Wednesday, March 31, 2010

manuskrip

Terlambat seminggu entry nih. Balik dari Malaysia minggu lepas, SV beri feedback pasal manuskrip yang dihantar kepada beliau sebelum balik bercuti dulu. Ada sikit je penambahan yang perlu dibuat. Maka, dengan gigihnya (gigih bekerja dan gigih mengurangkan rasa bersalah), manuskrip itu ditukang sampai sedia untuk dihantar ke editor Emergency Medicine Journal.

Sebelum ni dah melalui proses penyerahan manuskrip di dua buah jurnal dan sebuah persidangan. Walaupun cerewet, proses ini tidaklah sangat memualkan. Dah lali agaknya. Alhamdulillah, siap sudah satu manuskrip. Sekarang ia sedang dinilai oleh sang Editor. Harap2 manuskrip ini segera diterima untuk penerbitan.

Monday, March 29, 2010

Surah Ar-Rahman

This is one of my favorite recitation of this beautiful surah. Antara banyak cabang seni, seni vokal lemah sket berbanding seni visual. Tak dapat baca Quran dengan baik, dapat dengar bacaan yang baik pun jadi la. Belajar pelan-pelan.

kerja melukis





















Agak lama jugak tak menyentuh berus lukisan. Waktu yang ada di hujung minggu baru-baru ini telah diisi dengan aktiviti melukis. Balik dari breakfast di pekan (thanks Fizan & Maya for the breakfast), kepala tercari2 aktiviti untuk dibuat sebelum mula memasak untuk jamuan makan malam (thanks to all the guests who came over).

Daripada melengu di depan tv saja2, baik juga tangan ni buat sesuatu. Sebelum sempat merasionalkan (atau mematahkan lojik bekerja) aktiviti itu, cepat2 diri mengambil katalog Tesco sebagai sumber inspirasi. Dalam katalog tu ada poster dan lukisan yang cantik. Satu daripadanya kelihatan menarik dan agak senang untuk dilukis. Hanya perlu menggunakan dua warna. Bentuk yang perlu dilukis pun agak mudah. Jadi, terus saja mencapai kanvas, yang telah lama tersimpan dalam kotak, dan alat2 mewarna yang lain.

Alhamdulillah, dalam demam tak demam, dapat menghasilkan satu lukisan. Rasanya, lukisan ni boleh dibawa balik ke Malaysia nanti. Kalau tak digantung di rumah, nak gantung kat ofis. Jeles jugak tengok galeri Makcik Ros di Setiawan hari tu. Cantik2 lukisannya. Dah ada iri hati baru makin kuat motivasi nak melukis, kan?

Kawan ofis kat sebelah ni dah submit thesis dan tengah tunggu untuk viva. Awak bila lagi. Belum cukup jeles ke?

Thursday, March 25, 2010

dodol















Pagi pertama masa balik kampung baru-baru ni, acara mengacau dodol mengisi ruang pagi. Dua gantang tepung masuk dalam kawah dan dikacau bergilir-gilir. Merasa la masing-masing 'mengayuh' dodol - dari cair sampai la pekat likat. Bila dah makin pekat, makin payah mengayuh. Kalau terlalu gagah mengayuh, boleh terkirap kawah dibuatnya.

Lepas masuk waktu zuhur baru la siap dodolnya. Sedapnya usah cerita la. Makan masa panas-panas, terasa berganda-ganda lebih sedap dari dodol yang dibeli dari kedai. Lagi satu kelebihan dodol buatan sendiri ni, boleh makan dodol 'rangup'. Dodol yang garing dan melekat kat kawah, sangat la sedap dimakan. Kat kedai mana ada jual. Kalau nak, belajar2 la buat dodol.


Wednesday, March 24, 2010

tazkirah?














Cuba la lihat kegigihan hamba Allah ni bertazkirah. Rajin dia menulis nama Allah. Malangnya, dia tulis kat pintu tandas. Tazkirah ke namanya tu?

Saturday, March 06, 2010

pen-tone

Aaaaaaa...... dalam minggu ni ada dua kali kena terjemah pantun ke bahasa Inggeris. Nak terjemah perkataan tu tak susah sangat, nak menterjemah kesenian pantun tu yang mengkaratkan otak. Here goes:

If rice you say rice
I don't have to winnow winnow
if can you say can
I don't have to wait wait

(terjemahan biol)

Tuesday, March 02, 2010

tiket










Tiket dah di beli. Ni tiket bas untuk ke Heathrow airport nanti. Untuk direct trip Lboro-airport, harga tiket ialah £40. Untuk jimat sket, beli tiket Lboro-Central London, dan Central London-Heathrow. Cari punya cari, dapat 'funfare' £5 utk trip ke London. Dari London, harga tiket £5 gak utk ke Heathrow. So, all in all, dapat save £30. Err...still tak cukup untuk beli perfume Prada. Hahaha..

AHFE paper

Alhamdulillah. Paper untuk persidangan AHFE 2010 di Miami dah berjaya disiapkan dan dihantar dalam talian. Terima kasih kepada 'PA' yang sudi tolong baca dan buat pembetulan sebelum versi terakhir disiapkan.

The next step: mintak fund release dari UIA. Syarat yang diterima dari UIA ialah full paper dan bukti penerimaan paper tersebut dari pihak penganjur. So, dah mencukupi syarat untuk release fund. Harap2 dapat fund tersebut dalam masa yang sesuai.

Otak sudah rasa ringan sikit. Perut pulak rasa lapar. Nak balik makan.

kerepek















huhuh.... bila perut lapar, mula la macam2 idea masuk kepala. Semuanya bermatlamat nak mengisi perut. Masa keluar makan kat Derby ari tu, teringin nak makan kerepek. Of course la, kat kedai Lahore Kebabish tu tak de jual kerepek pisang. Goreng pisang pun tak de. So, dalam perjalanan balik, singgah kedai pak Sarip. Ada pulak la jumpa pisang yang masih muda. Kat sini tak panggil pisang pun; plaintain namanya. Apa2 je la.

Bila dah hiris nipis2 dan goreng, rasa cam pisang gak. Sedap...ada rasa lemak2 manis. Tapi, telah berlaku satu episod Bujang Lapok: air garam tertumpah dalam minyak menggoreng. Aduss..... terlebih la pulak kemolaran sodium kat dalam minyak. Bila angkat pisang yang dah masak, terus nampak putih macam berbedak. Tapi, telan jugak la sampai abis. Sedap pisang ni weh. Kat Malaysia tak jumpa.

Menulis ni pun boleh mendatangkan selera. Kedai pak Sarip jauh. Gi kedai pak Musharraf je la nanti. Lalalalaa...nak makan kerepek pisang.