Friday, May 09, 2014

Taman Bukit Indah Ampang

Berumah di tengah metropolis, memang susah nak berlaman dan berkebun. Yang betul-betul mampu je boleh duduk di rumah yang ada laman yang luas. Bagi yang kurang laman, boleh la ke taman milik semua. Berangan la laman tu milik sendiri sekejap. Di Bukit Indah, contohnya, ada Taman Mini Botani. Selain ada kemudahan permainan kanak-kanak dan dewasa (takraw), ada juga kemudahan untuk fitness. Yang paling menarik ialah ada macam-macam jenis tumbuhan. 

Selain menghijaukan taman, tumbuhan tu boleh jadi bahan pendidikan, terutamanya bagi kanak-kanak. Jangan biarkan anak-anak kita tak tau beza yang mana satu serai, yang mana satu pandan. Asam keping tu berbeza dari asam jawa tau!

Awak suka pokok kesidang. Bila lalu depan pokok tu, baunya sedap. Tak payah pergi dekat-dekat, dari jauh pun dah terbau. Memang power lah pkok kesidang tu.



Ni pokok apa ni?

No comments: