Skala ordinal

Skala ordinal menggunakan nombor untuk menyampaikan maksud urutan (sequence, bukan massage) atau susunan. Paling mudah, saiz baju S, M, L dan XL boleh diganti dengan nombor 1,2,3, dan 4. Saiz nombor ada makna: 2 lebih besar dari 1. Cuma kita tak boleh pastikan saiz perbezaan antara dua nombor. Maksudnya, beza antara S dan M tak semestinya sama dengan beza antara M dan L.
Lagi satu contoh yang menarik ialah rank dalam Shaklee. Bermula dari SID, kita boleh naik setingkat demi setingkat ke Master Coordinator. Setiap rank itu boleh  diberi nombor dari 1 (SID) hingga 7(Master Coordinator). Sudah tentulah 7 itu lebih besar dari 1. Tapi, operasi tolak seperti 7-1 masih tak memberi apa apa makna.


Contoh lain ialah nombor yang diperoleh dalam kelas. Markah keseluruhan bagi setiap subjek digunakan bagi menentukan kedudukan students dalam kelas. Yang dapat nombor 1 ialah yang dapat markah tertinggi. Yang markah paling sedikit dapat nombor paling besar (corot). Kalau kita lihat nombor kedudukan dalam kelas itu sahaja, kita tak boleh buat kesimpulan perbezaan markah antara students. Mungkin beza antara nombor 1 dan 2 ialah 5 markah. Tapi, beza antara nombor 2 dan 3 hanyalah 1 markah.  Jadi, di sini kita dapat lihat skala ordinal tidak menunjukkan  julat atau sela yang sama antara setiap nombor yang berturutan.  Sela yang sama ini ada pada skala interval

Comments