Sunday, May 31, 2009

Happy Happy

It's so nice to see you again. You don't look much different from the last time I saw you. The peach baju Melayu still fits you well.

Congratulations on getting the third place in your ujian. 90/100 for the BM paper is great!!! Keep up the good work.

Hope you enjoy the time spent in kampung.

Saturday, May 30, 2009

Research Ideas

Why do people forward chain mails?

Based on a personal experience recently, I ask myself this question. I believe it can be transformed into a worthwhile research question.

An in-depth interview could be carried out to discover the factors affecting the decision to forward or stop the distribution of chain mails. The investigation should include people from different religious and educational background. 

A theory or model of compliance can be used to guide the investigation. Thus, a social psychology perspective can be used in this research.

The output from the research can be used to inform interventions for stopping chain mails. 

Research Ideas

How much responsibilities do the nurses assume for patients' safety? 

Patient safety is a big topic in ergonomics. In a recent Annual Conference of the Ergonomics Society (UK), Professor Peter Buckle mentioned that PS is a huge field where ergonomists can do a lot of works.

Sue mentioned in a meeting recently that the design of hospital wards in the USA and UK are different. One point that interest me was the appointment of 'patient sitters' in the USA. They are hired to monitor the patients. Supposedly, this can reduce cases of patients falling, slipping, etc. Thus, in this environment, the hospital is taking responsibility by appointing personnel to ensure patient safety. 

What about in Malaysia? Given that family members regularly accompany patients in wards, do the responsibility of ensuring patient safety shifted from the nurses to the family members? This is an interesting question to follow up. 

Methods to answer this question include semi-structured interview, focus group discussion, and survey. Any takers among psychology students? Or future post-grads? 

Thursday, May 28, 2009

Read alone (DO NOT DELETE)

Read alone (DO NOT DELETE)

Begitu tajuk email yang diterima. Kata-kata pada tajuk itu merentap tangkai hati. Terasa ada unsur ugutan dan ancaman. Bukan fizikal yang takut terdera, tapi iman.

Kandungan email, seperti yang dijangka, bercirikan surat berantai. Kalau tak dibaca sampai habis, maka akan ditimpa bala. Beberapa cerita dijadikan 'bukti' tentang bahaya atau padah mengabaikan email itu. Terdetik dalam hati, "patutlah disuruh baca ALONE". Lebih mudah menguasai pemikiran penerima email jika dia bersendirian. 
 
Ada unsur kurafat dalam amalan memanjangkan surat berantai i.e jika terbit keyakinan 'bala' akan menimpa jika tidak memanjangkan email ini. Seolah-olah surat berantai mempunyai kekuatan dan daya untuk menetapkan serta mengubah qada dan qadar manusia. Wajarkah meletak kekuasaan surat berantai di paras yang sama dengan kekuasaan Allah?
 
Jangan sampai takut kepada bala, iman jadi korban. Hilang iman, itulah bala sebenar. Rujuklah kepada pakar bidang agama untuk mencari yakin dan ketengangan berkaitan isu surat berantai.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran."

Dengan niat ingin menjauh dari kerugian, ayah menegur pengirim email berantai itu. Ini antara respon kepada teguran ayah.

Saya cuma antar emel. kalau awak rasa awak tak suka, awak boleh delete. 

Alhamdulillah, ayah dah delete.

Saya rasa tidak ada kaitan dengan akidah sekiranya kita tidak mengaitkannya dengan akidah kita.

Errr.... hukum logik mana yang dipakai ini? X tidak berkait dengan Y jika kita tidak mengaitkan Y dengan X. Memang la. Tapi, point yang nak disampaikan ialah X memang berkait dengan Y, samaada kita mengaitkan kedua-duanya secara sedar atau tidak. Katakan seorang Muslim bersembahyang kepada patung Buddha. Bolehkah dia menafikan perbuatannya itu syirik dengan berkata sembahyangnya itu tidak berkaitan dengan akidah? 

