Monday, January 31, 2011

kanun apakah ini?

Yang kaya bertambah kaya,
yang miskin bertambah miskin.

Ini mungkin kanun yang menjadi tema banyak filem Tamil dan Hindustan. Kemerempatan si miskin bertambah payah oleh ketamakan si kaya.

Di era 'credit crunch' ini pun, si kaya makin membesarkan gudang harta. Si bankers gelojoh yang jadi antara punca kegawatan ekonomi terus mendapat bonus juts-juta. Orang miskin terpaksa berhadapan kenaikan cukai barang-barang keperluan asas, tak dapat kenaikan gaji (kalau naik 50% pun, tak sama dengan 1% daripada bonus bankers di City). Nak beli rumah pun payah...sebab sukar nak dapat pinjaman. si kaya jugak yang 'susah' ke sana sini untuk mencari barang hiasan rumah agam masing-masing.

Jika dilihat positifnya, kanun momentum ini ada baiknya juga: boleh mendatangkan manfaat jika pandai mengubah nasib diri. Kalau dah kaya dengan ilmu dan kemahiran penyelidikan, ramailah yang akan datang menawarkan kerjasama penyelidikan, penulisan, dan sebagainya. Pelajar juga akan datang membawa hajat untuk diselia tesis mereka. Yang banyak penerbitan akan lebih cenderung untuk dapat lebih banyak penerbitan. Yang baru nak mulakan langkah, yang jumlah penerbitan tak lebih sekangkang ayam serama, kenalah berusaha bersusah payah untuk pastikan yang sekangkang ayam serama tu menjadi sekangkang burung unta. Kalau publications mantap berjela-jela, barulah boleh fly high.

Berkaitan kadar produktiviti kerja pun begitu juga. Kalau dah datang 'mood' nak menulis, memang banyak boleh dihasilkan. Bukan setakat penulisan berkaitan kerja, penulisan kreatif pun menjadi-jadi jugak. Makin banyak menulis berkaitan kerja, makin banyak penulisan tidak-berkaitan kerja dihasilkan juga. Kalau blog bersawang, itu bukannya tanda sibuk. Sebaliknya, kalau blog kerap di'update', mungkin itu tandanya tengah rajin bekerja.

Ya ke?

Sunday, January 30, 2011

saintifik dan Islamik

'saintifik dan Islamik la sangat' ... dari beberapa blog yang dibaca.


Memang salah konteks, dan salah pekerti, kalau perbualan seseorang dengan kawan-kawannya dipetik sebagai kenyataan rasmi. Membuat laporan dengan bahan yang tidak sesuai bukanlah sesuatu yang diajar di universiti. Salah satu latihan penulisan akademik ialah merujuk kepada sumber rujukan 'rasmi' yang mempunyai kredibiliti. Jangan sewenang-wenang nak memetik 'fakta' daripada Wikipedia, Murai.com, beautifulnara.com, majalah URTV, dan sebagainya.

Kalau terkesan dengan kenyataan 'sinis'; cubalah buktikan di mana saintifik dan Islamiknya perbuatan yang ditegur itu. Berhujahlah dengan fakta dan buah fikiran yang baik. Sikap defensif tak membawa ke mana-mana. Kalau tak mampu nak pertahankan perbuatan sendiri, tak boleh tunjuk di mana saintifik dan Islamiknya perbuatan tu, maknanya ada kelemahan pada diri sendiri yang perlu diperkemas. Buat masa ni, jawab saja, "Thank you for the comment. We will look into it." Lain kali, bila orang tegur, boleh sediakan jawapan yang sesuai. Ataupun, selepas muhasabah, jika disimpulkan perbuatan tu memang tak saintifik dan Islamik, tinggalkan saja. "We listen, and we obey"

Thursday, January 27, 2011

vision

Kes 1: Makro - Ekonomi
Teringat perbualan dengan kawan serumah di William St dulu.

"Sudan has many natural resources", katanya dengan penuh semangat.
"Why is your country poor then?" bidas seorang lagi rakan serumah.
Tersengih-sengih si patriot dari Sudan itu.

