Thursday, June 30, 2011

Bersihkan telinga

Sebelum berkata 'JANGAN!', sudahkan anda mendengar hasrat yang tersurat?
Tunjukkanlah anda faham apa yang mereka hendak, bukan pantas menggertak
anda wakil kepada rakyat, suara mereka patut ditadah bukan disekat

Sebelum menghukum niat yang tersirat, pastikah anda adil berkhidmat?
ghairah menelah yang disorokkan, yang zahir tidak dipedulikan
untuk yang kebanyakan, perkara zahir itulah yang merunsingkan

Tuesday, June 28, 2011

air seteru

Angin tajamnya
berduri cucuk bisa
menikam rindu

bumbung malamku
tiris menitis madu
hadir kelmarin

menebal sebak
jejak kenangan silam
menghitung pasir

Monday, June 27, 2011

Ingin Jadi Isteri Orang Bangsawan

Yang ingin jadi isteri orang bangsawan
tak perlu lagi bersusah payah jadi penuntut
cuma rajin-rajin jumpa wartawan
tampal gambar di surat khabar dan majalah
itu lebih berkesan daripada sijil dan kelulusan
untuk meninggalkan sang perindu di kampung halaman

(selepas membaca cerpen SN Usman Awang)

Thursday, June 09, 2011

Monday, June 06, 2011

tiba-tiba rindu

Waktu nak melangkah ke bilik air di pejabat, tercari-cari di mana dia. Nak ambil wuduk ni...kasut dan stokin dah tanggal. Mana engkau encik selipar kuning?

Kat bawah meja tak de.
Kat depan meja tak de.
Kat tepi pintu tak de.

Laaa....mana pulak selipar jepun kuning ni?

Alamakkk....baru teringat. Selipar hilang hari Jumaat lepas. Ntah apa/siapa yang alihkan kat pintu masuk masjid.

Waktu ni, waktu nak gi ambil wuduk di bilik air di pejabat, tiba-tiba rindu kat encik selipar kuning.