Wednesday, May 28, 2014

Sultan Azlan Shah - alFatihah



Innalillahiwa innalillahi rajiun

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Moga Seri Paduka Sultan Azlan Shah diberi rahmat setelah meninggalkan alam dunia. Baru semalam mengiringi jenazah ke perkuburan. Hari ini pemimpin besar negeri Perak pula beralih alam.

Moga Allah lantik seorang pengganti Sultan yang boleh membantu meningkatkan lagi keimanan dan amal soleh rakyat negeri Perak.

Dilanjutkan Allah usianya Sultan
adil dan murah memerintah watan
ditaati rakyat kiri dan kanan
iman yang soleh Allah kurniakan

Allah berkati Perak Ridzuan
Allah selamatkan negeri dan Sultan

Monday, May 26, 2014

Kajian panda Malaysia

1. Keberkesanan buluh tempatan sebagai penaik selera panda gergasi.
2. Baja organik kelapa sawit dari najis panda.
3. Trend dan tema gambar panda gergasi di media sosial: perbandingan antara macai dan bukan macai
4. Kesan kemasukan panda terhadap penghasilan karya sastera
5. Panda dan penghapusan tol lebuhraya: analisis harapan rakyat

Sunday, May 25, 2014

Lunch kelas statistik

Today marked the last meetingfor the Noh-Parametric Statistics class. lt started with a final exam at al Farabi lab. It felt long compared to the UG exam earlier on Friday .Of course the durations are different: 3hrs vs 2hrs. But the time seemed to pass slower when you are not feeling well.

The exam was not a particularly difficult one. But when statistics is involved, you can't be too careful. The slightest stimuli can arouse disproportionate anxiety. Today it was not any different. l will spare the details, but the anxiety was palpable.

The class, with the exception of a few (7?), went to Kelab Darul Ehsan for lunch. It was also a birthday celebration of one of the student.The food selection was good- met my expectation of a KDE buffet spread. There were two instances of statistics saturation. Haji Nahar saw Mann U and kruskalWallis when he scooped up some mango Kerabu. Diba, on the other hand saw Friedman test when picking up Fried Wantan. Such is the pervasiveness of stats.

May the force of stats be with you.

Saturday, May 24, 2014

Ubat dalam botol


Berapa banyak ubat daa. Sesekali buka peti ais, haa... tu dia... penuh satu shelf dengan ubat-ubat. Mostly, ubat-ubat ni utk si kecik Adam dan Zayd. Kesian...kecik-kecik lagi dah kena makan ubat. Dah jadi tabiat orang zaman kita ni... sakit je, jumpa doktor dan makan ubat. Kalau demam atau batuk, hampir pasti akan dapat antibiotik. Kesannya sekarang... ada 'superbug' yang dapat melawan antibiotik dek selalu sangat berdepan dengan antibiotik tu. Depa dah kebal. Ibarat orang dengan dadah ... lama kelamaan tentu dos dadah yang lebih tinggi diperlukan utk high. Begitu juga dengan superbug ni...takat antibiotik biasa tu...depa jeling sebelah mata je.

memang la ubat bagus untuk lawan penyakit. Tapi, kan ada pepatah yang mengatakan lebih baik mencegah dari mengubat? Hospital, klinik, dan sebahagian doktor merupakan sistem penjagaan penyakit. Kalau kita sakit, barulah dijaga. Siapa yang menjaga kesihatan kita? Yang penting, ialah nak kekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit. Yang biasa kita dapat ialah suntikan vaksinasi. Itu memang penting untuk elakkan jangkitan kuman/virus tertentu.

Bagi penyakit gaya hidup, penjagaan kesihatan lebih kepada kempen gaya hidup sihat. Kalau kita nak proaktif, dan betul-betul jaga kesihatan, kita sendirilah yang kena ambil peranan. Takkan nak harapkan hospital dan doktor yang sibuk tu untuk jaga kita 24 jam. Di sini, kita boleh lihat perbezaan antara ubat dan suplemen/vitamin. Supplement dan vitamin BUKAN ubat. Sebab dia bukan boleh rawat penyakit.  Dia lebih kepada nak jaga KESIHATAN. Kita makan tiap-tiap hari tu sebab nak jaga kesihatan la, kan? Bukannya kita sengaja makan untuk cari penyakit (walaupun kadang-kala kita mentekedarah macam nak cari penyakit).