Negara yang ada banyak hasil mahsul tidak semestinya jadi kaya raya rakyatnya. Begitu juga sebaliknya; negara yang tidak banyak hasil mahsul, tidak semetinya miskin rakyatnya. Biarlah balak berjuta ekar, emas berketul-ketul di dalam tanah, berlian bersepah-sepah di tebing sungai, minyak melakung-lakung dalam tanah: tak jadi manfaat kepada sesiapa jika tidak ada pandangan, wawasan atau idea untuk menguruskannya. Bagai tak bernilai minyak mentah dalam tanah kerana tidak ada perancangan untuk membina loji penapisan minyak, paip saluran minyak, kapal pengangkut minyak, etc.

Nak memakmurkan ekonomi negara perlu ada wawasan. Perlu ada pandangan jauh ke depan: nak negara ni rupa macam mana dalam 10, 20, 50 tahun lagi?

Kes 2: Individu - Masa

"Bosannya....tak tau nak buat apa ni"

Ni ayat orang yang 'terlebih' masa. Bukannya kerana dapat mesin masa Doraemon. Seharinya ada 24 jam juga. Tapi kerap mengeluh kerana 'tak tau nak buat apa' seolah-olah bumi lambat berputar. Nak menguruskan masa pun kena ada wawasan juga. Masa ibarat komoditi, ibarat hasil mahsul. Kalau tak buat perancangan, maka akan datang tempoh tertentu yang tidak terisi. Tidak ada aktiviti yang boleh diberi keutamaan.

Maka jadilah sindrom 'bosan'. Bukan masalah jumlah masa, tapi kerana tidak pandai menguruskan aktiviti mengikut masa yang ada.


Kes 3: Individu - Jamie Oliver don't-wannabe.

"Eh...tak reti nak masak apa petang ni. Ilham tak datang lagi."

Ini pun boleh jadi contoh kekurangan vision: tak nampak apa yang boleh atau perlu dimasak. Setiap hari membakar kalori semata-mata untuk berfikir nak masak apa. Seolah-olah perancangan untuk memasak satu beban yang sangat berat.

Bukan kerana kekurangan 'komoditi' atau 'hasil mahsul': kalau periksa dapur, macam-macam ada. Kacang hijau, kacang dal, kacang kuda, kacang tanah, kacang panjang: macam-macam kacang ada. Tepung pun ada banyak jenis: tepung gandum, tepung wholemeal, tepung beras, tepung pulut, tepung jagung, bahkan susu tepung pun ada. Of course, kes ini bukan merujuk kepada fakir miskin yang layak menerima zakat. Kes ni untuk orang yang berpendapatan tetap; yang lebih mendapat kenikmatan semasa shopping beli barang dapur daripada memasak guna barang dapur tersebut. Maka beras basmati gred AAA sekalipun akan berbubuk di dapur jika idea memasak tak datang-datang.

It is not for the lack of things to cook, but the lack of idea, enthusiasm and eagerness that the dapur is not berasap.

Soalan yang seterusnya: macam mana nak mendapat vision?

Kena tunggu Tun Dr M turun padang beri ceramah?


Wednesday, January 26, 2011

lalang-lalang

Tanya sama lalang apa sebab goyang
nanti jawab lalang, angin yang goncang

Tanya sama enau apa sebab tinggi
nanti jawab enau, nak cari matahari

Setiap perbuatan ada sebab. Samaada sedar atau tidak sedar, ada yang menjadi sebab kepada tindak tanduk manusia. Tingkah laku manusia boleh difahami dengan menyelidik sebab-sebab kepada tingkah laku tersebut. Ahli psikologi cuba mengkaji tingkah laku dengan melihat biokimia dan struktur saraf badan, gen, proses pendidikan, pengaruh sosial, dan sebagainya. Walau baik, walau buruk tingkah laku; ada sebabnya.

"Eeeee.... tak sakit ke dia cucuk kening dia macam tu?"
Memanglah sakit, tapi ada sebab lain yang menjadikan perbuatan bertindik kening itu 'sedap'.

"Uwekk.... apa yang best sangat berlumba motosikal haram tu? Bukan laju mana pun.... bising je lebih."
Betul; dari kaca mata penonton, memang tak nampak apa yang membuat mat-mat rempit berlumba. Tapi, kalau ditemubual mat rempit berkenaan, kita boleh jumpa penyebab kepada penyertaannya dalam lumba haram. Tak kiralah sebab itu kukuh, atau pun lemah.

