Friday, January 31, 2014

Selamat Menikah Pak Teh

Gambar ni dah beruisa lebih empat tahun. Ambil masa jalan-jalan ke Pulau Pangkor.

Hari ni, Marwan dah besar panjang. Dah nak start tumbuh jerawat dah.

Dan Pak Teh pulak nak menikah. Semalat berkahwin dan berkeluarga.

Sebab ada servis katering, Marwan tak payah le ambil kontrak basuh pinggan. Boleh layan orang datang.


Friday, January 24, 2014

Perarakan maulidur rasul



Nak panggil apa sebenarnya ya?

Perarakan?
Marching?
Berjalan sambil berselawat?

Majlis perhimpunan bulanan UIAM (Liqa' as-syahri) bagi Januari 2014 dimulakan dengan acara jalan kaki ramai-ramai dari tangga besar ke dewan CAC. Ada yang cuba cukupkan kuota berselawat hari Jumaat semasa perarakan. Ada juga yang cukupkan kuota sembang-sembang hal kerja. (The whole morning was taken up by the gathering. So, people continue working while walking.)

Di dalam dewan, ada beberapa acara. Yang jadi rukun wajib tentulah ucapan Rektor. Presiden pun ada datang dan berucap. Intisari ucapannya ada disiarkan di Berita Harian. Tuan Presiden mencabar staf IIUM untuk bersuara tentang penggunaan kalimah Allah. Tak ada suara dari IIUM katanya. Mungkin buku ini bisu, lantaran itu tak kedengaran suaranya.



Bagi yang mahu mendengar, buku yang dikarang oleh Profesor Mohammed Ajmal ini kedengaran suaranya. Walaupun tidak dibawa berarak keliling kota. Atau dideklamasikan di pentas mega. Mungkin perlu selitkan acara baca buku ini di pembukaan sambutan Tahun Melawat Malaysia. Baru orang dengar.

Thursday, January 23, 2014

Testimoni Collagen Shaklee

Ni kisah orang yang dah mengambil Collagen Powder Shaklee. Post kali ni didekikasikan untuk akak yang riang dan ceria nun di Kuching sinun. Bila baca kisah-kisah kat bawah ni, fuuhhh ... memang tak rugi sesen pun depa beli Collagen Shaklee.


Testimoni 1

susulan pengambilan collagen...
kesan jerawat dah xde...
licin n gebu...liang roma mkn mengecil...
baru pakai 10 peket...
tak sia2 grab 2 box collagen...

Testimoni  2

Baju basah [breast milk] selepas minum collagen di pagi hari! Tumit kaki juga dah licin  i baru je consume SHAKLEE COLLAGEN POWDER dan sudah nampak hasilnya.

Testimoni 3

sejak start ambik collagen bru sekotak, sy bru perasan yang sekarang bila mai period, jerawat tak naik pun.. b4 dis setiap kali sebelum nk mai period msti jerawat sebijik besar naik

Testimoni 4

Setiap hari mendapat pujian daripada org lain kadang2 terfikir entah betul ke tidak???....namun utk mendapatkan pujian daripada encik suami rasanya empat tahun sekaaaaali pun susaaaah...hihihi...semlm sewaktu sdg menyusukan baby muiz, encik suami datang dekat....'umi nampak makin muda la sekarang'...hahahaaaa...terus gelak kuat2....'ni mesti pasal mkn collagen ni?' senyum sampai ke telinga

Testimoni 5

Malam tadi sebelum tidur..8 pekena Collagen Powder Shaklee +ESP + fresh milk. Then telan vitamin E..
Bangun pagi ni rasa pipi menegang..lembut.Glow pipi i..suka..suka..suka..

Tapak tangan lembut,moist..en hubby pegang tangan..erm...lembut..yahooo..


Semua testimoni kat atas ni dari orang perempuan. Orang lelaki tak nak kongsi testimoni kot. Tuan blog belum beli lagi. Dah consume nanti boleh kongsi kisah. Apapun, yang tuan blog boleh simpulkan berdasarkan kisah-kisah di atas...korang makin berGETAH!!!

Tahniah.

Testimoni Alfalfa

Apa faedahnya makan alfalfa? Makanan yang halal ni, insyaAllah baik juga. Tinggal nak tau apa baiknya untuk badan kita sendiri. Berdasarkan pengalaman orang yang pernah makan alfalfa, memang banyak faedahnya. Yang kat bawah ni ada 5 kisah benar yang dikongsikan dalam kumpulan (rahsia) Shaklee.

'Saya suka alfalfa," kata Green Ranger

Testimoni 1

"ALFAFA COMPLEX SHAKLEE : Jatuh cinta dengan si Alfalfa ni selepas amalkan untuk hilangkan keputihan. Dah hampir setahun saya amalkan Alfalfa ni, alhamdulillah badan semakin sihat dan lebih selesa dengan keadaan diri sendiri. Sebabnya Shaklee ni dijamin SELAMAT dan HALAL.. No more panty liners"

Testimoni 2

"Puan Mira mengamalkan esp, alfalfa, vit e dan gla. Beliau merupakan rakan sekolah saya. Dengan shaklee kami bertemu semula. Alhamdulillah. Beliau ambil alfalfa dan esp untuk penyusuan anaknya setahun 9 bulan..gla dan vit e utk kulit. Sekarang semakin jatuh cinta dengan shaklee kerana suami tersayang sudah nampak perubahan di wajahnya.parut jerawat hilang, susu badan banyak dan...rahsia suami isteri."

Testimoni 3

"Alhamdulillah hampir 5 bulan consume Alfalfa dan Lecithin sahaja, berat saya turun 5kg dan tak naik semula walaupun sakan makan ketupat dan rendang hari raya."

Testimoni 4

"kali ni saya nk kongsi pengalaman saya consume Alfalfa.
Dahulu saya ni seorang yang jarang sangat buang air besar. kadang2 seminggu sekali je. Suami selalu mrh sbb bahaya x buang air besar lama2. nak buat mcm mne, dah x rasa nak membuang...hehe...
Tapi lpas saya consume Alfalfa ni, sehari 2-3 kali membuang. ringan sikit rasa badan ni. suami pun dah x risau."

Testimoni 5

"2 hari consume ESP Shaklee+ vit C, Oste, vit B & alfalfa, kesan paling cepat susu cepat penuh lepas sesi perahan dan susu lebih pekat lemak berkrim"


Semua testimoni kat atas ni dari orang perempuan. So, tuan blog nak tambah satu testimoni berdasarkan pengalaman sendiri.

Testimoni Tuan Blog

"Saya makan alfalfa 5 biji sehari sekali dengan vitamin B dan vitamin C. Saya try combination ni sebab orang promote depa sebagai penawar resdung. Kalau terlebih makan udang, memang merana la..gatal muka, hidung berair, gatal mata, bersin2..etc. Sejak makan alfalfa+B+C, alhamdulillah rongga hidung (sinus) terasa lebih 'kering'. Gatal2 masih ada tapi dah kurang. Lepas makan udang, still kena gatal2 dan bersin2, tapi sangat berkurangan berbanding dulu. Alhamdulillah."

Mungkin semua orang tak akan dapat efek yang sama. Kalau korang tak de resdung, tak kan dapat faedah macam yg tuan blog dapat, kan? So, kalau korang nak rasa sendiri kehebatan alfalfa, korang try la sendiri.

Tuesday, January 21, 2014

Harga Kereta Mazda CX5

Gambar diambil dari cx5.com.my, laman rasmi Mazda
Harga kereta akan turun. Letak penekanan kuat-kuat pada AKAN. Maknanya, belum lagi turun. Dan mengikut kata menteri yang umumkan National Automotive Policy 2014 semalam, excise duty untuk kereta masih kekal. Belum lagi nak turun.

Maknanya, Mazda CX5 yang sekarang ni berhaga antara RM136k hingga RM154k masih di luar jangkauan. Tapi kereta yang cun ni dah pun masuk senarai impian. Inilah kereta yang mahu dibeli dengan tabung kereta Shaklee. Kena usaha kuat-kuat dan berterusan untuk layak dapat tabung kereta.

Konsep tabung kereta ni bukan macam tabung arnab atau tabung buluh. Bukannya Shaklee yang simpan duit korang tu, atau paksa korang beli kereta. Tiap-tiap bulan, bila mencapai kelayakan yang ditetapkan, korang akan dapat duit di bawah label 'tabung kereta'. Label je. Tapi, kalau korang nak gunakan untuk beli motorsikal, rumah, phone, mahupun arnab, dipersilakan.

Penuhlah rumah dengan arnab kalau korang beli guna duit tabung kereta Shaklee. Banyak boleh beli woo..

Monday, January 20, 2014

Kedai online

Pada sesetengah orang yang bekerja, hari Isnin ialah hari mengeluh 'Monday blues'. Mana tidaknya, dah seronok-seronok bercuti, lepak, tido dan shopping hari Sabtu dan Ahad, kena datang ofis pulak. Tak puas bersukaria la tu.

Apapun, Monday blues bukan alasan untuk tidak bekerja. Hari ni, satu sejarah ( ..sejarah la sangat, kan?) tercipta. 'Kedai Pak Alang' telah dibuka dengan jayanya di Facebook pada petang Isnin, lepas solat asar. Kedai online ni mudah je nak set up. Tak sampai sejam dah siap. Tak payah susah payah angkat signboard atau ketuk paku.
Photo credit: UtopiaHomeAndGardends via Pinterest

Kedai Pak Alang ni ada jual produk Shaklee. Senang sket kenkawan kat FB nak jenguk dan pilih barang. Mudah-mudahan pembukaan kedai ni memudahkan lagi rezeki masuk berduyun-duyun. Amin.

Kalau nak tambah income, mana boleh layan Monday blues. Kerja dengan penuh semanat, dedikasi dan tawadhuk.

p/s Kat Kelantan, ada Sunday blues ke?