So, sebagai sebahagian penjagaan kesihatan, eloklah kita amalakan pengambilan suplemen dan vitamin tambahan. kita top up zat dan khasiat yang mungkin tak cukup dari apa yang kita makan. ataupun, kekadangan kita sengaja makan benda yang cukup sedap tapi tak cukup khasiat (makanan ringan). Ataupun, cukup sedap tapi terlebih mudarat (macam makanan bergoreng dan bergula)

Kalau perhatikan balik gambar kat atas tu, ada sebotol supplement antara ubat-ubatan. Nampak tak? Itulah Vivix - suplement pilihan saya. Ramai juga yang dah memilih dan memberi testimoni Vivix yang positif. Apa pilihan anda? Kalau nak pilih Vivix, contact saya di 132480451 whatsapp dan sms.


Friday, May 23, 2014

Pantun pilihanraya

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
dicalon ke depan dia ke depan
bila berjanji tunai tak tahu

Pucuk pauh delima batu
ikan sembilang di tapak tangan
jalan jauh beribu batu
penyokong yang ada hilangnya jangan

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang undi di bawa ke mati

Puas sudah menanam padi
nenas juga dipandang orang
puas sudah menyemai bakti
caci dan cerca ditabur orang

Hari ini menanam jagung
hari esok menanam serai
sudah dipilih mewakil kampung
dengan parti jangan bercerai

Toksah jadi katak woi....


Thursday, May 22, 2014

Using MS Excel to calculate correlation coefficient

While you should learn to do manual calculation for Pearson correlation coefficient, there is no harm to use some help from MS Excel. In fact, by using Excel, you can learn better and be more confident with your answers obtained using the manual calculation. You can verify your answer by using MS Excel.

You can follow the simple four steps below to do it. 

Step 1: Enter the data in two columns. Make sure you clearly identify the X and Y variable. Typing the variable names explicitly (as opposed to using X and Y) would help you to see, and make sense of, the data better. Additionally, identify a cell for the resulting calculation. In the example below, I selected the cell under the cell with 'Correlation'.

Step 2: In the cell, type =correl. That is the formula for Pearson correlation. Then you would have to tell Excel what are the values (data) from two variables (IQ and Test Score) that you want to correlate. The variables are stated as 'array1' and 'array2'. You can type the array coordinates directly (e.g. B4:B11) or use the mouse to select the whole of the array. Please make sure you do not include the cell with the label ('IQ'). You can see 'array1' is typed using in blue.



















Step 3: Insert a comma before you identify 'array2'. The second array is printed in green. 


Step 4: The last step is to complete the formula by inserting a closing bracket. So, your formula should look like this: =correl(B1:B11,C4:C11). Then, press 'Enter'. As you can see below, the correlation coefficient is 0.787802. Well done!






































Wednesday, May 21, 2014

Resepi ikan masin

Malam ni tetiba pulak rasa nak masak ikan masin. Bila dah siap masak sardin dan sup kobis panjang, terasa nak maaak ikan maain pulak. Kebetulan dah potong tomato...asalnya nak masukkan dalam sup, tapi sup macam dah crowded pulak. So, sudahnya tomato tu  dimasukkan dalam lauk ikan masin.

Bahan-bahan:
Ikan masin semasin rasa
Buah tomato masak ranum
Cili merah menyala
Bawang merah keuunguan
Serai nan sebatang
Gula penambah kemanisan
Lemon kuning belahan jiwa

Kaedah:
Tumis bawang yang dah dihiris sampai kekuningan dalam minyak yg secukupnya utk bawang tu berendam.
Masukkan tomato yg telah dipotong dadu kecil2 supaya senang hancur. Masukkan jugak cili, serai, ikan masin dan gula.
Perahkan hemisfera utara lemon (boleh bayangkan camne potong lemon tu tak?).
Jangan biarkan masakan tu tenang dan tenteram (i.e. kacau) sampai tomato cukup masak dan jadi lembik macam jem.
Sila makan dengan nasi panas dan insan tersayang. Tapi korang boleh gigit nasi je.. jangan gigit insan tersayang pulak.

