Tuesday, October 29, 2013

tetamu program bual bicara radio

Ya Allah... syukur. Bertambah satu lagi pengalaman. Memang mendebarkan dan mengujakan. Bukannya tak pernah memberi pengucapan awam. Tapi suasana dalam studio adalah suasana baru - tak tahu apa yang perlu dijangkakan.

Dengan permulaan yang agak stuttered (sebab nervous), dapat juga menghabiskan sesi selama 45 minit. Masa yang dijangka bergerak perlahan rupa-rupanya bergerak terlalu pantas (ataupun dah dapat sindrom suka bercakap lama-lama?).

Beberapa pengajaran:
1) memang berbaloi jika over prepare material
2) berbaloi juga jika buat persediaan perkara2 berkaitan
3) be prepared to come early to a new destination.

Ok... ok.. kesimpulannya: be prepared.

Syukur, pengalaman baru ini merintis kepada beberapa peluang pengalaman lain, insyaAllah.

Monday, October 28, 2013

ketupat


Di hari raya aidilfitri yang lepas, (baru la nak tulis kat sini, kan?) dapat test skill baru: masak ketupat. Sebelum ni dah pass skill menganyam sarung ketupat (versi daun kelapa). Tapi tak pernah pun masak ketupat. Dengan iringan si kecik yang dah pandai duduk masa tu (tengoklah dia tolong menganyam sama), dapat disiapkan beberapa kelonsong ketupat. Dengan bantuan emak, dapat dimasak sekilo beras pulut. 

Makannya tak banyak mana. Tapi rasa puas sebab dapat masak ketupat. Nanti kalau terasa teringin nak makan ketupat, boleh la buat sendiri.

debar

Bukan tak biasa bercakap, tapi untuk kali ini ada debaran jugak.

Biasanya bercakap depan penonton yang dapat dilihat. Kali ini akan bercakap untuk pendengar yang tak kelihatan. Kali pertama akan berada dalam studio radio untuk wawancara ilmiah. Debar.

Debaran.