Iman dilihat dari iktikad (kepercayaan dalam hati), pengucapan lisan, dan perbuatan. Maksudnya, iman boleh dibina atau dirobohkan dengan hati. Walaupun lisan dan perbuatan tidak menduakan Allah, hati masih boleh menduakan Allah. Jika hati percaya surat berantai berkuasa membawa bala, maka di mana letaknya iman? Hal ini memang berkait dengan akidah, sama ada secara sedar ataupun tidak.

Semua orangpun tau orang boleh antar apa-apa sahaja menggunakan internet dan hanya manusia yang tidak tau berfikir sahaja yang mengikut 100% apa yang dihantar dengan mereka.

Sambungannya, manusia yang tidak tau berfikir sahaja yang mengikut 100% apa email yang diterima mereka. Kalau email tersebut menyuruh sebarkan kepada 10 orang, disebarkannya kepada 10 orang. Jika email menyuruh baca ALONE, dia pun baca ALONE. Orang yang berfikir boleh menyediakan justifikasi kepada tindakan mereka. Apa justifikasi untuk memanjangkan surat berantai?

Saya tidak berniat langsung mahu memesongkan akidah sesiapa cuma sebagai pelajar psikologi dan muslimat, saya lebih suka menggalakkan orang berfikir dan berkongsi idea secara telus dan berbudi bahasa.

Berhati-hatilah. Dengan niat yang 'murni', kita masih terdedah kepada mendapat saham merosakkan akidah orang lain. Adalah sangat bahaya untuk mengandaikan semua penerima email mampu menangkis serangan terhadap akidah mereka. Apakah inti pati surat berantai yang "menggalakkan orang berfikir dan berkongsi idea"? Dengan suruhan untuk membaca alone, dan pendekatan menakut-nakutkan, surat tersebut sebenarnya menutup ruang untuk berfikir. Tiada ruang untuk melapangkan minda dan menilai secara kritikal. Jangan berfikir lama-lama, tekan saja butang Forward. 

Apa sebenarnya mesej surat berantai itu? Di manakah kandungannya yang BENAR, dan di manakah SABAR? 

Jika Marwan menerima email atau surat seperti ini, abaikanlah saja. Tiada kuasa dan daya melainkan dari Allah. La hawla wa la quwwata illa bi-Llah. Carilah yang benar dari al-Quran dan sunnah. Itu yang lebih utama untuk disebarkan.

Ayah doakan Marwan selamat dari bencana seperti ini.

Wednesday, May 27, 2009

Bicara Buat Teman


Bicara Buat Teman - Shidee

Kepada teman-teman yang memperjuangkan PhD masing, selamat berjaya.

Kepada teman-teman yang bertungkus lumus meningkatkan kerjaya, semoga cepat naik pangkat.

Kepada teman-teman yang bermewah dengan keceriaan, sudi-sudikanlah mengirim barang secebis dua. 

Kepada teman-teman yang kuyup dengan duka, ketahuilah duka bukan milikmu seorang.

Kepada teman-teman yang pernah berjanji, cukuplah dipenuhkan janji dengan sebaris-dua berita.

Pantun kontroversi

Dua tiga kucing berlari
manakan sama si kucing parsi
dua tiga boleh kucari
manakan sama kerusi MB

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
hancur undi dikandung tanah
kerusi yang baik digenggam juga

Dari mana hendak ke mana
tinggi lalang dari padi
hari mana tahun mana
dapat kita mengundi lagi

Kalau roboh kota Melaka
papan di Jawa saya dirikan
kalau benar bagai dikata
tentulah undi saya berikan
  
Tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
ku rayu-rayu tak dapat
kupujuk-pujuk kubeli undi

(hahahahah)

Tuesday, May 26, 2009

Scholarship

The Malaysian Employers Federation said the Public Service Department scholarships should be awarded to well-rounded students, who were good at studies and extracurricular activities.(New Straits Times Online: Wednesday, May 27, 2009).