Yang menjadikan sesuatu 'sebab' itu kukuh ialah tersandarnya sebab itu kepada Allah dan syariatNya.

"Aku berpuasa sunat hari ini kerana Allah taala"
Memang molek sebab yang diberi.

"Saya tidak bersalaman dengan lelaki kerana haram hukumnya bersentuhan dengan bukan muhrim", demikian kata seorang wanita yang enggan bersalam dengan lelaki.
Siapa pula kita hendak mempertikaikan hukum Allah yang jelas tentang hubungan lelaki-perempuan. Memang kukuh alasan yang diberi. Kalau terlebih rajin nak mempertikai, silap-silap terpertikai hukum Allah. Na'uzubillah.

"Saya pakai macam ni sebab ikut kesesuaian majlis," kata seorang wanita lain yang gambarnya semasa menghadiri majlis sambutan hari jadi kawan di sebuah pusat hiburan tersebar luas.
Ikut majlis? Betullah alasannya tu. Majlis yang 'sebegitu', memang kenalah pakai 'begitu'. Tapi alasannya sangatlah lemah. Allah tak suruh pakai begitu ditempat awam. Dan bukannya fardhu kifayah pun nak sambut harijadi kawan. Dan sunat muakkad ke untuk berada di pusat hiburan?

Orang yang bersandar kepada sunnah dan wahyu, insyaAllah akan dapat cahaya hidayah.
Orang yang melintuk-liuk mengikut arah angin popular, cepat-cepatlah cari pendirian. Jangan sampai angin popular itu meniupkan diri terjerumus masuk ke neraka.

Friday, January 21, 2011

refleksi Khutbah Jumaat

Wahyu yang diturunkan, dan Rasul yang diutuskan, telah berjaya mengubah masyrakat Arab jahiliah. 'Hardware'nya masih sama; cuma 'spiritualware' telah diperbaiki untuk menghasilkan masyarakat yang adil, aman, dan makmur. Kalau dulu encik Abu kuat bergaduh kerana judi, setelah menyerahkan diri kepada Allah, encik Abu kuat bergaduh untuk mempertahankan keadilan.


Salah satu perbuatan keji Arab jahiliah ialah menanam bayi perempuan: malu dengan 'bala' yang diturunkan. Mereka tanam bayi ini hidup-hidup. Itu kes lebih 1400 tahun yang lalu.

Di Malaysia, zaman kita hidup sekarang ini, makin ramai manusia yang lebih zalim daripada Arab jahiliah. Bayi yang baru lahir dibunuh, tak kira perempuan atau lelaki. Sejahil-jahil Arab, mereka tidak membunuh bayi lelaki. Di Malaysia, bayi yang baru lahir dibunuh dengan cara ditikam, diletak di tempat pembuangan sampah, di tenggelamkan di dalam tandas, dan pelbagai kaedah yang kejam. Sejahil-jahil Arab, mereka 'menyimpan' bayi di dalam tanah: tidaklah mayat bayi itu tersiksa berlebihan.

Kseimpulan mudah yang boleh diambil dari perbandingan mudah ini (emphasis on 'mudah'), di Malaysia sudah membiak kejahilan yang lebih teruk daripada kejahilan di zaman sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan sebagai Rasul. Siapakah yang akan mampu mengubah dan menyelamatkan umat Islam di Malaysia ini? Wahyu telahpun disempurnakan. Tiada lagi wahyu baru. Justeru, siapakah yang cukup kuat dan berani untuk menghidupkan dan menguatkuasakan wahyu yang sempurna itu?

Setidak-tidaknya, hidupkanlah wahyu dan sunnah Nabi dalam diri masing-masing. Tambah amalan berdasarkan sunnah dan wahyu dari hari ke hari. Tinggalkan amalan jahiliah dan amalan yang hampir kepada jahiliah.

Ya Allah...selamatkanlah kami.

Thursday, January 20, 2011

konvo

Loughborough memang boleh dikelaskan sebagai universiti bertaraf antarabangsa: tenaga pengajar dan pelajarnya datang dari pelbagai negara. Hasil penyelidikannya juga mendapat tempat di kalangan penyelidik lain seluruh dunia. Dengan pelajar yang datang dari ppelbagai negara, tak hairanlah jika majlis konvo pun bersifat antarabangsa.

