Wednesday, December 14, 2011

Berlari....

...aku dinanti kau setiap hari.

'kau' di sini ialah kerja.

Kena berlari sokmo kerana 'kau' menunggu. Kau yang kecik, dan kau yang besar. Yang penting, kurang penting, dan tak tau kenapa jadi penting. Kau-kau itu melompat-lompat menunggu aku sampai.

Ada kau yang telah merajuk lari; tak sanggup terus menunggu.
Ada kau yang masih menunggu; walau garismati telah dipotong bilah masa.
Ada kau yang masih di awangan; bersusun bagai jambatan ke tingkat-tingkat yang diimpikan.

Aku dah bingung.

Friday, December 09, 2011

Serba merah

Minggu lepas, macam kebetulan pulak wujud serba merah. Baju, sapu tangan, stokin: ada warna merah. Tapi, yang paling meriah kemerahannya ialah tesis yang telah dijilid. Masa ambil tesis di kedai fotokopi, macam kembang kempis hidung kerana telah berjaya menyudahkan kerja-kerja berkaitan PhD. Kalau ikutkan betul-betul, ada beberapa perkara lagi yang perlu disiapkan. Tapi, tesis yang wujud zahir di depan mata bagai menjeritkan bahawa pengajian kedoktoran sudah selesai. Alhamdulillah.

Maroon warna kulit tesis. Puas melihatnya cantik dan kemas. Rasa nak cium-cium.


Lesen

Selepas mengepos bungkusan ke KPT, terlintas untuk menyemak lesen memandu. Rasanya, sah sampai awal tahun depan. Nyata 'rasa' itu tidak tepat. Lesen memandu akan tamat minggu depan; tak sempat bawak ke tahun depan.

Elok juga pejabat pos ada dalam kampus. Senang nak berurusan. Jadi, terus berpatah balik ke pejabat pos. Maka, pada hari ini, lesen memandu telah diperbaharui: sah sehingga hari jadi yang ke berapaentah pada tahun 2017 nanti. Harap-harap mudah ingat tarikh perlu perbaharui lesen. Tak perlu lagi bergantung kepada 'rasa', insyaAllah.