Monday, December 30, 2013

Gebunya Kulit Akak!!!


Mula-mula tergelak, kemudian terkedu dan rasa ntah apa-apa bila membaca iklan penuh testimoni dalam sebuah suratkhabar sabtu lepas. Produk yang diiklankan dikatakan mampu memutihkan dan menggebukan kulit. Antara yang memberi testimoni ialah seorang lelaki muda. Katanya, "sejak pakai produk ni, Datin-datin selalu tegur saya" (atau lebih kurang gitulah ayatnya.) buat ayat sendiri je la... kalau ayat sebiji-sebiji, nanti timbul masalah ciplak dan 'fitnah' pulak.


Sorang lagi yang beri testimoni ialah makcik (bukan dalam gambar kat bawah ni ya) yang agak berumur. "Sejak kulit akak gebu ni, ramai budak-budak bujang kacau akak".


(photo credit: Pinterest: taryn Truese)

Hrrmm..... tak de nak salahkan orang yang beri testimoni. Mungkin apa yang dikatakan merupakan antara kesan yang depa dapat hasil pakai produk tu. Cumanya, pengiklan menggunakan efek tersebut sebagai pelaris produk. Kalau target penggunanya non-muslim, mungkin ada justifikasinya. Tapi, bagi para pengguna Islam, kecantikan tubuh badan bukanlah untuk menarik perhatian orang. Seolah-olah unique-selling-point (teknik marketing) bagi produk itu ialah tarikan seksual yang dihasilkan. kalau pengguna membeli dengan niat begitu, apakah natijahnya nanti? Yang diharapkan ialah kulit yang sihat, cantik, atau kulit yang dipandang penuh geram oleh orang yang bukan mahram? Cari penyakit namanya tu.

Sesiapa yang makan supplement dengan niat nak bagi cantik/gebu/putih supaya orang lain (i.e selain suami/isteri) pandang/tergoda/geram, jangan hairan jika supplement tu membawa penyakit.

Fikirkanlah tabiat menayang kegebuan ini dengan larangan kepada wanita memakai wangian (yang boleh menarik perhatian orang) di khalayak ramai. begitu juga larangan memakai gelang kaki yang berbunyi2 jika ia menjadi sebab diperhatikan orang. Riya' itu bukan hanya pada ibadah khusus. menunjuk-nunjuk kelebihan fizikal diri pun mungkin sebahagian riya' juga (hamba tak pandai menukilkan hukum...cuma membuat perbandingan)

Bagi yang menjual supplement pula, jangan sampai menjual 'hasil' yang haram. Pastikan unique-selling-point produk dijelaskan dengan betul dan mengikut syariat. (peringatan untuk diri - jgn ghairah mengkomersialisasikan produk sehingga membelakangkan syariat)


2 comments:

edogawa conan said...

gud reminder for muslimah like me :)

Harris Shah Abd Hamid said...

glad that you read it that way