Monday, February 28, 2011

bahasa surat khabar

PERNAH bertunang dengan sukan motorcross, Mohd Harith Fuad Robinson, empat tahun lalu, nyata jodoh penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 27, dengan anggota kumpulan Sepah, Shahmira Muhamad atau Shuib, 27. (Harian Metro, 28 Februari 2011)

Ooooooo...barulah pakcik tahu: Siti Sarah pernah bertunang dengan sukan motorcross. Ih ih ih..... tak pernah terfikir manusia bertunang dengan sukan motorcross. Ini baru betul-betul berita. Kan bagus kalau berita ini melaporkan Siti Sarah berkahwin dengan industri muzik?

Lepas ni, pertunangan siapa pulak yang nak masuk surat khabar? Fasha Sandha bertunang dengan menara berkembar KLCC? Remy Ishak bertunang dengan perikanan laut dalam? Atau Nabil Raja Lawak bertunang dengan sarkas?


Wednesday, February 23, 2011

umpteenth stage

No fireworks, no jubilant explosion, no rainbow.

It was just another day. A gloomy one at that. Outside, and inside, there was no obvious celebration going on for achieving another milestone in the PhD journey. The process of printing the whole thesis involved me walking back and forth between Wavy Top and Bridgeman Centre 3 times to get the color printing done. Then it was a mad rush of putting together the preambles, the main body, the appendices, and inserting the colored pages into 5 different piles. With 10 minutes to spare, I managed to hand in the loose copies to the Print Services shop for binding. The minute hand of the clock was two ticks away from 5 o'clock; the time that the shop was due to be closed.

Then, today, I picked up the thesis from the shop. The Academic Registry's office was not opened until 10pm. Three copies of the thesis needed to be submitted. On top of that, I needed to hand in three separate documents. I did not knew beforehand that I need to do this. Nonetheless, the documents were easily made available.

So, today, at 11;30 I completed the process of submitting my thesis to the Research Students' Office. Alhamdulillah. Thank you Allah for giving me the strength to do it thus far.

Now I'm waiting for the viva date.

Tuesday, February 22, 2011

Lega

Ibarat naik tangga
lepas selangkah, lega
lepas selangkah lagi, lega

Tapi masih banyak anak tangga
yang perlu dilepasi
lega yang dirasa
cuma untuk satu anak tangga
masih belum sempurna
pendakian ini

Thursday, February 17, 2011

Dah dekat

cantik sungguh kipas tekat
bunga cengkih baldu merah
yang jauh pasti kan dekat
asal gigih mengatur langkah

Friday, February 11, 2011

polis fesyen












Uiiih .....lawanya kereta Fashion Force ni. Maaf, tapi ni bukan kereta fashion police yg ditugaskan tangkap orang yang melakukan jenayah fesyen. Kalau gini punya lawa kereta, ramai pulak agaknya yg sengaja buat jenayah fesyen supaya ditangkap dan dapat naik kereta ni. Sebaliknya, kereta ni diguna untuk 'menangkap' orang yang pandai bergaya. Sesiapa yang bergaya dengan baik akan dipandu ke destinasi pilihan mereka secara percuma. Untungnya orang yang pandai bergaya.

Kereta ni digunakan di New York. Di New Castle (Kelantan), Selayang New Town, mahupun Bangi New Town masih belum ada kereta ni. Tapi, kalau ada kereta polis fesyen di Malaysia bagus jugak tak? Boleh la tangkap orang yang berpakaian tak senonoh.

Eh ... silap. Tak boleh. Nanti Kakak-Kakak Dalam Islam marah. Tak baik you nak spy-spy aktiviti moral orang. Kat Malaysia mana ada masalah moral. Tak payah nak sukarela jadi polis moral ya. Depa nak pakai kot mana pun biaq pi la, tak menjejaskan apa-apa pun. Apa la Pemuda-Pemuda Dalam Islam ni; dah berbuih Kakak-Kakak Dalam Islam beri tarbiah, belum dapat hidayah jugak lagi rupanya. Nanti Kakak-Kakak pindah New York baru tau.





Lagu-lagu PhD: Ziana Zain

Madah Berhelah
Kalau kerja tak siap, pandai-pandailah bermanis mulut mencari alasan mengapa kerja tak siap. Tapi, perlu diingat, supervisor tu dah pernah melaluinya; dia pun boleh tahu mana satu madah, mana satu helah. Jangan kantoi besar.