Mengikut rekod di laman sesawang universiti, international graduation ceremonies pernah diadakan di Malaysia dan Singapura pada tahun 1995, 1997, 1999, 2001, dan 2003. Pada 2005 dan 2006, Singapura dan China pula menjadi tuan rumah. Pada tahun 2008, hanya satu majlis diadakan di Singapura. Kali terakhir majlis antarabangsa diadakan ialah pada 2009 iaitu di Singapura dan China.

Pada 2011, siapakah tuan rumah?

Jawapannya: tak de sapa-sapa. baru je dapat email dari pejabat Graduation. Tahun ni majlis konvo hanya diadakan di Loughborough pada July dan Disember.

Ate berambat le teman nak teghobang semata-mata untuk ngambil sekerol.

:-(

dah bersemangat nak pergi konvo kat Singapore. Tah pegi mana dah semangat tu.

Wednesday, January 19, 2011

eh...apa tu?

Berurusan dengan pihak majlis (perbandaran) tidaklah sukar sangat. Mungkin yang sukarnya ialah untuk menyediakan wang untuk bayar cukai pintu. Para pelajar pun nak dicukainya. Kalau boleh kerja sepenuh masa, adalah juga pendapatan yang patut untuk bayar cukai. Bukan sepuluh dua. Tapi £100 sebulan. Kalau MPSJ boleh kutip pada kadar itu, tentu boleh menyediakan pelbagai program termasuk program pemindahan kerja bagi pekerja beragama Islam di premis berarak.

Semasa menapak balik ke kampus, lalu di Victoria Park. Di bawah sinaran cahaya matahari yang cantik, ternampak satu penjuru taman yang gondol. Tak ada rumput. Tapi....eh...apa tu? Ada bilah-bilah hijau menegak dari tanah. Daun crocus? daffodil?

Yeay... what a sight for sore eyes.

kisah PC

Bagi para pekerja sekarang, PC sudah menjadi satu keperluan asas. Tidak keterlaluan jika dikatakan PC mendiami satu tingkat dalam hirarki keperluan Maslow. Kalau tak ada PC, kerja lain tak menjadi. Or so most people think. Ke sana sini tak boleh lekang dari PC. Laptop, notebook, palm top menjadi pengganti PC yang letaknya di desk top. Sekarang ni orang boleh buat kerja di iPhone, iPad, tablet, dan ntah apa lagi lepas ni.



Ketika post ini ditulis, PC ni baru diformat semula oleh technician. Terima kasih encik. Dari tahun lepas lagi PC ni perlu dipertingkatkan. Sistemnya sudah ketinggalan zaman. Bila universiti memperkenalkan sistem baru, PC ni tak boleh dipertingkatkan sebab banyak sangat updates yang tidak dimasukkan ke PC ni.



Tahun lepas, ada la dalam sehari dua PC 'tergantung' kerana tiba-tiba dia dapat updates yang dah sekian lama tertangguh. Lepas update, yang sepatutnya memperkasakan PC, kena serangan virus pulak. Terbatuk-batuk la PC. Nasib baik air hingusnya tidak meleleh. Encik technician telah berjaya menghapuskan virus berkenaan setelah berusaha beberapa hari. PC ini juga sedia untuk dihijrahkan ke sistem universiti yang baru. Semua ini berlaku sebelum cuti Krismas. Bolehlah bercuti dengan fikiran yang tenang. Tapi, tiada yang sempurna, kan? PC ini tidak berjaya dihijrahkan sebelum cuti panjang.



Selepas habis cuti tahun baru, technician memberitahu PC ini perlu diformat semula untuk dihijrahkan. Kalau tak berhijrah, PC ni tak akan dapat bersambung dengan sistem universiti. Mahu tak mahu, kena hijrah jugak. Hari ini, kerja memformat telahpun dilaksanakan. Sekarang ni rasa macam dapat PC baru. Bukan teruja nak godek sana sini. Tapi terpaksa instal semula segala perisian yang technician tak install: Google Chrome, Mendeley, NVivo7. Tak kisahlah nak instal itu semua. Walaupun sepatutnya hari ni kena fokus menulis Chapter 7. Tapi, tak boleh nak instal jugak: sebab tak de akaun administrator lagi. Kena tunggu hari Khamis ni.



