bungee. So, I decided for the bungee.







































It looked positively scary. I tried to block as much thoughts as possible, especially of the Solero Shot ride at Genting Highlands. I joined Zul's half-Spanish friend for the two-person ride. As the ride attendant strapped me securely on the seat, I said to my ride mate, "I must be crazy to do this."

Without much warning, we were shot upwards. The spherical cage rolled on its horizontal axis, sending the two screaming inhabitants upside down half of the time. I swore I've screamed my lungs out, as if letting out the horror violently outwards from the pit of my gut. But it was not all bad horror; I actually screamed for being satisfied as well.

All in all, is was one heck of a ride. I'm glad that no body did a good job of containing all fluid inside, other than some saliva that seemed to evaporated into the atmosphere. The Nandos chicken were safe. But my knees were shaking for a good part of 15 minutes. Wow.....what an adrenaline rush. It is not often I do something like this. But it was more than just fun: it was cathartic. The fading light of Friday gave way to a laughter-filled black night.

Adios Zul and Ivan! Thanks for the company and good times.





















Friday, April 30, 2010

Kutiba

Dalam bulan Ramadhan, biasa la, rajin sket nak baca Quran. Di awal2 bulan, masa masih kuat semangat, surah al-Baqarah dibaca untuk sekian kalinya. Begitulah juga dengan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, dapat membacanya. Sebagai tambahan, dapat juga mengulang semula membaca tafsiran surah ini. Kali ini, tertarik dengan tiga ayat yang berhampiran. Pada ketiga-tiganya ada difirmankah arahan yang jelas. Kalimah kutiba (telah ditulis/dituntut untuk kamu) digunakan dalam ketiga-tiga ayat iaitu ayat 178, 180, dan 183.

Selama ni, perasan kutiba bab berpuasa sahaja. Mungkin sebab ayat 183 tu selalu diulang dalam ceramah, khutbah dan pelajaran. Namun, bila membaca semula al-Baqarah kali ini, baru perasan ada kutiba lain yang lebih dulu disebut dalam surah al-Baqarah. Bukanlah nak cuba menjadi ahli tafsir dalam merenungi susunan arahan ini. Namun, kesan pembacaan terasa kuat untuk menilai diri sendiri. Jika arahan untuk berpuasa boleh dilaksanakan, mengapa dua lagi arahan yang berdekatan (dalam al-Baqarah) belum dilaksanakan?

Mungkin arahan untuk pelaksanaan hukum kisas tidak mampu dibuat secara peribadi. Perlu menuntut pihak kerajaan melaksanakannya. Kalau itu tidak mampu dilaksanakan, buatlah arahan yang kedua, iaitu menulis wasiat. Memanglah berpuasa itu sebahagian rukun Islam. Bila itu boleh dilaksanakan, lengkapkanlah dengan perintah-perintah lain dari Allah s.w.t.. Mudah-mudahan Allah memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita. Amin.










O ye who believe! the law of equality is prescribed to you in cases of murder; the free for the free, the slave for the slave, the woman for the woman. But if any remission is made by the brother of the slain, then grant any reasonable demand, and compensate him with handsome gratitude, this is a concession and a Mercy from your Lord. After this whoever exceeds the limits shall be in grave penalty.





It is prescribed, when death approaches any of you, if he leave any goods that he make a bequest to parents and next of kin, according to reasonable usage; this is due from the Allah-fearing.





O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint.


Source of Quranic text and translation: www.muslimaccess.com