Wednesday, October 31, 2007

Seribu tahun



Dah dapat ruang kerja di HEPSRU (Healthcare Ergonomics and Patient Safty Research Unit). Di sinilah aku perlu berjuang untuk 3 tahun lagi. Rindu yang ada dalam dada harap dapat dibendung selama itu juga.

La ni minat dengar lagi Seribu Tahun, Imran Ajmain, yang tak pernah diketahui kewujudannya sebelum ini. Bisakah menunggu Seribu Tahun lagi?

(gambar diambil semasa menunggu train di St Pancras Station, London)

Jet lag?


Hari kedua di Loughborough. Beberapa kali ayah terjaga masa tidur. Akhirnya, ayah bangun pada pukul 5 pagi. Sempat juga la meneguk susu dan air sebagai sahur. InsyaAllah, ayah nak tunaikan puasa enam di sini. Ayah telah bernazar untuk berpuasa 7 hari kalau mahkamah membenarkan ayah atau atuk dan opah menjaga Marwan; nampaknya puasa 7 hari itu belum dapat dilaksanakan.
Ayah pasti Marwan suka naik train dari London St Pancras Station ke Loughborough. Keretapinya cantik, nampak macam keretapi komuter. Laju betul. Pemandangan sepanjang perjalanan pun cantik juga. Ada banyak padang ragut dan ladang. I can see geese, horses, sheeps, and cows. Langit cerah. Sinar matahari menyerlahkan lagi warna kuning dan merah pada daun-daun yang akan luruh di musim luruh ini. Di langit ayah nampak bulan. Walaupun sudah pukul 10 pagi, bulan masih sudi menemani ayah. Bulan itu jugalah yang menemani Marwan dan insan-insan yang ayah sayang di Malaysia.
Dalam train, ada seorang lelaki yang (sangat) tinggi duduk di sebelah ayah. Dia macam ayah, sedang buat PhD. Tapi, dia buat di Nottingham dalam bidang matematik. Katanya, dia berasal dari Republik Chezck. Dia dah kawin, tapi belum ada anak lagi. Macam sedih nada suaranya bila dia cakap dia blum ada anak. Alhamdulillah, ayah ada seorang anak yang ayah sangat sayang. Walaupun jauh, ayah tetap ada Marwan. Moga Allah melindungi Marwan di mana jua Marwan berada.
Sebaik sampai di Lboro, kawan ayah tolong ayah mendaftar. Maka, dengan rasminya ayah bergelar seorang student semula. Heheh..

On Arrival

Ayah dah sampai di London. Ayah tengah tunggu keretapi MidlandMainline ke Loughborough. Tadi ayah dah call kawan ayah untuk beritahu keratapi ayah akan bertolak pukul 9:30 pagi. Cuaca sejuk juga, tapi tak de la sampai ayah perlu keluarkan jaket musim sejuk. Bila bernafas, boleh nampak wap air keluar dari mulut.
Masa di airport Heathrow tadi, lama juga baru ayah boleh keluar. Dah la queue pemeriksaan passport panjang, ayah kena buat x-ray dada on the spot pulak. Bila keluar dari airport, hari dah siang pun. Mulanya ayah nak naik bas, tapi last minute ayah decide nak naik keretapi. Keretapi dari Heathrow ke St Pancrass Station satu line, so tak perlu tukar train. Tu yang buat ayah decide nak naik keretapi. Lagipun, ayah macam Marwan juga, suka naik keretapi.
Masa di KLIA semalam, ayah minta maaf sebab tak dapat kawal emosi ayah. Mudah benar kesedihan yang Marwan tunjukan berjangkit pada ayah. Ayah nak Marwan tahu yang ayah memang sayang Marwan. Dekat pun sayang, jauh pun ayah sayang. Buat masa ni kita berjauhan, tapi Marwan tetap di hati ayah.