I would add that the scholarship should not be given to 'risky' group of people i.e. people who are likely to not return to Malaysia after finishing their study. Also in these group are people who would not even consider joining the public service after graduation. Pastikan boleh berbahasa dan berbahasa Melayu. Jangan sesedap rasa mendesak biasiswa dari Kerajaan Malaysia kalau hati dan lidah tak cukup Malaysia.

Weekend trip














Almost a spontaneous planning, a trip to the north-west of East Midland materialised on Monday, which was a Bank Holiday. The first stop was Matlock. In the picture is a miniature train in the park at the middle of the town. The train costs 60pence per trip.














The next stop was Chatsworth House. I did not parked in fornt of the house. Instead, I parked a fair bit of a distance away and walked through Chatsworth Park to reach the house. But, it was worth the walk. The field was expansive. Hardly any house was seen. This estate was a really big one. There were lots of sheep and cows. And they looked beautiful and healthy. The cows were bursting with meat. Ermmm.... buat panggang sedap tu.














Across the river is Chatsworth House - a very big house. The entrance to the house cost more than £12. I did not go in. The garden was more enticing. But I did not have the intention to go in when I started the trip. So, I was not enticed enough to pay to go in. It would be a lovely place to go with people that you love. Some other time, perhaps.





Bila Lawang main bola


Tahun ni, karnival sukan MML berlangsung lagi. Acara ping pong, netball, volleyball, dan bola sepak telahpun dijalankan. Semua acara tersebut tak dapat atau tak sempat dihadiri., kecuali acara bola sepak. Alhamdulillah, team Lawang menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Lawang menang 1-0 ke atas Ketumbar dan seri 1-1 dengan Cengkih. Terima kasih ke atas Ketumbar yang berjaya mengikat Cengkih dengan jaringan 1-1 sehingga Lawang menjadi johan mutlak.
Tahniah kepada semua pemain Lawang.
Sekian laporan dari yang tak bermain.

PhD Tips

Upon returning from a day trip to the north-west corner of the East Midlands, I went to Kak Eton's house. She invited me for tea via a text message that I receive when I was at Chatsworth House. Her call did not went through, I blame the bad network, hence the text.

I arrived almost half an hour late, due to my lack of proper estimation of the travel time. Fortunately, there were two other invited guests, and they arrived late. The husband and wife arrived about 10 minutes after I settled in and ate roti canai, shared with Haikal. Syazli (UTM KL staff) and Dr Ida (a dentist at UIA) were the guests of honour. The celebration was Syazli passing his PhD viva a week ago.

The tea quickly turned into a 'sembang-sembang berisi' session. There were lots of points of interest relating to successfully doing a PhD. A big point that I took aboard is 'create a time limit for the PhD'. That's a very sensible advice. One can't pretend, or think, as if the PhD can be extended forever. By imposing a time limit in one's mind, the process of finishing a PhD has a more definite structure. This point is a fine example of the T in SMART - characteristics of good goal setting.

For me, the time limit is the end of September 2010. So, no play play, okay!!!! Got only 16 months to go. Aiyaaaaa!! So fast aa?

Thursday, May 21, 2009

Sudoku Pembunuh
















Akhirnya!!!! Hari ni berjaya jugak menyelesaikan satu Sudoko Killer. Sudoku yang biasa2 tu dah selalu buat. Pagi tadi dapat buat Sudoku Killer yang tak de walau SATU pun angka dalam puzzle nya. Memang best... boleh buat lagi.

Sijil Lulus





















This is the driving test report. I made only 5 faults. The maximum number of faults for passing is 16.
















This is my test pass certificate. I have passed Category B test, meaning I can drive cars, but not bus.