Panjang sungguh kisah PC ini. Janganlah ada kisah ragam-meragam selepas ini; nak siapkan thesis.

Monday, January 17, 2011

finished a book

Finished reading A Thousand Splendid Suns (Khaled Hosseini, 2007) yesterday. Feels like there's so much that can be said about the beauty in this novel. The narrative reminds me of John Steinbeck. The history taught me a lot more about Afghanistan, and hence have a better appreciation of the wars that are still ravaging the land. The wars are the background of the personal 'wars' consuming the lives of two women; Mariam and Laila.

There are some details that are very gruesome: the aftermath of rocket bomb, the domestic abuses. There are also high dose of sweetness in the courtship between Laila and Tariq. There's a lot of flavours in the pages of this novel.

One issue that, in light of the domestic problems frequently featured on the front page of Harian Metro, many Malaysian women may identify with is the battle of the sexes. More specifically, how men create circumstances to their advantage, and to women's suffering.

"Like a compass needle that always points north, a man’s accusing finger always finds a woman."

Do our fingers 'react' like a compass needle?

Or do we take time to find the guidance in the Quran and Sunnah before we point our fingers?


Sunday, January 16, 2011

Jemain II: Salad buah

Hari Ahad lepas, sepupu Jemain yang belajar di Manchester telah balik kampung. Sudah habis belajar. Hari ini Sudin nak datang makan malam di rumah. Mak Jemain tahu Sudin pandai memasak, lalu dimintanya Sudin masak lauk sepinggan dua. Sudin kata okay saja. Dah lama duduk bujang di Manchester, sudah pandai masak makanan barat.

Sudin telefon Jemain untuk plan memasak petang itu.
"Aku plan nak buat lemon butter chicken dengan fruit salad. Bahan-bahan untuk chicken aku dah ada. Ko tolong cari bahan untuk fruit salad boleh?"
"apa dia? foot salad?" tanya Jemain.
"Foot kepala cerebrum ko," usik Sudin (dia ada ambil modul anatomi dan fisiologi di universiti). "Fruit salad...salad buah-buahan" terangnya.
"Ooooo.....Buah apa yang ko nak guna?" tanya Jemain untuk kepastian.
"Apa-apa pun boleh. Aku masak macam Jamie Oliver, bukan macam Michel Roux Jr" jelas Sudin.

'Entah sapa la yang Sudin sebut tu. Popeye aku kena la.' kata Jemain dalam hati. 'Popeye tentu pandai masak bayam' tambah kata hati Jemain lagi. Dia tersengih sendiri dengan lawak dalamannya.

Selepas melayan Sudin di telefon, Jemain pergi keluar rumah dengan niat nak cari buah-buahan. Dalam perjalanan, dia singgah di pondok Dam; tempat orang bujang dan orang yang perasan bujang melepak sambil main dam. Singgah yang sepatutnya sekejap telah menjadi lama kerana leka melihat orang main dam. Dekat waktu magrib, bila dah dengar suara orang mengaji di surau, baru Jemain teringat dia belum membeli buah. Terkocoh-kocoh dia ke kedai runcit Pak Samad. Nasib baik bukak lagi waktu magrib. Pak Samad kata lepas dia naik haji nanti baru dia nak tutup kedai waktu magrib. Apa-apa aje la Pak Samad.Yang penting dia dapat beli buah.

Di kedai Pak Samad, tak banyak buah yang ada. Bayam adalah.
'Bukan Popeye yang nak masak malam ni,' gerutu Jemain dalam hati. Sudahnya, dia sambar mana yang ada. Dah sampai ke rumah, dia pergi ke kebun di belakang rumah untuk kutip mana-mana buah yang ada.