Selamat mencuba

Friday, May 16, 2014

Kawasan perumahan Yogyakarta

Harus diakui, tak sempat jalan-jalan keseluruhan area Yogjakarta. Sempat melihat sebahagian tempat saja. Banyak tempat cantik yang tidak dirakam gambarnya.

Yang aku suka buat kalau berjalan-jalan ialah ... well....berjalan. Dalam lawatan ke Yogja tahun lepas, aku buat perangai berjalan ni dari Universitas Gadjah Mada ke Jalan Malioboro. Di tengah-tengah perjalanan, nampak pemandangan yang luar biasa. Gambar yang dikongsikan di bawah ni untuk menunjukkan kepadatan perumahan di sana. Bukan untuk mengadili, bukan untuk menghakimi. 




Thursday, May 15, 2014

Seminar Kepenggunaan

Sekali lagi dipanggil oleh Pertiwi untuk menyampaikan tajuk Budaya Pengguna dalam siri seminar kepenggunaan tajaan KPDNKK. Kali ini semibar dibuat di Melaka Bandaraya Bersejarah. Terciptalah sejarah di King's Green Hotel; membentangkan kertas kerja kepada para pesara. Semua peserta dah masuk 5-series dan ke atas. Ada yang dah 8-series. Gigih lagi datang seminar.
Seperti biasa, ada perkongsian tentang budaya kepenggunaan yang tidak bijak.  Antara contoh yang dibincangkan ialah tabiat makan gula. Bila ditanya kepada peserta, hanya seorang saja yang minum teh tanpa gula sebelum bersara. Ermmm... dah lebih 5-series pun masih 'dijajah' pemikiran bahawa minum teh mesti ada gula. Mengapa susah sangat nak bebas daripada gula? Walhal kita tahu gula yang berlebihan (dan memang selalu terlebih) mendatangkan mudarat kepada badan.
Tampal gegala biar lekat
Sampan beratap membawa huma
Makan gula biar bersukat
Sedapnya kejap sakitnya lama
Hopefully ada yang mahu mula bertindak membebaskan diri daripada gula. Tunjukkan kepada anak cucu bahawa atok dan nenek boleh makan minum tanpa tambahan gulu. Rasanya, atok dan nenek boleh jadi contoh yang senang diikut oleh cucu-cucu yang masih kecil. Kita nak lahirkan generasi baru yang lebih sihat dan produktif.
Bila fikirkan kenaikan kos sara hidup, memang kekadang rasa tak masuk akal. Harga udang, contohnya, dah makin melampau mahalnya. Tak faham. Sebagai individu, kita mungkin tak mampu nak mengubah struktur ekonomi, politik dan sosiobudaya. Tapi kita mampu, terlebih dan tersangat mampu, untuk membuat pilihan untuk diri sendiri. Contohnya, kita boleh ubah apa yang kita makan. Yang halal dan sedap itu, tak semestinya baik untuk kita. Sedap sekadar di lidah dan tekak je.
Allah swt dah ciptakan berbagai makhluk untuk kegunaan kita. Mengapa sumber karbohidrat utama kita masih lagi beras putih? Kita tak pandang beras perang, millet, gandum, dan sebagainya. Sumber protin utama kita masih lagi ayam dan ikan. Kita tak pandang arnab, rusa, burung unta, dan landak. Kalau kita menghadkan pilihan, mudahlah kaum pemodal, pengeluar dan pengedar memanipulasi harga. Cara yang bijak ialah menuntut dan menegakkan hak kita sebagai pengguna.
Ladang luasnya mari dibajak
Nampak redup pohon ketapang
Jadi pengguna biarlah bijak
Baru hidup terasa lapang

Sushi Ori



Mari bukan sebarang mari
mari ke sini membeli bonsai
sushi bukan sebarang sushi
sushi ori dari Kansai

Silalah beli pantun ya. Nak beli sushi dalam gambar tu tak boleh, sebab dah habis licin kena makan. Memang sedap sushi tu. Jauh beza dari sushi kat Sushi King di Malaysia ni. Setiap sushi tu dah ada secalit wasabi. Memang tak nampak, sebab dia sembunyikan; contohnya dia letak bawah udang. Kalau nak extra kick, boleh la minta extra wasabi. Yang ni memang terangkat. Wasabi paste dia memang ori. BUkan serbut yang dibancuh dengan air. Tapi wasabi fresh yang diblender agaknya. Nampak serat-seratnya, macam halia yang ditumbuk sendiri. Rasanya memang menyengit ke hidung. Boleh keluar air mata.

Oh... lupa nak beritau, sushi ni dibeli kat kedai di airport Kansai, Osaka. Harganya pun tak de la mahal melambung berbanding harga kat kedai di bandar. Maksudnya, harga barang makanan kat airport lebih kurang sama je dengan harga makanan kat bandar. Bestnya. Jom gi Osaka lagi.

Wednesday, May 14, 2014

Best berniaga Shaklee

Apa yang bestnya berniaga Shaklee?

1. Dapat makan supplement dan vutamin yg branded dan high quality. Kalau tak berkualiti, bukan Shaklee namanya. Ni company yang laburkan berjuta-juta dollar utk pastikan produk dorang bersih, berkualiti dan mesra alam sekitar. Lagipun, bila dah makan, baru lebih senang nak share dengan orang lain tentang kehebatan produk Shaklee

2. Dapat cabaran untuk memperbaiki diri. Berniaga secara networking ni bukan boleh buat main-main. Yang akan berjaya ialah yang jujur, kerja kuat, berdisiplin dan fokus. Semua tu adalah ciri-ciri diri yang perlu dipertingkat kalau nak berjaya. Sebelum mengembangkan akaun bank, kena kembangkan peribadi dulu. So, Shaklee jadi motivasi untuk memajukan diri.

3. Dapat tambah skill dan pengetahuan yang memang berguna. Istilah yang org mungkin gunakan ialah transferable skills - boleh guna di banyak situasi dan organisasi. Takat join Shaklee ni, dah bertambah pengetahuan tentang penjagaan kesihatan menerusi pemakanan. Dapat juga skill tentang blogging. Nak buat kerja lain jadi lebih mudah dengan skill baru ni.

4. Dapat ganjaran dari Shaklee. Leaders Shaklee cakap pasal 3C: Cash, Car and Conference. Bagi yang rajin dan kuat usaha, ganjaran berbentuk wang tunai (bonus), tabung kereta, dan persidangan (domestik dan antarabangsa) sedia menunggu. Sikit atau banyaknya bergantung kepada diri sendiri. Kalau nak cepat naim pangkat, gandakanlah usaha.

5. Secara personal, saya suka shopping. Tambah pulak kalau dapat upah bila shopping untuk orang lain. Nikmatnya!!!! Bila dah ambil barang kat kedai, poskan kat customer. Macam dalam gambar kat bawah ni. Poskan utk kawan yang jauh nun di Sabah. Rasa kaya bila handle barang2 yang berkualiti. Nak break rekod peribadi poa barang lebih rm1,000.

Cukup ke 5 alasan ni? Atau nak tau cerita lain lagi? 

Monday, May 12, 2014

Menghalang laluan orang lain

Kes accessability tandas OKU dah ada ditulis. Yang ni kes accessability untuk orang yang cukup upaya (OCU?). Canteekkk punya parking motor. Dah tak de tempat lain agaknya nak parking. Depan tangga dia letak. Bersusn-susun pulak tu. Usahkan OKU, OCU pun susah nak lalu kalau macam ni.

Apa la yang ada dalam kepala dorang ni masa decide nak parking. Ingatlah... kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Ingatlah bahawa perbuatan membuang duri dari laluan orang itu dianggap sebagai cabang iman. Kalau kita mengahalang pulak laluan orang, perbuata orang beriman ke apa namanya tu?

Mudahkan, jangan susahkan. Kalau tak mampu nak beri kesenangan kepada orang lain, jangan susahkan mereka.

Sunday, May 11, 2014

budak main sms


Ewah ewah.... kemain lagi ko ya. 

Mula-mula serkap jarang guna umpan 'Faiz'.

Pas tu ko tanya nama aku.

