Friday, May 23, 2014

Pantun pilihanraya

Sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
dicalon ke depan dia ke depan
bila berjanji tunai tak tahu

Pucuk pauh delima batu
ikan sembilang di tapak tangan
jalan jauh beribu batu
penyokong yang ada hilangnya jangan

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang undi di bawa ke mati

Puas sudah menanam padi
nenas juga dipandang orang
puas sudah menyemai bakti
caci dan cerca ditabur orang

Hari ini menanam jagung
hari esok menanam serai
sudah dipilih mewakil kampung
dengan parti jangan bercerai

Toksah jadi katak woi....


No comments: