Resepi ikan masin

Malam ni tetiba pulak rasa nak masak ikan masin. Bila dah siap masak sardin dan sup kobis panjang, terasa nak maaak ikan maain pulak. Kebetulan dah potong tomato...asalnya nak masukkan dalam sup, tapi sup macam dah crowded pulak. So, sudahnya tomato tu  dimasukkan dalam lauk ikan masin.

Bahan-bahan:
Ikan masin semasin rasa
Buah tomato masak ranum
Cili merah menyala
Bawang merah keuunguan
Serai nan sebatang
Gula penambah kemanisan
Lemon kuning belahan jiwa

Kaedah:
Tumis bawang yang dah dihiris sampai kekuningan dalam minyak yg secukupnya utk bawang tu berendam.
Masukkan tomato yg telah dipotong dadu kecil2 supaya senang hancur. Masukkan jugak cili, serai, ikan masin dan gula.
Perahkan hemisfera utara lemon (boleh bayangkan camne potong lemon tu tak?).
Jangan biarkan masakan tu tenang dan tenteram (i.e. kacau) sampai tomato cukup masak dan jadi lembik macam jem.
Sila makan dengan nasi panas dan insan tersayang. Tapi korang boleh gigit nasi je.. jangan gigit insan tersayang pulak.

Selamat mencuba

Comments