Wednesday, December 23, 2015

Beri laluan kepada vip!

Di zaman Najib ni, banyak lawak pedas dan lawak masin yg keluar. Bukan orang politik je yg ada spin doctor. Orang awam pun ramai yang jadi pakar spin. Contohnya, ada baca statement 'kalau vip nak laluan, bangun awal.'
Tak pelik sebenarnya kalau ramai yg meluat nak beri laluan kpd vip yang diiringi escort polis.

Aku pulak, meluat juga kpd orang yg perasan vip. Dok kat belakang jauh setengah batu dah beri high beam. Nak membelah trafik macam Nabi Musa a.s. belah lautan Merah agaknya. Bila dah dekat, cucuk dan himpit. Walaupun kat depan kita ada kereta. Ada ruang pun untuk jarak selamat je.

Orang macam ni arrogant lebih drpd menteri. Kalau dialah antara golongan 'anti beri laluan kpd VIP', memang wajar pasang high beam kuat2 kat muka dia. Kot2 boleh nampak sinar hidayah.

Thursday, December 03, 2015

Monyet Kampus

Dari mana datang ilham tulis puisi?
Hari ni dapat ilham bila tengok monyet datang bertandang di kafetaria sewaktu menikmati makan tengah hari di kampus, sambil melayan berita kenaikan harga tiket ERL dan pengangkutan awam lain.

Monyet Kampus
Apa peliknya jika monyet
masuk ke kampus menara gading
merayau-rayau di taman
di meja-meja bersisa makanan
Monyet hanya meninggalkan najis
sebelum pulang ke sisa hutan yang dipanggil rumah
dan meninggalkan kampus tegak berdiri
untuk dikunjungi lagi
Yang lebih pelik pada mataku
monyet yang keluar dari kampus
tanpa menambah sifat kemanusiaan
dan hidup bagai tidak bertuhan
Monyet hutan hanya pandai mengacah-acah
demi merebut cebis-cebisan
dan menjelirkan lidah
bila dimarah manusia
Sedangkan monyet berijazah
merebut kerusi megah dan kuasa memerintah
lalu meratah hingga tinggal cebis-cebisan
lalu menjelirkan lidah tanda marah
pada mereka yang mengadu kelaparan
Monyet hutan menceroboh
untuk menyambung hidup
monyet berijazah menceroboh
kerana hilang panduan hidupnya
Bila manusia melupakan Tuhannnya
jadilah dia seperti kera.