Sunday, May 11, 2014

budak main sms


Ewah ewah.... kemain lagi ko ya. 

Mula-mula serkap jarang guna umpan 'Faiz'.

Pas tu ko tanya nama aku.

Bila ditanya balik... jawapannya sunggah la sopan. Aku tahu la ko tu bukan haiwan empat kaki. Haiwan mana pandai nak tulis sms.

Sekali....bila dia beri tau nama, terkejut tapir dibuatnya. Mesej ni dari budak perempuan umur 14 tahun. Wah... beraninya kau Temah (bukan nama sebenar). Kacau-kacau orang. Kalau aku ni jenis pedagang manusia, silap-silap ko kena jual. Ko tak takut ke Temah?

Bila dijawab "Saya Dr Harris, ahli psikologi, umur 38 tahun. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?"

Dia jawab "tak de apa-apa. terima kasih" dan terus blah.

Hahaha.

Jangan ko kacau orang lain ya Temah.

No comments: