kanun apakah ini?

Yang kaya bertambah kaya,
yang miskin bertambah miskin.

Ini mungkin kanun yang menjadi tema banyak filem Tamil dan Hindustan. Kemerempatan si miskin bertambah payah oleh ketamakan si kaya.

Di era 'credit crunch' ini pun, si kaya makin membesarkan gudang harta. Si bankers gelojoh yang jadi antara punca kegawatan ekonomi terus mendapat bonus juts-juta. Orang miskin terpaksa berhadapan kenaikan cukai barang-barang keperluan asas, tak dapat kenaikan gaji (kalau naik 50% pun, tak sama dengan 1% daripada bonus bankers di City). Nak beli rumah pun payah...sebab sukar nak dapat pinjaman. si kaya jugak yang 'susah' ke sana sini untuk mencari barang hiasan rumah agam masing-masing.

Jika dilihat positifnya, kanun momentum ini ada baiknya juga: boleh mendatangkan manfaat jika pandai mengubah nasib diri. Kalau dah kaya dengan ilmu dan kemahiran penyelidikan, ramailah yang akan datang menawarkan kerjasama penyelidikan, penulisan, dan sebagainya. Pelajar juga akan datang membawa hajat untuk diselia tesis mereka. Yang banyak penerbitan akan lebih cenderung untuk dapat lebih banyak penerbitan. Yang baru nak mulakan langkah, yang jumlah penerbitan tak lebih sekangkang ayam serama, kenalah berusaha bersusah payah untuk pastikan yang sekangkang ayam serama tu menjadi sekangkang burung unta. Kalau publications mantap berjela-jela, barulah boleh fly high.

Berkaitan kadar produktiviti kerja pun begitu juga. Kalau dah datang 'mood' nak menulis, memang banyak boleh dihasilkan. Bukan setakat penulisan berkaitan kerja, penulisan kreatif pun menjadi-jadi jugak. Makin banyak menulis berkaitan kerja, makin banyak penulisan tidak-berkaitan kerja dihasilkan juga. Kalau blog bersawang, itu bukannya tanda sibuk. Sebaliknya, kalau blog kerap di'update', mungkin itu tandanya tengah rajin bekerja.

Ya ke?

Comments

Salam bro... lama tak komen. How are you? Aisha terbalik, kalau blog rajin update itu tandanya malas nak buat kerja sekolah. He he he he he.
Salam. Doing okay. Entering crunch time to finish writing up. Still snowing over there?
A'ah still snowing. Dua hari minggu ni takde kelas, snow storm! :-) Good luck on finishing up ya...