Bila ditanya balik... jawapannya sunggah la sopan. Aku tahu la ko tu bukan haiwan empat kaki. Haiwan mana pandai nak tulis sms.

Sekali....bila dia beri tau nama, terkejut tapir dibuatnya. Mesej ni dari budak perempuan umur 14 tahun. Wah... beraninya kau Temah (bukan nama sebenar). Kacau-kacau orang. Kalau aku ni jenis pedagang manusia, silap-silap ko kena jual. Ko tak takut ke Temah?

Bila dijawab "Saya Dr Harris, ahli psikologi, umur 38 tahun. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?"

Dia jawab "tak de apa-apa. terima kasih" dan terus blah.

Hahaha.

Jangan ko kacau orang lain ya Temah.

Saturday, May 10, 2014

ukir buah tembikai

Kisahnya bermula di Thailand. Jauh noo... Haha... saja nak buat intro dramatik sikit. 

Untuk gambar yang pertama tu, itulah hasil kerja tangan mengukir tembikai. Pisaunya dibeli di Thailand, masa lawatan ke sana pada Ogos 2013. Belajar kat youtube je. Itu yg kasar semacam je hasilnya. Belum boleh ambil tempahan lagi. Buat hobi sendiri je la.


Yang kedua ni hasil kerja tangan melipat-lipat belon. Merasa la menjadi. Tak tau la ni poodle atau zirafah. Belasah je la. Mula-mula tak berani. Dah lama-lama tu, macam best je bila dapat buat. 

Moral of the story, kena rajin mencuba. Jadi tak jadi, itu lain hal. At least kita dah cuba untuk dapatkan skill baru. Begitu juga dengan perniagaan low risk macam Shaklee. Kalau membeli sebagai ahli pun tak nak cuba, manakan nak dapat bonus 4, 5 angka sebulan. Kena la cuba dulu. Paling tidak, dapat bantu tingkatkan tahap kesihatan dengan makan supplement dan vitamin Shaklee yang berkualiti tu.

Akhir kata, kalau tak ditiup belon, manakan dapat poodle nya.  :-)


Friday, May 09, 2014

Nasi goreng sedap Keramat


Nampak nasi ke...nampak apa tu?

Ni memang nasi goreng special. Served dalam buah nenas. Dan jangan tertipu..nasi tu nampak putih je, tapi ada banyak flavor. Nama nasi goreng ni Nasi Goreng Special Sala. Mungkin sebab kedai yang jual ni namanya Sala Cafe (duh...). First time try nasi ni memang teruja. Ada burung puyuh lagi.

Dan harganya tak de la mahal tak masuk akal. Cukup teruja sampai cuba kali kedua.

Kalau nak try, sila ke Keramat AU, Jalan 3/56. Kedainya dekat dengan Surau Nurul Saadah. Selamat mencuba.


Taman Bukit Indah Ampang

Berumah di tengah metropolis, memang susah nak berlaman dan berkebun. Yang betul-betul mampu je boleh duduk di rumah yang ada laman yang luas. Bagi yang kurang laman, boleh la ke taman milik semua. Berangan la laman tu milik sendiri sekejap. Di Bukit Indah, contohnya, ada Taman Mini Botani. Selain ada kemudahan permainan kanak-kanak dan dewasa (takraw), ada juga kemudahan untuk fitness. Yang paling menarik ialah ada macam-macam jenis tumbuhan. 

Selain menghijaukan taman, tumbuhan tu boleh jadi bahan pendidikan, terutamanya bagi kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak kita tak tau beza yang mana satu serai, yang mana satu pandan. Asam keping tu berbeza dari asam jawa tau!

Awak suka pokok kesidang. Bila lalu depan pokok tu, baunya sedap. Tak payah pergi dekat-dekat, dari jauh pun dah terbau. Memang power lah pkok kesidang tu.



Ni pokok apa ni?

Thursday, May 08, 2014

Tandas OKU


Kewujudan tandas OKU ialah untuk memudahkan kecapaian (accessibility) kepada yang kurang upaya. But then, as in the example of this toilet, the access is restricted due to fear of vandalism.