Bil letrik

Cek untuk bil letrik terbaru dah clear. Berkurang la lagi duit dari akaun bank. On the positive side, bil yg terbaru ni jauh lebih rendah dari yang sebelumnya. Paling tinggi, >£80, di pertengahan musim sejuk. Kali ni, <£35. Jauh sangat beza bila dah tutup heater.

Lagipun, sekarang ni siang makin panjang. Kul 8.45 petang (petang? petang la kot.. sebab belum masuk magrib)  pun agak cerah lagi. Tempoh pemasangan lampu pun berkurang. So, jimat la letrik.

Yang tak sedapnya, kekadang terlajak pasang lampu dan tv. Maklum la.. kekadang tu tv tu sangat prihatin. Dia temankan tuannya tido. Dia berjaga sampai pagi. Kan dah rugi letrik. Cisssss.

Wednesday, May 20, 2009

Joran Jadi Kaku

Aku lapar

Aku tahu 
ada ikan di laut
seberang benua sana
sedang menanti

Kulontar benang sutera
merentas darat melayang ke awan
jatuh ke laut

Benang jadi berat 
bergetar
niat menarik joran
jadi kaku

Lidahku diikat benang sutera
yang berat dengan harapan
aku disapa sebak lalu
kujemput singgah ke dada

Aku kenyang







Monday, May 18, 2009

Hujan: alam dan manusia

In response to Sebelum & Selepas Hujan.

Awan lalu hujan tumpah
wajah mendung dipalit rahsia
hujan lalu langit pun cerah
hati bengkak mengendong derita

Hujan tumpah mengalir ke sungai
rahsia pecah di dalam dada
titik bersatu menjadi lengai
hati berdarah menjadi bisa

note: 
1) Instead of two consecutive lines of pembayang and maksud, this poem uses alternating arrangement.
2) Instead of the pembayang revealing a similar line of thought with the maksud, it accentuate the differences between the two. This poem tries to highlight the contrast between the 'hujan' experienced by 'alam' and 'manusia'.

Mike belah mana?

Mike yg sorang tu dikatakan anak patung dalam wayang Cina. Mike yang sorang lagi tu, teman tengok, macam anak patung dalam wayang Persekutuan. Kalo ghope itu, dua-dua main wayang. Tak de nye dema berdua tu buat keroje sendiri. Ikut telunjuk orang lain je.

Teman ni pulak orang belah mana? Parti Berpakat atau Parti Berbaris?

Dua dua idok. Atas pagor ke?

Idok juga.

Kalo teman atas pagor, bila ditiup angin, senang tumbang.

Teman atas prinsip. Prinsip mesti kemas.

Tali Pisang

These days, it is so easy to buy pisang goreng that we don't have to see where they come from. No need to peel the bananas, detaching them from the stalk, cutting the stalk off off the tree. When was the last time you saw and touch a fallen banana tree?

When I was younger, the fruits weren't the only thing I took from the tree. Quite an amazing plant it is. The leaves can be used for many dishes like kuih lopes, lepat, pulut panggang and nasi lemak. The dried up leaves can be used as burning fuel. The caterpillars that live inside rolled up leaves was a source of fascination and fun. The tree trunk, while not as valuable as balak, could generate money as well.

I remember helping in the process of transforming the trunk into strings. The trunk is made of layers of water-rich skins. Much like onions. You peel off the skin one by on until you hit the core. Do it carefully as you don't want to break the skin.

Then, the skins are set on a bar, much like setting the cloth to dry. Using a special 5-bladed knife (designed to tear down mengkuang leaves), the skin is cut into long thin stripes. The cutting movement must be steady and swift; otherwise, the resulting stripes would be uneven. The stripes are then left to dry under the sun. When they dry, the stripes turns into strings which can be sold to the local stores. They used banana strings as rafia strings were not widely available then.

Looking back at it now, the banana strings can make a comeback. Perhaps not as a replacement for the cheap and more sturdy raffia. To make it sellable, the banana strings need to be repackaged and targeted at a new market. How about 'organic strings' for the 'green-conscious' businessess?

