Monday, January 06, 2014

bunga sakura

Januari bukanlah bulan musim bunga sakura. Tapi, bila tengok balik gambar yang diambil semasa di Loughborough dulu, teringat keindahan alam yang diberi Allah - satu anugerah yang besar bagi yang telah menjalani musim sejuk yang ..err..sejuk, mendung, dan errmm...dingin.


Kalau di Malaysia ni, orang lebih mengaitkan bunga sakura atau ceri ni dengan negara Jepun. Di sana, musim sakura berkembang ialah antara April dan Mei. Nampak gayanya, tak sempatlah melihat ribuan kelopak sakura nanti. InsyaAllah, jika perancangan dimakbulkan Allah, akan pergi ke Osaka bulan 3 nanti. Masih musim sejuk.

Tak apa lah. tengok gambar ni je. Yang penting kerja perlu disiapkan untuk pergi ke sana.

kerja

kerja

kerja

No comments: