Monday, December 21, 2009

Wajah Luka

Luka pada wajahnya
tidak akan sempat berparut
kerana dia tidak akan hidup selama itu
alhamdulillah
hapus sakitnya dengan putus nyawanya

Luka pada wajahnya
akan dilupa esok hari
setelah wajah baru ditemu
menghangatkan perang berita
mengaburi pekat perang yang berlaku

Dia satu antara berjuta
luka di wajahnya itu
tidak mungkin mampu melunturkan keegoan
penceroboh yang rakus
bahkan gambar wajahnya
menjadi satu keuntungan
pada kroni yang membuat liputan

Sayang dia belum kenal wajah dunia
yang menconteng luka di wajahnya
tangisnya yang terakhir
hilang di padang pasir

Iktikaf, 2003, terbitan Jawatankuasa Kecil Mahrajan Sastera Islam Sabah XVII. Penyelenggara: Zainii Oje @ Ozea, Sitti Hadiah Haji Abdul Mutalib, Nelawati Ngadul, Melan Bujang.

Monday, December 07, 2009

pada bunyi

Tinggal di persekitaran yang baru menjauhkan diri kepada suasana yang biasa.
Deria menghimpunkan cebis-cebis dunia, dan saraf mencantumkannya. Semakin lama ditinggalkan, semakin banyak cantuman yang beransur luput. Sesekali mengimbau, terasa segar kembali kenangan kepada suasana yang ditinggalkan.

Ada yang kuat mengingat melalui mata. Melukis gambar di kanvas rindu. Baru-baru ini, secebis bunyi mengimbau kembali suasana yang lama ditinggalkan. Membaca sepatah perkataan yang dicatatkan menyerbakkan kembali bunyi yang jarang, malah mungkin juga tidak pernah, didengar di ruang sekarang. *sigh* Siapa sangka, sepatah perkataan menjadi penyegar yang nyaman?

Thursday, December 03, 2009

SEMASA

Dulu Sekolah Menengah Sayong, sekarang ni Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong atau SEMASA. Di Facebook dah ada kumpulan untuk pelajar, bekas pelajar, dan guru-guru SEMASA. Antara idea yang bercambah dari kumpulan ini ialah reunion dan penubuhan persatuan alumni. Antara dua ni, persatuan alumni lebih terasa dekat dan relevan. Kalau reunion tu (yang dicadangkan pada raya tahun depan), tak tentu boleh hadir. So, decided utk menyumbang tenaga kepada penubuhan persatuan.

Sebelum ini pun dah ada sembang dengan beberapa orang tentang idea ni. Malahan, dah ada beberapa nama yang disenaraikan.

Persatuan Alumni SEMASA - PAS (sohih la tak lulus pendaftaran kalau guna singkatan ni)
Alumni Society of SEMASA - (pandai2 sendiri le tengok singkatan yang patut kena reject nih)
Himpunan Alumni SEMASA - HALUS (yg ni berkenan jugak, tambah lagi ramai graduan SEMASA yang berbakat dalam seni halus nih)

Untuk menyediakan dokumen2 penubuhan, nama Persatuan Alumni SEMASA digunakan dengan singkatan PALS. Macam sedap jugak PALS ni. KAlau dalam bahasa inggeris, PALS tu merujuk kepada kenkawan. Elok benor la kalau dapat menghimpunkan kenkawan dalam persatuan tu.

lawak+cute





Aaiih....lawak pulak la dengar lagu ni. Sesetengah orang sensitip pasal tajuk ni. Mungkin dengan jenaka dan comel dalam lagu ni, boleh mengurangkan tahap sensitiviti bila sembang soal jodoh.

Dari musim durian sampai musim rambutan mencari; tapi tak jumpa-jumpa. Bukan senang nak cari yang boleh dibuat pasangan. Tapi, kalau dah rezeki, durian bergolek ke kaki, rambutan berlonggok di tangga. Apa lagi, kupas le.

Wednesday, December 02, 2009

lunch















suddenly felt like having fish for lunch. The original idea was for fish n chips from 300 Sparta. But I was told the portion is huge. I want to save some breathing space for dinner tonite, which was planned last nite.

I headed to Tesco after making (perhaps the last visit) to a garage near 300 Sparta. I was hoping to get at least two things from Tesco. I walked hurriedly to the chocolate aisle, the same aisle that I had been frequenting the past few days. During the last few visits, I was greeted by an empty shelf. The Thorntons Classics that I want were out of stock. However, today was my lucky day. Not only did I get a nice greeting card and postcard from Malaysia, I also was greeted by Thornton Classics! Yeay! That's one item crossed out from my shopping list.

Then, I headed to the ready meal section, looked at the options available, and decided upon fish sushi. They were 'fit for purpose'; which was to ward off hunger. Taste-wise, I have eaten something much better. The rice felt dry, and not sticky enough. Well, perhaps I should have sushi in KL to achieve satiation for my sushi-craving.