Di dapur, mak Jemain tengah sibuk memasak dengan Sudin. Setelah meletakkan buah-buahan di atas meja, Jemain terpandang satu botol dengan isi yang berwarna putih.
"Ni apa ni? Kapur kasut ke?" tanya Jemain.
"Woooiiii.....itu salad dressing la. Sos untuk salad. Mana buah yang aku mintak tadi?"
Jemain mengatur buah-buah yang dibeli dan yang dikutip di belakang rumah.
"Ni ha....ko pilih la yang mana yang ko nak guna. Aku nak mandi dulu," ujar Jemain sambil menyusun buah-buahan di atas meja.
Sudin terlopong melihat buah-buahanyang bergolek atas meja. Matanya beralih-alih dari meja ke badan Jemain yang bergerak perlahan ke biliknya.
"Mak Su!!!!!" suara Sudin akhirnya terkeluar.
"Ngapa Sudin? Ini ke buah yang ko pesan tadi? Boleh guna tak?" tanya mak Jemain dengan nada berharap.
"Tak boleh mak su," kata Sudin lemah.
Dalam hatinya, dia menyambung 'Kalau dengan Gordon Ramsay, dah banyak F ko kena dengar Jemain oi. Apa yang aku nak guna? Buah ni boleh la aku guna, untuk hentak medulla oblongata ko', katanya sambil memegang sebiji kelapa muda.
Di sisi kelapa, ada buah pala, buah keras, buah pelaga, buah durian, buah mengkudu, buah jering, dan buah petai.



Saturday, January 15, 2011

Perjuangan belum selesai

Bukan redah sebarang redah
buru pelanduk membawa perisai
pecut sudah lenggang pun sudah
jangan duduk sebelum selesai

Jambu batu delima merkah
buah semangka masak mengkal
yang sebatu jadikan selangkah
yang sehasta jadikan sejengkal

Daun kesum terbakar menyala
lalang merimba bagai dibaja
selagi belum menggenggam piala
teruskan usaha sebaik daya


Friday, January 14, 2011

Goldilocks and the Three Bears: Adult version

Those who know this story would know that Goldilocks went into a house in the forest, sat on three chairs, tried 3 bowls of porridge before finishing a bowl whose temperature is just right, and then took a nap on a bed right for her size. The bear family came home to discover that there was an intruder in their house. They found her in the bedroom; she woke up, and ran away unharmed.

What was most conveniently skipped from the story is the part between Goldilocks waking up and her running away. You see, Goldilocks was no fool. She had been reading a lot of self-help books, and had frequently counsel her friends. For example, she helped Jack and Jill to deal with nightmares and successfully pointed out that their tumbling down a hill was the cause. She had also lent her ears to Hansel and Gratel who had a big issue of abandonment. So, she had quite a bit of experience under her sleeve.

When she was woken up by Papa Bear's growling, Goldilocks sat up straight and tried to remain calm. She collected her thoughts while she was grilled about the chairs, and the porridge bowls. After giving her answers, she politely asked Baby Bear.

"Now, can you answer this: why do Papa Bear and Mummy Bear sleep in different beds?"

Baby Bear was startled, to say the least, by this unexpected question. Mama and Papa bear were clearly taken by surprise by Goldilocks' astute observation of their sleeping arrangement. Their anger over the intrusion quickly dissipated and was replaced by nervous glances.

"That's the way it is. It has always been like that," said Baby Bear meekly; which is an acceptable answer because Baby Bear never read anything like Men Are From Mars, Women Are from Venus. The

"No dear. I think you better go downstairs. Your parents and I have something to talk about," said Goldilocks confidently and motioned Baby Bear to the door. When the door was closed, Goldilocks began to talk earnestly with the bear couple. There was initially some denial and resistance from Papa Bear. But Goldilocks was quite an expert to get people talking, because she had read 7 Habits of Highly Effective People and Emotional Intelligence.

She empathised and paraphrased to understand Mama Bear. The floodgate soon opened; both Mama Bear and Papa Bear became active participants in the impromptu couple's counselling. It was soon became evident that Mama Bear was fearful that she would get pregnant again. Apparently, Baby Bear's birth was a difficult one and very traumatising for her. Papa Bear was not by her side when it happened. He was away on a fishing trip with his silly little cousin, a little bear with a red shirt and no pants; but that is another story. Papa Bear discovered that he feels guilty about this, so he did not object to the Mama Bear's suggestion of sleeping in different bed.


"Thank you Goldilocks," said Mama Bear and Papa Bear with teary eyes.

"It's a pleasure," replied Goldilocks. She recommended some books for them to read, and also some useful websites.

Papa Bear walked her to the door, and smiled as he waved good bye. When the door was closed, Goldilocks ran as fast as she could towards her house. Was she afraid of the bear? No. It was the porridge. She was in a rush to get to the loo and she was pleased that the Bears managed to find a resolution quickly.

