Wednesday, August 15, 2012

jauh


Di kala teringat kenangan berpuasa dan beraya di perantauan ....

Emping salji melayang-layang
jatuh di pipi menjadi air
keluarga jauh terbayang-bayang
kuatlah hati meredha takdir

Untuk yang diperantauan, moga Ramadhan yang akan berlalu, dan Syawal yang hampir tiba, akan menguatkan lagi silaturrahim sesama kita, dan pergantungan kepadaNya.


Tuesday, August 07, 2012

Iron

Kalau nak bekerja sambil melatih otot tangan, silalah guna sterika lama ini. Berat sungguh. Kalau jual timbang kat kedai besi buruk, dapat banyak RM gamaknya. Bolehlah buat duit raya.

Zaman sekarang ni, sterika macam ni tak de dijual di kedai Seng Heng, Courts Mammoth, mahupun harvey Norman. kena cari kat pasar barang antik macam di Jonkers Walk di Melaka. Ya ke?

Tapi, bila mengenangkan pemanduan di musim perayaan nanti, terasa nak buat wish untuk sterika ajaib. Kalau boleh, nak ada sterika yang boleh diguna untuk melicinkan permukaan jalan: hilangkan segala lopak, parut, dan tinggi-rendah pada permukaan jalan raya. Bila dah licin, selesa dan lebih selamat pemanduan, insyaAllah.

Mana rupalah agaknya sterika untuk jalan. Besar macam meja makan agaknya. Dan tentulah berat juga. Kalau jenis pakai arang, jenuh la membakar kayu untuk isi sterika ni. Harap-harap pihak JKR bersungguh-sungguh membaiki keadaan jalan sebab sterika idaman ini hanya fantasi. Nak buat kerja kena dengan realiti.