Just imagine a guy on a wheel chair who needs to use the toilet urgently. Instead of opening the door directly, he has to find a phone to contact the number given. He would then have to wait for the Penyelia or someone else to open the door for him. That's not accessibility.

Boo 1000 kali kepada yang menyalahgunakan tandas OKU sehingga memaksa pihak pengurusan mengunci tandas OKU. Harap-harap pihak yang berkuasa dapat menjejak, menghalang dan menghukum orang yang vandalise dan menyalahguna tandas OKU. Contohnya, perokok tegar yang sedap2 je berhembus dalam tandas OKU kat UIA ni. Woittt..... korang menyusahkan OKU dan juga pengguna tandas yang BENCI bau rokok dan puntung rokok...tau tak?



Wednesday, May 07, 2014

Ladang burung unta Semenyih

Banyak tempat untuk jalan-jalan di Malaysia ni. Kalau orang KL nak buat day trip, memang boleh sangat. Kalau rasa nak tengok haiwan di ladang, boleh la ke Semenyih. Kalau nak adventerous lagi, subuh tu gi naik Broga, dan lepas tu boleh drive ke Ostrich Wonderland.

Kena masuk kawasan kampung sebelum sampai ke ladang ni. So, drive slow-slow je ya. Kita hormat kat orang kampung. Pakcik yang jaga ladang ni cakap, dah 13 tahun dah umur ladangnya. Benih burung unta ni di bawa dari Afrika. Dia jual daging burung unta. Aktiviti membiakkan burung unta pun dibuat jugak.

Yuran masuk: Dewasa RM15, kanak-kanak RM8. Dapat tiket untuk naik burung unta atau kuda padi.


Burung unta betina yang ditugaskan untuk bertelur. Kalau tak silap, yang kanan sekali tu, ialah
sang jantannya. 


Pintu masuk


Cantik pemandangannya. Cuma tak sesuai untuk picnic sebab 'baunya'.


Kuda dan keldai pun ada


Monyet pun ada. Tapi sian, kena ikat.


Ini gelanggang untuk naik burung unta


Eh... buat drama pulak yang sekor ni.

Rasanya, yang paling best ialah bila dapat pegang anak burung unta yang baru menetas. Dia tak habis keluar dari cengkerang lagi. Ala tomei  tomei... duduk dalam cengkerang lagi. Cepat besar je anak burung unta ni. Dalam masa beberapa minggu dah lebih besar dari ayam dewasa. Ladang ni jugak aktif membiakkan pelbagai jenis ayam termasuk ayam selasih, ayam cina, ayam mutiara dan angsa (err.. angsa bukan ayam ya).

Kepada anak-anak yang jarang balik kampung tu, sesuai benor la di bawa ke ledang macam ni. Biar depa kenal haiwan-haiwan. Jangan sampai depa ingat ayam tu datang dari Pakcik Kolonel Sanders, dan daging lembu datang dari Ronald McDonald.


Monday, May 05, 2014

Skala interval

Nombor yang diperoleh menggunakan skala interval mempunyai lebih makna berbanding skala ordinal dan nominal. Bukan saja ada turutan nombor, malah sela atau jarak antara nombor yang berturutan adalah sama. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai skala sama sela (equal interval scale)

Suhu yang diukur menggunakan skala Celcius adalah contoh terbaik skala interval. Antara 10 dan 11 ada perbezaan suhu yang sama dengan antara 11 dan 12. Dua duanya ada beza 1 darjah celcius. 1 darjah itu dibezakan oleh jumlah pergerakan zarah yang menghasilkan haba. Namun, pada suhu 0C, zarah masih bergerak. Dalam kes ini, nilai 0 dianggap sebagai nilai pilihan.

Ini berbeza dari skala nisbah di mana nilai 0 ialah kosong yang mutlak. Maksudnya, nilai 0 itu menandakan ketiadaan hal yang ingin diukur. Sistem Kelvin mempunyai 0 mutlak.