My Unfinished Good Will Hunting

In 1999, I got a temporary teaching job at Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah in Parit. The Pengetua was the same Pengetua at Sekolah Menengah Sayong when I studied there. Neat, eh. But, there was something even more neat. Even though I was there for only two months, something from the school stuck with me till now.

One of my teaching assignment was English for class 2E. There were 5 classes for second formers; the first class being A. The students were assigned classes according to their aptitude. Or was it achievement? Any how, it meant I was stuck with the lower end of the ability spectrum.

The class can easily be a nightmare. Teaching English is very difficult when half of the students struggled with basic literacy. They seemed more interested with anything but lessons. Being the young fresh graduate back then, I tried to do my job with as much optimism as possible. Admittedly, I did not have a ‘To Sir With Love’ moment. I was not very successful. My only success was with a boy whose full name I can only guess: Azrul.

He was the class monitor of 2E. He has the brawn that perhaps explained his selection as class monitor. I might also add that he actually has some brain. I also sensed that he needed some attention and unconditional positive regard. Once, I challenged the class to complete a homework. I offered a reward of belanja makan to whomever to first turn in the homework. The next day that I entered the class, the first thing that he did was handed in his exercise book.

“Sir, dah siap”, he said.

In my eyes, I see a boy with a lot of potentials. Unfortunately, he was stuck at 2E for some reasons or another. I learned that he had a ‘reputation’ among the teachers. Let’s just say he’s no angels in their eyes.

One day he invited me home after school. I took the opportunity to see him in a different environment. I was in for a surprise. I thought the house call was a simple visit. He surprised me by leading me to the kitchen. He more or less forced me to have lunch with him. His parents kept a bit of a distance.

During the visit, he said something that stuck in my head.

“Sir. Sir lah cikgu yang pertama datang ke rumah ni yang tak buat aduan kat mak bapak saya.”

If not for the nonchalant way of him saying it, I might have sobbed then and there. I felt so much from him at that moment. No wonder his parents kept a distance. Perhaps they were wandering what complaints this teacher has for them. No wonder he was an underachiever at school. There weren’t enough nurturance available to him.

Unfortunately, I had lost contact with students from SMKIS. One phone number that I got from the student is no longer active. During the Eid of 2007, I made a visit to Parit. I tried to retrace my steps to Azrul’s house. However, Parit had changed a lot. The school. My former rental house. I did not find his house.

Azrul would be 24 now. My heart longs to know what had become of him. I can only pray and hope for the best. Perhaps, when I return home again, I can make finding him a personal agenda. Not that I want to finish my Good Will Hunting. I simply want to be there for him, if he ever needed me again.

Friday, May 15, 2009

Menunggu posmen

Alhamdulillah.. semalam ayah lulus ujian memandu. Ujian ni diambil kali kedua di tempat yang sama iaitu Welford Rd, Leicester.

Examiner kali ni namanya Steve. Hari tu, Ivan - boss kat Testing Centre tu. 

Masa test tu, rasa cuak jugak. Kat satu simpang, ada van parking sebelah kiri yang menghalang pandangan. Bila ke depan, baru nampak ada kereta meluru dari kiri. Nasib jugak dapat brek on time. Agaknya, examiner tu pun tak nampak kereta tu. Kalau tak... terus fail.

Bila sampai balik ke testing centre, Steve suruh matikan enjin dan tunggu untuk dia 'sort this form out'. Selang beberapa saat, Steve ucapkan tahniah. Phewwww... lega!!!!!!!

Lepas tu, Steve beri sijil lulus ujian. Dia ambil lesen memandu sementara. Lesen penuh akan diberi melalui pos dalam tempoh 20 hari. So, untuk beberapa hari ni, ayah akan menunggu posmen.

