Satu Paling Besar

"Sementara itu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin (gambar), berkata Terengganu satu-satunya negeri yang menyediakan peruntukan paling besar bagi memberi ganjaran kepada atlet kelahiran negeri itu yang berjaya dalam pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. " (Sumber: Berita Harian)

Dalam puisi, mungkin ada justifikasi menggunakan frasa "satu-satunya yang paling tinggi" untuk mengenengahkan kesan hiperbola. Dalam penulisan berita sukan, rasa janggal pula membaca "satu-satunya ... yang .. paling besar". Kalau dah dinobatkan paling besar, mesti ada satu saja. Ataupun ada johan bersama? Atau wartawan sukan pun suka berhiperbola. Tidur bola, makan bola, mandi bola, tulis hiperbola. 

La la la la. 

Comments