Dengan skala nisbah dan interval, kita boleh menyatakan 8 ialah 2 kali lebih kecil daripada 4 sebab ada sela yang tetap anatara nombor berturutan. Ciri ini sangat penting dalam pengukuran yang mengutamakan kejituan dan ketepatan. Jika kita nak mengukur panjang kayu, kita tahu bahawa 4 meter ialah dua kali lebih panjang daripada 2 meter. Dan kita boleh gabungkan dua keping kayu berukuran 2 meter untuk menghasilkan kayu sepanjang 4 meter. Operasi seperti ini mustahil dapat dilaksanakan dengan skala ordinal. Dua Supervisor yang digabungkan tidak akan menghasilkan seorang Key Coordinator!

Cara jimat beli Vivix


Two is better than one.

Cam ne tu?

Beli dua botol Vivis sekaligus lebih menjimatkan. Harga pasaran ialah RM475. So, kalau dua botol dah jadi RM950. Kurang RM50 nak cukup RM1000. Mahal nooo!

Yang bestnya, matematik Vivix ni ada magik sket. RM475 + RM475 < RM950 + bonus.
Hebat tak ayat matematiknya? Pasal apa ada tanda < dan 'bonus'?

Sebabnya ialah pembelian dua botol Vivix melayakkan korang dapat keahlian Shaklee seumur hidup secara PERCUMA. Ya... beli Vivix, dapat membership free. Dengan membership ni, harga Vivix secara automatik akan turun, yakni korang layak terus untuk beli Vivix dengan harga ahli. So, berapa banyak pengurangannya? Kalau nak jawapan yang tu, sila tanya direct kat awak.

Bila dah jadi ahli, korang jugak layak untuk dapat bonus bagi pembelian yang melebihi UV150. Dengan Vivix ni, dua botol tu dah bernilai lebih daripada UV200. So, korang memang LAYAK dapat bonus. So, berapa bonusnya? Kalau nak jawapan yang tu, sila tanya direct kat awak.

Ha.. nampak tak magik pembelian Vivix ni. Memang two is better than one. Dah la dapat diskaun, dapat membership free dan bonus lagi. Apa lagi, jom la membeli. Macam mana nak membeli? Kalau nak jawapan yang tu, sila tanya direct kat awak.

:-)

Jangan segan-segan tanya.

Boleh juga beli sendiri kat sini:

Sunday, May 04, 2014

Skala ordinal

Skala ordinal menggunakan nombor untuk menyampaikan maksud urutan (sequence, bukan massage) atau susunan. Paling mudah, saiz baju S, M, L dan XL boleh diganti dengan nombor 1,2,3, dan 4. Saiz nombor ada makna: 2 lebih besar dari 1. Cuma kita tak boleh pastikan saiz perbezaan antara dua nombor. Maksudnya, beza antara S dan M tak semestinya sama dengan beza antara M dan L.
Lagi satu contoh yang menarik ialah rank dalam Shaklee. Bermula dari SID, kita boleh naik setingkat demi setingkat ke Master Coordinator. Setiap rank itu boleh  diberi nombor dari 1 (SID) hingga 7(Master Coordinator). Sudah tentulah 7 itu lebih besar dari 1. Tapi, operasi tolak seperti 7-1 masih tak memberi apa apa makna.


Contoh lain ialah nombor yang diperoleh dalam kelas. Markah keseluruhan bagi setiap subjek digunakan bagi menentukan kedudukan students dalam kelas. Yang dapat nombor 1 ialah yang dapat markah tertinggi. Yang markah paling sedikit dapat nombor paling besar (corot). Kalau kita lihat nombor kedudukan dalam kelas itu sahaja, kita tak boleh buat kesimpulan perbezaan markah antara students. Mungkin beza antara nombor 1 dan 2 ialah 5 markah. Tapi, beza antara nombor 2 dan 3 hanyalah 1 markah.  Jadi, di sini kita dapat lihat skala ordinal tidak menunjukkan  julat atau sela yang sama antara setiap nombor yang berturutan.  Sela yang sama ini ada pada skala interval

Saturday, May 03, 2014

Jenis data dalam statistik

Obor bukan sebarang obor
Obor terang sepuluh pelita
Nombor bukan sebarang nombor
Nombor sembunyi banyak cerita

Nombor ada di mana-mana. Toleh kiri ada nombor, toleh kanan ada nombor. Nombor boleh dikutip, disusun, dan dikaji untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Tanpa pengiraan peredaran bumi, bulan dan matahari, kita sukar nak solat pada awal waktunya. Lagi terasa sukarnya kalau kita tak ada nombor untuk beritahu kita waktu berbuka puasa yang tepat.
Nombor itu sendiri mungkin tidak memberi apa-apa kefahaman. Ia perlu ditafsir untuk menimbulkan makna. Sebelum tafsiran boleh dibuat, nombor itu perlu dikenalpasti jenisnya. Nombor yang dikutip oleh penyelidik, yang juga dipanggil data, biasanya telah ditentukan jenisnya. Penjenisan data dibuat mengikut skala pengukuran iaitu kaedah mengutip nombor.
1. Skala nominal.
2. Skala ordinal.
3. Skala interval (julat).
4. Skala nisbah.

Skala nominal (nama) ialah pengukuran yang menggunakan nombor sebagai label kepada nilai sesuatu pembolehubah. Sebagai contoh, pembolehubah 'syarikat' mempunyai nilai 'Shaklee', 'TV3', 'TNB' dan sebagainya. Kita boleh gantikan nilai ini dengan 1,2, dan 3. Tapi kita tak boleh buat operasi 3-2 sebab jawapannya bukan 1. TNB - TV3 tak sama dengan Shaklee. Nombir yang digunakan disini hanyalah label: tak ada membawa maksud saiz ( 3 tak semestinya  lebih besar dari 1). Contoh lain ialah nombor bilik hotel, dua digit di tengah nombor kad pengenalan (08=Perak, 10=Selangor), dan nombor kod barangan Shaklee (10320 = Vivix).

Friday, May 02, 2014

Undergraduate Psychology Conference

For the first time ever, the Department of Psychology's undergraduate students organised an Undergraduate Psychology Conference IIUM. I'm so proud to see students showing their mettle. They presented research work which are mostly based on the coursework they have completed. I seriously hope the students have experienced and learn about:

1. oral presentation skills (most were able to avoid 'newscaster' style)
2. time management for presentation (how to convey your points during the time given)
3. interaction with the audience (how to engage the audience and respond accurately to their questions)
4. how to prepare slides that are readable and interesting to the readers
5. how to appreciate the beauty of data and research

Dr Shukran Abdul Rahman delivered the keynote address, Whither Psychology Students?

The size of the audience is relatively small, but significant and has a large effect.

"How does it feel to be abnormal?" asked Habib.
I pray that this conference is the first of many. Regularly held conference should be able to bring students out from the comfort of the classroom and closer into the real world.

Bravo and well done to all students and lecturers involved in the program!

Thursday, May 01, 2014

alternatif kepada botox


Aiyoooo..... kat klinik biasa pun ada buat treatment botox ke? Terang-terangan lagi buat promosi cam tu. Kalau dengan Shaklee, SID tak leh buat iklan sebegitu. Hanya syarikat je yang boleh buat iklan terang-terangan. Sebagai SID, kena bergerak secara online (blog, FB, etc) atau offline (jumpa orang face to face).

Berbeza strategi marketing. Shaklee juga menawarkan sesuatu yang berbeza berbanding klinik botox. Weh..... tak yah le cucuk sana sini untuk kelihatan muda. Kesian otot muka 'dimatikan' semata-mata nak nampak kulit muka tegang. Sebagai alternatif, ada beberapa produk yang boleh diambil sebagai sebahagian daripada pemakanan biasa.

Yang paling best ialah Vivix. Bila gabungkan dengan vitamin C dan Collagen Powder, akan dapat manfaat kecantikan luaran dan dalaman, insyaAllah. Biarlah catik tu menyerlah dari dalam ke luar, daripada luaran je yang nampak cantik dan tegang. Vitamin C tu, selain boleh dimakan begitu saja, boleh jugak dihancurkan dan buat macam bedak lulur (masker).


Alternatif kedua, kalau Vivix digabungkan dengan Nutriferon, dia jadi anti-aging set. Kombinasi ni boleh bantu lindungi diri daripada faktor2 yang luaran yang membuatkan kita jadi 'tua sebelum waktunya'. So, tak perlu risau sangat kelihatan tua sedangkan jiwa masih rasa muda.


Nak pilih injek atau makan?