Saturday, January 15, 2011

Perjuangan belum selesai

Bukan redah sebarang redah
buru pelanduk membawa perisai
pecut sudah lenggang pun sudah
jangan duduk sebelum selesai

Jambu batu delima merkah
buah semangka masak mengkal
yang sebatu jadikan selangkah
yang sehasta jadikan sejengkal

Daun kesum terbakar menyala
lalang merimba bagai dibaja
selagi belum menggenggam piala
teruskan usaha sebaik daya


2 comments:

Azree Ariffin said...

Abang Haris, you are a really good pemantun!

Harris Shah Abd Hamid said...

thank you Azree