Menadah Gerimis
Nak mengutip data susahnya macam menadah gerimis. Kalau tadah air hujan senang sket. Nak menadah gerimis kena ambil masa yang lama, dan tahap kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang kena tebalkan muka untuk mintak belas ehsan orang untuk dapatkan data. Kena juga keringkan muka untuk menadah percikan air liur orang yang tak nak beri kerjasama dan beri alasan berjela-jela.

Kemelut di Muara Data
Nak dapatkan data satu hal. Kalau tak buat perancangan elok, silap-silap, bila dah dapat data, tak tau nak buat apa dengan data tu. Dah banyak sangat data, tak tau nak analisis macam mana. Lagi haru...tenggelam dalam timbunan data, kelemasan.


Anggapanmu
Alang-alang nak buat PhD, kena tetapkan pendirian. Jangan senang ditiup ke kiri ke kanan macam lalang. Tak kiralah apa orang kata, apa yang orang anggap kat kita. Pengorbanan untuk buat PhD tu, kita aje yang tahu. Orang yg terlebih rajin beri pendapat dan membuat andaian tu, anggaplah bagai angin sepoi-sepoi tak reti bahasa. Anggapanmu tak sama dengan anggapanku.

Statistik ku di Sini
Kalau ada data kuantitatif, wajiblah ada statistik. Sapa-sapa yang phobia dengan statistik, sila buat kajian kualitatif. Orang tahap PhD, tak cukup sekadar bentangkan angka dan hasil analisis statistik berhelai-helai. Kena jugak ada tafsiran untuk nilai F, alpha, r, dan t. Jangan paksa penilai tesis membuat tafsiran sendiri. Tunjukkan dengan jelas statistikku ada di sini.

cepatnya berlalu

Kau mengejutkan aku, wahai burung,
dengan siulan yang sangat ramah
sedang senja baru berlalu
dan aku sepatutnya pulang ke rumah

Adakah kau meraikan kehadiran malam
atau aku yang terlepas terbitnya bulan
tenggelam dalam kertas yang cuba kususun
tidak sedar senja berganti fajar

Thursday, February 10, 2011

Pantun tidak mubarak

Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
asyik lapar masa belayar
habislah pisang di atas peti


Kalau padi katakan padi
Tidak saya tertampi tampi
Berguni-guni menampi padi
Apa lagi yang nak ditampi


Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Dah bertahun makan jagung
Bila pulak nak gigit serai


Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
Mengapa tuan tak mudik ke hulu
Saya tak sabar nak tanam kemboja


Nak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa di dahan pauh
Kalau dah masak gugur ajelah hai nangka
Jangan tunggu busuk baru nak jatuh

Wednesday, February 02, 2011

kuaq la ni jugak

Encik Zam dari Kedah dah lama pakai kereta Proton Wira. Encik Wan pulak terkenal sebagai pengkritik tetap kereta-kereta Proton. Ada je yang tak kena di matanya. Hujah 'tin Milo' dah jenuh orang dengar keluar dari mulut En Wan.

Satu hari, En Wan bawak keretanya (dah tentu bukan kereta Proton) ke pekan. Masa nak parking, dia tertekan minyak, instead of tekan brek. Gedegang ...... dia terlanggar kereta Encik Zam yang sedang duduk baca surat khabar dalam kereta.

Encik Zam terus hangin.

"woii.... kuaq. kuaq la ni jugak" jerit En Zam kepada En Wan yang tergigil-gigil dalam kereta. Keberaniannya berhujah dah hilang sebab dia tahu dia salah.

"Aku cakap kuaq....kuaq la oi. Apa dok tercegat dalam kereta. Kuaq aku kata" jerit En Zam lagi.

"Ye la..ye la... aku kuaq la ni" jawab En Wan lemah.

Orang dah mula ramai mengerumun. Salah seorangnya ialah Aziz...ahli fizikyang duduk sekampung dengan En Wan dan En Zam. Bersama Aziz ialah rakan sekerjanya.

Aziz berkata kepada kawannya, "Langgar perlahan je tadi. Aku ingat high speed proton-antiproton collision je yang boleh hasilkan 6 quarks."



Tuesday, February 01, 2011

pantun gosip

Kalau roboh Kota Melaka
papan di Jawa saya dirikan
mula bercinta berkabar belaka
tarikh putus pun nak diumumkan?

Cantik sungguh si rama-rama
terbang hinggap dahan sekah
dapat kekasih kaya dan ternama
perlukah tayang sebelum bernikah?

Cincang cincang kerabu macang
jangan dicincang si jari manis
kesah centa jangan dicanang
banyak cerita awak tak tapis

kalau nyala sumbu pelita
jangan malas menyapu habuk
kalau seronok menjaja cerita
jangan marah orang mengutuk

ada sapa-sapa teringin naik helikopter?