Cuti-cuti di Pangkor

Kesempatan balik kampung pada minggu lepas diisi dengan trip ke Pulau Pangkor. Kalau ikut selera, nak ke Pangkor Laut Resort. Tapi, poket membenarkan ke Pulau Pangkor je. Dan tak bermalam pun. Sempat solat Jumaat dan mandi kat Teluk Nipah. Suka sangat la bebudak dapat mandi laut. Walaupun matahari cerah dan panas, tapi air laut rasa nyaman (dan masin, kan Zayd kan?).

Sukanya dia dapat perhatian dari kakak-kakak. 

Serius cantik, dan serius sejuk masjid ni. 

Nampak teluknya, tapi tak tau di mana nipahnya.

Tu bukan pulau pandan. Dekat je tu. Kalau berkayak, sepenanak nasi sampai la. Nasi berapa gantang tak tau.

Buai slow-slow, sampai Pulau Pangkor, apa dalam poket, duit tinggal sikit. Haha. (Apsal kena bayar membership fee utk naik feri kat Marina Island?)
Overall, best jugak pergi Pangkor. Dah jadi master dgn Shaklee nanti, boleh la ke Pangkor Laut Resort pulak.

Tuesday, January 14, 2014

Master Peace and Conflict


Semalam iklan kereta, hari ni iklan program master pulak. Program ni baru ditawarkan oleh Department of Psychology UIAM. Kalau korang join program ni, korang akan jadi batch pertama. Kiranya, pioneer program ni la. Ada kursus dari department psychology, sociology, dan political science. Sangat sesuai untuk korang yang suka belajar macam-macam subjek.

Sesapa yang teringin nak sambung belajar, tak kira tua muda, asalkan memenuhi syarat-syarat, dipersilakan membuat permohonan. Tak susah pun nak buat master ni sebenarnya. Kena pandai cari masa. Dan yakinkan diri "I am a future master degree holder". Dengan degree ni korang boleh apply kerja kat United Nation - cuba damaikan tempat2 yang banyak konflik tu. Paling tidak, korang boleh create peace dan selesaikan konflik dalam diri dan keluarga korang.

Orang yang buat Shaklee pun ramai yang bercita-cita dapat jadi Master. Tapi itu tak leh ambil through UIA la. Kena belajar dari upline masing-masing.

Monday, January 13, 2014

Kangkung Malaysia

Eh... heboh hari ni orang cakap pasal kangkung. Pasal apa ya? Ada Professor Kangkung buat discovery pasal kangkung ke? Mungkin lepas ni ada orang akan buat statement, "tolong jangan politikkan kangkung". Apa-apa je la. Yang belum jadi professor ni, meh kita belajar khasiat kangkung.

Kandungan Kangkung (bagi setiap 100gram)
-  dari segi jenis bahan, kangkung ni sebenarnya sebahagian besarnya ialah H2O: dia ada 92g air
- dari segi bahan mineral, yang paling banyak ialah potasium (311mg)
- vitamin yang paling banyak ialah C (50mg) dan A (6300 IU).

Kebaikan Kangkung
Kangkung ni banyak serat dan kurang lemak. Dan ada macam-macam vitamin. Sesetengah orang anggap kangkung ni sayur yang jenis 'sejuk' - tak elok untuk orang yang sedang berpantang, atau orang yang perlu untuk 'berdarah panas'.

Antara faedah kangkung termasuklah
- detox: singkir bahan beracun dari badan
- mengubat buasir
- awet muda
- mencegah sembelit
- merawat keracunan makanan
- mengurangkan bisul
- mengurangkan kelemumur

Apapun, kangkung goreng belacan memang baik untuk menghilangkan lapar.

Oleh itu, marilah makan kangkung banyak-banyak. Kalau tak boleh bawak kangkung merata-rata, atau kangkung yang dimasak kat kedai tu dah tak nampak kehijauannya, sila top up dengan makanan lain yang berkhasiat: contohnya, alfalfa. Dia pun hijau macam kangkung jugak. Dan banyak khasiatnya. Dia pun boleh membuat orang 'berdarah panas': sesuai untuk orang perempuan yang merancang untuk berpantang. ekhem.

Shaklee ada jual alfalfa gred bagus punya. Tak rugi beli. Senang dibawa ke mana-mana; dan tak risau hilang zat disebabkan terlebih masak.

Jom lenggang-lenggang alfalfa. Contact pak alang lepas abis baca ni ya. :-)



Kereta Perodua

Nak beri laluan iklan kat En Mahadhir a.k.a. Pak Teh kita. Sapa-sapa nak beli Perodua baru, sila contact Pak Teh. Beli kereta, ada dapat free gifts lagi. Kat HQ Perodua pun tak leh dapat offer baik cam ni.

