Lagu-lagu PhD: Ziana Zain

Madah Berhelah
Kalau kerja tak siap, pandai-pandailah bermanis mulut mencari alasan mengapa kerja tak siap. Tapi, perlu diingat, supervisor tu dah pernah melaluinya; dia pun boleh tahu mana satu madah, mana satu helah. Jangan kantoi besar.

Menadah Gerimis
Nak mengutip data susahnya macam menadah gerimis. Kalau tadah air hujan senang sket. Nak menadah gerimis kena ambil masa yang lama, dan tahap kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang kena tebalkan muka untuk mintak belas ehsan orang untuk dapatkan data. Kena juga keringkan muka untuk menadah percikan air liur orang yang tak nak beri kerjasama dan beri alasan berjela-jela.

Kemelut di Muara Data
Nak dapatkan data satu hal. Kalau tak buat perancangan elok, silap-silap, bila dah dapat data, tak tau nak buat apa dengan data tu. Dah banyak sangat data, tak tau nak analisis macam mana. Lagi haru...tenggelam dalam timbunan data, kelemasan.


Anggapanmu
Alang-alang nak buat PhD, kena tetapkan pendirian. Jangan senang ditiup ke kiri ke kanan macam lalang. Tak kiralah apa orang kata, apa yang orang anggap kat kita. Pengorbanan untuk buat PhD tu, kita aje yang tahu. Orang yg terlebih rajin beri pendapat dan membuat andaian tu, anggaplah bagai angin sepoi-sepoi tak reti bahasa. Anggapanmu tak sama dengan anggapanku.

Statistik ku di Sini
Kalau ada data kuantitatif, wajiblah ada statistik. Sapa-sapa yang phobia dengan statistik, sila buat kajian kualitatif. Orang tahap PhD, tak cukup sekadar bentangkan angka dan hasil analisis statistik berhelai-helai. Kena jugak ada tafsiran untuk nilai F, alpha, r, dan t. Jangan paksa penilai tesis membuat tafsiran sendiri. Tunjukkan dengan jelas statistikku ada di sini.

Comments

Ri said…
pak lang, good luck untuk pecutan akhir menuju penamat!