Thursday, February 10, 2011

Pantun tidak mubarak

Pisang emas bawa belayar
masak sebiji di atas peti
asyik lapar masa belayar
habislah pisang di atas peti


Kalau padi katakan padi
Tidak saya tertampi tampi
Berguni-guni menampi padi
Apa lagi yang nak ditampi


Hari ini menanam jagung
Hari esok menanam serai
Dah bertahun makan jagung
Bila pulak nak gigit serai


Kalau tuan mudik ke hulu
Belikan saya bunga kemboja
Mengapa tuan tak mudik ke hulu
Saya tak sabar nak tanam kemboja


Nak gugur gugurlah nangka
Jangan menimpa di dahan pauh
Kalau dah masak gugur ajelah hai nangka
Jangan tunggu busuk baru nak jatuh

4 comments:

Telipuk Kuala said...

Tu la...lain kali...kalau dah tahu nak pergi belayar jauh, jangan le dok bawak pisang je...bawak le sama bekalan2 lain, kan???

Harris Shah Abd Hamid said...

makanpun biarlah berpada2. jangan makan bekalan makanan orang lain. Nakhoda tak patut ambil makanan anak kapal

Ri said...

dah nk konvo ni agak2nye kurang sgt kerja yg nk dibereskan ek? hahaha!

pak lang ni buat org gelak guling2 je lar.. :P

Harris Shah Abd Hamid said...

lamabt lagi konvo. on the final stretch to finish the thesis