Friday, April 30, 2010

Kutiba

Dalam bulan Ramadhan, biasa la, rajin sket nak baca Quran. Di awal2 bulan, masa masih kuat semangat, surah al-Baqarah dibaca untuk sekian kalinya. Begitulah juga dengan Ramadhan yang lepas. Alhamdulillah, dapat membacanya. Sebagai tambahan, dapat juga mengulang semula membaca tafsiran surah ini. Kali ini, tertarik dengan tiga ayat yang berhampiran. Pada ketiga-tiganya ada difirmankah arahan yang jelas. Kalimah kutiba (telah ditulis/dituntut untuk kamu) digunakan dalam ketiga-tiga ayat iaitu ayat 178, 180, dan 183.

Selama ni, perasan kutiba bab berpuasa sahaja. Mungkin sebab ayat 183 tu selalu diulang dalam ceramah, khutbah dan pelajaran. Namun, bila membaca semula al-Baqarah kali ini, baru perasan ada kutiba lain yang lebih dulu disebut dalam surah al-Baqarah. Bukanlah nak cuba menjadi ahli tafsir dalam merenungi susunan arahan ini. Namun, kesan pembacaan terasa kuat untuk menilai diri sendiri. Jika arahan untuk berpuasa boleh dilaksanakan, mengapa dua lagi arahan yang berdekatan (dalam al-Baqarah) belum dilaksanakan?

Mungkin arahan untuk pelaksanaan hukum kisas tidak mampu dibuat secara peribadi. Perlu menuntut pihak kerajaan melaksanakannya. Kalau itu tidak mampu dilaksanakan, buatlah arahan yang kedua, iaitu menulis wasiat. Memanglah berpuasa itu sebahagian rukun Islam. Bila itu boleh dilaksanakan, lengkapkanlah dengan perintah-perintah lain dari Allah s.w.t.. Mudah-mudahan Allah memudahkan kita melaksanakan tanggungjawab kita. Amin.










O ye who believe! the law of equality is prescribed to you in cases of murder; the free for the free, the slave for the slave, the woman for the woman. But if any remission is made by the brother of the slain, then grant any reasonable demand, and compensate him with handsome gratitude, this is a concession and a Mercy from your Lord. After this whoever exceeds the limits shall be in grave penalty.





It is prescribed, when death approaches any of you, if he leave any goods that he make a bequest to parents and next of kin, according to reasonable usage; this is due from the Allah-fearing.





O ye who believe! Fasting is prescribed to you as it was prescribed to those before you, that ye may (learn) self-restraint.


Source of Quranic text and translation: www.muslimaccess.com

Thursday, April 29, 2010

Kembali kepadaNya

Saat itu telah tertulis
cuma kita yang tidak dapat menjangka
lalu mudah terkejut dan tidak menyangka

Kembali dia kepadaNya
mudah-mudahan dalam fitrah yang suci
dan terhimpun bersama hamba-hamba yang diredhai

Allah saja yang mencukupkan
luak yang dialami dari pemergian ini
lalu kembalilah kepadaNya untuk melengkapkan diri

======================================

My thoughts are with you Marwan. Ayah peluk dari jauh, ok?

time to play















Yes, it is time to play
lets walk in the clouds

while waiting
I want to hit the fast forward button
but that was impossible

when sad
the reverse button was convincingly inviting
but that would trap me in history

so, lets play
pause a while to catch a break and reflect
before everything stop
and fade to black

Wednesday, April 28, 2010

al Ansar

Dalam satu khutbah Jumaat di Universiti, khatib menyebut tentang nikmat persaudaraan di kalangan umat Islam. Nikmat bersaudara di dalam Islam unik dan meluas. Dengan kalimah syahadah sebagai faktor sepunya, manusia dari berbagai latarbelakang boleh bertegur sapa, tolong menolong, dan berasa belas kasihan.

Dengan kesamaan syahadah jugalah muhajirin dari kota Makkah dialu-alukan dengan sambutan yang mesra oleh muslimin di Madinah. Selalu diulang waktu sambutan ulang tahun Hijrah kemurahan hati muslimin Madinah dalam membantu muhajirin. Duit, rumah, harta, dan berbagai sokongan sosial lain diberikan sebagai infaq fi sabilillah.

Hidup di UK ini, peluang untuk beramal seperti Ansar tetap ada. Ada saja 'muhajirin' dari Malaysia, dan juga negara2 lain, yang datang ke UK untuk belajar mahupun bekerja. Mereka boleh dibantu untuk membina tapak hidup di sini. Di Loughborough, di kalangan masyarakat Melayu Malaysia, ada jawatankuasa perumahan yang bertanggungjawab membantu pendatang2 baru ke bumi Lboro. Ahli jawatankuasa ini menjadi orang yang dihubungi oleh pelajar2 baru sebelum mereka sampai ke Lboro.

Berdasarkan pengalaman, ada AJK yang membantu mencari rumah sewa, menghubungkan pelajar baru dengan agen perumahan, menjemput pelajar baru di lapangan terbang, mendermakan barang2 dapur, malah menyediakan tempat tidur semalam dua sebelum pelajar boleh masuk ke rumah sendiri. Allah!

Pengorbanan dan infaq yang dilakukan oleh Ansar sukar ditandingi. Tapi, peluang untuk beramal seperti mereka sentiasa ada. Bila balik ke Malaysia nanti, peluang ini kelihatan juga. Ramai pelajar antarabangsa yang tiba di Malaysia untuk menyambung pengajian, khususnya di UIA. Mudah2an boleh beramal seperti Ansar.

Tuesday, April 27, 2010

A Walk in the Clouds

Someeting that I did last Sunday was watching A Walk in the Clouds (Keanu Reeves). The movie is beautiful! The cinematography, scenery, and dialogue are simply beautiful and sweet; very easy to enjoy. It is artful. Feels like watching a novel come to life. It has been a while since I read a novel. So, this movie did very well to reignite my interest in nove. Currently I'm reading 'The Shadow of the Wind' by Carlor Ruiz Zafon. Interestingly, this novel is an English translation of a Spanish text.But I'm digressing.

AWitC is an 'old' movie, produced in 1995. I've heard about it before. But the title did not do much for me. However, upon watching the few opening scenes (more because of the lack of other interesting programs on tv), I was quickly immersed. The point of immersion came when Victoria Aragon (the female protagonist) introduced the valley where her big family live as las Nubes, meaning 'the clouds'. Suddenly I understood and, more importantly, appreciated the movie title.

I can't help but drawing the parallel between this movie and Dilwale Dulhaniye le Jayenge. The big extended family, musics, and dancing are the obvious common elements. What is more interesting is the dynamics of extended family which is drawn quite convincingly. The introduction of a stranger into the family brought differing reactions from the family members. The efforts expanded by that stranger into winning the acceptance from the family, especially from the patriarch of the family are simply heart warming.
I particularly like one scene where Keanu put on a new pair of trousers, a bit too big for him. His grandpa-in-law then said, "Clothes are like family.You have to live in them a while before you get the perfect fit." That statement rings true
and beautiful in its simplicity.

Those who wants to have a healthy dose of family-themed feel good factor can watch this movie.

Monday, April 26, 2010

Hasrat tak sampai

Hari ini hari Isnin. Enam hari yang lepas, hari Selasa, satu hasrat yang disimpan dan dirancang sekian lama akhirnya menemui noktah. Kata penamat yang mentalkinkan hasrat tersebut lahir dari pegawai konsulat Amerika.

"Dukacita, permohonan visa awak ditolak" kata wanita di belakang kaunter temuduga sambil menyerahkan kembali segala dokumen sokongan permohonan. Kata-katanya itu amatlah mengecewakan. Terasa ingin melempang sesuatu. Tapi, dalam suasana konsulat Amerika yang ketat kawalan keselamatannya, hatta mennyebut 'bom' pun mungkin membawa padah. Jadi, segala rasa amarah dan yang sekutu dengannya terpaksa disimpan dalam perut; hadamkah rasa itu dengan jus gastrik?

Pada hari Isnin ini baru dapat mengadap komputer (kenyataan?) dan mencatatkan episod hari Selasa. Penolakan permohonan visa itu bermaksud hasrat untuk membuat pembentangan di persidangan di Miami tidak kesampaian. Kertas penuh telah dihantar kepada penganjur. Malah, telah juga terpilih menganggotai kumpulan sukarelawan persidangan. Alangkah hampa. Namun, perjalanan seharian ke London tidaklah menghampakan sepenuhnya. Setelah bermukim di konsulat, sempat juga bersantai di Hyde Park sementara menunggu bas untuk kembali ke Loughborough. Cuaca sangat baik pada petang itu. Kehijauan dan kepanasan di Hyde Park dapat membantu menghilangkan rasa amarah yang mula terurai sedikit demi sedikit.

Mungkin nasib kertas persidangan itu di tempat lain. Di hari lain.

Thursday, April 08, 2010