Tuesday, December 31, 2013

Nikmat Yang Didustakan

(pic credit: Pinterest: Francine Schwartz)


Kadang kadang kita merungut sebab rasa disusahkan sesuatu. Bila ia hilang, baru kita sedar betapa besar nikmat yang dikatakan susah itu. Mungkin kita tidak sedar kita mendustakan sesuatu yang merupakan sebesar-besar nikmat kepada kita.

Antara dialog yang selalu didengar dalam kalangan mak bapak yang beranak kecil ialah "ligat sungguh bebudak ni. Tak sempat nak buat apa kalau di rumah". Satu lagi dialog yang berkongsi DNA, "dah anak-anak asik nak bergayut je... mana dapat nak buat kerja".


Sebagai ungkapan rasa letih, mungkin boleh diterima. Dalam kebanyakan kes, mungkin penutur dialog tu cuba menjustifikasikan kerja yang tak siap itu. 


Sebagai tafsiran alternatif, cuba fikirkan bagaimana seekor alien (kalau ia wujud ..dan boleh berbahasa melayu) mentafsirkan dialog tu.


Cik Alien: "Adakah encik bermaksud anak-anak menjadi penghalang untuk buat kerja di rumah?"


Itukah maksud kita? Kalau betul itu maksudnya, kita mungkin telah mendustakan nikmat. Kita letak anak-anak sebagai penghalang untuk kita bekerja. Atau kita merasa lemas sebab anak-anak menghalang kerja-kerja daripada diselesaikan. Bayangkan kalau kita bekerja di pejabat, dan kita cakap "Isshh...kerja tulis mensyuarat ni ganggu aku nak fokus pada KPI je", walhal menulis minit tu sebahagian tanggungjawab. Apa kata kalau bos nak suruh kita tumpu kepada KPI, maka ditariknya balik tanggungjawab menulis minit. Suka tak?


Kalau jawab ya, sila jawab soalan ni pulak, "Suka tak kalau Allah tarik balik anak-anak kita supaya kita boleh buat kerja kat rumah?"


Suka?


Monday, December 30, 2013

Gebunya Kulit Akak!!!


Mula-mula tergelak, kemudian terkedu dan rasa ntah apa-apa bila membaca iklan penuh testimoni dalam sebuah suratkhabar sabtu lepas. Produk yang diiklankan dikatakan mampu memutihkan dan menggebukan kulit. Antara yang memberi testimoni ialah seorang lelaki muda. Katanya, "sejak pakai produk ni, Datin-datin selalu tegur saya" (atau lebih kurang gitulah ayatnya.) buat ayat sendiri je la... kalau ayat sebiji-sebiji, nanti timbul masalah ciplak dan 'fitnah' pulak.


Sorang lagi yang beri testimoni ialah makcik (bukan dalam gambar kat bawah ni ya) yang agak berumur. "Sejak kulit akak gebu ni, ramai budak-budak bujang kacau akak".


(photo credit: Pinterest: taryn Truese)

Hrrmm..... tak de nak salahkan orang yang beri testimoni. Mungkin apa yang dikatakan merupakan antara kesan yang depa dapat hasil pakai produk tu. Cumanya, pengiklan menggunakan efek tersebut sebagai pelaris produk. Kalau target penggunanya non-muslim, mungkin ada justifikasinya. Tapi, bagi para pengguna Islam, kecantikan tubuh badan bukanlah untuk menarik perhatian orang. Seolah-olah unique-selling-point (teknik marketing) bagi produk itu ialah tarikan seksual yang dihasilkan. kalau pengguna membeli dengan niat begitu, apakah natijahnya nanti? Yang diharapkan ialah kulit yang sihat, cantik, atau kulit yang dipandang penuh geram oleh orang yang bukan mahram? Cari penyakit namanya tu.

Sesiapa yang makan supplement dengan niat nak bagi cantik/gebu/putih supaya orang lain (i.e selain suami/isteri) pandang/tergoda/geram, jangan hairan jika supplement tu membawa penyakit.

Fikirkanlah tabiat menayang kegebuan ini dengan larangan kepada wanita memakai wangian (yang boleh menarik perhatian orang) di khalayak ramai. begitu juga larangan memakai gelang kaki yang berbunyi2 jika ia menjadi sebab diperhatikan orang. Riya' itu bukan hanya pada ibadah khusus. menunjuk-nunjuk kelebihan fizikal diri pun mungkin sebahagian riya' juga (hamba tak pandai menukilkan hukum...cuma membuat perbandingan)

Bagi yang menjual supplement pula, jangan sampai menjual 'hasil' yang haram. Pastikan unique-selling-point produk dijelaskan dengan betul dan mengikut syariat. (peringatan untuk diri - jgn ghairah mengkomersialisasikan produk sehingga membelakangkan syariat)


Friday, December 27, 2013

Satu Paling Besar

"Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin (gambar), berkata Terengganu satu-satunya negeri yang menyediakan peruntukan paling besar bagi memberi ganjaran kepada atlet kelahiran negeri itu yang berjaya dalam pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. " (Sumber: Berita Harian)

Dalam puisi, mungkin ada justifikasi menggunakan frasa "satu-satunya yang paling tinggi" untuk mengenengahkan kesan hiperbola. Dalam penulisan berita sukan, rasa janggal pula membaca "satu-satunya ... yang .. paling besar". Kalau dah dinobatkan paling besar, mesti ada satu saja. Ataupun ada johan bersama? Atau wartawan sukan pun suka berhiperbola. Tidur bola, makan bola, mandi bola, tulis hiperbola. 

La la la la. 

Mengapa Sedap?

Alahai cik Vivix
Mengapa la engkau sedap sangat?
Terasa nak minum macam minum air sirap. Tapi confirm la tak sesuai minum banyak2 kan? Nanti overdosed dengan polyphenol dan resveratrol pulak. Habis musnah semua free-radicals dalam badan pulak. Tak elok musnah berlebihan...simpan sikit; dia pun ada fungsi yang bermanfaat untuk badan. Cuma, kalau berlebihan, free-radicals ni la yang boleh bawak macam2 penyakit. Dan cepat tua. Radical sangat. haha.

Vivix: di lidah rasa sedap, di badan rasa sihat

Cuti Penang

Last week gi jalan-jalan ke Pulau Pinang dan Bukit Merah Laketown Resort. Dua-dua tempat tu dah lama tak jengah (tak termasuk ke Penang untuk deliver training). Best jugak le dapat bermalam di Batu Feringgi. The next day, pergi ke pantai di Pasir Panjang, tempat yang dilanda tsunami 9 tahun yang lepas. Sekarang ni tempat tu nampak cantik: air biru jernih, pasirnya bersih, dan ada anak sungai kecil yang bermuara di pantai. MasyaAllah. Cantik tempatnya. Sayangnya, gambar-gambar dalam phone dah hilang ...sebab kena delete masa (terpaksa) reformat phone.

Memori tinggal dalam saraf-saraf je la.

Monday, December 23, 2013

kunci

Ya Allah...leganya. Sudah selesai satu urusan yang sangat panjang. Tinggal untuk mengambil kuncinya. Thank you Allah.

Thursday, December 19, 2013

best kept secret

The last week of class was the week that i read a novel by Jeffrey Archer. I picked up that book the first time when trying to put Zayd to bed. Soon after, hours when i was free at home were occupied thumbing through the Best Kept Secret.

I experienced a sense of accomplishment after arriving at the 466th page. It took far shorter time than i imagined when i read the first page. But it wasn't the only thing that i sensed. Oh..the joy of reading. And it helped that mr archer is a skillful story teller. 

time to find another good read.

Wednesday, December 18, 2013

Statistics Jokes

1. A statistics student was so smitten with a girl. One day, he summoned the courage to tell the girl how he adore her and will make her very happy. He later reported to his friend, "I convinced her that I am significant. She failed to reject me."

2. Two statisticians were drinking freshly brewed teas from two different pots. There were trying to determine which pot produce better tasting tea. They were doing a tea test.

3. A fashion designer asked 10 of his most loyal clients to test a new dress twice: once in the morning, and again later in the afternoon. He wanted to know if the clients feel differently about the dress at different time of the day and would adjust the dress accordingly. He was doing a within subject design.

4. A wife asked her husband, "Do you love me?"
He answered, "yes, categorically".

5. A wife asked her husband, "how much do you love me?"
He answered, "are you thinking in terms of range or central tendency?"

6. A student confessed to his statistics professor that some days he was very enthusiastic to come to class. On some other days, he felt strongly averse to the classes. The professor responded, "that's your standard deviation."




Thursday, December 12, 2013

Ringan Mata

Kalau makan seafood, mulalah mata hidung dan dahi (muka la senang cerita) terasa gatal. Of course, rasa paling tak selesa bila mata yang merana. Selain gatal, terasa berat, kelopak mata macam digayut, seolah-olah mengantuk. Tak sure ada kaitan secara langsung dengan seafood tu. Tapi itulah yang selalu dialami.