Thursday, May 14, 2009

Selamat Hari Jadi

Bunga lalang bunga padi
timbang berat berhati-hati
ucap selamat hari jadi
panjang umur usia diberkati

Ayah hadiahkan catatan ini untuk Marwan. Malah, segala catatan di blog ini adalah hadiah dari ayah untuk Marwan. Moga di masa yang sesuai nanti, Marwan sendiri boleh membuka dan mengamati hadiah ini, hadiah dari hati.

Tak lupa, ayah sediakan juga hadiah bersifat material. Moga bekalan material itu boleh membantu Marwan menjalani kehidupan dengan selesa. Tiba masanya, Marwan akan memperolehinya. 

Selamat hari jadi sayang.

Tuesday, May 12, 2009

cerite mike

Dapat juga mike duduk balik di kerusi yang disentap bulan 2 hari tu. Nampak benar rasa lega dan seronok di muka mike. Senyuman mike manis, tapi manis lagi senyuman rakyat jelata yang menyokong mike. 

Teman senyum juga. Tapi teman tak tahu lama mana nak senyum. Bila memikio apa yang nak jadi lepas ni, teman jadi kelat. Disebabkan ada 3 orang Pakatan yang tukar nama kepada Abdul Barisan, mike dah hilang majoriti. Kot2 lepas ni timbul usul undi tak percaya kepada mike. Dulu deme nyentap kerusi. Takut2 lepas ni dema buat undi untuk ngambil kerusi tu balik. Hanchorr.. kulu kelor ngusung kerusi je la keghojanya. 

Harap2, lepas ni semua kerusi tu dapat dikosongkan. Bior rakyat jelata yang pilih semula sapa yang dema endak duduk kat kerusi tu. Yang teman harapkan:-

1) Wakil PKR tu bior le yang berjenih. Jangan diunjukkan wakil yang gemor 'sedekah'.
2) Jangan le berlaku lagi keadaan menang kerusi, tapi tanah lepaih ke tangan orang lain. Nak dipacak kerusi tu di mana? Atas tanah wakaf? Tanah kubor?
3) Tak de le berlaku kecoh2 sampai tersembor gas pemedih mata. 
4) Kepada yang menang dan dapat duduk dalam dewan nanti, pakai aje le kereta yang ada. usah le nukor kereta baru pulok lagi. Jenuh asyik nak nukar kereta je. 

Tudung busuk?

Tudung Lawan Tali Leher mengupas tentang sikap sesetengah individu muslim yang bersikap negatif terhadap hijab. Tudung dikaitkan dengan elemen-elemen negatif supaya terhadap tudung turut berwarna negatif. Walhal, banyak lagi unit pakaian lain yang 'busuk' dan 'berkuman'. Tidak pula diheret ke wilayah negatif; mungkin kerana pakaian tersebut tidak mengiklankan Islam. 

Untuk betul-betul mengiklankan Islam, marilah pastikan pakaian2 kita betul2 bersih, suci dan selamat. Perhatikan sejadah. Berapa kerap dibasuh? Kadang-kadang, rasa pelik dengan pilihan sejadah di pasaran. Yang dianggap 'lawa' dan 'sesuai' dihampar di masjid, musolla dan rumah adalah sejadah yang tidak mesra mesin basuh. Kalau dicuci, hilang gebunya. Mungkin kurang serinya. Nak mengeringkannya pun susah, sebab tebal macam karpet. Cuba tengok sejadah di musolla di tempat kerja atau asrama: agak-agaknya, bila kali terakhir sejadah tu berjumpa air dan sabun?

Memanglah sejadah tu tidak dipakai di badan sepertu baju dan seluar. Namun, ia kerap terkena lembapan, kesan wuduk. Rasanya, bakteria mudah membiak atas sejadah. Itu sebab sejadah jadi 'masam'. Kaki yang diletak atas sejadah tu pun, bukan semuanya bersih. Walau telah berwuduk, haruman dan kuman di kaki mungkin tertinggal dan berpindah ke sejadah. 

Hiba hati melihat sejadah yang lunyai, kusam dan masam di sesetengah surau dan musolla. Kalau dibuat dari kain kapas, linen atau seumpama dengannya, lebih mudah ia dibasuh. Secara peribadi, tak perlu juga menghias sejadah dengan warna dan corak yang pelbagai. Hanya mengganggu tumpuan ketika solah. Peribahasa 'less is more' sesuai diguna di sini. Apa guna gambar kerawang dan bunga di atas sejadah kalau menjadi tempat perhimpunan kuman dan tahi cicak?

Monday, May 11, 2009

Kebaikan yang tersembunyi

Entah berapa kali agaknya telah menjadi penerima kebaikan yang tersembunyi. Tidak dinafikan, pernah beberapa kali menjadi mangsa kejahatan yang jelas mahupun tersembunyi. Marah yang tiba muncul secara nyata. Namun, bila mengenang kebaikan yang tersembunyi, terasa malu kerana tidak menzahirkan syukur. 

Di ruangan yang kecil ini, ingin mengucapkan terima kasih kepada insan-insan yang membuat kebaikan hingga kebaikan itu mendatangkan manfaat kepada diri ini. 

Mungkin ada ...
..perkataan-perkataan baik yang diucap hingga menjadi pujian.
..perkataan-perkataan benar yang diucap hingga menjadi perisai.
..perkataan-perkataan cela yang didiam hingga menjadi luput.

Kebaikan, perkataan mahupun perbuatan, moga dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah s.w.t.

Friday, May 08, 2009

ke lapangan terbang ...

... tapi bukan untuk terbang. Sekadar meneman kawan yang menghantar adiknya balik ke Malaysia. Tapi, dalam hati, memang sayu bila berada di airport. Terasa kuat seru untuk balik. Tiba masa, akan balik juga, insyaAllah.

















































Inilah lapangan terbang Stanstead. 

Tuesday, May 05, 2009

Menanti kelahiran

Belum lagi sempurna kewujudanmu
tapi telah berlapis-lapis perasaan
di paksinya sayang

Menunggu ketibaanmu
untuk berkongsi alam 
aku bisikkan rindu
buat menzahirkan rasa
sesungguhnya sayang itu untuk dirasa
bukan untuk ditunggu

You Needed Me

What a beautiful feeling it is to give to someone who is in need. There is no hesitation on my part to love you the way you deserve it. You really give me strength to fly, reaching a higher plane of existence. You did not question the set back that I took, almost like you're taking it in your stride as well. 

I feel your love for me when we hold hand. I hear your love loud and clear in your lilting 'ya ayah'. I feel your need for protection and comfort when you want me to hold you ini the darkness of the night.

You made me feel special in a way no one else could. 

In fact, I need you more than you need me. 



   

Mimpi Ngeri

Entry ni bukan pasal hantu dan makhluk halus yang sekejadian dengannya. Ni mimpi ngeri yang berkaitan biologi. Yes, fungsi biologi ada kalanya menyeramkan ke tahap gaban.

Entah dah berapa tahun mengalami mimpi yang hampir serupa. Tak diketahui apa punca mimpi begini, dan mengapa kerap berulang. Dalam mimpi ni, jari2 akan masuk ke mulut dan memegang sebatang gigi. Gigi tersebut tak sakit. Tak pulak goyang. Tapi, bila dipegang, akan mula terasa longgar. Beberapa kali digoyang kiri kanan, tercabutlah gigi tu. Terasa dan seolah-olah ternampak darah yang berjuntaian dari gigi. Ngeri.

Dalam versi yang lain, satu demi satu gigi luruh. Penuh tapak tangan dengan gigi yang berdarah. Lagi ngeri.

Kata Mak Nyah (Sayong), kalau mimpi cabut gigi atas, itu alamat saudara terdekat akan meninggal. Kalau yang tercabut tu gigi bawah, alamat saudara jauh yang akan meninggal. Memang ngeri betul konotasi mimpi ni. Tapi tu tafsiran orang je. Entah apa kata Nabi Yusuf a.s. pasal ni. Rasanya, macam kurang tepat je tafsiran tu. Kalau betul, dah sampai tahap genocide rasanya.

Yang lebih probable ialah mimpi tu merupakan manifestasi anxiety atau insecurity tentang gigi. Memang ada gigi bertelingkih dan gigi asu. Tak la berapa berkenan dengan gigi-gigi tu. Tapi, tak la berani nak cabut. So, 'cabut' dalam mimpi je la. Conscious and sub-conscious thought about my teeth got channelled into my dreams. huh....does that means I have a strong dental pre-occupation?

Friday, May 01, 2009

Tagged by Silent Scribbler

Senaraikan 5 hadiah yang anda impikan:

  1. Hadanah
  2. Aksesori untuk Nikon D80
  3. Gym membership
  4. Elocution lessons
  5. Platinum ring

Alasan terhadap pilihan tersebut:

  1. To be with my love
  2. To enhance my photography skills
  3. To be more fit
  4. To star in Pride & Prejudice. Not!
  5. To have something tangible and precious with me most of the time

5 impresi terhadap orang yang diminati:

  1. Sedap di mata, sedap lagi di hati
  2. Bijak terserlah
  3. Tak mudah merajuk
  4. Tak takut melanggar norma selagi normal
  5. Ada pemikiran sendiri, tak jadi pak turut

5 perkara hebat yang pernah dilakukan:

  1. Jalan kaki dari Taman Tasik Perdana ke Bukit Angkasa (dekat Kerinchi)
  2. Buat PhD (dah separuh jalan nih)
  3. Survive di Guelph, jadi satu2nya je student undergrad Melayu kat situ.
  4. Jadi editor jurnal
  5. Scored 633 on TOEFL on first try, after a few months knowing the existence of TOEFL

5 ciptaan yang paling disukai:(tak semestinya teknologi)

  1. Sistem angka perpuluhan
  2. Laksa
  3. Keretapi
  4. digital storage devices
  5. puisi

5 perkara yang dibenci:

  1. Ethics committee yang memandai dan not helpful
  2. Disrespect for religion & law
  3. people who abuse power and are corrupt
  4. Virus/Trojan/Worm: these I truly HATE
  5. forwarded emails that has too much 'garbage' that I have to look hard to find the actual content

Hanya Bayang-bayang














Di satu sudut taman
di panahan matahari
yang kelihatan hanyalah bayang-bayang hitam
pipis dan kaku

Sifat-sifat nyata sekuntum bunga
tak terdaftar
di padang penglihatan

Mungkin begitu
kau memandang aku
hanya bayang-bayang
tanpa rupa yang dapat disentuh
tiada kelembutan yang dapat dihidu
semerah manapun aku
tetap hitam di matamu

Bila matahari semakin jatuh
bayang semakin panjang
hingga larut ditelan malam
luput dari matamu
menjauh dari mimpimu

Kau memandang aku
hanya bayang-bayang
kasihan

Counting the disappointments

.....yet another one. All within this week. It it disappointing, tiring. Just when I tried to stand up again, another blow came crushing.



I admit, life has been going pretty well recently. So, I shouldn't be too upset with the setbacks that I'm experiencing now. But the frequency, and the timing of the setbacks really do set me back. Way back.



Just got the reply from CTW... my paper requires substantial revisions to be *resubmitted*. Read that again... not *accepted*, but *resubmitted*. Perhaps I was too ambitious.



On the positive side (here, I'm trying to stand up again), if I managed to rewrite my paper to satisfy the reviewers, then I would have upgrade my writing skill. I should be able to plan and write papers suitable for international journals. Ultimately, that's what the PhD training should do to me.