Wednesday, May 07, 2014

Ladang burung unta Semenyih

Banyak tempat untuk jalan-jalan di Malaysia ni. Kalau orang KL nak buat day trip, memang boleh sangat. Kalau rasa nak tengok haiwan di ladang, boleh la ke Semenyih. Kalau nak adventerous lagi, subuh tu gi naik Broga, dan lepas tu boleh drive ke Ostrich Wonderland.

Kena masuk kawasan kampung sebelum sampai ke ladang ni. So, drive slow-slow je ya. Kita hormat kat orang kampung. Pakcik yang jaga ladang ni cakap, dah 13 tahun dah umur ladangnya. Benih burung unta ni di bawa dari Afrika. Dia jual daging burung unta. Aktiviti membiakkan burung unta pun dibuat jugak.

Yuran masuk: Dewasa RM15, kanak-kanak RM8. Dapat tiket untuk naik burung unta atau kuda padi.


Burung unta betina yang ditugaskan untuk bertelur. Kalau tak silap, yang kanan sekali tu, ialah
sang jantannya. 


Pintu masuk


Cantik pemandangannya. Cuma tak sesuai untuk picnic sebab 'baunya'.


Kuda dan keldai pun ada


Monyet pun ada. Tapi sian, kena ikat.


Ini gelanggang untuk naik burung unta


Eh... buat drama pulak yang sekor ni.

Rasanya, yang paling best ialah bila dapat pegang anak burung unta yang baru menetas. Dia tak habis keluar dari cengkerang lagi. Ala tomei  tomei... duduk dalam cengkerang lagi. Cepat besar je anak burung unta ni. Dalam masa beberapa minggu dah lebih besar dari ayam dewasa. Ladang ni jugak aktif membiakkan pelbagai jenis ayam termasuk ayam selasih, ayam cina, ayam mutiara dan angsa (err.. angsa bukan ayam ya).

Kepada anak-anak yang jarang balik kampung tu, sesuai benor la di bawa ke ledang macam ni. Biar depa kenal haiwan-haiwan. Jangan sampai depa ingat ayam tu datang dari Pakcik Kolonel Sanders, dan daging lembu datang dari Ronald McDonald.


2 comments:

Green Venus said...

saya sadmada dari bali indonesia, saya ingin beli anakan burung unta, bagaimana caranya pengiriman hingga sampai disini dengan selamat, berapa biayanya, apa saja surat yang dibutuhkan, 081806850631, teriakasih

Harris Abd Hamid said...

Green Venus... boleh contact pemilik ladang secara langsung di +60192306686 untuk urusan beli anak burung unta