Meh..meh...contact Pak Teh 017 2122 443

when opportunity knocks

You don't just sit around
and wait for good things to happen
you are not a coral
waiting for the waves to feed you

You may have dreams, high and lofty
but you sit still, low and modest
you are not a flake
with the character of anti gravity

A red and shiny candy
at the tip of your tongue
will fail to be sweet
if you don't roll out your tongue
to savour the favour

When opportunity knocks
break a sweat
to grab what is in front
don't let it get away
drawn out by the waves
or flown into oblivion by the winds


Friday, January 10, 2014

Pantau Bahasa

Bishkek: Pegawai Islam tertinggi Kyrgyzstan semalam dilaporkan terpaksa meletak jawatan selepas klip video memaparkan imej seperti dirinya mengadakan hubungan seks terbesar kepada umum. (Sumber: Harian Metro)

Seks terbesar? Apa bendanya seks terbesar tu? 

Penin awok nak baca. 

Siapa yang faham?



Yang ni lagi satu pening. 'Jati' apa yang dibekalkan? Beras Jati? kayu jati? Jati diri?

Prim tu abang angkat BRIM ke?

Majlis daerah tak ada kuasa nak betulkan bahasa ke?

Menulis Dengan Ghairah

Jika di awal tahun ada entri pasal perubahan pada blog, kali ini nak buat entri pasal sejarah blog. Setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan kepada dunia blog, teringin nak buat blog sendiri. Pada asalnya nak merakamkan catatan minda untuk tatapan anakanda Marwan. Ini berlaku pada 2005. Pada blog inilah disimpan rasa, fikir, dan buah minda.

Sudah sempurna sembilan tahun kewujudan blog ni. Kalau tengok kat graf, jumlah entri sekitar 50 setahun bagi enam tahun. Tahun paling produktif menulis ialah 2008 dan 2009. Waktu tu berada di Loughborough England, sambung belajar PhD. Itulah waktunya berjauhan dengan keluarga dan anak. Blog jadi pendekat kepada semua yang jauh.

Selepas 2010, jumlah entri makin merosot; kembali ke kadar tiga tahun pertama. Bukan tidak ada cerita, tapi mungkin ghairah menulis sudah kurang. Pada 2010 fokus lebih kepada menyiapkan tesis. Pada 2011 sudah kembali ke Malaysia dan memulakan hidup baru. 2013 menyaksikan penaikan semula jumlah entri. Kenaikan tu berlaku terutamanya pada dua bulan terakhir 2013: 32 daripada 50 entri dibuat pada November dan Disember. Pasai apa? Pasai pada bulan November la start join perniagaan Shaklee. Ghairah untuk menulis kembali tinggi.

Setakat 10 Januari 2014, sudah ada 18 entri, lebih sekali ganda dari purata entri bulanan (bagi tempoh 9 tahun pertama). Banyak betul manfaat join business. Produktiviti menulis meningkat. Intangible inheritance kepada anak-anak making banyak. Dan income tambahan pun ada masyuk.

Hopefully, pada hujung tahun ni nanti, rekod 242 entri dapat dipecahkan. Dengan kadar penulisan sedia ada, 300 entri bukanlah satu rekod yang mustahil dicapai. Seronok melihat trend yang ditunjukkan dalam graf. Dan bertambah seronok kalau income tambahan berkadar langsung dengan entri post. :-)

Mengurus Masa

Dalam dunia korporat mahupun pendidikan, training yang popular termasuklah pengurusan masa. Mula-mulanya memang tertarik dengan keseksian tajuk tu. Namun, dah lebih sepuluh tahun kot dapat kesedaran bahawa kita sebenarnya tidak mengurus masa; masa akan berlalu tanpa sesiapa mengurusnya. Pernah ke masa terlambat atau tercepat? Cukup je 24jam sehari. (unless you're talking about the slight speeding up of the earth's rotation).

Jadi, apa yang kita boleh uruskan ialah aktiviti kita. We decide how much time do we spend on the activities that we CHOOSE to do. Orang 'membazir' masa dengan memilih aktiviti yang tidak berfaedah. Ataupun bertangguh dari membuat sesuatu yang sepatutnya kita buat.


Bila diajak buat bisnes, ramai yang menolak dengan alasan 'tak de masa'. hakikatnya, kita memilih untuk buat something selain dari aktiviti bisness. ada yang membazirkan masa sejam sehari dengan main game di depan komputer. Kalau sejam tu digunakan untuk buat bisnes, lebih nampak produktiviti kita. Contohnya, bagi business Shaklee, banyak pemasaran yang dilakukan melalui media sosial. Kalau kita pilih untuk gunakan sejam tu untuk update blog, Facebook status dan page, memang busines boleh berjalan. Daripada dapat pujian 'sweet' dari CandyCrush, kita boleh dapat 'sweet' bila lihat bonus yang masuk tiap-tiap bulan.

Memang rugilah orang yang membazirkan masa.

Thursday, January 09, 2014

Green Ranger dan Lemak Jahat

Tahun ini Green Ranger dah berusia 30 tahun. Walaupun badannya masih nampak fit dan berketul-ketul, Green Ranger mula rasa cepat letih, kurang bertenaga, dan ngantuk. Atas cadangan kawannya, Red Ranger, dia pergi jumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan. Bila dah check blood pressure, air kencing, darah, dan macam2 check lagi... keputusan pun didapati.

Terkejut siamang si Green Ranger bila dia diberitahu tahap kolesterolnya tinggi.

"Saya slim la doktor! Bukan gemuk. BMI saya ok je. Tak kan kolesterol tinggi?" Green Ranger tak puas hati dengan berita yang disampaikan oleh tuan doktor.
"Kalau tak percaya, awak buat blood test sendiri," kata Doktor yang sombong mengalahkan Lord Zedd dari season 2 dan 3 siri Mighty Morphin Power Ranger.
"Cakap kasar nampak!" balas Green Ranger.
"Kalau nak kasi turun, pergi kaunter farmasi, ambil UBAT" kata tuan Doktor tu lagi.

"Gua tak nak makan ubat. Tak macholah kena makan ubat" kata Green Ranger

Sejak dari hari tu, Green Ranger pun aktif mencari rawatan alternatif - kebetulan tidak sibuk melawan monster yang sedang mogok sebab tak dapat gaji dari Lord Zedd. Dia tahu, dia susah nak control makanan. Kalau dia masak sendiri tiap-tiap hari pun mesti ada bahan berkolesterol tinggi yang dia lahap. Tambah pulak kalau musim kenduri. Masa tu lah pesta kolesterol bersepah-sepah. Tahap kolersterol boleh naik mencanak-canak. Mana taknya, segala jenis daging, ayam, telur, dan lemak jadi hidangan biasa.

Ditakdirkan, pada satu hari, Green Ranger surf internet, berjalan dari satu blog ke blog yang lain. Dia tersangkut di pakalang.blogspot.com. Dia tertarik dengan post pasal alfalfa yang ada kat blog tu. Kemudian, dia laju-laju contact tuan punya blog, Dr H, untuk tanya lebih lanjut.


"Penat jugak blogwalking ni"
Sembang-punya sembang, Green Ranger mula faham kelebihan alfalfa. Banyak maklumat yg dia tahu. Alfalfa boleh tolong kasi TURUN lemak jahat (LDL - kolesterol), gula, bahan toksik dalam badan, dan sakit-sakit sendi. Dia jugak boleh kasi NAIK tahap imun, kemantapan prostat (penting utk Green Ranger - kanser prostat salah satu masalah utama lelaki di Malaysia), dan jumlah susu (penting untuk isteri Green Ranger yang masih menyusukan anak kecik).
"Sebelum ni tak pernah dengar pun pasal alfalfa. Sekarang baru pakcik tau!"
Lepas dapat konsultasi percuma dari Dr H, Green Ranger pun beli sebotol. Tak mahal mana pun. Beli sebotol saiz kecik...boleh tahan sebulan lebih. Kalau lawan monster sesenang beli alfalfa Shaklee, pupus la semua monster kat muka bumi ni.

"Wah. Hensem gak botol alfalfa ni"
Green Ranger teruja dapat sebotol alfalfa dengan harga special Januaru 2014 daripada encik posmen. Dia pun ambil sebiji. Ada bau herba. "Baik aku makan lepas dinner jap lagi, katanya".

"Dengan alfalfa ni, aku akan melawan lemak jahat!"
Begitulah yang Green Ranger buat setiap hari. Dia tekun makan alfalfa untuk lawan lemak jahat dalam badannya. Selepas beberapa lama, dan setelah turut makan beberapa produk Shaklee yang power-power tu (ada diceritakan dalam siri yang lain - akan datang), Green Ranger buat pemeriksaan darah sekali lagi.

"Yeay! Dah turun!"
Takbir! Seronok betul Green Ranger bila usahanya dah berhasil.
"Kita ikhtiar, Allah yang tentukan," kata Green Ranger dengan penuh rendah diri dan tawadhuk. Lepas dia cakap tu, dia pun cepat-cepat cari kain pelekat untuk cover badan mana yang patut.

Kalau encik-encik dan puan-puan nak angkat tangan macam Green Ranger, cepat-cepat contact Dr H untuk order alfalfa. Harga promosi untuk tempoh terhad je. Go Go Power Rangers!


Oh my statistics

Selesai sudah pengajaran statistik semester ni. Semalam final exam. Habis exam petang tu, terus pulun marking - sampai kul 12 tengah malam. Pagi ni sambung lagi. La ni dah siap key in markah.

Alhamdulillah.
1) Dah selesai urusan pengajaran.
2) Dapat tengok beberapa orang students dengan keputusan cemerlang

Rasa nak nanges
1) exam start lambat sebab masalah teknikal - mikrofon tak berbunyi
2) statistical table lambat sampai dewan exam. (salah communication ni rasanya)
3) terpaksa tengok beberapa orang students yang sama lagi semester depan. Kalau dah ada exam anxiety yang tinggi, kira-kira yang senang pun jadi kelam kabut. Cam ne 2+0.2 boleh jadi 0.4.

Oh my statistics!

Sains kesihatan dalam al-Quran

Apakah satu kesan yang biasa berlaku pada orang yang hidup dalam keadaan berbaring?

A. bed sores
B. pressure ulcer
C. decubitus ulcer
D. all of the above

Jawapannya ialah D sebab A, B dan C merujuk kepada perkara yang sama. Dalam bahasa Melayu tak pasti pulak apa istilahnya. Kudis katil? Ulser tekanan? Kita tanya orang kat DBP. Mungkin orang DBP boleh beri istilah untuk menghuraikan apa yang dialami ramai pesakit di hospital yang menghabiskan kebanyakan masa terbaring atas katil (contoh: pesakit yang koma)

Bed sores ni terjadi selalunya pada bahagian punggung, siku, peha, tumit, buku lali, bahu, belakang badan, dan belakang kepala. Mengapa? Sebab inilah bahagian badan yang cenderung untuk terkena tekanan dalam posisi berbaring. Luka/kudis itu terjadi sebab tekanan mengurangkan aliran darah kebahagian yang ditekan (iskemia). Cuba demonstrasi simple ni: cuba tekan ibu jari kanan pada tapak tangan kiri. Bahagian yang ditekan tu akan jadi putih, kan? Kemudian dia jadi merah balik sebab darah mengalir semula kebahagian tu.

Kalau darah tidak mengalir, bahagian yang terjejas akan mengalami kekurangan oksigen. Tanpa oksigen yang mencukupi, bahagian kulit akan mati secara perlahan-lahan. Sedikit demi sedikit. Mulanya mungkin kulit jadi mati. Kemudian bahagian yang mati tu akan 'terkopek' dan jadi berlubang. Lubang tu boleh berkembang menjadi 'kawah' (as in volcanic crater) dan mula menjejaskan tisu di bawah kulit. Pada peringkat akhir, luka tu jadi sangat dalam hingga menjejaskan sendi, otot, dan tulang.

Antara preventive measure untuk mengurangkan bed sores ialah menggalakkan pesakit bergerak (kepada mereka yang mampu). Bagi yang koma, ripple mattress boleh digunakan. Tilam ni menghasilkan kesan gerakan pada pesakit. Kepentingan pergerakan semasa tidur yang panjang telahpun disebut dalam al-Quran. Masa sembang-sembang dengan Ustaz Abdullah Bukhari semasa breakfast pagi tadi, dia menyebut kisah ashabul kahfi. Dapat pencerahan bagi ayat al-Quran ni.

And you would think them awake, while they were asleep. And We turned them to the right and to the left, while their dog stretched his forelegs at the entrance. (al-Kahfi, 18)

Allahu Akbar. Besarnya kekuasaan Allah swt. Ada scientific relevence dalam kenyataan yang Allah kongsikan dengan kita.

Tuesday, January 07, 2014

Pasar Karat Johor Bahru



Masa bermalam di Johor Bahru tahun lepas (well...last week actually. macam la historical sangat), kawan bawak berjalan-jalan ke Pasar Karat. Mak oiiih.... ramainya orang. Dah kul 10 malam lebih, tapi ramai orang yang datang. bawak anak-anak kecik pun ada. Macam di Danau Kota, Setapak.

Memang orang Malaysia suka shopping. Siang malam. Solo, berkeluarga, berkawan. Boleh dikatakan shopping adalah hobi rakyat Malaysia. Maka jangan takut untuk berniaga. Jika anda yakin produk anda hebat, orang akan cari. Jadikan produk anda sebahagian daripada hobi jutaan rakyat Malaysia. Tak usah risau tak cukup pelanggan. Tengah malam pun orang sanggup cari parking, dan menapak untuk shopping.

Dengan Shaklee, kedai kita boleh dibuka 24 jam. Kedai online la katakan. Wujudkan kedai di Facebook dan blog. Orang yang suka shopping akan datang, dan insyaAllah akan membeli dari kedai kita. Bila kita jenguk kedai, tengok-tengok dah ada customer tinggalkan order. Kan best tu? Tak payah pusing-pusing cari parking dan menapak bertapak-tapak.

Monday, January 06, 2014

research presentations

In a whirlwind of activities today, alhamdulillah, I managed to create (more like update) another blog. It is for the 11th International Postgraduate Research Colloquium that will be held on 21st to 23rd August this year. About 7 months to go.

https://sites.google.com/site/iprc2014/home

The website ain't a beauty. What's important are the information that are necessary for the potential participants. Based on previous experience, the majority of the participants were from Malaysia and Thailand. We also had people from Turkey, Pakistan, Sri Lanka, the Philippines, and a few other countries. Hopefully, we will be able to attract students from Indonesia, Singapore, and other developing countries.

I am co-chairing this Colloquium with Dr Shahrim from UPM. He is the Head of Department of Food Service Management. He had given me a book that I've yet to review. (hint: future post) This is the first time that UPM is co-hosting the event. I hope this will make for a more meaningful and better colloquium.

For the past 10 years, IIUM and BSRI (Behavioural Science Research Institute) had alternately organised the event. The colloquium in Bangkok last year was a blast. For the first time, an undergraduate student from IIUM presented at the colloquium. InsyaAllah, a paper based on the presentation will be published in a journal (hint: another future post). *smile*

I pray that there will be more papers at this 11th edition of the IPRC than ever before.

bunga sakura

Januari bukanlah bulan musim bunga sakura. Tapi, bila tengok balik gambar yang diambil semasa di Loughborough dulu, teringat keindahan alam yang diberi Allah - satu anugerah yang besar bagi yang telah menjalani musim sejuk yang ..err..sejuk, mendung, dan errmm...dingin.


Kalau di Malaysia ni, orang lebih mengaitkan bunga sakura atau ceri ni dengan negara Jepun. Di sana, musim sakura berkembang ialah antara April dan Mei. Nampak gayanya, tak sempatlah melihat ribuan kelopak sakura nanti. InsyaAllah, jika perancangan dimakbulkan Allah, akan pergi ke Osaka bulan 3 nanti. Masih musim sejuk.

Tak apa lah. tengok gambar ni je. Yang penting kerja perlu disiapkan untuk pergi ke sana.

kerja

kerja

kerja

Waiting for the train

It has been a while since taking a train ride. In fact, this could be the first family trip on the train. We took the Putra LRT from Damai to KL Sentral. It was a short ride, but 'full'.

Adam was of course understandably excited to be on a train. All this while, he would point to one and exclaimed "choo choo train!!!" when he saw one. However, he was pretty much well-behaved in the train.

The same can't be said for his younger brother, Zayd. Aduhh.... ligat betul. If he could talk, perhaps he would be chattering away with his observations of the train, its passengers, the tunnel, the platform, the elevator, etc. He walked at KL Sentral as if it was his.

If we work hard, using the right method, insyaAllah we will get it. I can't imagine why anyone (non-corporate entity) would want KL Sentral, but the world is within reach for those who dare to dream and act upon the dream.

Sunday, January 05, 2014

cantik bunga api

Malam sejuk
Hujan menitiskan segar
Guruh semangat langit bergegar

Terdiam itu baik
Waktu dibasahi limpahan
Anggap itu musibah
Membasuh dosa yang berterabur

Terdiam itu elok
Mengambil nafas dalam-dalam
Menggali ketenangan dan kekuatan
Untuk melompat ke awan
Mencapai percikan bunga api
Sambutan kejayaan

Nasi sudah menjadi bubur

Kalau pergi buffet breakfast hotel, makanan inilah yang akan dicari. Asasnya simple; nasi direbus dengan air. 'Kemewahannya' terletak pada banyak mana bahan-bahan tambahan. Biasanya ada kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, minyak bijan, daun bawang dan taucu. Lagi 'grand' buffet spread, lagi banyak la bahan. Sampai ada yang tak kenal pun bahannya. Yang penting, simple dan sedap. Dan kurang lemak. Sihat, insyaAllah.

Saturday, January 04, 2014

Shaklee dalam Facebook

Ada yang tak yakin berniaga melalui Facebook. Tak lakulah. Tak jalanlah. Tak ramai customerlah. (Banyak alasanlah). Mungkin *opinion* kita tu berdasarkan pengalaman peribadi yang terhad. Kalau dilihat faktanya, pengalaman kita tu tak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku. 

"According to Facebook statistic published by Socialbakers, total Facebook users in the country are more than 13 million or equivalent to 49.83 per cent of Malaysia’s population, which makes it #18 in the ranking of all Facebook statistics by Country." (sumber di sini)

Dalam senarai friends korang, maksimum ada 5,000 kan? Ada lagi 12,995,000 yang korang belum capai. Bilangan friends korang tu ibarat a drop in a bucket. Dan, bucket tu makin membesar setiap hari. So, tak de timbul isu kurang customer. Isu yang lebih penting ialah macam mana nak target customer. Alihkan kerisauan kepada benda yang lebih berasas. kalau tak de ilmu dan strategi...memang susah nak reach out kepada customer yang berlambak-lambak dalam Facebook.

Ok .. ok.. .diakui..ada profile yang fake. Orangnya tak wujud. Sorang manusia ada tiga empat akaun. Yang menulis ni pun sama. Yang membaca ni pun agaknya ada lebih daripada satu akaun FB. Kalaulah 50% adalah akaun fake, masih ada 6,495,000 customer di luar sana. Kalau korang dapat 1% pun dari jumlah tu...korang rasa bisnes boleh jalan ke tidak? 

Dengan Shaklee, kalau korang ada 64,950 customer, dah setiap seorang beli sebotol alfalfa (small - yang harganya dah jatuh tersungkur bulan ni), cuba kira berapa UV yang korang dapat. Berapa besar bonus tu? Bersedialah untuk membayar zakat perniagaan.




Kepada Tuan-tuan dan Puan-puan yang membaca ni, dan masih belum mencuba kehebatan alfalfa Shaklee, sudi-sudikanlah menjadi seorang daripada 64,950 customer istimewa saya. :-) Kalau diambil bersama OmegaGuard, dapat membantu jaga kesihatan jantung dan dara. Fan ada banyak keistimewaan lagi. Tak tanya tak dapat tau.

Flying Solo - Day 3

Day 3, the last day.

Hari kedua diluangkan di luar Solo. hari ketiga pula sepenuhnya di Solo. Alhamdulillah, aktiviti akdemik yang dirancang dapat dilakukan. Lihatlah gambar-gambar di bawah sebagai penceritaan hari yang menarik di Universitas Muhammadiyah Surakarta. 

Anis Zaid dan posternya yang mendapat perhatian.

Perbincangan meja bulat ..err..meja kotak?

Terbaik!

Pak Taufik: sedang bertanya, atau sedang menjawab soalan.

Eh...macam mana boleh termenari ni?


Superb dance performance by UMS students.
Last 'official' group photo. 

Setiap titik peluh berbaloi. Ceria di hari terakhir program.

Dinner di restoran bersebelahan stesen kereta api. Sedap makan bersila.

Makan lagi. Di mall. Memang la program ni program yang fruitful dan 'foodfull'. Alhamdulillah.
Seronok rasanya dapat menganjur dan mengikuti program lawatan akademik ke UMS. Misi utama (MOU & discussions) berjaya dicapai. Mudah-mudahan rentetan lawatan ini dapat menghasilkan lebih banyak output yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.

Mari kita meneruskan usaha research and publications.

Friday, January 03, 2014

Kolestrol jahat

Jahat ke kolestrol tu?

Kolestrol ada dua jenis. Satu baik dan satu jahat. Yang jahat tu namanya LDL (low density lipoproteins). Yang buat orang sakit ialah si LDL tu. Dalam makanan yang kita masukkan kat badan, usus akan serap LDL. Kalau banyak sangat yang diserap, dia boleh masuk ke saluran darah; bertempek kat situ macam kerak (plaque). Kalau dah banyak kerak, saluran darah tersumbat.

Kalau tak nak saluran darah tersumbat, pilihlah makanan yang kurang kolestrol. Tapi, kalau memang pantang jumpa udang, ketam, ____ goreng (korang isi sendiri la tempat kosong tu dengan pisang, ayam, atau menda lain yang korang suka), pilihlah makanan yang boleh kurangkan kolestrol.

Satu makanan (bukan UBAT ya!) yang boleh kurangkan kolestrol ialah alfalfa. Mengikut kajian saintifik yang orang buat, alfalfa boleh mengurangkan serapan LDL oleh usus. Maksudnya, LDL tak jadi darah daging kita. Kan bagus tu. Selain kurangkan kolestrol, alfalfa boleh buat korang lagi sihat. Sesuai juga untuk yg menyusukan anak...sebab boleh tambahkan susu. Yang nak tambah anak pun dinasihatkan makan alfalfa (by the way...korang tau tak arnab diberi makan alfalfa? Tu sebab arnak kuat beranak kot?)

Dan untuk Januari 2014 ni, Shaklee telah berbesar hati nak buat promosi hebat untuk orang yang nak ambil manfaat alfalfa. Sebotol kecik alfalfa Shaklee ada 330 biji. Botol besar ada 700 biji. Harganya korang boleh tengok dalam gambar. Kalau nak tau harga yang lebih murah, contact le saya cepat2. Tawaran tak lama. Sekejap lagi dah nak abis.


Flying Solo - Day 2


Hari kedua di Solo, kami keluar Solo menghala ke Gunung Merapi. Ya...gunung berapi tu. Dalam perjalanan, dapat merasa makanan tradisional Solo: srabi. Gambarnya tiada sebab sedap sangat...habis masuk mulut sebelum sempat ditangkap kamera. Waktu sampai di Merapi, cuaca berkabut. Puncak Merapi tak kelihatan. Namun banyak perkara lain yang membuat kami terasa "wow"!

Lori membawa pasir keluar dari penambang. Lahar dingin Merapi menimbunkan pasir di lurah laluan lahar. Pasir jadi antara punca rezeki penduduk tempatan. 

'Hijabistas' Indonesia dan Malaysia

Dosen-dosen UMS dan IIUM

Rumah ketua kampung Balerante. Rumah ini pusat komuniti dan di hari lawatan, ada aktiviti kesihatan ibu&anak.

Lihatlah kanak-kanak ceria. Dan baby tu pun ceria jugak.

Ketua kampung Balerante. Muda lagi pak.

Di atas rumah tangki air - memandang ke arah Yogyakarta.

Menemubual ketua kampung - cuba memahami mengapa masih ramai yang mendiami kawasan yang hanya 5km jaraknya daripada puncak Merapi.

All the food is taking its toll. Selepas kanak-kanak diukur, bapak budak pulak nak ukur badan.

kesan kemarahan Merapi

One of the rare big group photo

A local looking over a valley which is one of the main route of the lave flow. The amount of the lava is mindboggling. 

At the Candi Ratu Boko. Cerita Ratu Boko hampir sama dengan cerita Raja Bersiung.

Yang di kiri pelajar IIUM. Yang di kanan bakal pelajar IIUM, insyaAllah.

Mahasiswa UMS yang menulis tesis tentang program psikososial di Balerante a.ka. Boy Band :-)  

Yang di tengah itu supir yang ramah dan bisa berbahasa Inggeris. Tabik pak.

Catching the sun setting at Candi Ratu Boko.

One of our hardworking photographer.