SEMASA

Dulu Sekolah Menengah Sayong, sekarang ni Sekolah Menengah Kebangsaan Sayong atau SEMASA. Di Facebook dah ada kumpulan untuk pelajar, bekas pelajar, dan guru-guru SEMASA. Antara idea yang bercambah dari kumpulan ini ialah reunion dan penubuhan persatuan alumni. Antara dua ni, persatuan alumni lebih terasa dekat dan relevan. Kalau reunion tu (yang dicadangkan pada raya tahun depan), tak tentu boleh hadir. So, decided utk menyumbang tenaga kepada penubuhan persatuan.

Sebelum ini pun dah ada sembang dengan beberapa orang tentang idea ni. Malahan, dah ada beberapa nama yang disenaraikan.

Persatuan Alumni SEMASA - PAS (sohih la tak lulus pendaftaran kalau guna singkatan ni)
Alumni Society of SEMASA - (pandai2 sendiri le tengok singkatan yang patut kena reject nih)
Himpunan Alumni SEMASA - HALUS (yg ni berkenan jugak, tambah lagi ramai graduan SEMASA yang berbakat dalam seni halus nih)

Untuk menyediakan dokumen2 penubuhan, nama Persatuan Alumni SEMASA digunakan dengan singkatan PALS. Macam sedap jugak PALS ni. KAlau dalam bahasa inggeris, PALS tu merujuk kepada kenkawan. Elok benor la kalau dapat menghimpunkan kenkawan dalam persatuan tu.

Comments