Menunggu posmen

Alhamdulillah.. semalam ayah lulus ujian memandu. Ujian ni diambil kali kedua di tempat yang sama iaitu Welford Rd, Leicester.

Examiner kali ni namanya Steve. Hari tu, Ivan - boss kat Testing Centre tu. 

Masa test tu, rasa cuak jugak. Kat satu simpang, ada van parking sebelah kiri yang menghalang pandangan. Bila ke depan, baru nampak ada kereta meluru dari kiri. Nasib jugak dapat brek on time. Agaknya, examiner tu pun tak nampak kereta tu. Kalau tak... terus fail.

Bila sampai balik ke testing centre, Steve suruh matikan enjin dan tunggu untuk dia 'sort this form out'. Selang beberapa saat, Steve ucapkan tahniah. Phewwww... lega!!!!!!!

Lepas tu, Steve beri sijil lulus ujian. Dia ambil lesen memandu sementara. Lesen penuh akan diberi melalui pos dalam tempoh 20 hari. So, untuk beberapa hari ni, ayah akan menunggu posmen.

Comments

Telipuk Kuala said…
Sudah lulus, ya??? Bagus! Bagus! Boleh gi ronda-ronda sakan la lepas ni.
ya..lega bebenor. ate... mike bila nak ke mari? boleh teman jadi drebar pusing2 UK.