Sejak makan Vivix, produk Shaklee yang hebat tu, alhamdulillah dah terasa keringanan mata. Selama ni macam dah tak tau apa rasanya 'ringan mata'. Bila dah kurang keberatannya, memang terasa WOW. Bestnya bila mata terasa ringan.

Kalau adik, abang, kakak, makcik, pakcik nak rasa nikmat penglihatan yang baik, lihatlah nombor telefon saya ni : 0132408451. Lepas tu, call saya. Nak whatsapp pun boleh. Biasanya, tak sampai dua hari lepas order barang, ia akan boleh dilihat di depan mata. Senang je!

p/s yang kat atas tu bukan gambar mata saya ya.

Monday, December 09, 2013

berani hantar

entah datang dari mana keberanian kali ini. Mungkin selepas menjejak kaki di Merapi, ada kekuatan tambahan yang diterima. Ada dua buah karya - satu baru, satu lama - yang masing-masing dihantar ke BH Ahad dan Dewan Sastera. Antara percaya dan tak percaya, kedua-duanya sudah diemel. Sekarang hanya berdoa, agar keputusan penerbitan = 100%. :-)

Mungkin juga keberanian itu tempias bisnes Shaklee. Setelah berupaya mencatat jualan yang diluar jangkaan sendiri, ada keseronokan yang timbul. Nak berniaga kena berani. Usah terkesan sangat dengan penolakan. Kalau editor satu ruangan puisi buat senyap... kita hantar ke editor lain. Kalau sorang bakal pelanggan buat senyap, kita approach pelanggan lain. Begitulah yang difaham setakat ini: nak jadi penyair bernama, kena berani hantar. Nak jadi ahli bisnes yang berjenama, kena berani kena reject.

Lepas ni nak cuba tanya Datuk Hishamuddin Tun Hussin. Dia kata nak berhenti merokok. Shaklee bagus Datuk.

Yang menteri dan rakyat jelata, ada yang berani nak rejek offer OmegaGuard bulan Disember ni? Kalau rasa nak accept, sila ...silakan.

Friday, December 06, 2013

PSYC'D 2013

Today is Friday. It is also celebrated as Psychology Day (or PSYC'D 2103) by students and staff at the Department of Psychology IIUM. Congratulations to all students and staff who had put a lot of efforts into the program. May the force (of psychology) be with you.



Wednesday, December 04, 2013

Minyak oh Minyak

Bila harga minyak naik, ramai yg naik marah. Bila naik marah, tekanan darah pun naik. Bila tekanan darah naik, kesihatan badan menurun.

Bukan harga minyak je sebenarnya yang boleh membuat kesihatan merosot. Salah makan minyak pun boleh menjejaskan kesihatan. Of course, rasanya tak de la yg 'tersilap' makan minyak petrol atau diesel. Tapi banyak minyak yang halal dimakan yang kita makan secara berlebihan. itu yg menjadi masalah. Minyak-minyak yang halal tu, macam minyak masak dan lemak dari daging, boleh meningkatkan kolestrol jahat dalam badan. Bila yang jahat-jahat ni berkumpul, depa sempitkan saluran darah. Macam mana nak cuci? Bukannya senang nak cuci secara manual.

Kalau makanan menjadi punca salur darah tersumbat, makanan jua lah yang sesuai untuk menterbalikkan prosesnya. 'Ubat' tidak bertindak seperti makanan - sesuai mengangani simptom, bukan menangani masalah. Kalau nak tangani masalah secara langsung, boleh cuba pelbagai makanan yang berkhasiat lagi menyihatkan.

Di  Disember ni, ada promosi istimewa dari Shaklee. Distributors Shaklee dah tau keistimewaannya. Minyak ikan cap OmegaGuard memang bagus utk kurangkan kolestrol jahat dalam badan. Tentang harganya, yang belum tahu, ni nak cerita: harga biasa RM136 sebotol (90 kapsul). La ni boleh dapat harga RM110 sebotol. Kalau nak jimat lagi, pakat dengan kawan beli sebotol seorang, jimat RM10 i.e. bayar RM200 je utk dua botol.

 RM110 tu, insyaAllah, sebahagian ikhtiar kita nak cuci saluran darah. Upah nak cuci rumah pun mahal, apatah lagi nak cuci saluran darah. Marilah kita makan minyak yang betul. whatsapp teman di 0132408451