'Maybe I should add Delia Smith and Jamie Oliver to their reading list', thought Goldilocks to herself as drew nearer to her house.

The End.

Thursday, January 13, 2011

Malam bunga api









Pertunjukan bunga api di kampus. Meredah sejuk malam untuk melihat kepanasan api yang berbunga-bunga.
Posted by Picasa

Wednesday, January 12, 2011

kelapa sawit dan lembu

Di laman sesawang Pemandu, salah satu EPP (entry point project) di bawah NKEA Pertanian ialah 'Rearing cattle in oil palm estates'. Idea ni dah lama pernah pikir. Alangkah baiknya keluasan tanah ladang kelapa sawit digunakan secara optimal untuk menghasilkan buah sawit dan haiwan ternakan. Mungkin sinergi bagi penggabungan sawit dan lembu/kambing/kerbau belum mencapai tahap berkeuntungan tinggi. Jika sinergi penggabungan ini dapat ditingkatkan, akan lebih produktiflah tanah ladang. dan lebih banyaklah pendapatan tuan-tuan ladang.

Selain faedah kewangan, sinergi ini juga boleh meningkatkan kebajikan haiwan ternakan. Di UK, animal welfare adalah satu perkara yang diambil peduli secara serius. Rangkaian kedai Sainsbury, Tesco, Asda dan sebagainya makin galak menjual telur dari ayam yang dibela secara free range. Untuk menembusi pasaran di sini, faktor kebajikan haiwan boleh menjadi satu punca kebersaingan. Dengan ladang yang luas, lembu dan kambing boleh dibela secara free range (bukan 'julat bebas', ya).

Mari kita ke ladang....hoi!

Tuesday, January 11, 2011

teka teki

Kenapa ayam suka mencakar-cakar tanah dengan kaki?












Sebab dia tak de tangan.

Mengapa itik suka menyudu?
















Sebab dia tak de garfu.

Thursday, January 06, 2011

stadium Arsenal

On the way ke London, 'tersesat' lalu kat stadium ni. Takat ambil gambar kat luar je... tak masuk pun. Tak de match hari tu. Lengang je kawasan stadium tu.



























































Awat Marwan posing senget ke kiri je dalam gambar2 ni? Silau la... kena panah matahari pagi.

Wednesday, January 05, 2011

rumah baru

Ni rumah baru, 26 Leighton Ave. Comey je rumahnya. Ada 2 bilik.



















Besar jugak kuntum bunga mawar kat depan rumah ni. Ntah sapa la yang tanam.














Black berry ni banyak memanjat pagar di kawasan belakang rumah dan kawasan parking kereta. Ok la jugak rasanya.


Tuesday, January 04, 2011

rumah lama: sebelum berpindah

Ni gambar2 di rumah lama (Borrowdale).

Ni dapur: saiznya lebih sket dari sekangkang kera. Tapi, bila time berpindah, rasa macam tak habis2 barang yang dikeluarkan dari dapur. Banyak jugak isi perut dapur ni. Selain barang yang dibeli sendiri, ada juga barang yang diwarisi.




















Ni pulak pemandangan dari ruang tamu. Tak tau la apasal botol J2O tu ada kat situ. Pokok bunga tu masih survive di rumah sekarang ni. Ada keluar bunga baru lagi. Tapi tak selebat dalam gambar ni.














Ni pulak bunga yang dah kering. Diangkut bersama bunga segar dalam pasu (sekarang dah on the way menjadi kompos).














Ni pokok yang banyak jasa. Dah berkali2 guna daun dia, terutama untuk masak nasi. Wangi je bau nasi kalau pakai bay leaves ni. Kat Malaysia nanti nak cari dan tanam di rumah.














Ni pulak antara harta warisan, ehsan Kak Yong yang memang rajin bercucuk tanam. Merasa la jugak makan daun kesum dari pasu ni.




















Yang ni belon udara panas. Yang biru-hijau tu ayah buat. Yang purple tu ayah gak yang buat, tapi Marwan dan Ummi yang warnakan. 'Makhluk' dalam basket tu Marwan yang buat. Up up and away! Pindah ke rumah baru.